Saturday, September 17, 2011

Pengertian MERDEKA!

  1. Sambutan Hari Kemerdekaan sememangnya hari yang amat bersejarah kepada negara dan rakyat Malaysia tetapi apakah ianya benar-benar bermakna kepada orang Melayu?
  2. Sudah 54 tahun kita merdeka tetapi kemanakah halatuju Melayu? bagaimanakah keadaan orang Melayu hari ini, apakah mereka semakin kuat? adakah mereka semakin maju dari kaum-kaum lain? bagaimanakah perpaduan dikalangan mereka? ekonomi mereka bagaimana? politik mereka bagaimana? taraf sosial mereka bagaimana?
  3. Tidak dapat dinafikan nasib Melayu lebih baik dari 54 tahun dahulu. Nasib Melayu lebih terbela dari sebelum merdeka. Tetapi apakah ianya cukup menjamin bahawa Melayu akan terus merdeka dari cabaran-cabaran yang semakin hebat yang diterimanya dari kiri, kanan, depan dan belakangnya hari ini?
  4. Hari ini kedudukan Melayu semakin dipertikai, apakah itu MERDEKA? Islam semakin dihina, apakah itu MERDEKA?
  5. Siapa sebenarnya yang MERDEKA?
  6. Kita bersetuju dengan pandangan beberapa sejarahwan bahawa Melayu merdeka lama dahulu, beratus-ratus tahun dahulu. Jika itulah pandangan mereka maka siapakah yang merdeka selepas 31 Ogos 1957?
  7. Jawapannya mudah, INDIA dan CINA!
  8. Sebenarnya 31 Ogos 1957 merupakan nikmat kemerdekaan sebenar kepada orang Cina dan India. Detik 31 Ogos 1957 merupakan saat dan ketika dimana mereka memperoleh hak di negara ini.
  9. Kini pemimpin mereka melalui beberapa parti politik sudah tidak hairan lagi dengan isu-isu sensitif orang Melayu, berkenaan agama terutamanya dan hak-hak keistimewaan mereka.
  10. Oleh itu apakah MERDEKA benar-benar memberikan pengertian kepada Melayu hari ini?

Wednesday, September 7, 2011

MAT SABU BIKIN PAS BUSUK!

Azlas dan Minah

“Saya sangat sedih dan tidak sangka sama sekali dia (Mat Sabu) sanggup berkata demikian (mengangkat komunis sebagai hero). Saya tak akan maafkan dia. Jangan datang jumpa kami di sini, kami tak mahu dan saya benci dia.

Sumber : Utusan Malaysia

  1. Demikianlah luahan hati dan perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang dibunuh kejam oleh komunis - geng Mat Indera, tokoh pujaan Mat Sabu.
  2. Cerita Mat Indera ini adalah kes yang cukup terpencil kalau nak dibandingkan dengan banyak lagi tokoh-tokoh hebat yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Onn Jaafar, Kanang Anak Langkau, Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan. Jadi apalah sangat yang nak dibanggakan dengan orang yang sanggup membunuh bangsanya sendiri.
  3. Pembunuhan ngeri anggota polis dan beberapa orang homeguard di Bukit Kepong jelas tidak memperlihatkan kehebatan Mat Indera tetapi lebih kepada kekejaman gerakan komunis di Tanah Melayu.
  4. Kalaulah sungguh nak merdekakan Tanah Melayu, kenapa selepas merdeka pun mereka masih meneruskan pemberontakan menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu? Sepatutnya mereka meletakkan senjata serta merta selepas detik 31 Ogos 1957!
  5. Jadi apa sebenarnya mesej yang cuba Mat Sabu sampaikan, PAS sudah menerima Komunis?
  6. Mungkin juga ini antara sebabnya PAS semakin menjauhi perjuangan Islamnya, tiada lagi Negara Islam, Tiada lagi Hudud, Kalimah Allah dah tidak mereka heran, Isu murtad mereka diamkam, Isu aurad dalam Masjid diremeh  dan Nabi Muhammad SAW adalah sama sahaja dengan manusia biasa lainnya!??
  7. Nampaknya godaan kuasa politik tak mampu ditahan oleh pemimpin PAS sehingga agama dikesampingkan.
  8. Kalau dah duduk sekandang dengan kambing, akhirnya kita pun berbau macam kambing. Kalau dah taksub sangat dengan puak-puak kafir harbi DAP, dikhuatiri Islam pun dianaktiri, bangsa dah tak dipeduli. Akhirnya PAS dibenci bangsa sendiri!

Saturday, September 3, 2011

Kerana Mulut Badan Binasa!



  1. Kerana mulut, badan binasa begitulah nasib PAS. Kini ayam tambatan mereka nampaknya makan tuan. Bila dah terlalu banyak bercakap maka banyaklah silapnya. Mat Sabu kini tersandung tatkala ghairah mengejar populariti al-maklumlah Timbalan Presiden.
  2. Keceluparan beliau kini mengundang padah. Karpal Singh pun dah naik mual dengannya. Apa tidaknya, bagi Karpal, beliau tidak mahu DAP dianggap sebagai komunis atau dikaitkan dengan gerakan dan ideologi tersebut. Demi kejayaan DAP pada PRU13, undi Melayu, Cina dan India adalah penting dan tidak hanya menumpu kepada undi satu kaum sahaja.
  3. Bagi Karpal, kenyataan yang dibuat Mat Sabu seolah-olah DAP itu komunis! Sebab itulah Mat Sabu terpaksa menyokong tindakan serangan komunis di Bukit Kepong sebagai HERO dan pasukan keselamatan sebagai pengkhianat negara.
  4. Kini Karpal mula mencongak-congak hubungan mereka bersama PAS dalam PR, apakah menguntungkan atau tidak?
  5. Transformasi PAS nampaknya lebih merosakkan dari membawa kebaikkan. Timbalan Presiden yang dilihat mampu mengepalai jentera "perang" PAS bagi PRU13, ibarat duri dalam daging. Tapi apa pun itu semua pilihan ahli PAS. Mereka seharusnya yang patut dipertanggungjawabkan!
  6. Pemimpin dan ulamak PAS nampaknya terdiam kaku! Nak lepas diri macam mana dalam dunia serba canggih ini. Nak mengaku salah tak gamak - sebab statuts mereka ulamak, tak mengaku tak boleh sebab satu Malaya dah tengok video Mat Sabu !
  7. Itulah kalau dah banyak sangat Mulut, bercakap sampai tak ketahuan kalu. Rasullullah SAW dah ajar kita supaya jangan banyak sangat bercakap nanti kalau silap atau salah susah jadinya. Tapi kalau dah perangai serupa Yahudi mabuk apa boleh buat akhirnya yang menjadi masalahnya PAS sendiri dek kerana mulut Mat Sabu.

Sunday, August 28, 2011


Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat. Diharap Ramadhan yang bakal berlalu banyak menginsafkan kita dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dikalangan kita umat Islam .

Tuesday, August 16, 2011

10 prinsip kristian!?

(Siaran komen di media pro-pembangkang Free Malaysia Today pada 12.08 yang jelas menghina Islam dengan komen saperti "allah BABI MOHAMAD seorang perogol")

Salam 2 all.

"10th Commandment: EZAM THE FROG....Muslim convert to christian. This shows that the teaching of Islam is not right....islam is a fake religion.Your allah BABI MOHAMAD is a rapist...holly man doesn't married to 4 wives..does not encouraged jihad....islam doesn't practice and teach his followers the 10th commandment like the christian does....read through our holly bible and understand what are the 10th commandment is all about....just wonder how your babi mohamad looks alike....how come until now nobody show the photo of him....Islam are worshipping stone....EZAM..."BURN YOUR HAIRY WIFE PUSSY"

(Alih Bahasa: EZAM SI-KATAK...Muslim murtad kepada kristian. Ini bukti ajaran Islam tidak betul....islam agama palsu. Allah BABI MOHAMAD seorang perogol...insan warak tidak akan kahwin 4...tidak menggalakkan jihad....islam tidak amal dan ajar pengikutnya 10 prinsip macam kristian...bacalah bibel dan fahami 10 prinsip itu...bagaimana agaknya rupa babi mohamad...kenapa sampai hari ini tidak ada gambar dia...Islam sembah batu...EZAM..."BAKAR BULU KEMALUAN ISTERI KAMU").
 
(sumber : zul4kulim)
 
  1. Sedih dan marah bila ada orang yang sanggup menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW! Orang sebegini seharusnya dipenggal sahaja lehernya! Sudahlah tu suruh kita baca bible KITAB PORNO dia pulak. TS nak tanya banghal ni, dia dah khatam ka bible tu?
  2. Rasanya budak ni pun tak baca bible. Sebab tu dia suruh kita baca. Kalau tidak pun dia sendiri tak faham apa yang bible cuba ajar. Itulah yang dinamakan SESAT!
  3. Apa 10 prinsip kristian tu? Cuba habaq mai!
  4. Zina, sumbang mahram, anak haram, maki emak, telanjang, rogol, hina tuhan, pelacuran, tidak puasa dan tidak sembahyang adakah ini 10 prinsip kristian? Kerana inilah yang banyak tertulis dalam bible dan orang kristian ramai-ramai buat!
  5. Tak payahlah nak suruh baca kitab kamu, buat orang geli geleman saja. Tidak pun orang gelak.
  6. Inilah sikap orang kristian, mereka memperbodohkan diri mereka dengan mempercayai benda yang tidak ada. Konsep ketuhanan yang mempercayai Jesus sebagai tuhan, tak pernah sekali pun Jesus mengatakan dia tuhan atau disuruh pengikutnya menyembah dirinya, tidak pernah. Selaklah setiap helaian bible tu kalau tak percaya.
  7. Carilah dalam 24,000 manuskrip bible yang ada di dunia ini, pastinya tidak ada! Tidak kiralah dari mana aliran kristian sekalipun, roman katolik, protestan, Luzeran, Presbyterian, 7 days Adventist, Jehova Witness, Methodist, Mormon dan banyak lagi.
  8. Puak-puak kristian ini juga masing-masing tidak mengiktiraf aliran yang lain dari ikutan mereka sebagai kristian sebenar. Bagi Roman Khatolik, aliran yang lain selain darinya itu sesat kerana kitab yang mereka baca dan kepercayaan yang berbeza.
  9. Misalnya, bagi Roman Khatolik mereka tidak menerima Jehova Witness itu sebagai kristian kerana Jehova Witness tidak mengakui Jesus itu sabagai anak tuhan sebaliknya sebagai nabi! Sedangkan kalau nak diikutkan pengikut Jehova Witness merupakan mereka yang paling rajin dan banyak membaca kitab!
  10. Jadi TS nak tanya si baghal ni pengikut aliran mana yang nak suruh orang baca kitab dia? Jehova Witness kah? Kalau YA maka dia kena banyak "bertaubat" kerana aliran tu tak percaya kepada "original sin", maksudnya tiada salvation untuk dia. Kalau dia buat dosa masuk neraka! Jesus tak selamatkan dia.
  11. Jadi prinsip mana yang boleh tolong dia masuk syurga?

Sunday, August 14, 2011

Terlalu Berpolitik Punca Islam Jadi Lemah!

  1. Mendengar cerita kawan-kawan yang pernah tinggal di kota metropolitan New York dan beberapa bandaraya di Amerika ternyata memberikan gambaran yang jelas berbeza dengan apa yang TS bayangkan terutamanya dari sudut pengembangan agama Islam.
  2. Menurut rakan-rakan tadi, di sana, setiap masjid menyediakan ruang khas untuk bukan Islam yang membolehkan mereka duduk untuk mendengar khutbah atau ceramah. Mereka juga dilayani begitu mesra oleh pihak Imam dan pengurusan masjid manakala khutbah yang disampaikan juga kebanyakkannya berkisar tentang kehebatan Islam dan keunggulan Nabi Muhammad SAW - akhlaknya, kepimpinannya serta pelbagai sifat-sifat yang mulia untuk diteladani dan diikuti.
  3. Oleh kerana itu ramai dari kalangan bukan Islam di sana yang tertarik dengan Islam!
  4. Mendengar kata-katanya, TS terbayangkan suasana penghayatan Islam di negara kita sendiri yang majoritinya menjadi penganut kepada agama yang maha suci itu. 
  5. TS teringat kisah seorang jiran yang cacat anggota kakinya. Beliau yang memakai kaki palsu yang sebelumnya boleh dikatakan jarang ke masjid kerana masalah cacat, suatu hari bertekad untuk ke rumah Allah untuk menyertai solat maghrib berjemaah. Setibanya di pintu masjid beliau telah disambut oleh siak masjid tersebut dengan ungkapan berikut, "ai tak pernah nampak muka pun sebelum ni!".
  6. Semenjak dari hari itu beliau tidak lagi ke masjid tersebut sebaliknya terpaksa memilih untuk pergi ke masjid yang agak jauh sedikit dari rumahnya dek kerana kata-kata tersebut.
  7. Peristiwa seperti ini sebenarnya banyak! Ada juga setengahnya hanya sekadar jenaka tetapi dalam soal ibadah seharusnya perkataan sedemikian dijauhi kerana ianya bukan sekadar tidak sesuai tetapi juga tidak seharusnya dikeluarkan. Kita seharusnya menyambut tidak kira siapa yang hadir ke masjid atau surau dengan wajah yang ceria dan mesra.
  8. Bagaimana mungkin kita hendak menerima kehadiran orang bukan Islam ke masjid sekiranya demikianlah sikap kita. Tapi tidaklah sampai terlalu mesra alam sehingga boleh benarkan mereka  masuk dalam masjid tanpa tak tutup aurat. Kerana itulah caranya kita educate mereka tentang Islam.
  9. Begitu juga dengan intipati khutbah yang disampaikan. Ia mestilah yang menyeru kepada kebaikan, yang memberi contoh teladan, yang memperlihatkan keindahan Islam dan yang memperlihatkan dalil-dalil kewujudan Allah SWT.
  10. Ini tidak, disesetengah masjid yang "dikuasai" oleh puak-puak PAS! Boleh dikatakan intipati khutbah yang disampaikan oleh khatib bertugas kebanyakkannya berbaur politik! Hentam sana sini, suruh orang saling membenci sesama Islam, memburukkan sesama Islam dan sentiasa "membetulkan" mereka sahaja! Apakah khutbah sebegini sesuai untuk didengar oleh orang yang baharu hendak berjinak dengan Islam?
  11. Oleh itu masih banyak yang perlu kita perbetulkan apabila kita hendak memperkenalkan keindahan Islam kepada bukan Islam.
  12. Para ulamak, ustaz-ustaz perlu lebih proaktif dan perlu "keluar" untuk berdakwah. Tidak boleh hanya dengan duduk dalam pejabat atau hanya berceramah dalam masjid, dewan, surau atau di pentas-pentas khas sahaja. Mereka juga hendaklah bersedia untuk berdakwah secara sukarela dan tidak melihat kepada "ongkos"nya sahaja!
  13. Pihak bertanggungjawab pula perlu memikirkan cara-cara atau kaedah penyampaian maklumat yang lebih menarik, direct serta ringkas serta mudah difahami.
  14. Kita juga perlu tahu tentang ajaran orang lain kerana hanya melalui maklumat yang tepat maka kita boleh mengemukakan hujah dan alasan yang kukuh. Kita boleh kalahkan musuh dengan tahu kekuatan dan kelemahannya. Hanya dengan yang demikian juga kita boleh menghindarkan umat Islam dari dikelirukan oleh orang lain terutamanya puak-puak kafir kristian!

Wednesday, August 10, 2011

ISLAM! JIHAD FISABILLILAH JALAN PENYELESAIAN.



  1. Tiada perjuangan yang paling suci dan mulia disisi Allah SWT adalah perjuangan mempertahankan agamaNya, Islam! Kerana itu juga mati mempertahankan Islam itu Syahid! Jihad itu wajib apabila tidak ada lagi jalan lain untuk menyelamatkan Islam dari terus dihina, dipijak dan dipersendakan. Kalau undang-undang pun tidak mampu dilaksanakan, cara mana lagi harus digunakan untuk memberhentikan tindakan jahat kafir harbi!
  2. Inilah sebenarnya perjuangan kita sebagai umat Islam. Islam yang telah memerdekakan kita dari perkara-perkara yang syirik dan kurafat, dari jahiliyah kepada cahaya agama, dari mungkar kepada yang makruf semestinya kita pertahankan walau dengan darah dan nyawa sekalipun.
  3. Kejadian yang berlaku pada malam 3 Ogos lalu cukup meruntun hati kita apabila ada pemimpin Islam yang masih cuba kononnya nak menegakkan "keadilan!" Keadilan kepada siapa dan apa?
  4. Sekiranya siasatan JAIS itu benar, apakah tindakan mereka terhadap puak-puak gereja kristian tersebut? Adakah mereka sedia "berperang" dengan puak-puak kristian serta penyokong mereka aka DAP? Itu jika JAIS benar.
  5. Bagaimana pula jika JAIS tersilap, bagaimana pula nasib JAIS? Apakah JAIS akan dikatakan sebagai agen UMNO dan kerajaan BN nak merosakkan hubungan antara geng PR? Kerana Hassan Ali dah pun dilabel sebagai agen Umno!
  6. Oleh itu TS amat menyokong beberapa tindakan NGO yang telah memperlihatkan rasa marah mereka terhadap kepimpinan lembik dan dayus Khalid Ibrahim dalam menangani isu tersebut dengan menghadiahkan kepadanya mangkuk tandas, berus tandas, mop dan penyapu. Kalau dulu Khir Toyo hadiah penyapu kepada YDP PBT, kali ini rakyat hadiah kepada MB. Punyalah lekeh MB Selangor!
  7. Biar apapun hadiahnya, mereka yang mempunyai motif disebalik peristiwa 3 Ogos lalu perlu diingatkan bahawa mereka akan berhadapan dengan padah yang amat dasyat jika mereka tidak segera berhenti dari mencemarkan ISLAM!
  8. Begitu juga kepada ahli politik Islam yang cuba mengenepikan kesucian ISLAM dengan menjadikan peristiwa itu kononya sebagai modal politik! Atau dengan kata lain, mengutamakan rakan-rakan kafir dari membela agama Islam, maka orang-orang ini kita perlu pastikan mereka akan melingkup pada PRU13 kelak! Tidak kira dia berstatus "ulamak" atau "ustaz".
  9. Kalaulah begini fiil mereka, TS rasa mereka tidak mampu menegur atau melaksanakan konsep negara Islam dan hudud. Apatah lagi nak berdakwah kepada golongan kafir harbi dalam pakatan mereka sebagaimana cakap Mursyidul Am mereka Nik Aziz.
  10. TS percaya kalau JAIS tidak cukup bukti, juak-juak PAS pasti akan hentam dan lanyak cukup-cukup JAIS. Oleh itu TS amat berdoa agar JAIS sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT demi menegakkan kebenaran, InsyaAllah.
  11. Tetapi kalau semua buktinya cukup dan masih juga tiada tindakan diambil oleh pemimpin Islam PAS, maka sebagaimana kata TS tadi mereka pasti akan menerima azab Allah SWT dalam PRU13 nanti. Ingatlah kalau berjanji dengan orang pun kita dituntut agar menunaikannya apatah lagi dengan janji Allah SWT terhadap hambanya yang tidak menegakkan agamaNYA.
  12. Oleh itu harapan kita ialah cukuplah kita dihina oleh orang kafir dan beberapa pemimpin Islam sendiri yang tak mampu nak bersuara untuk agamanya, kita mahukan pemimpin yang berani pertahankan agamanya, bangsanya dan negaranya.
  13. Kepada semua umat Islam marilah kita bersama perteguhkan semangat jihad kita demi agama Allah yang mahu suci ini, Allah-u-akbar!

Monday, August 8, 2011

Kakitangan Awam Raya Sakan!


  1. Ramadan bulan mulia yang dipenuhi dengan segala rahmat dan kebaikan. Bulan yang menyediakan peluang kepada umatnya untuk melipat-gandakan amalan di samping menghapuskan dosa. Bulan ini menginsafkan kita kepada nasib mereka yang kurang berada dalam menempuh liku-liku kehidupan yang penuh cabaran.
  2. Kepada yang berada, suasana bulan ramadhan pasti berbeza. Hidangan juadah berbuka sentiasa terhidang sememangnya cukup menyelerakan. Tetapi kepada yang kurang bernasib baik, mereka menerima seadanya namun mereka tetap bersyukur dengan apa yang ada.
  3. Pengumuman pemberian bonus RM500.00 kepada kakitangan awam persekutuan sememangnya sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Walaupun jumlahnya tidaklah sampai ribuan ringgit tetapi cukup melegakan daripada tak dapat langsung!
  4. Kini hari raya kakitangan awam seramai 1.27 juta orang akan lebih bermakna. Hari raya mereka akan lebih ceria berbanding mereka yang kurang berada atau mereka yang berada dalam sektor swasta dan persendirian.
  5. Oleh itu mereka perlu banyak bersyukur! Bersyukur kerana kerajaan sentiasa mengambilberat hal kebajikan mereka. Walaupun kalau nak diikutkan mereka sememangnya cukup selesa dengan gaji tetap dan segala kemudahan yang disediakan untuk mereka seperti pinjaman, elaun dan sebagainya. Tetapi mereka masih berpeluang mendapat imbuhan tambahan terutamanya ketika saat-saat menyambut lebaran.
  6. Oleh itu mereka sepatutnya membalas jasa baik tersebut dengan komitmen kerja dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi. Kerana sikap sentiasa menghargai itu adalah budaya kita dan dituntut oleh agama. Jangan pula kita menggigit tangan yang menyuap kerana itu bukan sifat seorang insan. Jangan kita menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam.
  7. Bersyukur dan berterima kasihlah kerana anda masih dihargai. Dan ingatlah bahawa ramai lagi orang diluar sana yang menginginkan peluang seperti anda.
  8. Salam Ramadan al-mubarak dan selamat berpuasa!

Saturday, August 6, 2011

Confuse! Antara ISLAM dan POLITIK



  1. Mana satu nak dipertahankan, AGAMA atau POLITIK? Inilah yang persoalan yang sedang ligat berlegar di kotak pemikiran para pemimpin Islam PAS! Kalau nak pertahankan Islam, maka hajat nak menang besar dengan sokongan padu bukan Islam perlu dilupakan. Kalau nak sokongan bukan Melayu dan bukan Islam, maka Islam perlu ditinggalkan.
  2. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam memelihara agama suci Islam serta akhidah umatnya seharusnya dipuji keberanian mereka. Tidak seperti PAS yang hanya pandai berkokok sahaja tentang perjuangan Islam tetapi habuk pun tak ada.
  3. Tetapi tindakan berani Datuk Dr Hassan Ali juga tidak kurang membanggakan. Inilah pejuang sejati Islam sanggup menerima apa juga tindakan dunia demi menyelamatkan agama dan tidak akan berkompromi dengan sesiapa juga yang akan merosakkan agama. Pemimpin seperti inilah yang seharusnya menjadi pilihan ahli PAS apabila nak mentabalkan pemimpin besar parti mereka bukan macam Nik Aziz, Mat Sabu atau Mahfuz!
  4. Hari ini akidah umat Islam terpelihara kerana tindakan pemimpin UMNO terdahulu yang telah berjaya mengubal Perlembagaan Persekutuan. Kerana dengan adanya artikel 11 sekurang-kurangnya kita tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana dakyah bukan Islam! Dalam hal ini Umno telah bertindak cemerlang! Yang betul kita kena cakap betul. Bukan sembrononya menganggap segala yang Umno buat itu salah.
  5. Apa yang PAS dah buat terbaik untuk umat Islam di negara ini? Buat masjid? Demonstrasi? Maki hamun orang? Fitnah? Subahat dengan kafir harbi? Adakah ini yang terbaik yang telah disumbangkan untuk membangunkan syiar Islam ?
  6. Tetapi pemimpin PAS lain pula jadinya. Mereka dahulunya dilihat amat mantap pegangan agama mereka, tetapi hari ini pegangan mereka diragui. Apakah sebenarnya perjuangan PAS hari ini?
  7. TS menyokong kenyataan saudara Nik Abduh Nik Abdul Aziz (anak Mursyidul Am PAS), beliau nampak lebih rasional dari bapanya dalam isu akidah dan agama, iaitu umat Islam harus bersatu dalam menangani sebarang isu akidah dan agama Islam.
  8. Bukankah Islam itu menjadikan kita bersaudara? Bukankah tindakan Gereja Methodist itu jelas mengugat kesucian agama kita? Dan apakah tindakan kita dalam menyelamatkan akidah anak bangsa seagama dengan kita? bukankah itu tanggungjawab kita bersama?
  9. Ini yang menyebabkan kita confuse, keliru! Bila ada orang Islam yang boleh berkompromi dengan hal-hal agama Islam, agama mereka sendiri! Tetapi bila difikirkan balik mungkin juga mereka ini pun kurang arif dengan kristian atau masih menganggap kristian hari ini sama seperti ahli kitab zaman sebelum Rasullullah SAW?
  10. Sebab itulah TS paparkan beberapa artikel tentang kristian dan bible sekurang-kurangnya kita mempunyai maklumat tentang ajaran mereka. Supaya kita lebih yakin dan teguh beriman dengan Islam kerana kita sudah berada di landasan yang maha benar tanpa perlu ragu-ragu atau confuse lagi!
  11. Oleh itu marilah bersama-sama kita pertahankan kesucian agama Islam dengan bersungguh-sungguh tanpa perlu gusar atau takut kerana yang perlu ditakuti adalah azab Allah SWT di akhirat kelak. Tahniah Dr Hassan Ali kerana berani memperjuangkan agama Allah, kalau kena buang PAS join Umno...bukannya payah mana.

Thursday, July 28, 2011

Memilih Kawan Dalam Al-quran dan Bible!

  1. Suasana pagi khamis - semalam, agak panas! Panas dengan cerita tentang memilih sahabat. Kopi panas yang TS order sampai sejuk gedi. Roti french-toast dengan telor separuh sampai kering tak terjamah dek kerana terlalu asyik bersembang pasai bab memilih kawan.
  2. Kata seorang rakan bersembang ni, "Ustaz Kazem kata kita kena ambik orang beriman untuk jadi sahabat dan pemimpin, macamana tu?"
  3. TS jawab, "macamana lagi, macam yang al-qur'an kata lah!" tambah TS lagi, "kan dalilnya dah Ustaz Kazem bagi, Surah Al-Maidah ayat 55 - 56 dan Surah Al-Mumtahanah dari ayat 2." Jadi dimana masalahnya?"
  4. "Tak, aku tahu lah, tapi kenapa ada pemimpin (PAS) boleh dok ikut puak kafir ni (Ambiga, Lim Kit Siang dan Karpal Singh) ?" beliau bertanya.
  5. Jawab kawan seorang lagi, "politik punya pasai la". Lepaih tu dekat-dekat nak mati, bertaubat lah!" sambil menguntum senyuman.
  6. "Gila! ada juga orang macam ni." Sambut rakan tadi.
  7. Jadi begitulah akhirnya kesimpulan yang serba ringkas yang dibuat oleh rakan saya, GILA! Kepada segelintir pemimpin parti tersebut.
  8. TS pun menambah, "al-qur'an dah ajar kita bagaimana nak pilih kawan dan pemimpin, kalau hang apa nak tahu dalam bible pun habaq benda yang sama -TS membaca petikan dari bible,  "But now I have written to you not to keep company with anyone .., who is sexually immoral, or covetous, or an idolater, or a reviler, or a drunkard, or an extortioner - not even to eat with such a person." [1 Corinthians 5:11]
  9. Maknanya, "kita ni tak boleh berkawan dengan orang yang sembah berhala,  rosak akhlak, kaki minum, suka maki hamun, perampas hak orang...kiranya nak duduk minum sekali dengan mereka pun tak boleh. Apa tah lagi yang menentang Islam." kata TS secara ringkas.
  10. Tetapi hari ini ada orang yang sanggup berpeluk dengan mereka-mereka ini dan sedia meninggalkan perjuangan Islam demi persahabatan tersebut! Apakah orang sebegini yang nak kita angkat mereka sebagai pemimpin Islam? Mereka yang segelintir ini sama sahaja macam penganut Kristian, walaupun jelas segala keterangan dalam al-quran, tetapi mereka tidak ambil peduli!
  11. Kesimpulannya memilih kawan ini sememangnya sesuatu yang dititik-beratkan dalam mana-mana ajaran jadi terpulang kepada kita untuk membuat keputusan. Apa pun lebih baik kita berpegang kepada ajaran Islam yang amat menekankan kepada persaudaraan dalam Islam dan mengutamakan orang-orang yang beriman (tidak kira mereka dari parti mana) dari orang lain (kafir).

Monday, July 25, 2011

CINTA AGAMA & SAYANG BANGSA : Pertahan Melayu Bererti Pertahan Agama!



Ustaz Kazem Al-Hafiz

Cukuplah berpolitik bohong, maki hamun, fitnah serta merosakkan Melayu. Kembalilah kita kepada perjuangan sebenar, Cinta kepada Agama, bangsa dan tanahair.

Thursday, July 21, 2011

MALU YANG AMAT!



  1. Apabila TS tonton pendedahan yang telah dibuat oleh pihak PDRM tentang perhimpunan Bersih, malam semalam, apa yang boleh TS katakan ianya cukup yang amat MALU atau orang Kedah selalu kata malu yang amat. Bukan malu tentang polis tapi kenyataan dan perbuatan pemimpin serta peserta bersih.
  2. TS tidak pernah sangsi kepada segala tindakan pihak polis dalam menangani masalah jenayah dan sebagainya. Kalau ada yang tidak kena dengan anggota polis, bagi TS itu cuma isu terpencil. Tetapi pihak polis telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dan cemerlang.
  3. Segala tomahan dan fitnah yang dilontarkan kepada pihak polis jelas TERSASAR dan BOHONG!
  4. TS sememangnya menyanjungi PDRM sebagai pasukan keselamatan dan pengawal keamanan. Walaupun TS pun adakala kena saman, tapi tak pernah dihati ini untuk membenci atau marah sebaliknya TS menganggap ianya sebagai satu peringatan agar sentiasa berhati-hati dan juga pelajarn yang terbaik bagi mendidik insan.
  5. Kasihan bila polis sering dipersalahkan walaupun niat dan tujuan mereka sebenarnya baik. Takkan lah kita nak tengok polis tercegah keras macam batu bila ada perkara mungkar sedang bermaharajalela?
  6. Tapi tabiat manusia, terutamanya geng pembangkang ni, polis buat apapun salah! Tapi kalau mereka jadi kerajaan TS rasa mereka pun sokong dengan tindakan polis atau mereka akan kerah polis ambil tindakan keras kepada para demontrator.
  7. Gelagat pemimpin pembangkang, Mat Sabu, Anwar, Tian Chua cukup memalukan. Mereka ini memang tidak bermaruah! Berbohong sana sini kata polis kejam. Mereka yang meluru kepada polis mereka kata polis serang mereka. Polis suruh bersurai, mereka berhimpun lagi ramai. Sampai water-cannon pun lari main dengan puak-puak jahiliah ni!
  8. Oleh itu tindakan polis mendedahkan segala perilaku provokatif Bersih, sewajarnya diberi pujian. Kita juga berharap di masa-masa akan datang, pihak polis dapat mengambil langkah yang sama bagi memberikan maklumat yang tepat kepada seluruh rakyat terhadap apa yang berlaku sekurang-kurangnya rakyat boleh lihat perangai tak senonoh pemimpin pembangkang ni.
  9. PAS perlu segera insaf, mereka kini diambang kehancuran apabila yang menjadi pemimpin mereka bukanlah Ulamak tetapi Ular dalam semak (meminjam kata Allahyarham M.Rajoli) yang bakal mematuk dari dalam.

Monday, July 18, 2011

NAJIB JUMPA POPE : Ulangi Sejarah Perjalanan Sahabat!



Bersamaan dengan itu dipanggilkan Uskup yang mengetahui seluk-beluk agama mereka. Kaisar lalu memberitahu Uskup itu, dan dibacakan sekali lagi surat itu kepadanya. "Inilah yang selalu kita tunggu-tunggu, dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahukan kita lama dulu!" jawab Uskup itu kepada Kaisar. "Apa pendapatmu yang harus aku buat?" tanya Kaisar kepada Uskup. "Kalau engkau tanya pendapatku, aku tentu akan mempercayainya dan akan mengikut ajarannya", jawab Uskup dengan jujur. "Tetapi aku jadi serba salah", kata Kaisar, "Jika aku ikut nasihatmu, akan hilanglah kerajaanku!".

Abdan memberitakan dari Ibnu Ishak yang menukil dari beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya bahwa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi رضي الله عنه . "Celaka engkau, memang demi Allah, aku tahu bahwa pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus, dan dialah orang yang kita tunggu selama ini, dan sifatnya tersebut di dalam kitab kami. Akan tetapi, apa daya, aku bimbang aku akan ditumbangkan dari kerajaanku. Kalau tidak kerana itu, tentu aku akan mengikutnya. Coba engkau pergi kepada Uskup kami dan jelaskan tentang perkara pembesarmu itu, kerana Uskup itu lebih dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu lebih diterima!".

Maka Dihyah pun mendapatkan Uskup itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu, maka setelah didengar semua berita itu, Uskup itu berkata: "Pembesarmu itu, demi Allah, adalah seorang Nabi yang diutus, kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!" Uskup itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih. Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan membunuhnya.
(Al-Ishabah 2:216)

Sumber : kisahshahabat
 
  1. Belum pun Perdana Menteri, DSN, membuat kunjung hormat kepada Pope Benedict di Vatican City pelbagai persoalan telah ditimbulkan. Boleh atau tidak? Apa tujuannya? dan sebagainya.
  2. Bagi TS, berkunjung atau menziarahi rakan taulan, sahabat handai atau juga mungkin musuh kita sendiri dengan niat yang baik tidak ada salahnya. Jika tidak masakan Rasullullah SAW akan menghantar para sahabat baginda keseluruh pelusuh dunia untuk meminta kerajaan-kerajaan di dunia ini untuk mengesakan Allah SWT.
  3. Dalam kisah di atas ternyata bahawa usaha baginda Rasullullah SAW untuk menyampaikan risalah Allah amat berjaya sekali. Dan baginda melakukannya dengan penuh komitment dan tanpa rasa lelah serta "tak main-main dengan kerjanya".
  4. Usaha dakwah baginda Rasullullah SAW amat jauh jika nak dibandingkan dengan sekumpulan ulamak yang kononnya memperjuangkan hukum Allah di negara kita. Mereka tidak konsisten, keputusan mereka sering berubah mengikut keperluan semasa. Mereka seperti Heraklius, takut hilang kuasa, takut hilang sokongan untuk menang pilihanraya dan menguasai Putrajaya.
  5. Paling menyedihkan mereka mempersendakan kalimah Allah, mereka bersekongkol dengan puak kafir harbi yang memang semua manusia di Malaysia ini tahu bahawa mereka amat menentang Islam dan kemudiannya pula menjadikan si perempuan Hindu sebagai ketua serta mempertahankan raja kepada segala raja maksiat!
  6. Baginda Rasullullah SAW tidak berkompromi dalam hal melaksanakan urusan Allah SWT. Kerana itu juga menyebabkan Uskup Rom akur dan akhirnya menerima Islam walaupun tanpa Maharajanya.
  7. Oleh itu dapat disimpulkan disini dua perkara utama iaitu, pertama tidak salah jika seseorang itu menziarahi atau membuat kunjung hormat ke atas orang Islam mahupun bukan Islam. Tetapi jika kunjungan itu mampu untuk mengubah persepsi mereka terhadap Islam maka itu lebih baik.
  8. Kedua pula ialah, ayat-ayat yang menerangkan perihal kedatangan Rasullullah SAW sememangnya ada didalam Injil, hari ini Bible, cuma mahukah mereka menerimannya atau tidak?
  9. Dalam konteks pertemuan DSN dengan Pope, walaupun TS sendiri pun tidak boleh nak cakap apa tujuannya, kunjungan tersebut cukup diharap dapat disempurnakan sebaiknya oleh PM bagi memperlihatkan kepada kepala tertinggi Roman Katolik itu tentang sifat dan sikap seorang pemimpin Islam.
  10. Manalah tahu dengan kunjungan tersebut tiba-tiba terbuka hati Pope untuk terima Islam macam cerita tadi. Itu semua kerja Allah SWT, tapi kalau Allah SWT berkehendak siapapun tidak dapat menghalangnya hatta "manusia anugerah tuhan" sekalipun.

Saturday, July 16, 2011

Pemimpin PAS Harus Bertaubat Demi Perjuangan Islam Yang Sebenar!



  1. Bagi memanfaatkan kepulangan TS ke kampung baru-baru ini bagi menziarahi orang tua, kesempatan tersebut telah digunakan sebaiknya bagi berborak-borak dengan orang tua TS tentang bagaimana cara pemikiran pemimpin-pemimpin dahulu ketika kemerdekaan hampir dalam genggaman.
  2. Dalam nada yang lembut dan terketar-ketar, kerana usia sudah menjangkau 84 tahun, beliau berkata, "pemimpin dulu minta pandangan para ulamak, bagaimana nak perintah negara." Tiga (3) teras utama yang perlu diambil perhatian dan dilaksanakan bagi memastikan pemerintahan yang berjaya dan berkat iaitu katanya : Pastikan rakyat sihat, pastikan rakyat tidak miskin dan pastikan rakyat berilmu.
  3. "Itulah resepinya", katanya lagi, yang telah membawa Malaysia kepada apa yang kita lihat pada hari ini. Inilah pegangan para pemimpin negara - yakni oleh pemimpin UMNO, yang telah membangunkan negara kita, MALAYSIA.
  4. Mendengar kata-kata itu, terlintas di benak fikiran ini akan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada para pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa kepada pembinaan negara. Malahan inilah legasi kepimpinan yang telah menjadikan nasihat ulamak sebagai teras kepada pembinaan negara ini.
  5. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, TS sempat berhenti di Pekan Rabu untuk membeli beberapa kuih-muih tradisional dan kebetulan TS melewati sebuah kedai menjual kaset dan cd. Lalu terdengar suara syarahan dari pembesar suara di kedai tersebut yang memainkan ceramah Ustaz Kazem al-hafiz tentang "Cinta Kepada Islam dan Sayang Kepada Bangsa serta Negara".
  6. Dari sepintas lalu ceramah tersebut cukup menarik sehingga terpanggil untuk TS membeli CD tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke kota, CD Ustaz Kazem telah menjadi teman seperjalanan. Ianya amat menarik dan cukup "menangkap!"
  7. Dalam satu dari intipati syarahannya beliau menegaskan bagaimana Rasullullah SAW begitu berjaya dalam pentadbiran baginda. Katanya, Rasullullah SAW begitu tegas dengan orang kafir TETAPI begitu lembut dengan orang Islam. Kerana ketegasan itu, baginda dihormati dan digeruni begitu juga dengan orang-orang Islam.
  8. Terfikir oleh TS keadaan umat Islam di negara kita yang tercinta ini. Para pemimpin Islam begitu takut dan sentiasa menurut keletah orang Kafir - kafir harbi pulak tu. Sehingga sanggup mengikut telunjuk mereka. Tidak kira PAS mahupun UMNO.
  9. Paling menyedihkan ialah pemimpin PAS. Melihat tindak tanduk mereka pada hari ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang diajar oleh Rasullullah SAW - sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Kazem ternyata jauh sekali perbandingannya.
  10. PAS juga sudah jauh dari perjuangan asal mereka untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Negara Islam dan Hudud bukan lagi perjuangan mereka malah kini masa depan perjuangan PAS amat diragui. Memetik kata-kata ulamak tersohor, Dato Harun Din al-hafiz, PAS seharusnya dipimpin oleh ulamak.
  11. Kerana ulamak itu waris para Nabi, kerana ulamak itu berupaya memberikan nasihat dan teguran yang terbaik - sebagaimana nasihat yang telah diberikan kepada pemimpin negara bagaimana nak perintah negara bila sudah merdeka DAN bukannya melalak melolong dijalan raya sehingga sedia dicekup pihak berkuasa dek kerana politik menggila!
  12. Ulamak PAS hari ini mengajak rakyat jadi samseng jalan raya, siapsiaga menurut perintah orang kafir harbi, sedia mempertahankan kemungkaran oleh sesama pemimpin mereka dan tidak tahu bersyukur atas niakmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang ALLAH SWT berikan.
  13. Keadaan ini berlaku tidak lain dan tidak bukan ialah kerana MEREKA BUKANNYA BERJUANG KERANA ALLAH SWT.  
  14. Oleh itu marilah kita sama-sama mendoakan agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu memartabatkan perjuangan Islam, sanggup dan bersedia untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sunday, July 10, 2011

Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ambiga!!

فَرِيقًا هَدَي وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيۡهِمُ الضَّلاَلَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوۡلِيَاء مِن دُونِ اللّهِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ 

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat [Al-A'raaf : 30]

  1. 9 Julai 2011 sudah berlalu, selepas keriuhan demonstrasi jalanan tidak lagi kedengaran kini muncul pula keriuhan para peniaga yang mendakwa bahawa mereka telah mengalami kerugian jutaan ringgit. Yang paling menyedihkan ialah peniaga-peniaga tersebut terdiri dari orang-orang Melayu kita!
  2. TS rasa terpanggil memikirkan kenyataan seorang dari peniaga tersebut yang mengatakan bahawa, "mereka (pemimpin Bersih) tak apalah orang berada, kami ni kais pagi makan pagi..." lebih kurang begitulah, rasanya ada betulnya.
  3. Kalau orang yang berniaga boleh rasa peritnya akibat dari tindakan bodoh perhimpunan tersebut, bagaimana pula orang yang turut serta dalam perhimpunan pada sabtu lalu. Tidakkah mereka rasa buang masa dan satu perbuatan yang cukup merugikan. Takkanlah kerana dapat habuan RM200.00 sanggup menggadaikan masa, keselamatan diri demi menyahut seruan wanita India yang tidak ketahuan asal-usulnya?
  4. Tidak bolehkah mereka ini berfikir secara waras akibat dari tindakan mereka itu?
  5. Bukankah Allah SWT melarang kita dari menjerumuskan diri dalam lubang kebinasaan? Bukankah Allah SWT juga melarang kita dari melakukan kerosakkan di muka bumi ini?
  6. Tindakan mereka ini sama seperti puak-puak kristian. Walaupun ada ayat-ayat yang menegah mereka dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri namun mereka tetap engkar. Bible kepada mereka ibarat kitab buruk dan hanya bersifat ceremonial cuma laku bila ada upacara angkat sumpah Presiden atau kahwin sahaja.
  7. Tetapi mereka tetap berkata bahawa mereka adalah sebaik-baik pengikut kitab tersebut!
  8. Pengikut siapakah mereka ini? Bukankah saling tidak tumpah sepertimana ayat al-quran diatas, yakni pengikut syaitan? Kerana syaitan boleh merupa dalam pelbagai bentuk yang diizinkan Allah! Mungkin juga ia telah merupa sebagai salah seorang pemimpin tersebut? wallah-u-alam.
  9. Hakikatnya Ambiga lebih berpengaruh, Ambiga lebih kuat dari ayat-ayat Allah yang melarang manusia dari melakukan kerosakkan dan seruannya lebih penting dari seruan Allah SWT!
  10. Kerana maha pentingnya Ambiga, maka sanggup mereka yang berserban dan berkopiah putih berarak dijalanan memekik terlolong sambil bertindakn di luar batas insani muslim! Kerana maha pentingnya Ambiga, biar dicekup polis pun tidak mengapa. Kerana maha pentingnya Ambiga, titah Raja ibarat batuk orang tua-tua sahaja.
  11. Bolehkah mereka ini dipercayai akan mempertahankan institusi Raja di negara ini, kalau titah YDP Agong pun tidak mereka peduli? Pastinya TIDAK!
  12. Kerana yang maha penting dan maha bagi segalanya ialah AMBIGA disamping master-mindnya ANWAR IBRAHIM!

Wednesday, July 6, 2011

JAHAT !




  1. TS setuju bahawa Ambiga memang berniat JAHAT! Kalau sungguh bagai dikata, perhimpunan tersebut semata-mata nak hantar memorandum kepada DYMM YDP Agong, kenapa bila dah jumpa YDP Agong tak diserah saja memorandum itu? Bukankah mudah, tak perlu lagi nak berarak dan berhimpun.
  2. Bukankah itu matlamat asal BERSIH? Serah memorandum kepada YDP Agong. Isu dan persoalan disini ialah kenapa tak buat ketika ruang dan peluang telah diperolehi? Kenapa?
  3. Kerana BERSIH tidak ikhlas! Kerana Ambiga tidak Ikhlas! Kerana agenda sebenar mereka lain!
  4. Kepada Ambiga, dia peduli apa. Ini bukannya negara dia! Nak jahanam, jahanam lah. Tetapi kalau usahanya bersama dengan gerombolannya berjaya, ia merupakan BONUS kepadanya.
  5. Sebab itu kepada TS Bersih ini mempunyai banyak agenda jahat maka memorandum hanyalah satu illusi! Illusi untuk mengaburi mata seluruh rakyat. Illusi ini begitu hebat sehingga menutup mata-hati pemimpin Islam yang lainnya. Ia ibarat mainan silap mata oleh David Copperfield, kita sanggup banyar ratusan ringgit hanya untuk dimanipulasi oleh illusinya.
  6. Sepanjang pertunjukannya, kita bertepuk sorak kerana keasyikkan kita menikmati persembahannya yang begitu real, walhal selepas selepas tamat sahaja pertujukkan tersebut secara sedar atau tidak kita sendiri akui itu hanya mainan fikiran dan kita pun pulang dengan sesekali terlintas di fikiran, "guna duit pi makan pun kenyang."
  7. Begitulah kira-kiranya analogi mudah yang dapat saya simpulkan, janganlah kita terpedaya dengan segala illusi ini kelak yang rugi kita, ORANG MELAYU & ISLAM.
  8. Apakah yang cuba dibuat Ambiga tersebut menguntungkan ISLAM, MELAYU  dan TANAHAIR. Jika tidak hindarkanlah. Kerana ianya tidak lain hanyalah satu illusi JAHAT yang merugikan.

MUHAMMAD Dalam Bible! Bila Kitab Sendiri Diputar Alamkan Manakan Nampak Kebenaran.

  1. Mungkin ramai yang akan terkejut sekiranya mereka ketahui bahawa kedatangan Nabi Muhammad SAW ada tersebut didalam bible! Ya, memang ada! Jika demikian keadaannya, apakah bible itu ayat Tuhan? Inilah yang menjadi persoalan serta isu utama.
  2. Dalam Islam al-qur'an merupakan sumber rujukan utama disamping sunnah/hadith Rasulullah SAW serta para ulamak. Sumber-sumber ini tidak bercampur-gaul antara satu dengan lainnya. Tetapi didalm bible berbeza pula keadaannya. Ayat tuhan, ayat nabi dan para cendekiawan mereka dirangkumkan dalam satu buku iaitu BIBLE!
  3. Keadaan ini akhirnya menimbulkan kekeliruan sehinggalah bible versi King James terpaksa mewarnakan ayat-ayat Jesus dengan dakwat merah sebagai kaedah untuk membezakan ketiga-tiga sumber tadi.
  4. Baik berbalik kepada topik utama kita untuk posting kali ini, iaitu Muhammad di dalam bible. Deutronomy 18 : 18 ada menyebut, apabila tuhan berkata kepada Moses, "I will raise up for them a Prophet like you from among their brethren and I will put My words in His mouth and He shall speak to them all that I command Him."
  5. Dalam ayat tersebut Moses diingatkan bahawa seorang Nabi akan didatangkan selepas beliau sebagaimana dirinya. Walaupun kepada penganut Kristian ayat merujuk kepada Jesus atas beberapa alasan yang terlalu lemah tetapi beberapa hujah dapat kita bentangkan yang secara terang dan jelas bahawa ianya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.
  6. Pertama : Moses dan Muhammad mempunyai ibu dan bapa, sedangkan Jesus hanya beribu.
  7. Kedua : Ketiga-tiga mereka adalah Nabi dan Rasul.
  8. Ketiga : Moses dan Muhammad wafat biasa, sedangkan Jesus disalib.
  9. Keempat : Moses dan Muhammad bukan anak tuhan.
  10. Kelima : Moses dan Muhammad membawa peraturan hidup, Jesus hanya meneruskan ajaran Moses.
  11. Keenam : Moses dan Muhammad dilahirkan secara normal dan secara semulajadi yakni melalui perhubungan antara lelaki dan wanita.
  12. Ketujuh : Moses dan Muhammad berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan Jesus membujang sepanjang hidupnya.
  13. Kelapan : Moses dan Muhammad diterima oleh kaumnya sebagai Nabi sedangkan Jesus ditolak oleh kaum Yahudi.
  14. Kesembilan : Moses dan Muhammad adalah Nabi dan "Raja" walaupun mereka bukan raja secara hakiki tetapi mereka berdua boleh menjatuhkan hukuman keatas pengikut mereka. Sedangkan Jesus pernah berkata, "My kingdom is not of this world: If My kingdom were of this world, then would my servants fight, that I should not be delivered to the Jews; but now is My kingdom not frm hence" [John 18 : 36]
  15. Jadi dari bukti yang diberikan jelas sekali bahawa ayat diawal tulisan ini adalah merujuk kepada Muhammad.
  16. Dalam ayat yang lain pula Jesus berkata kepada Peter, "And I will pray the Father, and He will give you another Helper.." [John 14 : 16]
  17. "The Spirit of Truth, whom the world cannot receive, because it neither sees Him nor knows Him, for He dwells with you and will be in you." [John 14 : 17]. " But the Helper, the Holy Spirit, whom the Father will send in my name, He will teach you all things, and bring to your remembrance all things that I said to you." [John 14 : 26]
  18. Siapakah yang Jesus maksudkan dengan Helper , spirit of Truth dan Holy Spirit tersebut? Bukankah Muhammad SAW. Bukankah Muhammad SAW yang telah mengajar kita untuk menyembah hanya kepada Allah malah baginda juga yang telah membersihkan Isa a.s dan ibunya dari segala tuduhan dan cemuhan kaum Yahudi?
  19. Kenapakah Jesus berkata demikian? Kerana Muhammad hanya akan tiba selepas pemergiannya. "Nevertheless I tell you the truth. It is to your advantage that I go away ; for if I do not go away, the Helper will not come to you ; but if I depart, I will send Him to you." [John 16 : 7] 
  20. Apakah yang dimaksudkan oleh Jesus sebagai Helper, The Holy Spirit dan the Spirit of Truth itu merujuk kepada dirinya? TIDAK! Kerana itu juga Jesus menegaskan bahawa "orang itu" hanya akan datang selepasnya.
  21. Orang yang dimaksudkan itu ialah Nabi Muhammad SAW. Penyelamat bagi umat manusia.
  22. Kenapa masih mereka (kristian) tidak nampak atau nasih tidak mahu menerimanya?

Sunday, July 3, 2011

PERINGATAN : Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat !

  1. Apabila TS berbaca sahaja sepotong hadith yang berbunyi, sampaikanlah walau sepotong ayat, maka terus terlintas difikiran, apa yang dah aku sampaikan? sudahkah aku sampaikan? Jadi hadith tersebut telah menjadi sumber inspirasi untuk TS menulis pada kali ini.
  2. Sepanjang kehidupan kita sebagai orang Islam telah banyak perkara yang kita lakukan untuk kebaikan diri kita, kita bersolat untuk mendapat kebaikkan buat diri kita, membaca Al-quran untuk kebaikkan diri kita, puasa untuk kebaikkan diri kita, zakat untuk kebaikkan diri kita dan menunaikan haji untuk kebaikkan diri kita TETAPI apakah yang telah kita lakukan untuk ALLAH SWT?.
  3. Kita pernah mendengar bagaimana sejarah awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, bagaimana baginda mula-mula menerima wahyu yang disampaikan kepadanya melalui perantara Jibril. Baginda disuruh baca, iqra', kata Jibril. Jawab baginda, "ma ana bi qari" - aku tidak tahu membaca. Begitulah seterusnya sehinggalah baginda sedar bahawa baginda diminta mengikut setiap ucapan Jibril.
  4. Sebaik sahaja selesai peristiwa tersebut, maka bergegaslah baginda pulang mendapatkan isterinya yang tercinta Khadijah al-kubra dalam keadaan badannya yang menggeletar. Lalu diceritakannya segala apa yang berlaku. Maka baginda pun ditenangkan dan diselimutkan tubuhnya yang mengeletar itu
  5. Sejak dari peristiwa itu, Rasullullah SAW menerima wahyunya yang pertama di Gua Hira', baginda tidak lagi ke sana - yakni balik ke Gua Hira', sebaliknya baginda menghabiskan masanya dijalanan dan  di pasar-pasar bagi menyampaikan rislah kepada seluruh penduduk kota Mekah bahawa "Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Muhammad itu RasulNya"
  6. Tindakan baginda telah mengundang tentangan yang cukup hebat dari kaumnya. Ada yang mencaci cerca baginda dan tidak kurang juga yang mengancam untuk membunuh baginda. Namun itu semua tidak melemahkan usaha baginda.
  7. Segala kecaman, ancaman dan peperangan yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Allah SWT, akhirnya hari ini - yakni 1435 kemudian, umat Islam yang berjumlah lebih dari 1.5 bilion merupakan umat yang paling dikagumi pegangan agama mereka!
  8. Kenapa? Kerana hanya dengan kata-kata Muhammad, umat Islam jauh dari arak! Hanya dengan kata-kata Muhammad, umat Islam jauh dari pekerjaan mungkar dan maksiat. Cuma kalau ada yang terjerumus dalam kancah kemungkaran, kemaksiatan dan kesesatan, itu bukan kerana salah ajaran Islam tetapi kerana kelemahan dan kejahilan individu tersebut.
  9. Begitulah hebatnya mukjizat baginda Rasulullah SAW.
  10. Persoalannya disini mengapakah mesti ada orang yang mengaku dirinya Islam sanggup untuk tunduk kepada tekanan dan kehendak mereka yang syirik kepada Allah SWT? Bukankah kita sepatutnya menyampaikan risalah Allah kepada mereka? Bukankah menyampaikan itu sunnah Rasullullah SAW? Iaitu menyampaikan kepada mereka yang kufur itu agar menyembah Allah! Dan bukan yang lain dari Allah?
  11. Yang lebih mendukacitakan kita, umat Islam, ialah ada juga orang Islam yang memperjuangkan agama orang lain dan memperjuangkan kitab orang lain. Bersungguh-sungguh benar "orang Islam ini" nak supaya Allah dijadikan nama tuhan dalam kitab orang kafir!
  12. Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan, [Al-qur'an 112 : 3] tidakkah pelik jika suatu hari kelak kita dengar adanya Allah Bapa, Anak Allah dan Rohul Kudus? Sedangkan kita diseru untuk menyampaikan tentang KEESAAN ALLAH, kita pulak dok sokong Allah itu bapa dan ada anak beranak!
  13. Oleh itu janganlah kita terlalu taksub dengan berpolitik, perpaduan, persahabatan dan sebagainya sehingga kita lupa kepada tanggungjawab kita kepada Allah iaitu memberitahu mereka yang kufur kepada Allah SWT agar menyembah hanya kepada Nya. Beritakan kepada mereka tentang kebenaran dan kesucian Islam.
  14. Jadi tak perlu takut atau gentar kepada ancaman atau kecaman, sampaikanlah walau sepotong ayat, pasti Allah akan membantu kita dalam setiap urusan kita.

Tuesday, June 28, 2011

Hanya 0.01% Sahaja Lagi MAKA SAHLAH ANWAR!!



  1. Pada Jumaat lepas trio Datuk T telah dihadapkan ke mahkamah. Mereka bertiga telahpun dijatuhkan hukuman atas kesalahan masing-masing iaitu menayangkan video seks "terlampau" Anwar Ibrahim kepada wartawan.
  2. Apa yang menarik perhatian TS ialah ketegasan Datuk Eskay yang mempertahankan bahawa individu dalam video tersebut bukan "mirip" Anwar Ibrahim sebaliknya "adalah" Anwar Ibrahim", TS benar-benar kagum!
  3. Apabila TS mengikuti perjalanan perbicaraan dalam mahkamah tersebut (dalam akhbar je) mengikut hasil kajian yang dilakukan oleh pakar forensik dari Dartmouth College, Amerika Syarikat, mereka mengatakan bahawa 99.99% "aktor" - kasi up sikit watak tersebut, adalah Anwar Ibrahim.
  4. Jadi bila disebut saja 99.99%, TS tertanya-tanya kenapa tidak 100%?? Mana lagi 0.01%??
  5. Mungkin juga kerana itu maka pelakon dalam video tersebut disebut "mirip". Jadi lama punya dok fikir "kenapa" dan "bagaimana" boleh jadi begitu maka TS pun buat kesimpulan bahawa lagi 0.01% itu hanya apabila Anwar mengaku bahawa orang dalam video tu adalah dia. Tidak pun cukuplah sekadar Wan Azizah yang tampil mengesahkannya.
  6. Tidak cukup hanya dengan cakap-cakap Johari Abdul dalam klip video sahaja kerana ianya sekadar "glimpse" sahaja sebab kamera itu statik!! Tidak ikut pergerakan DSAI - teringat bila negara gempar dengan video Chua Soi Lek, sudahlah kamera satu je, jauh mana hala, statik, gambar pun kelabu,  dah kelabu hitam putih pulak..itu pun semua orang boleh kata betullah Chua Soi Lek. Cuma bila mai cerita Maharaja Liwat ni pakat-pakat tak mau nak percaya pulak! Hairan sungguh! Mandrum apa yang dia ni pakai?? 
  7. Jadi orang hipokrit macam Johari Abdul boleh kata apa sahaja, pungkok tonggek la, perut buncit la, kulit cerah la, body muskulin la...apa sahaja ikut sedap mulut dia lah. Jadi tak boleh pakai !!
  8. Walaupun kita tahu dia pun percaya tapi bila dah main dengan kepentingan politik dan kepentingan peribadi, kita tidak boleh kata apa-apa sebab mereka boleh berubah "warna". Jangan tak tahu, kalau kita tanya dia (Johari Abdul) betulkah awak salah seorang yang menonton video Anwar seperti dalam video klip tersebut bersama dengan Datuk Eskay, Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib Lazim, mesti dia jawab, 'BUKAN! Mungkin itu orang itu mirip saya!"
  9. Jadi selagi mana tiada pengakuan dari Maharaja Liwat, Anwar Ibrahim, maka aktor dalam video tersebut tetapi menjadi "mirip" beliau dan selagi itu jugalah juak-juak pembangkang akan mempertahankan manusia "songsang" ini.

Wednesday, June 22, 2011

Allah Dalam Bible : ADAKAH BIBLE AYAT ALLAH?

  1. Isu memutarbelitkan ayat-ayat suci Al-qur'an bukanlah satu perkara baharu. Ianya telah berlaku sejak sekian lama dahulu dan kerja-kerja ini dilakukan secara halus dan tersusun oleh mubaligh-mubaligh kristian. Tujuan mereka adalah untuk menimbulkan kekeliruan terhadap Al-quran dan seterusnya menarik perhatian mangsa mereka kepada bible dan kristian.
  2. Mereka begitu bijak dan halus dalam mengatur strategi. Mereka tahu bahawa Islam akan hanya lemah apabila umatnya meninggalkan ajaran tersebut. Mereka juga tahu bahawa untuk melemahkan umat Islam, mereka perlu "menguasai" Al-quran. Bagaimana? Dengan cara memutarbelitkan ayat-ayat sucinya. Kerana itu juga ada ayat-ayat suci Al-quran dikatakan lucah oleh mereka. Contohnya TS berikan nanti.
  3. Jadi tujuan penulisan kali ini adalah untuk kita bandingkan ayat Al-qur'an dengan ayat bible, yang mana porno?
  4. Ayat pertama; Tentang penciptaan manusia sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-qur'an, " Dan Dialah (Allah) yang menjadikan manusia daripada air (lelaki), lalu diadakannya (perhubungan) keturunan (dari pihak lelaki) dan menantu (dari pihak perempuan), dan adalah Tuhanmu itu berkuasa." Al-Furqan [25] : 54. Manakala yang kedua pula, Allah SWT berfirman, " Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air yang terpancar." At-Tariq [86] : 5-6.
  5. Apakah ayat-ayat tersebut berunsur lucah? Pastinya tidak. Tidakkah kita telah dibuktikan oleh kajian sains bahawa manusia itu terjadi hasil proses persenyawaan dan percantuman sperma (mani) dan ovum (telur wanita)? Bukankah itu Sains?.Manakala "perhubungan" dalam konteks ayat tersebut di atas, Al-Furqan [25] : 54, adalah pernikahan atau perkahwinan.
  6. Cuba kita lihat pula kisah didalam bible. TS merujuk kepada Book of Genesis 38 : 13-30. Bagaimana Judah (bapa mertua) berzina dengan menantunya (Tamar) setelah menantunya menyamar sebagai seorang pelacur sehingga melahirkan anak kembar Perez dan Zerah! Tindakan Tamar tersebut ialah bagi memperolehi zuriat yang terbaik dari keturunan yang baik-baik.
  7. Perlu diingat bahawa Perez dan Zerah adalah nenek moyang kepada Jesus Christ (Matthew 1 : 1-16). Anak-anak haram hasil perzinaan bapa mertua dan menantu akhirnya menjadi nenek moyang kepada seorang "anak tuhan"?!!! Apakah pengajaran dari ayat tersebut? NONE! 
  8. Apakah bentuk perhubungan tersebut? Bukankah itu zina? Bukan manusia diseru agar mencambahkan keturunan melalui perkahwinan? Kenapakah zina menjadi keutamaan dalam bible apabila merujuk kepada percambahan keturunan?
  9. Lihat juga ayat dari Genesis 19 : 30-38, bagaimana Lot (bible menghina Nabi Lut atau Lot) yang terpaksa lari bersama dua anak perempuannya meninggalkan Sodom dan tinggal di dalam gua. Kedua-dua anaknya pula telah mengadakan hubungan seks dengan bapa mereka setelah beliau dimabukkan sehingga melahirkan anak, anak perempuan pertama mendapat Moab manakala yang kedua pula memperolehi Ben-Ammi kononnya bagi memeliharan keturunan bapa mereka!
  10. Begitu seterusnya bible "mengajar" penganutnya. Mereka disajikan dengan kisah-kisah immoral bagi membentuk moral masyarakat mereka.
  11. Dan tidak hairanlah jika isu dan masalah zina dan sumbang mahram serta pelacuran menjadi-jadi di negara barat. Tidakkah ini menunjukkan kepada kita betapa benarnya kata-kata, jika terlalu banyak makan makanan tidak berkhasiat kita menjadi lemah, jika terlalu banyak baca bacaan yang kotor maka fikiran menjadi rosak?!!
  12. Itu antara sebahagian dari 11 perkara sumbang mahram dalam bible yang dikisahkan dalam Book of Leviticus dan Deutronomy.   
  13. Apakah kategori yang paling sesuai untuk kita berikan kepada kisah-kisah yang sedemikian? Sains kejadian manusia? Persenyawaan berhadas? Kisah dan teladan?
  14. Seterusnya TS ingin mengambil petikan dari Deutronomy 25 : 11-12, "It two men fights together, and the wife of one draws near to rescue her husband from the hand of the one attacking him, and puts out her hand and seizes him by the genitals...then you shall cut off her hand; your eyes shall not pity her."
  15. Kalau TS bergaduh dengan sesiapa yang cuba menyerang TS, dan pada ketika itu isteri TS nak bantu TS dari kena serang MAKA TS kena potong tangan isteri TS dan jangan sesekali kesiankan dia.! Mak oi! apa punya laki, bini nak tolong. Bini yang kena potong tangan. Tak dak akai punya orang yang tulis buku ni!! Tapi inilah yang dikategorikan "ayat Tuhan" dalam Bible.
  16. Tuan-tuan adakah demikian Ayat ALLAH? Jelas sekali perbezaan ayat-ayat suci dalam Al-quran berbanding bible. Tentang kejadian manusia di dalam Al-quran telah diungkap dengan penuh keindahan dan persoalan agar difikirkan. Sedangkan ayat dan tindakan dalam bible pula ditulis macam orang hilang akal! Bolehkah kita kata Bible ayat Allah?
  17. Oleh itu kalau dah bible itu bukan ayat Allah, perlukah nama Allah dimasukkan dalam bible?

Tuesday, June 21, 2011

Anwar Boleh China Doll : Dato "T" Telan Panadol


  1. Al-kisah Dato "T" atau trio, yang telah menjadi hero bangsa kini bakal berhadapan dengan Mahkamah! Mengikut sumber yang terdekat mereka bertiga bakal dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta pada hari Jumaat ini, 24 Jun 2011, jam 8 pagi.
  2. Sekali lagi negara akan disajikan dengan episod kedua dalam siri "Manusia Anugerah Tuhan!". Tetapi kali ini mungkin jalan ceritanya sedikit berbeza kerana ianya melibatkan "geng crook" kena usung ke mahkamah.
  3. Apa pun kisahnya,TS tidak mahu menjadi seperti pengulas filem-filem box-office yang sediada kerana ianya bukanlah kemahiran TS. Cuma yang TS harapkan adalah kebenaran! Sesuai dengan moto TS, berani kerana BENAR!
  4. TS percaya Datuk T merupakan mereka yang benar-benar berani dan berani kerana benar. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk tampil memperakukan sesuatu yang amat keji dan terkutuk apatah lagi melibatkan manusia luarbiasa, manusia yang digelar "ANU-gerah Tuhan". Pastinya nyawa jadi taruhannya.
  5. Jumaat ini bakal melihat nasib ketiga-tiga Dato tersebut. Sedang yang boleh China Doll masih boleh dok "yak-ye" - seronok dalam loghat Kedah, Datuk T pula kena telan panadol bagi melegakan pening kepala dek kerana si-anu-gerah tuhan.
  6. Sama-samalah kita berdoa, semoga yang benar pasti berjaya.

GERAK AMAN VS BERSIH2 : Bukti Perkasa Bukan Rasis

  1. TS amat bersetuju dan menyokong penuh tindakan PERKASA untuk turut menggerakkan seluruh ahlinya bagi mengekang perarakan bersih pada 9 Julai depan. TS pun geram bila tengok ada Melayu sanggup jadi kuda kepada Ambiga!
  2. Siapa yang tak kenal Ambiga, bekas pengerusi Bar Council dan IFC! Hebatnya Ambiga ini sehingga dia diberikan pengiktirafan dari Amerika pasai dia BERANI!?? Berani apa? Berani mencabar Islam dan Melayu!
  3. Oleh itu apabila Perkasa bersama 104 NGO lain bersepakat uttuk melancarkan Gerak Aman bagi mengekang Bersih, TS rasa penting bagi seluruh umat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya menyokong pendirian tersebut.                                                                                     
  4. Kebetulan pada hari Ahad yang lalu TS berada di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), TS berkesempatan bersama-sama dengan seluruh ahli Perkasa dan beberapa NGO lain menyaksikan pelancaran (soft-launch) Gerak Aman oleh Datuk Ibrahim Ali. Apa yang boleh TS sebut adalah, HEBAT! Hebat dari segi ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para pemimpin masyarakat dan NGO ini.
  5. Ucapan yang cukup menambat hati sanubari TS ialah dari Datuk Khalid Yunus - mantan Timbalan Menteri dahulu. Bagaimana beliau mengembalikan nostalgia permuafakatan para pemimpin Melayu untuk bersetuju menerima kaum-kaum lain untuk hidup bersama-sama dengan orang Melayu di tanahair Malaya, ketika itu. Beliau dalam usia yang sudah agak lanjut begitu bersemangat apabila mengisahkan perihal orang Melayu.
  6. TS kira begitulah semangat orang lama, yang sudah melalui zaman-zaman getir, menjelang merdeka dan tragedi 13 Mei 1969. Tetapi ingatan beliau tersebut TS cukup menusuk kerana pada ketika ucapan tersebut dibuat, ianya bukan sekadar "cakap belakang" tetapi didengari oleh lebih 400 peserta dari kaum Cina dan India.
  7. Inilah keikhlasan, inilah kebenaran - iaitu bercakap secara berani, terbuka dan telus!
  8. Tapi biasalah, orang kalau boleh bercakap sedemikian pastinya tidak akan diberikan ole-ole, maki hamun, caci cerca tu adalah.                                                                  
  9. Datuk Zulkifli Nordin juga telah diberikan penghormatan untuk berucap dan seterusnya ucapan perasmian Ibrahim Ali sebagai penutup. Ibrahim Ali juga telah mengambil kesempatan tersebut secara terbuka untuk memberitahu kepada peserta dari kaum Cina dan India bahawa, Perkasa sebenarnya bukanlah NGO perkauman!
  10. Perkasa hanya  bertindak sekadar untuk mempertahankan apa yang menjadi milik orang Melayu. Beliau juga menegaskan bahawa penentangan terhadap Bersih 2 juga bukan bermaksud Perkasa menentang orang India (kerana ianya melibatkan Ambiga) tetapi penentangan ini hanyalah kepada mereka yang cuba mengkhianati negara dan cuba menimbulkan huru-hara dalam negara. Oleh sebab itu sesiapa sahaja yang dilihat cuba membuat pasal dalam negara, tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi, bakal menerima tentangan Perkasa.
  11. Cuma yang menghairankan TS adalah sikap Khairy Jamaluddin penentangan beliau terhadap Perkasa, nak kata Melayu perangai sama je dengan pelakon blue cctv, nak kata Cina atau India, dia tu Ketua Pemuda Umno. Apa yang tidak kena dengan budak ini, TS pun tak tahu...

Monday, June 20, 2011

Ayat Allah : Siapakah Yang Dipersendakan?



  1. Aurat merupakan perkara yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam Al-Quran yang berbunyi,"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. An-Nur (ayat 31)
  2. TS nak tanya, pernahkah pembaca melihat pameran kereta antarabangsa atau iklan-iklan promosi jualan kereta? Pernahkah terlintas, siapakah yang berdiri atau duduk diatas bonet atau boot kereta tersebut? Pastinya pernah bukan! Tidak lain dan tidak bukan adalah model-model seksi dengan pakaian yang menjolok mata, dengan g-stringnya, berbaju dalam dan berpanty-hose dengan aksi ghairah sehingga ramai yang ternganga dibuatnya.
  3. Persoalannya, mana satukah yang mahu mereka nak jual, keretanyakah? atau wanitanya? Kalau kereta yang mahu dijual, kenapakah pula siwanita itu pula terkial-kial, tergedik-gedik disebelah kereta tu? Begitu juga sebaliknya kalau wanita itu yang mahu dijual, apakah ianya datang bersama kereta tersebut? 
  4. Sikap sedemikian merupakan senario biasa kepada masyarakat barat atau lebih tepat lagi orang kristian. Mereka tidak menilai wanita sebagaimana yang sepatutnya sehingga mereka sanggup untuk "menjual" anak, isteri, ibu dan adik mereka bagi tujuan perniagaan. Kehormatan diri bukanlah isu bagi mereka.  
  5. Sepatutnya merekalah menjadi pembimbing yang memelihara kehormatan anak, isteri dan ibu mereka. Ini tidak! Sebaliknya anak, isteri dan ibu mereka dijadikan simulator bagi menaikkan nafsu dan keghairan sebagaimana takjubnya kita test-drive kereta.
  6. Paul - antara penyumbang tulisan terbanyak dalam Bible, telah berkata dalam 1 Corinthians 11:6, For if a woman is not covered, let her also be shorn. But if it is shameful for a women to be shorn or shaved, let her be covered. (jika seorang wanita itu tidak memakai tudung, cukur rambutnya tapi kalau dia malu dicukur, maka pakailah tudung).
  7. Tidakkah mereka sedar bahawa adanya perintah tersebut? Pernahkah mereka mendengarnya atau tidak mereka endahkan? Kalau mereka pengikut yang setia dan taat kepada segala suruhan kitab mereka, pastinya masyarakat mereka tidak akan terjebak dalam pelbagai masalah sosial.
  8. Dan pastinya juga mereka tidak akan memperlekeh-lekehkan ajaran Islam - terutamanya dalam soal menjaga kehormatan diri dengan memelihara aurat bagi kaum wanitanya. Sekurang-kurangnya mereka tahu menghormati adat atau anutan orang lain!
  9. Masalah dengan golongan kristian ini sudahlah ajaran mereka tidak mereka endahkan, mereka mempertikaikan pula ajaran Islam. Apa sahaja yang kurang selesa dimata mereka semuanya dianggap mengekang hak individu.
  10. Kerana itu juga mereka sanggup untuk mendedahkan atau menelanjangkan kaum wanita mereka kononnya sebagai menghormati hak individu tersebut serta memberikan keselesaan! Selesa dalam konteks pergerakkan dan pergaulan.Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya masalah sosial seperti sumbang mahram, zina, rogol, pornografi dan pelacuran menjadi budaya hidup mereka.
  11. Paling menyedihkan tindakan sedemikian mendapat sokongan dan simpati dari segelintir orang Islam yang liberal sifatnya. Mereka secara tidak segan silu atau rasa berdosa mempersendakan hukum Allah SWT!
  12. Kepada golongan liberal ini ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran dipandang remeh sebaliknya mereka beria-ia berjuang agar kalimah Allah digunakan dalam Bible dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan agenda tersebut berjaya. Ingatlah setiap yang hidup pasti mati dan masing-masing akan menghadapNya di hari akhirat kelak untuk mendapat pembalasan. Apakah bentuk pembalasan yang kamu mahukan?
  13. Allah berfirman dalam Al-Qur'an, Iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya permainan dan senda gurau kerana mereka tertipu oleh kehidupan dalam dunia. Maka hari ini Kami (Allah) lupakan mereka sebagaimana dahulu melupakan perjumpaan mereka hari ini, dan kerana mengingkari keterangan Kami. A-A'raf (ayat 51)
  14. Ayat diatas adalah sambungan dari ayat sebelumnya  (Al-A'raf : 50) yang mengisahkan bagaimana penghuni neraka yang diseksa meminta pertolongan dari penduduk syurga agar diberikan sedikit air untuk menghilangkan dahaga kepanasan dari bakar api neraka tetapi usaha mereka tidak dibenarkan kerana kekufuran mereka terhadap Allah SWT. Mereka itu adalah golongan yang MEMPERSENDAKAN AYAT-AYAT ALLAH !
  15. Kini siapakah yang dipersendakan? 

Thursday, June 16, 2011

Jawapan Ulamak Tersohor Tentang Isu ALLAH DALAM BIBLE vs Ketua Umum


  1. Bila bercakap guna "kepala bawah" beginilah jadinya, Allah pun dipersendakan. Ketua Umum ini memang hebat otak sebelah bawahnya. Sememangnya dia extraordinair, orang lain kuat otak kanan atau kiri tapi dia kuat otak bawah. Tidak dinafikan dan semakin terserlah.
  2. Lihat sahaja video di atas. Bagaimana hujah beliau mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbanding dengan ulamak tersohor, Dato Dr Harun Din Al-Hafiz.
  3. Tetapi TS cukup pasti, kepada pendokong pejuang "Maharaja Liwat" ini, apa saja yang beliau katakan "is Gospel Truth", kerana jawatannya selaku Ketua Umum. Tetapi kepada yang berakal, pastinya apa yang dinyatakan oleh Dato Dr Harun Din itu " is Qur'anic Truth".
  4. TS juga telah berkali-kali membicarakan isu Bible ini dengan memberikan beberapa bukti jelas yang tidak melayakkan dan tidak dibolekan kalimah Allah digunakan oleh kitab tersebut. Mungkin TS tidak dapat sebut semuanya disini tetapi TS sedia memberikan penjelasan lanjut jika diminta.
  5. Dalam posting TS baru-baru ini, juga telah didedahkan tentang sebuah tulisan oleh Anas Zubedy berkenaan isu yang sama. Kini terang lagi jelas pluralisme agama semakin menular menyelusuri dalam setiap inci kehidupan kita, umat Islam. Ketuanya sudah pasti Umum sudah tahu. Begitulah signifikannya jawatan tersebut sehingga membolehkan seseorang itu berkata apa-sahaja-sesuka-hati-dan-sedap-mulutnya-tanpa-perlu-fikir-dan-semua-orang-kena-terima. Hebat!!!
  6. Kepada TS mudah sahaja. Kalau semua orang Kristian nak guna nama Allah boleh dengan syarat, ucaplah dulu kalimah ini;
    selesai ucap, maka pakailah kalimah tersebut.
  7. Tidak hairan juga apabila penulis tersebut dengan confident mengatakan kalimah Allah boleh dipakai kerana bapa pluralisme pun macam tu jugak! Yalah! Bapa borek anak rintik, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
  8. Oleh itu marilah sama-sama kita pertahan perkara ASAS dan POKOK kepada keimanan kita dan anak-anak kita. Janganlah kita menjadi dayus dalam mempertahankan urusan Allah. Percayalah Allah akan membantu kita sekiranya kita ikhlas memperjuangkan hak Allah.

Perpaduan Dijadikan Alat Penyebaran Pluralisme Agama

  1. Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.
  2. Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.
  3. Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar). 
  4. Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!
  5. Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40. Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)
  6. Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.
  7. Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!
  8. Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain. Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3
  9. Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung!
  10. "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6
  11. Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya?
  12. Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah. Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!
  13. Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.
  14. "Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".