Sunday, March 27, 2011

SKANDAL VIDEO SEXXX : FATWA, MARUAH DAN INTEGRITI

  1. Seperti dijangka Nik Aziz pastinya akan mempertahankan apa sahaja keletah pemimpin dari parti pembangkang. Dulu dia mempertahankan Elizabeth Wong yang bogel dan sekarang pula Anwar yang "dikatakan" beraksi ghairah dalam video seksnya.
  2. Jika siasatan polis mendapati bahawa pelaku seks dalam video tersebut adalah ketua pembangkang itu, pasti sekali lagi fatwa mengarut yang menyebelahi si pelaku tersebut akan dibuat. Ini sebenarnya memang kita jangka kerana itulah kelebihan Nik Aziz, iaitu mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati berlandaskan semangat setia kawan dalam PR.
  3. Mat Sabu, Naib Presiden PAS, dalam kenyataannya telah meminta agar satu panel penyiasat dari luar negara diambil bagi menentukan kesahihan video tersebut kerana meragui siasatan polis negaranya sendiri.
  4. Begitulah lebih kurang sikap para pemimpin pembangkang terutamanya dari PAS. DAP dalam isu tersebut masih membisu. Bagi DAP biarlah isu-isu sebegitu di"champion" oleh orang Melayu! Kerana yang perlu dipecahbelahkan adalah Melayu! Jadi mereka duduk diam dan lihat sahaja.
  5. Keduanya pula, mereka sendiri sedia maklum dengan perangai ketua pembangkang tersebut tetapi dek kerana kuasa politik maka "biarkanlah".
  6. Kepada pemimpin pembangkang fatwa, maruah dan integriti itu adalah mainan mereka. Janji tengkok mereka terlepas dan rakyat melihat mereka sentiasa bersih, suci lagi maksum, orang lain peduli apa hatta agensi keselamatan negara. Sebab itu mereka mudah mencaci cerca sistem keselamatan negara sesuka hati mereka dan mengagung-agungkan orang luar.
  7. Bagaimana agaknya rupa mereka ini jika terbukti benar bahawa pelaku sumbang dalam video seks tersebut adalah ketua pembangkang? Sama-samalah kita tunggu...

Saturday, March 19, 2011

Tok Guru & Pengusaha Todi Sama Saja



  1. Semalam saya terbaca satu artikel tentang "Toddy" atau todi (minuman todi), bagaimana minuman tersebut diproses dan bagaimana todi semakin dilupakan kerana terdapatnya minumam beralkohol yang lebih murah dipasaran sememangnya menarik untuk diketahui serba sedikit tentang minuman kegemaran orang India ini.
  2. Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah apabila pengusaha todi tersebut menyatakan bahawa tidak pernah seumur hidupnya minum todi tersebut! Kenyataan beliau turut disokong isterinya dengan menyatakan bahawa, "emak tidak membenarkan suaminya minum kerana khuatir ianya boleh membawa kepada ketagihan dan porak-peranda dalam keluarga". Jadi kata pengusaha tersebut, "biarlah orang lain sahaja yang minum, saya cuma bekalkan sahaja".
  3. Begitulah juga sesetengah sikap pemimpin politik yang bertopengkan agama, biarlah orang lain nak jadi apa, aku cuma keluar fatwa! Jadi tok guru macam ni tidak ubah seperti pengusaha Todi tersebut.

Sunday, March 13, 2011

KINI GILIRAN PR !!!




  1. Sekali ombak memukul pantai, sekali pantai berubah. Trajedi tsunami di Jepun akibat gegaran pada 8.9 skala richter merupakan yang terdahsyat selepas musibah yang melanda Acheh. Bandar Sansei akhirnya ditenggelami. Apabila air semakin surut maka tinggallah sisa-sisa kapal, kereta, rumah dan sebagainya berselerakkan diseluruh pelusuk pekan dan yang memilukan apabila jumlah korbannya pula dikatakan lebih 1000 orang.
  2. Demikianlah keadaanya apabila alam semulajadi mengganas. Sebagaimana perumpamaan tadi, maka lanskap bandar tersebut pun berubah dari sebuah pekan yang tersusun dan damai kepada kerosakkan dan kemusnahan. 
  3. Peristiwa ini mengingatkan kita kepada musibah tsunami yang terjadi pada tahun 2004 yang telah memusnahkan hampir seluruh Banda Acheh dan mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa manusia.
  4. 4 tahun selepas kejadian tersebut seluruh rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan satu lagi tsunami iaitu tsunami politik yang telah melihat Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk dalam PRU12 dengan kehilangan 5 buah negeri kepada pihak pembangkang.
  5. Sebagaimana hebatnya pukulan ganas alam semulajadi begitu hebat juga pukulan insani! Walau sehebat mana sekalipun sistem yang dicipta bagi memberikan amaran terhadap kemunculan tsunami namun apabila ia hadir tidak ada satu pun benteng yang mampu menahannya dari terus memusnahkan segala kehebatan manusia malah mengorbankan mereka bersamanya. Begitulah hebatnya kejadian Allah SWT.
  6. Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada BN. Keselesaan dan kengkuhan pemimpinnya menyebabkan akhirnya mereka tenggelam oleh ombak tsunami. Amaran demi amaran tidak mereka endahkan malah cuba mereka lenyapkan dari muka bumi ini! Maka akhirnya kemusnahan berlaku dan segala hasil dari perjuangan dan pengorbanan menjadi sisa cemuhan dan sumpah seranah rakyat.
  7. Dan PRU12 menjadi ombak tsunami politik yang tidak mungkin dilupakan.
  8. BN sudah belajar dari peristiwa tersebut dan beberapa pendekatan bagi menyerap amaran sudah dan sedang dilaksanakan. Proses transformasi dilihat sebagai pendokong utama sistem tersebut dan gagasan 1Malaysia adalah ukuran keberkesanannya. Mungkin setiap sistem itu tidak 100% sempurna tetapi hasilnya kini mulai kelihatan.
  9. Tetapi dalam apa juga perencanaan, ketentuan Allah mengatasi segalanya. Dalam tempoh tidak sampai 10 tahun sekali lagi manusia diuji dengan musibah tsunami di Jepun. Kini negara termaju didunia dengan segala kecanggihan teknologi pula menerima musibahnya dan sekali lagi ternyata cubaan Allah lebih hebat!
  10. Dalam konteks politik di Malaysia pada hari ini apa yang dapat diperhatikan ialah parti-parti pembangkang atau PR nampaknya begitu alpa dan ghairah dengan mainan dan percaturan politik mereka. Mandat yang diberikan rakyat tidak mereka laksanakan dengan sebaiknya. Malah banyak hak dan kepentingan rakyat dinafikan dek kepentingan nafsu serakah dan syahwat pemimpin mereka!
  11. Mereka seolah-olah lupa akan kewujudan ALLAH SWT dan lupa akan setiap pembalasanNya. Agama diperlakukan secara hina, akhlak mengalahkan manusia fasiq dan munafiq dan tindakan politik mereka sememangnya jijik - caci, fitnah, adu domba, bohong dan sebagainya adalah asas pengukuhan politik mereka dan menganggap segala kemungkaran yang mereka lakukan itu sebagai benar dan perlu dilakukan!
  12. Mereka tidak ubah sebagaimana BN dan Umno sebelum tsunami PRU12. Mereka tidak endahkan tanda-tanda amaran terhadap balasan yang bakal mereka terima. Mereka cuba benamkan tanda-tanda tersebut dengan segala penafian.
  13. Kini gegaran kedua pasti berlaku lagi cuma menantikan saat dan ketikanya dan pastinya juga cukup kuat untuk melenyapkan mereka ibarat kaum Lut yang dihempapkan bumi keatas muka mereka. Gegaran itu pasti tiba kerana petandanya sudahpun berlaku!

Thursday, March 10, 2011

MASUK ISLAM DEK KERANA SENYUMAN


  1. Kisah insan-insan yang memeluk Islam sememangnya cukup banyak, tetapi agak sedikit yang menerima Islam sebagai anutan mereka yang terdiri dari golongan selebriti. Namun begitu nama-nama seperti Muhammad Ali, Yusof Islam, Lauren Booth dan sebagainya adalah nama-nama besar yang mempunyai daerah pengaruh mereka yang tersendiri yang telah menerima Islam sebagai ad-deen dan kini giat menjalankan usaha dakwah kepada dunia.
  2. Baru-baru ini TS terbaca kisah Mustaffa Davis seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia yang menerima Islam pada tahun 1998 dek kerana keramahan dan senyuman dari seorang lelaki yang bernama Khadim. Kepadanya, Mustaffa, tidak perlu berdebat atau berbahas tetapi keihlasan jiwa, kelembutan bahasa dan keindahan sikap sudah cukup untuk menarik hatinya untuk memeluk Islam.
  3. Begitulah indahnya Islam jika kesuciannya dipeliharan dan ajarannya dijunjung tinggi. Bukannya dengan menjadikan maki hamun, caci cerca, fitnah, adu-domba, kafir mengkafir dan carut marut sebagai kaedah berdakwah sebagainya didakwa Nik Aziz. Itu kaedah orang gila! Atau tidak ada agama (pagan) ataupun lebih tepat lagi JAHILIAH!
  4. Berdakwah secara berbudi bahasa dan penuh kelembutan serta kesederhanaan. Bukannya susah sangat kalau senyum pun dah boleh memikat.

Wednesday, March 9, 2011

A Doctor In The House - Pasti Ada Yang Senak

(Sumber The Star)
  1. Kemunculan memoir oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, telah menarik begitu ramai pembaca dan peminat negarawan ulung tersebut untuk mendapatkan naskah nukilan beliau yang terhasil setelah 8 tahun dalam pembikinannya.
  2. Pelbagai peristiwa pahit manis getir kisah kehidupan yang dilalui beliau sepanjang 85 tahun dan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia akhirnya disajikan kepada seluruh ahli masyarakat tanpa berselindung lagi. Malah beliau juga bersedia sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuashati dek terkena batang hidung mereka untuk menyaman beliau kerana buku tersebut.
  3. Sebagai seorang yang dikenali cekal, berani dan sarat dengan maklumat, pastinya jika ada sekalipun yang kurang senang dengan pendedahan yang dibuat oleh Tun dalam memoirnya, untuk tampil menegur pun mungkin terpaksa berfikir berkali-kali kerana kalau tersilap langkah, benda lain pula yang terkeluar.
  4. Tun didalam memoirnya juga ada menyebut bahawa beliau juga tidak terlepas dari membuat kesilapan tetapi memecat Anwar Ibrahim merupakan tindakan tepat yang telah beliau buat. Mungkin Tun perlu akui juga kesilapan besar yang pernah beliau buat, iaitu memilih Pak Lah menjadi PM sehingga sekarang rosaknya masih lagi belum boleh dibaiki.
  5. Dengan terbitnya "A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamed" sekurang-kurang boleh dijadikan rujukan dan panduan berguna kepada generasi akan datang dan seterusnya membuka minda kita untuk menyelami pemikiran serta tindakan yang telah Tun lakukan sehingga menjadikan beliau seorang negarawan ulung yang disegani di seluruh dunia dan bukannya seperti Tok Guru yang hanya tahu mengeji dan mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan yang merosakkan akal dan budaya manusia lain.
  6. Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah TUN!

Sunday, March 6, 2011

ADA KUASA & BERANI ! BN Boleh Terus Berkuasa!

  1. Keputusan PRK DUN Kerdau dan Merlimau memperlihatkan peningkatan yang cukup drastik samada dari jumlah majoriti mahupun sokongan kaum. Peningkatan kepada 3643 (PRU-12/2154) di Merlimau manakala  2724 (PRU-12/1615) di Kerdau adalah bukti bahawa rakyat mulai menilai hasil kerjabuat parti-parti politik selama 3 tahun ini.
  2. PAS yang cukup sinonim dengan maki hamun, cerca, fitnah, pembohongan telah ditolak oleh rakyat dalam PRK di dua DUN tersebut. PAS masih lagi mengamalkan budaya kempen serta kerja yang sama sekali bertentangan dengan budaya serta nilai murni masyarakat Melayu khususnya. 
  3. TS yang sempat mengikuti proses kempen, walaupun dalam masa yang singkat, telah bertemu dengan beberapa orang penyokong PAS yang jelas kecewa dengan tindak-tanduk pemimpin mereka. "bang, kami tinggal sekampung, ada yang Umno, ada yang PAS, selama ini kita kawan cukup akrab, habis takkan nak kafir sama-sama sekampung atau nak jahiliahkan dia orang? kat mana nak letak muka ni?" Memang tak betullah kempen macam ni," sambung beliau lagi.
  4. PAS perlu berhenti dari menggunakan teknik memperburukkan orang lain dan memperbodohkan rakyat dengan segala fatwa dan auta yang memecahbelahkan rakyat kerana rakyat inginkan suasana kehidupan yang aman dan harmoni dan bukannya bertelagah dan bermasam muka sesama sendiri.
  5. Begitu juga halnya dengan orang Cina dan India, mereka juga muak dan mual dengan segala janji yang belum pasti, "Nak buat itu, Nak buat ini" kerana yang pasti jadi ialah kalau NAK BERAK, sebab berak memang tak boleh ditahan-tahan, mahu tak mahu memang kena buang!
  6. Oleh kerana itu juga undi Cina dan India juga telah beralih kepada BN, ini boleh dibuktikan apabila BN menang 100% di semua saluran, kerana mereka sudah tidak percaya lagi kepada pembohongan pembangkang terutamanya ayat-ayat meleghet (meleret) Anwar Ibrahim~! Bagi orang Cina mudah, Anwar tidak boleh buat apa-apa sebab dia bukan ketua kerajaan! Jadi dia tidak ada kuasa, cuma dia ada berani!
  7. BN pula bagi orang Cina ada kuasa tapi kurang berani, itu dulu. Tapi sekarang BN ada kuasa dan ada berani - yakni buat perubahan (transformasi) dan sudah angkat Hindraf masuk dalam, jadi sekarang mereka sudah kembali yakin bahawa BN sudah kuat! Oleh itu mereka perlu ikut arus jika mahu terus survive dan perlu beri sokongan kepada BN.
  8. Jadi jika BN mahu terus berkuasa maka BN perlu BERANI! Tidak guna kuasa tinggi gunung kalau tidak BERANI! ADA KUASA ADA BERANI maka BN akan terus menjadi pilihan rakyat.