Thursday, February 16, 2012

SALAM BERSUA KEMBALI

  1. Hampir 4 bulan lamanya TS tidak ber"posting" dan kadangkalanya teringin benar untuk melakukannya. Tetapi memandangkan rutin harian yang begitu padat dan mendesak maka tersasarlah niat untuk memuatkan ruangan blog ini untuk sekian lamanya.
  2. Kini TS kembali dengan pelbagai cerita yang mungkin boleh kita berkongsi bersama kerana selama beberapa lama berkelana di negara orang, banyak benar perkara yang TS rasa perlu kita ambil iktibar darinya.
  3. Namun sebelum itu, TS ingin mengucapkan salam bersua kembali kepada para pengikut dan pembaca.
  4. InsyaAllah kita akan bertemu dalam posting akan datang, MENYELUSURI SALJU ASTANA.