Sunday, November 28, 2010

Transformasi UMNO KEDAH - Part 2



  1. Mengikut nujum Pak Belalang, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan pada 30 November 2010 ini setelah telah ditunda bagi memberikan penghormatan kepada Tun Dr Lim Chong Eu bakal membuat perubahan besar terhadap kepimpinan UMNO di beberapa buah negeri terutamanya yang berada dibawah pentadbiran pembangkan.
  2. Beberapa hari lalu dalam posting "Det Khalid" bakal dinobat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, banyak panggilan telefon telah TS terima yang memberikan bermacam-macam komen, ada yang setuju dan tidak kurang juga yang kata, "nama tu (Det Khalid) kalau boh jugak alamat Kedah jadi Kelantan nombor 2 la".
  3. Sebagai berlaku neutral, TS, tidak memberikan sebarang komen kembali kerana angin yang berhembus kuat mengatakan Det Khalid bakal kembali.
  4. Namun begitu, dari panggilan yang dibuat tersebut ada beberapa nama yang telah diberikan atas dasar pengalaman serta hubungan baik, kononnya, calon-calon ini dengan Dato' Seri Presiden. Antaranya ialah Dato' Ahmad Lebai Sudin (Ketua Umno Bahagian Pokok Sena).
  5. Bila ditanya kenapa Dato Mat, jawab mereka mudah, beliau adalah "orang Najib". Dulu dia kena gantung dari jadi Ketua Bahagian masa Pak Lah, jadi dia terlepas dari tulah Pak Lah. Jadi mudah kata dia layak. Lagipun, sambung panggilan itu lagi, baru-baru ini ketika Datin Seri Rosmah datang menjenguk mangsa banjir di Pokok Sena, Dato' Mat lah orang yang menjadi pengiringnya! (Cukup mudah rupanya kalau nak jadi calon mana-mana jawatan rupanya, cuma perlu jadi pengiring atau pengapit)
  6. Panggilan itu juga memberitahu Dato Mat juga telah disapa oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia ketika dalam kunjungan beliau ke bahagian tersebut sebagai "bakal Pengerusi Perhubungan" yang baru. Jadi hari itu katanya lagi, satu kedai dapat minum dan makan free sebab dek sapaan Dato Mat Maslan.
  7. Tidak dapat dinafikan bahawa Dato Ahmad mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal politik samada di peringkat negeri mahupun nasional. Beliau yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan seperti Exco Negeri Kedah ketika era Tan Sri Sanusi Junid sememangnya dikatakan bijak dalam berpolitik. Pernah seorang sahabat memberitahu, Dato Ahmad ni pandai berlakon, sanggup menangis minta simpati Tan Sri Sanusi sebab nak jadi calon.
TS : Kalau dah menangis pun sanggup, rasanya setakat mencium tangan Datin Rosmah tak dak apalah, takut lunyai tangan Rosmah dek air liur, hingus dan macam-macam lagilah pasai nak melobi. 

Saturday, November 27, 2010

Konvensyen PKR : Majlis Mendewakan Anwar

Wajah "terpaksa" Wan Azizah
  1. Ucapan dasar Presiden PKR, Dr Wan Azizah, yang terang lagi jelas cuba mengembalikan "kecintaan" ahli-ahlinya kepada Ketua Umum mereka sememangnya telah dijangka. Tidak kurang juga isu ketuanan Melayu telah dijadikan sebagai unsur "escapisme" bagi mengalih perhatian umum dari terus menerus ditengelami dengan pelbagai kecaman dan pendedahan tentang kelemahan dan kepincangan parti serta isu moral dan sikap autokratik Ketua Umum mereka.
  2. Namun begitu adalah tidak kena jika menyamakan isu ketuanan Melayu ini sama dengan kaum-kaum yang bermegah dan dihancurkan Allah sebagaimana yang diceritakan didalam Al-Quran. Wan Azizah sepatutnya kena lebih spesifik kalau nak berikan konteks dalam isu tersebut kerana antara kaum-kaum yang dibalikkan bumi keatas mereka adalah kerana sikap angkuh dan engkar mereka terhadap hukum Allah. Misalnya kaum Lut, yang mengamalkan Homoseksual atau Jantan Gila Jantan!
  3. Kerana ketuanan Melayulah maka sehingga ke hari ini Wan Azizah bergelar "Datin Seri" begitu juga dengan ramai lagi penerima gelaran dan anugerah Datuk Seri serta Tan Sri yang bukan berbangsa Melayu. Maka perlu diingat bahawa ketuanan Melayu dalam konteks negara Malaysia bukanlah membawa maksud "Tuannya Melayu" dan "Hambanya bukan Melayu".
  4. Ingatlah pesan Rasullullah SAW bahawa tanda-tanda akhir zaman ialah apabila zina menjadi kemegahan bagi sesetengah orang dan orang yang jahat menjadi idola dan dihormati.
  5. Siapa yang bermegah sekarang? Siapakah yang cuba mengagungkan siapa sekarang? Renung-renungkanlah Wan Azizah oi! Takut nanti bala Allah timpa keatas batang hidung kamu pulak.

Thursday, November 25, 2010

TRANSFORMASI UMNO KEDAH - Det Khalid Bakal Dinobat Kembali Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah

  1. Khabarnya Det Khalid, mantan Menteri Besar Kedah, bakal menggantikan Dato' Seri Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dalam rombakan transformasi Dato' Seri Najib yang bakal diumumkan tidak berapa lama lagi.
  2. Ramai yang mungkin akan tertanya-tanya mengapakah tidak dilantik sahaja Dato Mad Bashah (Timbalan Pengerusi Umno Kedah dan orang yang cukup akrab dengan PM)? Mad Bashah dikatakan tidak sehaluan dengan bosnya Dato Seri Shafie Apdal dan seringkali memsabotaj bosnya. Lain yang disuruh buat, lain yang dibuatnya. Sudah di banyak tempat Mad Bashah beri tanggapan dan imej buruk tentang DSSA (dia ingat DSSA tak tahu). Jadi DSSA pun tidak rekomen beliau kepada PM.
  3. Perlantikan (Det Khalid) tersebut juga dilihat mampu memperkukuhkan lagi Umno Kedah kerana pengalaman beliau terdahulu yang dikatakan amat arif dengan fiil ketua-ketua bahagian dan selok belok umno Kedah. Beliau juga dilihat mampu menghidupkan Umno Kedah yang semakin lesu dan hampir mati gara-gara mainan politik melampau beberapa ketua bahagian yang ; depan cakap lain belakang buat lain sebagai tanda sabotaj terhadap kepimpinan DSSA kerana status beliau sebagai orang luar!
  4. Perlantikan tersebut juga dengan bersyarat, iaitu Det Khalid hendaklah menjauhkan dirinya dari terus dihimpit oleh beberapa orang Ketua Bahagian, seperti sahabat karibnya Tajul Urus (Merbok), Ali Kucing (Sungai Petani) dan satu dua lagi yang dilihat sering mempengaruhi keputusan beliau. Walaupun ramai yang tahu banyak juga keputusan beliau sendiri pun silap!
  5. Seterusnya pula membersihkan pejabat Umno negeri dengan membuat perlantikan baru bagi mengisi jawatan-jawatan eksekutif dan pejabat sebagai langkah melancarkan lagi aktiviti serta gerakkerja Umno negeri Kedah.
  6. Orang-orang lama seperti Dato Bakri dan Nasir dikatakan tidak lagi berkesan dan perlu dikeluarkan dari tingkat enam kerana jawatan yang dicipta dan diberikan kepada mereka hanya mengenyangkan mereka sahaja. Det Khalid jugalah orang yang bertanggungjawab memberikan segala kemudahan tersebut kepada mereka.
  7. Jika desas desus ini menjadi kenyataan, mampukah Det Khalid melakukannya? Mana lebih penting kawan atau parti..beranikah beliau memlaksanakan TRANSFORMASI?
TS : JIKA INI BERLAKU, BERMAKNA DET KHALID DIBERIKAN TALIAN HAYATNYA YANG KE-2 DAN TERAKHIR DAN BELIAU TIDAK BOLEH SILAP LAGI, JIKA TIDAK TAMATLAH KERIER POLITIKNYA!

OLEH ITU DENGAR-DENGARLAH CAKAP DAN PANDANGAN ORANG LAIN SAMA YANG MAHU LIHAT UMNO TERUS KUAT DAN BUKANNYA DARI RAKAN-RAKAN YANG BANYAK BUAT ROSAK.

Tuesday, November 23, 2010

Renungan 2


Ucapan (terjemahan) Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom pada 1 Jun 1965,  berkata,
 “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?
Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60.

72 Jam Lagi Sebelum Padam

  1. Parti Keadilan Rakyat hanya tinggal "72 jam" sahaja lagi sebelum ahli-ahlinya mula membaca talqin. Kini serba-serbi mula tidak kena, Anwar pun dah mula hilang sabar, mungkin kerana jangka hayatnya semakin singkat dan bateri AAA yang selama ini menjadi sumber cahaya dan kekuatan PKR nampaknya sudah tidak mampu bertahan lagi, apa tidaknya kalau dah lama tak ber"caj".
  2. Satu demi satu kepincangan PKR didedahkan. Baru-baru ini pula calon Ketua AMKnya Badrul Hisham dalam laman blognya telah mendedahkan tentang campurtangan langsung Ketua Umumnya dalam isu sokongan calon, penukaran nama calon, pengundi lebih dari kertas undi dan sebagainya adalah contoh nyata kepincangan tersebut.
  3. Hampir setiap hari kita mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh PKR sehingga membuatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, menyeru agar ahli PKR meninggalkan parti tersebut dan menyertai UMNO!
  4. Pastinya seruan tersebut menjadi cabaran terbesar kepada parti capca tersebut apatah lagi ianya datang dari "musuh no.1" mereka.
  5. Saranan dan pandangan yang dilontarkan oleh pendakwah Dr Ridwan Tee Abdullah, agar kita selaku orang Melayu-Islam samada dari UMNO, PAS mahupun PKR agar sedia berkorban dan mengenepikan warna politik serta ideologi demi keutuhan Islam dan kuasa politik Melayu seharusnya diterima baik. Apatah lagi dari pihak yang semakin carca-merba dan sarat dengan kecelaruan.
  6. Kita masih punya talian hayat yang panjang, apa perlu bergantung nasib kepada "bateri AAA cap ayam" yang cuma ada 72 jam lagi sebelum padam.
  7. Apa salahnya kita jadikan seruan Tun dan Dr Ridwan sebagai azimat kepada kekuatan bangsa Melayu dan Islam demi kesinambungan kemakmuran dan keharmonian pertiwi.

Saturday, November 20, 2010

Renungan


Ucapan Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA  bertajuk - Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, pada 30 April 1969, katanya,
 “Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.”
(Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.)

TS : Sebelum melabelkan Melayu rasis dan sebagainya, renung-renungkanlah kata-kata pemimpin awak terdahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya.

PRU13 - KATAKAN TIDAK KEPADA CALON KITAR-SEMULA



  1. Menyokong kempen - TIDAK KEPADA CALON 'recycle' MERBOK DAN LAIN-LAIN LAGI YANG SEWAKTU DENGANNYA!
  2. Umno dan BN perlu tegas dalam menyahut seruan Transformasi jika mahu menang.
  3. No fear and favour.
  4. Kepada calon di Merbok sebagaimana kempen yang tersebut di atas, rasanya bukan sahaja kitar semula tetapi perlu total overhaul.

Friday, November 19, 2010

Kepada Yang Alpa Sejarah Pasti Menghukum

  1. PKR bakal berkubur tidak lama lagi. Pendedahan demi pendedahan tentang kepincangan dan perpecahan dalam parti tersebut semakin hari semakin membesar dan merekah. Anwar sudah dilihat sebagai liabiliti dan bukan lagi aset. Masing-masing melihat masalah peribadi Anwar antara punca kepada semua kepincangan dalam PKR. Atau dalam ertikata lain, ahli PKR sedar dan tahu tentang perangai dan kerja-buat Anwar!
  2. Kalau diimbau kembali sejarah parti-parti baru ini, mereka tidak pernah kekal. Semangat 46 yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah selepas tewas dalam pertandingan Presiden UMNO pada tahun 1987, hanya bertahan sembilan tahun (1996).
  3. Jika dilihat secara mendalam, parti tersebut boleh terus kekal sehingga ke hari ini kerana ia dipimpin oleh ramai ahli politik lama dan berpengalaman seperti Tengku Razaleigh sendiri, Rais Yatim, Adib Adam dan lain-lain lagi.
  4. Namun Semangat 46 akhirnya berkubur kerana matlamat perjuangannya lebih kepada memenuhi tuntutan peribadi. Maka berbondong-bondonglah ahli parti tersebut menyertai Umno yang dihidupkan oleh Dr Mahathir.
  5. Apatah lagi bagi sebuah parti baru dengan semua barisan kepimpinan yang mentah dan masih berhingus cuma bergantung harap kepada seorang pemimpin yang kononnya punya karisma tetapi sarat dengan sejarah hitam kehidupannya.
  6. Juga perlu diingat bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk mempunyai parti multi-etnik kerana kepelbagaian budaya, agama dan strata-ekonomi.
  7. Begitu juga Malaysia masih belum bersedia untuk menjadikan populariti sebagai corak kepimpinannya TETAPI kepimpinan yang berani seharusnya menjadi kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah kepelbagaian tersebut. Ingatlah! Sejarah kepada kepelbagaian yang gagal ditangani pastinya kembali menghukum kita.
TS : Kita tinggalkan sengketa dan kegilaan manusia dan bersama kita bina sebuah negarabangsa berdaulat dan aman sejahtera.

Wednesday, November 17, 2010

UMNO Tolak Perkasa

  1. Beberapa hari yang lalu TS ada menyiarkan tentang adanya bahagian Umno yang sudahpun menyiapkan senarai nama calon bagi PRU13 kelak. Nampaknya bahagian yang sama kini telah memecat Yang Dipertua Perkasa Negeri Kedah, Tuan Syed Osman Syed Mansor dari menganggotai jawatankuasa bahagian tersebut baru-baru ini.
  2. Pemecatan tersebut khabarnya berpunca dari rasa tidak senang ketua bahagian tersebut terhadap pengaruh perjuangan Perkasa serta beberapa orang pemimpin Perkasa negeri dan daerah (salah seorang Pengerusi Perkasa yang pernah keluar Umno kerana mengikut langkah Tun) yang dilabel beliau sebagai penentang!
TS : Tun Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa beliau akan memastikan bahawa Perkasa akan menyokong Umno dan BN pada PRU13 kelak tapi nampak gayanya pemimpin Umno sendiri yang menolak Perkasa.



Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Dihari yang berbahagia ini, TS ingin mengucapkan selamat menyambut AidilAdha kepada seluruh umat Islam di mana jua mereka berada. Semoga beroleh Rahmat dan Keberkatan
dari ALLAH SWT.


ts.



Prioriti, Publisiti dan Promosi

  1. Bencana banjir yang melanda Kedah dan Perlis baru-baru ini telah memperlihatkan betapa sumbangan mencurah bagaikan air hujan datangnya dari setiap insan yang bersimpati dengan musibah tersebut. Kehadiran bantuan dan sumbangan samada dari pihak kerajaan, pihak swasta mahupun individu jelas menunjukkan bahawa kita boleh bersatu atas dasar kemanusiaan.
  2. Hari ini kerajaan pusat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, sudah mengumumkan bahawa setiap mangsa banjir akan menerima wang ehsan sebanyak RM500.00 bagi setiap keluarga. Ini menjadikan jumlah bantuan ehsan keseluruhan sebanyak RM35juta akan dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
  3. Pengumuman tersebut juga adalah bukti bahawa rakyat adalah prioriti kerajaan.
  4. Bencana banjir ini telah mendapat publisiti meluas media dalam dan luar negara sehinggakan ada yang rasa tercabar dek terlalu banyak publisiti. Tetapi ternyata publisiti meluas tersebut telah membolehkan bantuan dan sumbangan datang mencurah-curah sehingga para penerimanya tenggelam dek terlalu murahnya rezeki. Begitulah hebatnya peranan media.
  5. Tapi yang menariknya pula ada juga yang sibuk buat promosi diri. Ke hulu ke hilir naik traktor dan adakalanya ketika pihak media menemuramah mangsa kelihatan di belakang lensa kamera tersebut individu itu sedang sibuk menyorong air longkang. Masing-masing dengan cara sendiri untuk dilihat orang.
  6. Tapi baru-baru ini juga terdengar ada pula yang sibuk menganjurkan pertandingan golf amal, tujuannya boleh dikira agak sama iaitu membantu mangsa banjir. Media juga tidak ketinggalan dipanggil bagi memberikan publisiti. Harapan TS agar janganlah publisiti tersebut diguna untuk promosi diri pulak.

Sunday, November 14, 2010

Calon PRU-13

  1. Dalam orang dok riuh pasai banjir dengar katanya dah ada bahagian yang bermesyuarat tentang siapa calon untuk PRU13 nanti. Itu pun rasanya belum genap sebulan selepas Presiden Umno menggariskan 7 nilai transformasi yang patut dijadikan garis panduan untuk memenangkan Umno dan BN dalam PRU13 kelak. (Nanti kita cerita bahagian mana)
  2. Dengar katanya, Ketua Umno Bahagian tersebut dengan tegas menamakan dirinya sebagai calon Parlimen dan beberapa nama lain untuk kerusi DUN. Tapi Ketua Bahagian tersebut dahulunya pun telah pernah bertanding dan kalah teruk.
  3. Bila TS dengar adanya sikap yang sedemikian, rasa sedih dan kadangkalanya meluat. Harap-harap pihak kepimpinan tertinggi UMNO lebih bersikap serius bila nak tentukan calon kelak. Biarlah calon-calon tersebut disukai ramai, memang bersih peribadinya dan winnable.
TS : Ramai lagi ahli UMNO untuk dirisik dan dipilih, bukan 2, 3 kerat tu saja. Yang penting kena buat homework sikit. Kalau nak ambil pendapat cari sumber-sumber yang sahih dan benar.

Musibah Banjir Ada Hikmahnya

Dato Yusuf menyampaikan ucapan ringkas.
  1. Ketika TS berpeluang mengikuti konvoi kemanusiaan, membantu mangsa banjir di Kedah baru-baru ini, TS melihat wajah-wajah baru yang mewarnai dan menceriakan suasana. Kita tahu bahawa banjir baru lalu telah membawa kerugian yang besar kepada ramai orang malah ada yang kehilangan saudara mara, anak dan sebagainya. Tetapi wajah-wajah baru yang TS maksudkan adalah mereka yang tidak kenal penat lelah dan tidak hirau membelanjakan wang ringgit (bukan sedikit malah mencecah hampir ratusan ribu) bagi menyalurkan bantuan.
  2. TS rasa mungkin ramai yang pernah mendengar nama Dato' Yusof Ismail @ Yusuf Usima? Komitmen beliau dari kacamata TS tiada tolok bandingnya. Rupa-rupanya jutawan kontraktor ini telah lama menabur bakti dalam soal-soal kebajikan dan sedekah jariah ni.
  3. Jadi dalam kesibukan dan keriuhan tu, TS pun ada risik-risik tentang Dato Yusuf ni, nampak gayanya ramai yang begitu berkenan dengan beliau. Malah ada yang kata kalau boleh, bila datang PRU13 nanti biarlah orang seperti beliau diberi tempat. Kata mereka lagi beliau seorang yang baik hati, low-profile dan mengambil berat.

TS : Kalau sungguh bagai dikata, apa salahnya. Inilah orang yang patut kita ketengahkan sesuai dengan kata-kata YAB Presiden Umno, kita mahu orang yang mendengar denyut nadi rakyat.

Banjir : Hujan Lebat Turun Azizan Naik Darah

  1. Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan, rupanya cengih jugak. Melenting dia bila wartawan ajukan soalan tentang peranan dan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa banjir.
  2. Dia kata wartawan berbohong dalam laporan mereka. Sepatutnya Ustaz perlu lebih rasional bukankah lidah rasmi Pas dan pemimpin Pas pun kaki tu jugak.
  3. Cuma yang tak eloknya bila tengok seorang pemimpin yang sedia-sedia berkopiah, dianggap rakyat seorang warak tiba-tiba jadi perengus, menuding jari macam gengstar pulak. 
Sekarang ni dah macam-macam yang terbit, wajah-wajah sebenar manusia. Ustaz dah nampak perangai sebenarnya (mungkin benar juga kata risalah pasai AZIZAN DALAM DOSA).

Sunday, November 7, 2010

GALAS - Rakyatlah Penentunya

  1. Pilihanraya Kecil Galas (N.45) pada 4 November 2010 lalu memperlihatkan bahawa rakyat adalah penentu kepada kejayaan sesebuah parti tersebut. Dalam konteks Galas, tidak dinafikan bahawa peranan Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengarah merangkap ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Gua Musang amatlah besar dan cukup berkesan.
  2. Namun begitu sekali lagi rakyat "bercakap", mereka mahukan wakil rakyat yang baik - tidak sahaja nampak bersih tetapi benar-benar bersih. Isu Dr Zulkefli (calon PAS) jelas telah menjejaskan imej beliau yang sering berkopiah dan nampak "baik". Walaupun beliau boleh dianggap "well-equiped" dengan jentera kempen, sokongan pihak parti yang menguasai kerajaan dan berpelajaran namun itu semua masih tidak menjamin kejayaannya.
  3. Aziz yang sering dilihat bersahaja dan cukup "down-to-earth" mampu memikat pengundi.
  4. Keadaan inilah yang telah menimpa Barisan Nasional pada pilihanraya 2008 dahulu. Kerana merasakan diri sudah kuat dan selesa serta mungkin juga kononnya berimejkan Islam - walaupun tidak Islamik mana pun, akhirnya membawa padah.
  5. Walaupun begitu dalam riuh meraikan kejayaan tersebut, BN harus sentiasa mengingatkan diri mereka bahawa perkara yang sama boleh berulang. Sejarah sentiasa berulang apabila kita lalai dan alpa. Jangan terlalu ghairah kerana jika maslahah dan suara rakyat masih dipinggirkan, mereka bakal menerima nasib yang lebih teruk lagi.

Thursday, November 4, 2010

Bersediakah Ahli-Ahli Perkasa

  1. Hasrat Tun Dr Mahathir untuk memastikan sokongan Perkasa kepada UMNO dan BN pada PRU13 kelak perlu diperjelaskan kedudukan mereka oleh kepimpinan tertinggi mereka. Ini adalah kerana sekiranya mereka secara terbuka menyokong UMNO dan BN dalam PRU13 kelak pastinya akan memberikan pelbagai reaksi dikalangan ahlinya yang terdiri dari pelbagai warna parti.
  2. Apakah mereka telah bersedia untuk mengenepikan kepentingan parti dan peribadi demi kekuatan Melayu melalui UMNO dan BN?
  3. Mampukah mereka menjadikan agenda Agama, Bangsa dan Tanahair mengatasi segalanya? Sekiranya ini berlaku maka sudah pastilah Perkasa akan menjadi suatu kuasa politik yang kuat dan akan dicemburui kawan dan lawan samada dari bangsa sendiri atau kaum lain.
  4. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini telah banyak menunjukkan sikap sombong dan angkuh terhadap Perkasa pastinya akan tersipu-sipu ke"maluan" jika NGO tersebut bersedia memberikan sokongan mereka kepada parti itu. Apakah mereka juga bersedia?

Wednesday, November 3, 2010

PERKASA DAN MAHATHIR - Suntikan Untuk UMNO & BN



 Tun Dr Mahathir Mohamad


  1. UMNO dan BN bakal mendapat suntikan sokongan kuat orang Melayu apabila mantan PM, Tun Dr Mahathir, dengan jelas menyatakan pendiriannya untuk mendampingi Perkasa dan memastikan bahawa NGO tersebut akan membantu parti tersebut memenangi PRU13 kelak.
  2. Kepada parti komponen dalam BN banyak-banyak ber"muhasabah", kerana kalau Perkasa dah nak sokong UMNO, kamu pun mendapat rahmatnya juga.

 "Whatever may be the feelings of UMNO, I have decided that the NGOs have a big enough following which could do damage to UMNO and the BN in the next election if they want to. Accordingly I have decided to stay close with Perkasa especially and to ensure that it does not swing over to the opposition. I would like to ensure that Perkasa supports the Barisan Nasional in the next election."
 
Sumber : Che Det

ISLAM BUKAN AGAMA SOGOK-SOGOKAN

  1. Lauren Booth, 43 tahun, adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair merupakan seorang aktivis dan journalist telah memilih Islam sebagai agama dan anutannya kerana keyakinan yang tinggi dan mendalam terhadap agama tersebut.
  2. Beliau menerima Islam bukan kerana kerjayanya sebagai seorang jurnalis di Iran dan tidak juga ditekan atau didesak mahupun disogok oleh mana-mana pihak tetapi beliau percaya bahawa perjuangan  membela nasib umat dan agama Islam yang sentiasa ditindas serta sikap prejudis barat terhadap ajaran tersebut merupakan sesuatu yang suci dan benar.
  3. Ini tidak nak masuk Islam pun kena sogok dulu. Bagaimanalah nak mendapat redha Allah kalau cara Yahudi dan Nasrani yang menjadi ikutan. Bukankah hidayah Allah yang diharapkan? Atau mileage politik yang diutamakan?