Tuesday, October 26, 2010

Ada Berani?

  1. Sebenarnya apa yg TS harapkan dari perhimpunan Umno baru lalu adalah sesuatu yang cukup hebat dan memperlihatkan berlakunya proses yang dinamakan TRANSFORMASI tersebut. Walaupun kita disajikan dengan ucapan yang bertenaga luar biasa dari Presiden dan Timbalan Presiden namun dendangannya masih belum mantap.
  2. Umno yang baru bangkit dari kelembabannya diharap mampu memberikan nafas baru kepada  orang Melayu dan bukan sekadar mengiakan jerit pekik Perkasa sebelum ini yang teguh mempertahankan Perkara 153 dan lain-lain perkara yang termaktub didalam Perlembagaan. 
  3. Kerana itulah belum pun Presiden habis bercakap, Chua Soi Lek dah menyampuk. Kerana beliau percaya bahawa pemimpin Umno hanya kuat bercakap tapi tidak berani bertindak. Apatah lagi kalau ianya membabitkan isu-isu nasional.
  4. Perhimpunan Agung Umno tersebut seharusnya menjadi platform terbaik bagi parti politik tersebut mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya. Tidak salah rasanya kalau Muhyidin Yasin boleh umumkan bahawa perlu diwujudkan sekolah satu aliran sebagai medium intergrasi yang berkesan. Atau mungkin juga pemberian penuh biasiswa kepada pelajar Melayu yang berjaya ke menara gading tanpa mengambilkira kursus yang diambil.
  5. Atau, yang maha hebat iaitu menentukan ekuiti Melayu dan Bumiputera dalam kek ekonomi perlulah berdasar kepada komposisi kaum.
  6. Ketiga-tiga contoh yang diberikan jika dijadikan satu resolusi selain 7 nilai transformasi yang dicadangakan bagi perhimpunan kali ini pastinya bakal mencelikkan mata dan minda para pemimpin cauvinis Cina dan India terhadap Umno. Ia pastinya akan menyedarkan mereka bahawa ini bukan lagi omogan kosong tetapi isu tetapi ianya adalah teras perjuangan parti Umno dan "we (UMNO) mean business".
  7. Memperbaiki Umno itu satu hal, mendapatkan keyakinan dan sokongan Melayu itu satu hal lagi kerana sebagai sebuah parti politik Umno perlu dilihat masih relevan dalam memperjuangkan nasib Melayu. Sekiranya Umno mempunyai kuasa sakti sehebat mana sekalipun orang masih tak hairan tetapi jika kuasa tersebut digandingkan dengan keberanian luarbiasa pastinya Umno akan digeruni.
  8. Hanya dengan keberanian luarbiasa itu maka transformasi pasti berjaya.

Transformasi ka.. Transformer

  1. Apabila YAB Presiden UMNO menggariskan 7 nilai transformasi dalam Model Transformasi UMNO agar dilaksanakan segera, kepada kita yakni golongan marhaen, ianya seperti mimpi dalam mimpi. Saranan Presiden tersebut adalah murni bagi memastikan kelangsungan UMNO namun yang dikhuatirkan ialah apakah mereka-mereka yang ternganga mendengar ucapan beliau mampu melaksanakan nilai-nilai transformasi tersebut di kawasan masing-masing?
  2. Bukanlah niat nak merendahkan sesiapa tapi itulah hakikat pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian walaupun tak semuanya begitu namun rata-rata merasakannya begitu.
  3. Ini adalah kerana orang-orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan ketujuh-tujuh nilai tersebut merupakan orang-orang yang sama yang dok buat kerja-kerja tak senonoh tu!  
  4. Apakah ini kumpulan yang diharapkan oleh YAB Presiden untuk mentransformasikan UMNO?
  5. Hari ini belum pun sampai seminggu YAB Presiden UMNO menggariskan 7 nilai transformasi dan belum sampai sebulan PM mengumumkan elaun JKKKP naik dah timbul pula isu lawan-berlawan nak jadi JKKKP. Ini kerana mengikut congak-congak yang dibuat elaun bulanan yang bakal diperolehi bukan sikit jumlahnya kalau dikalikan setahun dah berjumlah RM9,600.00
  6. Jadi masing-masing dah mula celik mata dan dah ada yang mula membuat percaturan politik mereka.  Memandangkan Ketua Umno Cawangan secara tradisinya Pengerusi JKKKP maka siaplah dia dengan kuda-kudanya bagi menangkis segala serangan cah keting dan sebagainya. 
  7. Semoga episod transformasi jangan sampai jadi cerita Transformer sudah.

Sunday, October 24, 2010

SEJARAH ASAS PEMBINAAN PERADABAN BANGSA

  1. Akhirnya Sejarah menjadi matapelajaran teras di peringkat sekolah rendah mulai 2014 setelah dipersetujui menjadi subjek wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Langkah menjadikan Sejarah sebagai matapelajaran teras dan wajib lulus ini seharusnya bermula lama dahulu sebagai instrumen pemantapan patriotisme dan nasionalisme di kalangan rakyat negara ini.
  2. Saranan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi, agar matapelajaran Sejarah diajar  melalui kaedah "education is fun" adalah bagus selain kaedah membaca dan menghafal kerana ia boleh melahirkan minat yang mendalam terhadap subjuk tersebut. Namun begitu matlamat menyemarak serta menghayati sejarah perlu menjadi teras perlaksanaannya.
  3. Sejarah bukan sekadar fakta yang perlu diketahui sahaja malah ianya mampu menyumbang kepada critical thinking yang seterusnya menjadikan hasil dari kajian dan penilaian tersebut sebagai keputusan atau tindakan masa hadapan yang tepat dan murni. Oleh yang demikian peranan semua guru amnya dan para guru matapelajaran tersebut khususnya, seharusnya mampu mendorong kepada berlakunya proses pemikiran tadi.
  4. Bagi sesetengah pihak yang mahu mengenepikan sejarah, tindakan tersebut merupakan tindakan orang yang cuba menafikan sumbangan orang lain dalam konteks perpaduan dan pembangunan negara. Mereka tidak mahu dilihat sebagai tidak mengenang budi dan hanya tahu memuaskan temoloknya sahaja dan cuba untuk menutup segala kelemahan dan kejahatan mereka!
  5. Tindakan menyelar Presiden UMNO yang mempertahankan Perkara 153 oleh Chua Soi Lek ketika menyampaikan ucapan pembukaan dan penggulungan bahawa isu tersebut boleh menyentuh sensitiviti kaum adalah sebagai biadab. Penegasan oleh YAB Presiden dalam isu tersebut adalah sebagai jawapan serta amaran bahawa isu-isu yang membabitkan Perkara-Perkara berkenaan Islam, Melayu, Raja-Raja dan kuota tidak dijadikan modal meraih simpati dan politik.
  6. Ini adalah bukti kedangkalan penghayatan sejarah. Chua Soi Lek perlu ingat bahawa sejarah juga telah memperlihatkan bahawa kejahilan dalam soal menjaga adab tata susila telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah 13 Mei 1969. Jika sejarah cuba diketepikan tanpa dihayati dan dijadikan sempadan tidak mustahil ianya boleh berulang!
  7. Sebagai pengajaran yang terbaik mari kita imbau kembali kejadian 13 Mei 1969 tersebut dan apakah yang menjadi penyumbang kepada peristiwa berdarah tersebut. Tindakan untuk mengadakan perarakkan oleh DAP sebagai meraikan kejayaan mereka di dalam pilihanraya 1969 walaupun pada mulanya tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa tetap ingin diteruskan. Walaupun pelbagai alasan diberikan bahawa ianya sekadar perarakkan sekadar meraikan kemenangan namun akhirnya bertukar kepada perarakkan dan perhimpunan memaki hamun orang-orang Melayu.
  8. Tindakan biadab dan aggresif tersebut telah mencetuskan perasaan tidak puashati dan marah orang-orang Melayu yang akhirnya membawa kepada beberapa insiden pergaduhan dan pertumpahan darah.
  9. Jika Chua Soi Lek "bijak" dan berupaya menghayati sejarah pastinya beliau akan berusaha dengan sedaya-upaya untuk menghindari diri dari mengeluarkan kata-kata atau memberikan komen-komen liar yang boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Kerana menghindari itu lebih baik dari mengubatinya. Pepatah Inggeris ada menyebut, wiseman learn from others mistake and avoid it.

Friday, October 22, 2010

DUN DERGA : DAP VS PKR

1. Nampaknya penyakit serang menyerang dalam PKR tidak habis dalam mesyuarat cabang mereka sahaja tetapi melarat sampai ke luar. Rebut merebut jawatan sehinggalah kepada rebut merebut kerusi DUN pula. Inilah sindrom "semua-orang-tak-betul-dia-saja-yang-betul" yang melanda PKR.
2. DUN Derga yang mempunyai pengundi berjumlah 22,159 – (Peratusan Kaum: M:54.78% C:40.07% I:4.11% L:1.05%) pastinya tidak akan diberikan secara percuma kepada PKR dan keadaan ini pastinya membuatkan Ustaz Azizan risau dan rimas jika tidak ditangani segera.
3. Sikap pemimpin de-factonya, kini menular kepada ahli-ahlinya pula. Kegilaan-demi-kegilaan dalam PKR semakin menjadi-jadi. Dari kerakusan nak menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri sehinggalah kepada kerusi DUN dan mungkin juga jawatan Menteri Besar.
4. Mungkin ini juga salah satu sebabnya Ustaz Azizan pun mula bimbang. Manalah tahu kerana pada PKR mereka sahaja yang pandai dalam serba serbi. Ustaz Azizan pun sekarang dilihat mereka sudah tidak makan cekak untuk mentadbir Kedah, terutama dalam menangani isu air.
5. Kepada Ustaz Azizan kenalilah sahabat anda.

Thursday, October 21, 2010

TV3 DAH KENA KOMPAUN, NAMEWEE "RACIST" BILA LAGI?

1. Stesen TV3 telah dikompaun oleh SKMM sebanyak RM50,000.00 gara-gara menyiarkan iklan Sinari Lebaran yang dilihat suatu penghinaan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Begitulah jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.
2. Persoalannya, bilakah pula tindakan akan diambil keatas budak rasis Namawee yang tak habis-habis dengan video perkaumannya? Takkan terlepas begitu sahaja. Kalaulah benar kementerian dah serah siasatan kepada Peguam Negara, apa yang ditunggu lagi. Janganlah biar rakyat, terutamanya orang Melayu tertunggu-tunggu tindakan yang bakal diambil.  
3. Janganlah bila kena batang hidung orang Melayu cepat saja tindakannya - kena reman dan sebagainya, tapi bila kena seorang budak Cina sampai sekarang tak dengar cerita.
4. Ingatlah kita tak perlu apologetik lagi dan jangan takut nak ambil tindakan. Orang tidak hormat dan menghina kita apabila kita lemah dan takut. Kerajaan perlu tegas dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama. Yang bersalah perlu menerima hukuman. Jangan pula dek kerana takutkan sokongan politik bangsa dan agama diperjudikan.
5. Kementerian Dalam Negeri (KDN) kalau perlu dirombak, rombaklah. Kita mahukan seorang Menteri yang berani dan tegas bukan setakat memberi amaran. Kalau tidak beginilah jadinya maka terpaksalah Ketua Wira Perkasa, Arman, mengejar Namawee ke seluruh pelusuk negara.

TAK PERNAH YANG KENA DAN TAK PERNAHNYA CUKUP

1. Bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat yang lalu mendapat pelbagai reaksi, samada positif mahupun negatif. Tetapi yang yang sangat mengujakan ialah perihal bonus! Ramai kakitangan awam yang ternanti-nantikan bilakah agaknya PM akan isytiharkan pemberian bonus ketika pembentangan bajet tempohari.
2. Kini segalanya terjawab. Walaupun dah seminggu berlalu namun masih kedengaran suara-suara yang masih kurang berpuashati dengan jumlah RM500.00 yang diperuntukkan oleh kerajaan sebagai penghargaan kepada segala jasa dan khidmat setia kakitangan awamnya.
3. Baru-baru ini beberapa orang guru yang duduk menikmati minuman pagi masih menyuarakan rasa hati mereka yang agak tidak berapa seronok dengan jumlah yang telah dijanjikan kerajaan. Kerana bagi mereka sekurang-kurangnya dapat sebulan gaji, baru berbaloi.
4. Luahan hati mereka ini ada benarnya kerana, jika benar bagai dikatakan bahawa ekonomi negara semakin kukuh apalah sangat dengan bonus sebulan gaji. Tetapi PM pula kata kalau nak bagi sebulan gaji maka kerajaan terpaksa habiskan hampir RM3.1 bilion, kita nak tanya balik bagaimana pula sumbangan para guru tadi kepada pendidikan anak bangsa kita?
5. Kerana ketika menyampaikan anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 peringkat negeri Perlis, Tan Sri Alimuddin ada menyatakan rasa terkilan beliau dengan sikap guru yang merungut tentang beban tugas mereka yang dianggap "tidak menyeronokkan".
6. Jika luahan rasa Ketua Pengarah Pelajaran ini benar, maka masa depan pelajaran dan pendidikan anak-anak kita amatlah membimbangkan. Jika para guru ini tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab mereka, bagaimana pula kualiti pelajaran yang diberikan kepada anak-anak kita. Jika sungguh bagai dikata, rasanya cukuplah dengan RM500.00 bonus tersebut. Bagi banyak-banyak pun buat apa kalau tanggungjawab pun dianggap beban yang tidak menyeronokkan.
7. Jangan pula nak dipersalahkan anak-anak kalau mereka gagal dan tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan. Ini kerana orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan pun mengajar separuh hati dan tidak ikhlas.
8. Bolehkah kerajaan mengharapkan orang seperti ini menyokong mereka bila menjelangnya pilihanraya. Tak bagi bonus tak kena, dah dibagi bonus pun masih tak cukup. Boleh kata tak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi mereka. Saya tak bermaksud semua guru dan kakitangan kerajaan tapi tepuk dada tanya selera.
9. Kepada seluruh kakitangan awam, termasuklah guru, imigresen, polis, tentera dan banyak lagi buatlah kerja dengan penuh keikhlasan dan bersyukurlah dengan niakmat yang dikecapi. Ingatlah siapa yang menyuap kita dan jangalah pula jari mereka digigit pula. Rasullullah SAW ada bersabda, "barang siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak berterima kasih kepada ALLAH".

Wednesday, October 20, 2010

DOA SELAMAT SEJAHTERA


TS ingin mendoakan agar YB Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa Malaysia semoga lekas semboh dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Perjalanan YB dalam perjuangan memartabatkan kedudukan orang Melayu masih panjang dan TS boleh merasakan bahawa ramai yang ternanti-nantikan kembalinya YB bagi terus menakhodai kepimpinan Perkasa Malaysia.

Sebagai seorang yang mengikuti sirah perjuangan YB, saya akan terus mendoakan kejayaan perjuangan Dato dan seluruh warga PERKASA.

SALAM PERJUANGAN. TS

UMNO DAN NGO



  1. Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapan pembukaan beliau semalam yang menegaskan bahawa UMNO tidak sekali-kali akan menjauhkan diri dari mana-mana NGO Melayu dan Islam seharusnya menjadi pendekatan yang bijak dan perlu disambut baik oleh perwakilan UMNO.
  2. Ini kerana ketika parti-parti politik Melayu hampir-hampir dicucuk hidung oleh beberapa kerat pemimpin cauvinist Cina dan India, NGO-NGO Melayu seperti Perkasa, telah tampil menjuarai suara orang-orang Melayu. Perkasa juga telah mengambil beberapa inisiatif seperti membentuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggabungkan lebih 130 buah ngo Melayu lainnya dalam satu gagasan yang begitu berkesan peranannya.
  3. Sebagai sebuah parti politik Melayu yang dominan, UMNO seharusnya melihat sesiapa sahaja yang mewakili Melayu sebagai sahabat dan bukannya lawan terutamanya NGO Melayu dan Islam. Ini adalah kerana sekuat mana sekalipun  sesebuah NGO tersebut, mereka bukanlah saingan sebenar kepada UMNO tetapi mereka boleh menjadi penyokong yang baik jika bijak diuruskan.
  4. Saranan YAB Timbalan Presiden dikira tepat pada masa dan ketikanya kerana terdapatnya segelintir, jika tidak ramai pun, pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat yang dilihat menjadikan Perkasa khasnya sebagai saingan dan tidak kurang juga yang memusuhinya.
  5. UMNO perlu ingat bahawa ngo Melayu seperti Perkasa, Pekida dan lain-lain lagi mempunyai jumlah keahlian yang cukup besar. Dan ianya cukup besar untuk memberi impak ketika tibanya hari mengundi! Oleh yang demikian selain Sabah dan Sarawak sebagai fix deposit kepada kejayaan Barisan Nasional dan UMNO, ngo-ngo ini juga boleh menjadi simpanan tetapnya.
  6. Oleh itu kepada seluruh pemimpin dan ahli UMNO janganlah terlalu mendabik dada dengan segala kedudukkan anda dalam parti pada hari ini dengan melihat Melayu lainnya sebelah mata kelak kalian berputih mata dan Melayu menjadi hamba gara-gara sikap sombong dan angkuh kalian. Jadikanlah teguran dan saranan YAB Timbalan Presiden sebagai amanat yang berguna demi bangsa yang mulia.

UMNO MENGGALAS CABARAN

  1. Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang baru dirasmikan semalam - sayap Pemuda, Wanita dan Puteri - oleh YAB Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin, memberikan mesej yang amat jelas tentang halatuju UMNO dalam menakhodai negara yang bakal menuju negara maju 2020.
  2. Beliau yang berulangkali menyatakan bahawa UMNO tidak harus terlalu apologetik terhadap perjuangan dalam memartabatkan kedudukan Melayu dan agama Islam, seharusnya menjadi  pembakar semangat kepada semua perwakilan sayap.
  3. Ramai yang sedar UMNO yang diwarisi pada hari ini oleh Najib dan Muhyiddin begitu lemah sekali tetapi ianya bukan alasan untuk parti tersebut terus lesu dalam perjuangannya. Apatah lagi terus tergelincir dari asas perjuangan asalnya.
  4. Pemimpin UMNO terutamanya pemuda, mempunyai tanggungjawab yang maha besar dalam memulihkan imej UMNO dikacamata rakyat amnya dan orang Melayu khususnya. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin pemuda terdahulu seperti Idris Harun yang begitu lantang dan berani mempertahankan kedudukkan orang Melayu.
  5. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin pemuda yang lain yang terdahulu mereka tidak lekas menjadi apologetik biar apa sekalipun dalam apa keadaan sekalipun samada tekanan mahupun desakan.
  6. Bukanlah niat kita hendak menzalimi sesiapa tetapi orang-orang yang cuba merosakkan sistem kehidupan yang telah diterimapakai selama ini tidak boleh dibiarkan rosak. Permuafakatan dan jalinan kerjasama yang telah wujud sekian lama dan telah menzahirkan kemakmuran di negara bertuah ini seharusnya tidak diwarnai dengan pelbagai rungutan dan pertikaian yang meresahkan.
  7. Oleh yang demikian, ingatan oleh Timbalan Presiden tersebut seharusnya dijadikan panduan berguna kepada pimpinan pemuda khususnya dalam menggalas amanah bagi memastikan bahawa perjuangan UMNO berkelangsungan dan seterusnya nasib dan masa depan agama Islam, Melayu dan negara ini akan terus dimartabatkan.
  8. Kini masa depan Melayu ditangan anda. UMNO harus segera bangkit menjadi pembelanya. UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang dilihat oleh rakyat di negara ini yang masih relevan sedangkan yang lainnya, PAS dan PKR sudah rosak roh perjuangannya. Namun begitu UMNO harus berani bertindak.
  9. Bagi mendepani PRU13 kelak, pemilihan yang bijak iaitu calon yang diyakini boleh memberikan kemenangan perlu menjadi keutamaan. UMNO perlu berani membuat perubahan sesuai dengan motto menjana transformasinya. UMNO harus menerima hakikat bahawa banyak muka-muka lama yang perlu digantikan! Demi kelangsungan perjuangan parti.
  10. Jika benar UMNO tidak perlu terlalu apologetik, maka ianya perlu bermula disini dan bukan sahaja kepada orang lain tetapi juga kepada muka-muka lama yang sudah tidak laku lagi pun kita tidak perlu apologetik sebab masa semakin suntuk dan perubahan semakin mendesak.