Monday, January 24, 2011

LEE KWAN YEW NYANYUK??!!


  1. Perasaan fobia terhadap Islam bukan sahaja wujud dikalangan masyarakat barat tetapi juga kepada bekas PM Singapura, Lee Kwan Yew, walaupun telah berdekad-dekad lamanya hidup bersama-sama dengan penganut agama tersebut.
  2. Sebenarnya LKY tidak nyanyuk ketika berkata bahawa orang Islam tidak perlu terlalu mengikut ajaran agama mereka kerana sememangnya itulah yang beliau mahukan. LKW adalah seorang Atheists atau lebih tepat Agnosticism.
  3. Kenyataan beliau itu memperlihatkan siapa sebenarnya LKW. Beliau sebenarnya ingin mewujudkan sebuah negara-bangsanya sendiri tanpa ada lagi pengenalan melalui kaum. Dalam ertikata lain beliau juga tidak mahu dikenali sebagai seorang Cina! Sebab itulah beliau menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya. Kenapa tidak dijadikan Mandarin atau Kantonis sebagai bahasa utama?
  4. Beliau juga mewujudkan sekolah satu aliran yang menjurus kepada pemikiran dan semangat kebangsaan yang tinggi kepada negaranya dikalangan pelajar dan rakyatnya.
  5. Untuk itu cita-citanya untuk melihat sebuah negarabangsa seperti yang beliau impikan tidak mungkin jadi kenyataan sekiranya beliau tidak dapat menyatukan kepercayaan seluruh warga city-statenya!
  6. Perbezaan agama dan etnik pastinya akan melunturkan kesetiaan rakyat kepada negara tersebut sekiranya timbul isu-isu sensitif dan ini sudah tentu akan melemahkan negara amnya dan kerajaan khususnya.
  7. Oleh yang demikian beliau mahu memastikan bahawa rakyatnya tidak akan terdorong untuk cenderong kepada apa-apa kebangkitan atau tentangan yang melibatkan isu keagamaan mahupun perkauman yang mungkin memudaratkan negara kecil itu.
  8. Inilah kebijaksanaan LKW yang mungkin diterjemahkan kita sebagai nyanyuk. Beliau tidak nyanyuk tetapi cuma "playing god" demi melihat kejayaan ciptaannya disamping itu melihat kehancuran ISLAM.

Saturday, January 22, 2011

DARI "khayan" MEMBAWA GILA!

  1. Belum pun reda penat dah berkoyan-koyan email yang masuk yang memberikan respons kepada posting tentang calon recyle dan kaki "khayan". Ramai yang terkejut beruk dan tidak kurang juga yang menghentam. Tapi itu lumrah dunia blogging, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.
  2. Sebenarnya TS pun dah muak dah dengan cerita Ketua Bahagian sorang tu. Tak habis-habis bikin pusing dunia! Ni nak sebut nama pun dah malas dah sebab nanti ada yang kata bagi publisiti kepada dia pulak. Tapi nampaknya kalau dah jenis jauh orang dari manusia ni susahlah nak cakap. Yang menghairankan macam mana orang di bahagian tersebut boleh pilih dia nih? Hebat sangatkah dia ni dulunya sampai boleh bagi Ketua Bahagian kepada dia?
  3. Atau berapa banyak yang dia sudah tabur untuk beli jawatan tersebut? Rasanya soalan ni lebih straight forward!
  4. Sudahlah kamu pilih dia kemudian kamu juga yang dok hantar berkoyan-koyan email komplen pasai dia! Ini yang buat TS jadi bengong nih! Baru ini saja TS ada buat story pasai dia yang geli geleman nak jadi Ahli Parlimen, nah sekarang dia buang orang pulak!
  5. Dengar dari email tersebut Ketua Bahagian ni baru saja buang Ketua Penerangan dia sebab kononnya nanti akan jadi pesaingnya untuk jawatan sebagai Ketua Bahagian. Nah! tengok itulah namanya takut bayang-bayang sendiri.
  6. Lagipun Ketua Penerangan tersebut, kata email tadi, sememangnya sudah jauh meninggalkan Ketua Bahagian dia dari segi penonjolan diri sebab dia juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah! Yakni, tambahnya lagi, yang juga merupakan penolong kepada Ketua Penerangan Negeri yang juga seorang Menteri.
  7. Jadi untuk menjarakkan hubungan tadi maka Ketua Bahagian ini pun mengambil tindakan memecat Ketua Penerangan tersebut! Jadi rasionalnya bila dah dipecat dari jawatan tersebut maka tergugurlah dengan sendirinya jawatan Timbalan Ketua Penerangan negeri. Amboi! bijak sungguh percaturan politik hang sesama sendiri no!
  8. Kalau tak salah TS baru kelmarin DSN dok merayu-rayu janganlah berkelahi sesama kita, kita kan sahabat dan macam-macam lagi pujukannya agar semua orang bersatu demi perpaduan dan kejayaan parti. Nah! hari ni dah lain ceritanya.
  9. Dia ni - yakni Ketua Bahagian ni - memang bermasalah lah nampak gayanya. Sebab apa, orang yang rasional tak buat kerja orang gila tau, betoi dak? Takkan orang yang macam ni ada peluang lagi kot? Biar betoi ? Kalau bagi juga cara nak bagi lingkup parti! Dah lah kalah pun berkoyan-koyan, perangai pun teruk, masalah pun bermacam-macam. Tapi itulah nak salahkan dia seorang pun tak boleh jugak sebab dulu ramai-ramai pakat pilih dia!
  10. So, setakat la ni nampak gaya TS belum pun sebut namanya! Bukan apa takut dikatakan bagi publisiti atau sahabat gelapnyer.
  11. Namun apa pun ceritanya, harap-harap pucuk pimpinan boleh nampak dah kot masalah Ketua Bahagian ni! Kepada orang-orang dalam bahagian M****K, setakat ini saja yang mampu saya nukilkan yang lain tu tak dapek den nak nolong. Itu semua tuan puan punya kerja tapi kalau mai masa pemilihan nanti kalau si haprak ni jadi Ketua Bahagian juga, lu orang tanggunglah sendiri.

Friday, January 21, 2011

AHLI POLITIK KAKI "khayan", ANGGAP BLOG HAMPAS

  1. TS tidak bercadang untuk memberikan ulasan sebarang isu dalam posting kali ini cuma ingin memberikan pandangan kepada perkara yang telah dilontarkan oleh beberapa blogger yang begitu terkilan dengan sikap pemimpin Umno yang melihat blogging ini sebagai hampas dan tidak membantu.
  2. Bagi TS mudah sahaja, kepada mereka yang melihat apa juga sumber media sebagai hampas dan tidak membantu adalah mereka yang buta matahati dan kaki khayan - syok sendiri. Mereka hanya mahu dengar dan lihat benda-benda yang sedap dan seronok.
  3. Sebab itu juga kalau diperhatikan dari blog sesetengah Ketua Bahagian banyak yang memaparkan gambar-gambar mereka sekitar PRU12. Naik motor beramai-ramai masuk kampung, cangkul perdu balak, korek sungai, bagi kerusi roda satu tapi rombongan satu bas dan sebagainya. Semuanya auta dan syok sendiri.
  4. Jauh sekali kalau kita hendak melihat atau membaca tulisan mereka secara kritis yang menjurus kepada isu-isu kemanusiaan, isu politik nasional dan global apatah lagi falsafah-falsafah politik dan kemasyarakatan serta penilaian-penilaian berasaskan fakta terhadap dasar-dasar fiskal dan kewangan, ekonomi dan banyak lagi. Ini kerana ada wakil rakyat yang tidak tahu beza antara Akta dan Enakmen! 
  5. Ilmu dan sumber maklumat begitu vital mutaakhir ini kepada setiap pemimpin terutamanya wakil-wakil rakyat, tetapi ironinya mereka melihat isu ini sebagai eksesori malahan ada yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk membeli segulung ijazah agar dilihat mereka juga mempunyai kelulusan tinggi walaupun terpaksa menipu!
  6. TS teringat suatu ketika dahulu ada ADUN dalam ucapan perbahasan dewan yang telah memuji pihak kerajaan dengan berkata, "tahniah kepada pihak kerajaan yang telah meningkatkan defisit dengan jayanya." Maka riuh rendahlah satu dewan.
  7. Seharusnya mereka mengalu-alukan kehadiran blogger dalam komuniti mereka sebagai membantu mereka mengenalpasti kelemahan serta memperbetulkan segala khilaf bagi memperbaiki tindakan. Mereka seharusnya menjadikan segala kritikan tersebut sebagai landasan terbaik untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya boleh bekerja, mampu melaksana (to deliver), sememangnya bersih (bukan nampak sahaja bersih) faham dan bijak dalam soal tadbir urus kerajaan serta menjadi penyelesai konflik dalam komuniti.
  8. Bagi kami sebagai blogger, kami akan terus memantau dan menegur serta memberikan kritikan-kritikan serta pujian sekiranya kami dapati adanya perubahan atau salahlaku. Harapan kami hanyalah untuk menyatakan dan menyampaikan denyut nadi hamba rakyat yang samada suka atau meluat dengan segala perbuatan, gerakerja atau lakonan para pemimpin dan wakil rakyat.
  9. Jadi kalau tak mahu dikritik pedas buat kerja "macam orang Islam...naaa".

TAJUL PENUHI SYARAT "WINNABLE CANDIDATE" - BAGI KATEGORI RECYCLE

  1. Tahniah dan syabas kepada Dato Tajul Urus Ketua Umno Bahagian Merbok merangkap Penyelaras Parlimen Merbok yang terlebih dahulu menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Ahli Parlimen! Syabas Dato!
  2. Sebagai langkah awal beliau telahpun mengadakan perjumpaan dengan pihak PPD dan beberapa orang pengetua sekolah dalam Parlimen Merbok bagi menyampaikan maklum bahawa beliau akan menjadi ahli Parlimen Merbok maka sekiranya mana-mana sekolah yang memerlukan bantuan atau apa-apa juga kemudahan bolehlah mula memohon terus kepada beliau.
  3. Inilah contoh seorang pemimpin yang ultra-proaktif. Baru dicadangkan agar calon yang sekali kalah untuk dinamakan semula beliau sudahpun turun ke bawah untuk memperkenalkan dirinya sebagai ahli Parlimen. Kalau dah jadi nanti tak tahu pula macamana jadinya?
  4. DSN ketika memberikan komen mengenai perkara tersebut telah berkata bahawa, "kita tidak akan menafikan mereka (calon yang kalah sekali) tetapi syaratnya mereka perlulah (menjadi) winnable candidate".
  5. Apakah dia syarat-syarat tersebut ?
  6. Kita tahu bahawa ramai yang nak jadi wakil rakyat, macam-macam cara sanggup dibuat agar pihak pucuk pimpinan akan nampak dan seterusnya memberikan mereka peluang.  Oleh itu sekiranya ada dikalangan tuan-tuan dan puan-puan yang teringin nak jadi wakil rakyat perlulah memenuhi syarat yang tersebut ini.
  7. Antaranya Pertama perlu ada rasa geli. Kalau dah sampai ketahap geli geleman dah dikira cukup layak! Sebab bila dah geli baru boleh timbul minat dan keghairahan untuk bekerja. Keduanya, mereka perlu hemoi - lebih kurang gedik juga! Atau dengan kata lain "muka tembok", hampa nak kata apa katalah, janji aku dapat jadi wakil rakyat. Ketiganya loklaq, yakni boleh melawak secara kotor atau melampau tetapi tidaklah sampai gagau isteri orang! Kalau ada sikap loklaq ni baru dikira down-to-earth punya pemimpin.
  8. Jadi kalau ada 3 perangai tersebut bagi "mereka" sudah cukup "syarat" untuk ditakrifkan sebagai winnable candidate. Syarat yang lain tu biarlah pucuk pimpinan yang tentukan.

Wednesday, January 19, 2011

CALON TENANG BUKTI KESUNGGUHAN KEARAH TRANSFORMASI




  1. Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan parti yang telah mengotakan janji dan menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan transformasi parti apabila mencalonkan Mohd Azahar Ibrahim bagi PRK DUN Tenang.
  2. Pemilihan Azahar adalah tepat dan menepati ciri-ciri seorang calon yang diidam-idamkan oleh seluruh hamba rakyat. Muda, profesional dan berkelulusan tinggi serta "baru" dalam politik merupakan aset penting untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenagi PRK kelak.
  3. Adalah diharapkan pucuk pimpinan parti akan terus memastikan bahawa proses transformasi seperti yang dilaungkan akan mekar dan konsisten demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN.
  4. Untuk itu juga sekali lagi kita berharap agar pucuk pimpinan Umno di Kedah juga menjadikan peristiwa di Tenang ini sebagai contoh dan teladan bagi memulihkan sokongan dan keyakinan rakyat kepada mereka dan tidak bertindak semberono hanya kerana memikirkan temolok para segelintir Ketua Bahagian yang gilakan jawatan dan berkepentingan semata-mata.
  5. Sebenarnya Kedah mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber, berbakat, muda, profesional, berkelulusan dan cukup dinamik serta aktif bertebaran dalam parti dan NGO. Jika Azahar yang tidak berada dalam saf kepimpinan bahagian boleh terpilih sebagai calon, mengapa pula pemuda-pemuda seperti yang disebutkan tadi tidak boleh kita ketengahkan? 
  6. Dalam apa jua keadaan sekalipun samada perang atau pertandingan, matlamat utamanya ialah MENANG! Untuk itu dalam berhadapan dengan dunia serba maju dan canggih ini pastinya senjatanya juga perlu ampuh dan terkini. Jentera dan strateginya juga perlu terbaharu dan terkehadapan. Soldadunya pula perlu bertenaga, bijak serta well-equip.
SALAM TRANSFORMASI

Tuesday, January 18, 2011

UMNO KEDAH MAHU CALON RECYCLE - USTAZ AZIZAN BOLEH TIDUR LENA

  1. Maka mengekek-ngekek dan berderai-derai hilai ketawa para Keketua Bahagian dan calon-calon yang dah kalah PRU12 lalu bila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Bashah, buat kenyataan bahawa mereka yang kalah akan diberikan peluang kedua pada PRU13 kelak!
  2. Apabila kenyataan beliau disiarkan oleh media semalam, maka ramailah yang memberikan reaksi mereka terhadap kenyataan tersebut. "Kata nak buat transformasi? ni apa ni?". Ada pula, "Dok pakai yang recycle jugak ka..awat dah habih dah muka baru. Dok harap kat muka lama jugak?".
  3. Di suatu sudut yang lain pula, "La ni sejak-sejak Md Bashah jadi Pengerusi dan bila dia kata nak letak juga calon yang kalah dulu.., Ustaz dah boleh tidoq lena, makan pun koi lalu (selera)".
  4. Jadi begitulah serba sedikit senario politik di Kedah dini hari.
  5. Bukanlah kita mahu menuding jari menyalahkan sesiapa dalam isu kepimpinan ini, tetapi sebagai hamba rakyat kami mahu melihat kejujuran didalam kepimpinan! Jika benar kita mahu membuat perubahan maka seharusnya kita berani didalam membuat keputusan walaupun ianya cukup berat dan sakit untuk dilakukan.
  6. Kalau nak menang buat cara nak menang. Jangan hanya menang sorak dalam dewan masa umum nama calon tapi negeri tergadai!
  7. Bukan niat nak menjadikan Pas sebagai contoh bagi dibuat perbandingan atas usaha membawa perubahan, tetapi, mereka telah mula bergerak kearah transformasi tersebut dengan menonjolkan muka-muka baru untuk disajikan kepada hamba rakyat.
  8. Persoalannya apakah kita punya kejituan azam yang sedemikian demi kemenangan UMNO dan BN? Bukankah kita sudah diseru agar berani membuat Transformasi? Apakah telah kita laksanakan? Atau, Inikah transformasi yang dimaksudkan tersebut dengan membariskan nama-nama lama dan calon-calon yang sudah ditolak rakyat dengan iltizam dan semangat "winnable-candidate"?
  9. Bukanlah tidak bersetuju dengan kenyataan Bashah tersebut bermakna kita adalah PENENTANG kepada parti tetapi kita gusar dan khuatir bahawa kita akan gagal dalam merebut sokongan dan keyakinan rakyat.
  10. Kalau calon-calon tersebut masih diberikan peluang, ini bermakna ada calon yang telah ditolak dalam dua kali PRU- Datuk Paduka Rozai (Pendang) juga masih berpeluang untuk bertanding buat kali ke-3nya! Kalau dah dua kali hamba rakyat tolak, masuk kali ketiga alamat rakyat akan sembelih dia!
  11. Sebab itulah bila dimaklumkan bahawa Bashah akan jadi pengerusi, inilah yang amat membimbangkan kita, yakni, keputusan serta tindakan beliau yang mungkin akan merugikan UMNO dan BN. Namun apa boleh buat, sebagai golongan marhaen, kami hanya boleh melihat kerana suara kami tidak laku dan tidak didengari. Hanya peti undi sahaja yang bakal mendengar jeritan batin kami!
  12. Oleh yang demikian, adalah diharapkan kepada kepimpinan tertinggi parti tolonglah lebih peka dalam menentukan calon-calon bagi mewakili Umno pada PRU13 kelak. Kalau sungguh nak menang dengarlah suara keramat hamba rakyat dan bukannya melalui penilaian "mata kati". Nampak macam buat kerja tapi rupa-rupanya suara saja kuat, hasil "yee-lek".

PAS SAYANG JAWATAN DARI AGAMA

  1. Sikap Ronnie Liu yang tidak mengambilkira sensitiviti orang Islam nampaknya belum habis. Kenyataan beliau yang membenarkan orang Islam bekerja di premis arak sememangnya tidak boleh diterima akal. Tapi apa yang lebih menyedihkan ialah sikap MB PKR yang hanya menjadi pak turut manakala Dr Hassan Ali - Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Selangor pula terpaksa mengalah dengan Cina DAP tersebut.
  2. PAS nampaknya tidak bersungguh dalam memperjuangkan Islam. Mereka nampaknya lebih selesa dengan suasana politik mereka hari ini. Islam bukanlah perjuangan sebenar mereka tetapi menjadi kerajaan adalah matlamat utama mereka.
  3. Sebab itulah apa sahaja kenyataan dan tindakan sekutu kuat mereka DAP, mereka akan sokong setidak-tidaknya mereka akan berikan penjelasan balas kepada hamba rakyat agar "tidak keliru". Kasihan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang tidak kering gusi menentang idea Ronnie Liu sedangkan pemimpin-pemimpin tersohor PAS yang lain diam seribu bahasa.
  4. Kita berharap PAS lebih konsisten dalam isu agama. Jangan pula hanya pandai melabel UMNO sebagai dangkal agama sedangkan mereka (PAS) melacurkannya.
  5. Kalau dah tahu DAP memang benci Islam buat apa buang masa berkawan dengan mereka sedangkan UMNO yang jelas Melayunya dan Islamnya diketepikan. Letaklah Agama dihadapan atau atas dari segala-galanya. Janganlah dek kerana sayangkan jawatan dan gila nak rampas Putrajaya Agama dikesampingkan.

Thursday, January 13, 2011

KEPIMPINAN ULAMAK PENUH DENGAN SEMAK!


  1. Islam adalah agama yang syumul yang melengkapi dan menjadi panduan hidup yang abadi. Sebagai ad-din, Islam sentiasa menyeru umatnya agar berbuat kebaikan dan kebajikan kepada seluruh umat manusia dan juga alam sekitar.
  2. Semalam apabila Datuk Takiyudin tampil diwawancara oleh sebuah stesen TV ternyata apa yang beliau akui cukup memeranjatkan. Bandaraya Islam di negeri Serambi Mekah yang berada di bawah kepimpinan Ulamak rupanya-rupanya semak dengan sampah sarap.
  3. 400 tan sampah yang terpaksa dikutip oleh pihak bandaraya sehari, yang bersepah, adalah jumlah yang banyak apatah lagi di sebuah negeri yang diketahui penuh dengan nilai kerohanian yang tinggi. Takkan lah Tok Guru tak sebut langsung tentang perlunya menjaga kebersihan? Bukankah bersih itu sebahagian dari iman.
  4. Tapi TS pasti dimana-mana sahaja topik para ulamak PAS hanya berkisar kepada politik semata-mata. Samada di kuliah subuh, ceramah-ceramah dalam apa juga acara sambutan keagamaan mahupun dalam khutbah Jumaat, itu tidak termasuk ceramah perdana pastinya politiklah topik utamanya.
  5. Bagi PAS segala-galanya politik. Sebab itulah ada yang bercerai dek perbezaan politik. Berkelahi anak beranak dek berlainan parti. Sembahyang dua imam, syahid kerana amanat, samun papan iklan orang, fitnah, maki hamun, kafir mengkafir sesama Islam dan banyak lagi dan semua ini berlaku kerana ketaksuban ahli PAS kepada ajaran para "Ulamak Muktabar" mereka.
  6. Mungkin juga terlalu banyak berpolitik hingga terlupa nak berpesan bahawa salah satu cabang keindahan dalam beragama adalah mengamalkan nilai-nilai kebersihan dan bukan hanya terletak pada perlaksanaan hudud sahaja baru dikira Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi pengotor malah diseru agar sentiasa mengamalkan kebersihan. 
  7. Itulah bila dah otak asyik masyuk dengan caci hamun, maki seranah dan segala macam punya kuning, maka perangai pun ikut jadi kotor. Ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Indah dan suka kepada keindahan.

Tuesday, January 11, 2011

WANITA BAHAGIAN MERBOK NAK LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI ?!!

  1. Difahamkan formula Najib untuk memenangi kembali negeri-negeri yang kalah kepada pembangkang adalah dengan menggandingkan muka-muka lama dan baru. Mungkin inilah remedi terbaik yang dapat difikirkan oleh Najib dalam suasana Umno sendiri yang ketandusan pemimpin pelapis. Jika ada sekalipun cuma sekadar menjadi pak turut kepada Ketua Bahagian sahaja.
  2. Dalam isu terbaru di Merbok, terdengar ura-ura seluruh ahli jawatankuasa Wanita bahagian, dari Ketua sehinggalah ke pemeriksa kira-kira, ingin meletak jawatan beramai-ramai!
  3. Ini berlaku gara-gara teguran yang dikatakan agak melampau yang dikeluarkan oleh Ketua Bahagiannya, Dato Tajul Urus yang mengatakan wanita tidak efektif dihadapan para tetamu dalam satu majlis anjuran bahagian tersebut. Siapa yang tidak kenal TAJUL, seorang pemimpin angkuh dan ultra kiasu. Dia tidak pernah silap dan yang tidak pernah betul semuanya orang lain! Sebab itulah bahagian Merbok rosak!
  4. Berbalik kepada insiden tadi, oleh kerana dah tersentuh dek teguran tersebut maka para AJK Wanita bahagian tersebut ingin meletak jawatan secara beramai-ramai. Jadi nampaknya tidak boleh ditegur! Kalau nak tegur pun tak boleh tambahlah nak dengar keluhan hamba rakyat!
  5. Dimaklumkan bahawa Ketua Bahagian dan Ketua Wanitanya sama sahaja fiil mereka. Sama-sama sombong dan tidak dengar cakap. Dulu pun Naib Ketua Wanita Bahagiannya, seorang lawyer, dah pun letak jawatan kerana susah nak buat kerja dengan orang yang kurang bijak (kelulusan pun tidak ada). Disusuli dengan beberapa orang AJK lain. Kalau dah tak cerdik dengarlah pandangan orang. Buat-buat bodoh itu lebih baik dari bodoh!
  6. Hamba rakyat di kawasan Merbok pun sedia maklum tentang perangai kedua-dua orang ini. Jadi kalaulah mereka ini ditakdirkan menjadi calon bagi PRU-13 kelak, alamat bungkuslah BN!
  7. Dulu TS ada paparkan tentang isu JASA, jika pembaca masih ingat, so salah seorang pegawai JASA yang dimaksudkan yang menjadi orang kiri kanan Ketua Bahagian salah seorangnya ialah Ketua Wanita Merbok ini. Macamana nak berikan maklumat yang tepat kepada pucuk pimpinan parti kalau mereka sendiri terjebak dalam kancah politik yang tidak sihat ini.
  8. Kalau isu dalaman parti masih lagi jauh dari elok nampak gaya sepenggal lagilah Kedah berada dalam tangan PAS.
  9. DATO SERI NAJIB...Tolonglah fikir-fikirkanlah secara penuh bijaksana dengan mengambil pandangan ramai sebagai asasnya agar BN akan berjaya menawan kembali Kedah. Janganlah nasib dan masa depan bangsa, agama dan negara diletakkan dalam tangan orang seperti ini.

Monday, January 10, 2011

MELAYU "pariah!!"

  1. Sekali lagi Najib diletakkan dalam keadaan dilemma, antara nak teruskan dengan agenda perpaduan kaum melalui genre pendidikan atau nak menang hati pengundi ketika PRK hampir tiba. Isu kali ini juga mengundang kebijaksanaan serta keberanian Najib - kerana KDN dah lesu dan layu!
  2. Kini buku hasil karya Sasterawan Negara menjadi mangsanya. Interlok yang sarat dengan kisah perpaduan dilihat oleh segelintir kaum India - sebab yang tunjuk perasaan cuma 100 orang, sebagai satu penghinaan yang amat besar cukup memalukan mereka. Ungkapan pariah pada halaman 211 dan 220 itu sesuatu yang cukup tragis sehingga ada yang meminta agar pengkajian terhadap agama mereka dihentikan segera.
  3. Dei thamby!, itu baru sedikit, dah sampai tunjuk perasaan bakar buku! Kenapa tak pergi bakar saja ADUN (Komtar) Ng Wei Aik bila dia suruh "balik India". Cina tu lebih rasis dari buku tersebut.
  4. Parti politik mereka PPP, Makkhal Sakthi dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) pun dah mula bising. Bagitu juga dengan Menteri mereka Datuk T.Murugiah yang mahu supaya teks yang mengeji kaum India dan nama kasta yang memalukan agama Hindu harus dibatalkan!
  5. Apapun saya respect kerana mereka begitu sensitif terhadap isu yang melibatkan kaum mereka. Cuma yang saya tidak faham, UMNO, parti Melayu terbesar di negara ini tidak pula melompat apabila orang Melayu dihina lebih dari pariah! Sekarang ini siapa yang pariah? Melayu sekarang berada dalam kasta mana dalam negara ini?
  6. PAS dan PKR tak payah cakaplah, nanti tengok sajalah mereka yang berasa lebih pariah dari orang India sendiri! Cuma yang diam DAP! Sebab mereka ini adalah "Yahudi" dalam negara Malaysia ini. Modus operandi mereka sebijik Yahudi. Kuasai ekonomi kemudiannya kuasai parti dan ahli politik lain untuk buat honar dikalangan Melayu dan kaum lain seperti India.
  7. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan kepada Melayu di Pulau Pinang sebiji macam Yahudi buat kepada rakyat Palestin. Selepas Melayu sudah hilang dari bumi Pulau Pinang kini mereka mula buat honar pada India Muslim. Ini adalah kerana mereka cuba menlenyapkan orang Islam dari bumi Pulau Pinang dan Malaysia - jika boleh.
  8. Harapan kita janganlah pula bila dah 100 orang tunjuk perasaan maka kerajaan terpaksa buat mesyuarat kabinet untuk menilai kembali keputusan yang telah dibuat. Bila anak Cina tak faham bahasa, Namawee hina Melayu hidup-hidup, dia diberikan keistimewaan masuk ke Parlimen berlapikan karpet merah dan disambut penuh mesra oleh menteri kabinet.
  9. Sebagai hamba rakyat kami ingin lihat tindakan yang tegas dan adil bagi semua isu yang timbul yang melibatkan sensitiviti kaum dinegara ini. Janganlah Melayu dikambing hitamkan, dibakul sampahkan atau dibuat seperti pariah!
  10. Kalau mereka boleh naik angin dengan "pariah", tambah pula kita orang Melayu bila agama suci kita dihina - rumah ibadat kita disimbah cat, tafsir ayat-ayat suci kita sedap hati mak bapak mereka, bila sebut penumpang pun dah kena tindakan keras, hunus keris pun kena minta maaf dan banyak lagi - apakah itu pun masih belum cukup untuk dipanggil penghinaan ? Nak tunggu sampai bila dan nak tunggu sampai jadi macam mana baru nak sensitif dan barulah boleh diambil tindakan?!!
  11. Jangan pula nak jaga undi sampai nasib dan maruah bangsa jadi taruhannya. Takut sangatkah sampai hak majoriti pun tidak lagi membawa apa-apa erti? Kita percaya bahawa demokrasi mengutamakan majoriti tanpa meminggirkan minoriti tetapi nampaknya ini dah terbalik kuang. Janganlah sampai sekali lagi Melayu menolak kerajaan dalam PRU kelak. Dulu mereka tolak kerajaan kerana kerajaan lembik!
  12. Kepada Najib jangan biar Melayu terus diinjak-injak, jangan biarkan bangsamu menjadi pariah di negara sendiri.

Friday, January 7, 2011

"MANA ADA SEJAHTERA ! BUAT KERJA TAK MACAM ORANG ISLAM"

  1. Imej pentadbiran PR di beberapa buah negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang amat terjejas kerana sikap pemimpin mereka yang lebih cenderung berpolitik dari buat kerja. Segala isu dipolitikkan sehingga rakyat menjadi mual dan bosan dengan perangai mereka. Pemimpin PR juga dikatakan hanya pandai bercakap!
  2. Rupa-rupanya dalam diam-diam pentadbiran PAS di Kedah pun ada juga yang cakap tak serupa bikin. Suruh orang buat kerja macam orang Islam tapi depa pun buat kerja tak serupa orang Islam.
  3. Baru-baru ini saya terdengar keluhan beberapa pengusaha papan iklan atau billboard di negeri Kedah yang begitu marah dengan sikap tidak endah pihak Pejabat Menteri Besar Kedah yang memasang visual secara sukahati di papan iklan pengusaha-pengusaha tersebut tanpa sebarang makluman dan permohonan!
  4. Menurut mereka, papan iklan tersebut sememangnya telah ada penyewa dengan visual yang telah siap dibayar, namun apabila menjelangnya sebarang sambutan perayaan maka pihak pejabat MB akan mula menaikkan visual-visual mereka. Visual-visual tersebut pula kadangkalanya adalah gambar KDYMM dan ada juga gambar MB siap dengan ucapan seperti : Selamat Hari Raya, Daulat Tuanku dan sebagainya.
  5. Kepada pengusaha-pengusaha tersebut, mereka tidak kisah sekiranya pihak pejabat MB memaklumkan secara rasmi bahawa mereka memerlukan khidmat papan iklan tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu tetapi bukannya dengan cara menaikkan sesuka-hati macam tidak ada tuan punya.
  6. Lagi pun menurut mereka, tidak tergamak mereka mahu merentap turun visual-visual yang memaparkan wajah-wajah KDYMM Tuanku Sultan dan pemimpin negeri ! Tapi betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau bawa turun juga nampak macam menderhaka atau sekurang-kurangnya tidak ada adab. Jadi semua itu menjadi dilemma buat mereka.
  7. Pengusaha tersebut juga tahu bahawa pihak yang diarahkan memasang visual tersebut dibayar untuk kerja mereka dan seharusnya mereka perlu lebih beretika dan beradab "kerana negeri ini bukan emak bapak mereka punya!" kata salah seorang pengusaha tersebut.
  8. "Kalau macam ni mana ada sejahtera, semua pembohong belaka!", sambung beliau lagi marah dengan keadaan tersebut. "Nanti saya akan bagi gambar".
  9. Menurut beliau lagi perkara sebegini telah berlaku sejak lama lagi iaitu ketika pihak kerajaan menganjurkan Festival Kedah Sejahtera pada tahun 2009. Ramai pengusaha merasa tidak puashati kerana klien mereka mula komplen dan ada yang nak ambil tindakan menyaman mereka kerana breach of contract!
  10. Kini pengusaha-pengusaha papan iklan ini akan membawa isu tersebut ke SPRM untuk siasatan kerana menurut mereka terdapatnya unsur-unsur salah-guna kuasa oleh pihak kerajaan !
  11. Ibarat kata pepatah, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih...lain kali kalau nak buat kerja buat macam orang Islam na....

Thursday, January 6, 2011

BERKAT DOA HARI JUMAAT

  1. Dengan tibanya Jumaat maka kita sekali lagi akan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh khatib dan Imam yang bertugas. Antara kandungan doa tersebut termasuklah mendoakan kebaikan kepada KDYMM Raja-Raja ataupun Sultan-Sultan serta KDYMM YDP Agong yang memerintah negeri dan negara.
  2. Sememangnya menjadi ajaran agama Islam agar kita sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada pemimpin kita terutamanya Raja-Raja tersebut dan kalau dilihat pada hari ini kita amat bersyukur kerana mempunyai Raja dan Sultan yang baik dan mulia sekali akhlak mereka. Sentiasa mengambilberat hal-ehwal rakyat dan pentadbiran.
  3. Tapi yang nampak tidak berapa senonoh ni segelintir pemimpin yang terdiri dari hamba rakyat. Yang suka kepada kerosakkan dan perpecahan, mengadu domba rakyat serta membangkitkan rasa benci diantara satu sama lain.
  4. Kita juga bersyukur kerana dalam isu perlantikan SUK Selangor baru-baru ini, KDYMM Sultan Selangor begitu profesional dan dengan penuh kebijaksanaan baginda telah berjaya merungkai kemelut tersebut dengan menjadikan matlamat kesejahteraan rakyat dan negeri mengatasi isu yang dibangkitkan.
  5. Mungkin itulah berkat doa yang dibacakan dalam setiap kali solat fardhu Jumaat semoga negara kita akan sentiasa diberkati dengan Raja-Raja dan Sultan-Sultan yang mulia lagi baik pekerti bagi menjadi payung kepada kesucian Islam, kedaulatan Melayu, negara dan seluruh rakyat.

Sunday, January 2, 2011

PAS - 50 Tahun Masih Terhegeh-Hegeh



  1. Tahun baharu 2011 yang disambut meriah dengan percikan mercun dan bunga api seharusnya memberikan sinar baru yang lebih baik dan penuh gemerlapan kepada seluruh umat Melayu Islam dinegara ini. Namun perkara lain yang berlaku sebaliknya.
  2. Isu yang melibatkan agama Islam menjadi kebanyakkan tajuk didada akhbar. Bermula dengan sikap pemimpin PAS, Wan Abdul Rahim - ahli Parlimen Kota Bharu, yang sedia mati mempertahan Karpal Singh (kafir harbi yang sedia-sedia memusuhi Islam) ditambah pula dengan sikap tidak peduli Teo Nie Ching - ahli Parlimen Serdang, yang memang tidak serik-serik menyakitkan hati orang Islam dan tidak pernah mahu belajar menghormati tuntutan Islam serta tidak pernah ditegur oleh orang yang menggelarkan diri mereka Islam iaitu PAS, yang memakai baju ketat sendat memperlihatkan tubuh badannya untuk dipertontonkan kepada para pak lebai dan haji di satu program senamrobik di sebuah masjid baru-baru ini.
  3. Tidak cukup dengan itu, ada pula dikalangan pemimpin Melayu yang sudah berani mencabar Raja-Raja Melayu. Isu perlantikan Setiusaha Kerajaan Selangor, Dato Mohammed Khusrin, nampaknya menjadikan Sultan sebagai punca kepada kemelut perlantikan tersebut di Selangor. Sikap biadab ADUN Seri Muda - Shuhaimi jelas memperlihatkan ketaksuban yang melampau kepada kepentingan politik sehingga sanggup menghina dan memperlekehkan institusi beraja di negara ini.
  4. Kalau di zaman dahulu ketika Raja-Raja berkuasa sepenuhnya, pastinya mereka-mereka ini dah lama disula ataupun dipancung kepala!
  5. Semua ini berlaku kerana tiada tindakan yang benar-benar berkesan dan tegas diambil! Walaupun ada peruntukkan dalam undang-undang negara yang membolehkan tindakan tegas dan keras diambil tetapi nampaknya pihak yang bertanggungjawab masih lagi dok tunggu dan lihat. Macamana punya tindakan dan bila nak diambil pun kita tidak tahu.
  6. Kita faham kadangkala bila sesuatu tindakan mahu diambil pelbagai sudut terpaksa dipertimbangkan dan selalunya pertimbangan politik mengatasi segala-galanya. Bagi pembangkang pula segala tindakan dan pengucapan mereka itu tidak salah atas dasar demokrasi dan keterbukaan serta hak bersuara.
  7. Apapun keadaan dan tindakan sekalipun, yang jelas sekali adalah, inilah sikap buruk dan paling merosakkan yang telah ditunjukkan kepada generasi muda yang baru nak kenal dunia. Mereka yang berkopiah dan bersongkok penuh alim dan kesopanan inilah yang telah memperlihatkan kejelikan sikap tetapi pada masa yang sama berceramah ke hulu ke hilir menekankan pentingnya memartabatkan syariat agama!
  8. Mungkin inilah balikkan hukum Allah kepada banyak pemimpin PAS yang dahulunya cukup hebat memperkatakan soal hukum-hakam dan kini semua balik kepada mereka! Dulu ayat Al-quran digunakan untuk menjatuhkan hukum. Kini ayat al-quran digunakan untuk membetulkan tindakan mungkar mereka pula.
  9. Sebab itulah PAS tidak pernah berjaya dalam perjuangan mereka kerana matlamat mereka adalah untuk menjatuhkan orang Islam sendiri dan bukannya menegakkan AGAMA ALLAH. Kerana kita percaya dan penuh yakin bahawa sekiranya benar mereka menjadikan urusan Allah sebagai wadah perjuangan mereka, pastinya Allah akan membantu mereka sejak dahulu lagi. Ini dah 50 tahun masih terhegeh-hegeh itupun hanya 2 negeri.
  10. Kalau PAS benar-benar memperjuangkan Islam, peliharalah Islam dengan sepenuh jiwa dan raga, kalau benar PAS memperjuangkan Islam, berdamailah dan kukuhkan ukhwah sesama Islam.
  11. Enough is enough - cukuplah! kalau nak menang pilihanraya pun buatlah secara jujur dan benar. Sebagai orang Islam kita percaya bahawa Allah bersama-sama dengan kita jika kita benar.