Tuesday, April 26, 2011

MR BEAN BUAT LAWAK SLAPSTIK LAGI..TAPI KALI INI DENGAN PERKASA


  1. Bila terbaca saja dalam SINAR hari ini tentang kenyataan oleh Mahfuz Omar tentang Perkasa, terlintas dibenak fikiran saya, memang dia ni suka Melayu berpecah kah? Kenapa yang tak seronok sangat kalau ramai orang Melayu menyertai atau menghadiri majlis Perkasa. Kenapa yang dia tiba-tiba terasa nyilu? Tetapi TS memuji sikap Ustaz Azizan yang berterus terang dan cukup gentleman apabila memaklumkan bahawa Perkasa ada menjemputnya ke program mereka. Malangnya Ustaz tidak dapat hadir kerana komitmen lain.
  2. Mahfuz sepatutnya mencontohi Ustaz sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang Perkasa. TS walaupun bukan ahli Perkasa tetapi TS amat prihatin dengan perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair! Sebab itulah satu ruang yang istimewa TS berikan kepada Perkasa dalam blog ini.
  3. TS percaya bahawa ideologi perpecahan yang dibawa Mahfuz sudah sebati dengan dirinya. Oleh sebab itu juga dia tidak boleh menerima Perkasa. Mungkin Mahfuz tidak sedar bahawa ramai dikalangan ahli Perkasa terdiri dari Umno dan PAS serta orang Melayu PKR. Mahfuz tidak mungkin akan tahu kerana sikapnya yang suku menjauhi kebenaran dan gemar menyebarkan kebathilan.
  4. Jika inilah keadaannya, yakni perpaduan dalam Perkasa, ia adalah satu petanda baik bahawa orang Melayu sememangnya boleh bersatu. Cuma yang tak mahu orang Melayu bersatu adalah pemimpin mereka yang GILA KUASA!
  5. Sebab itu juga mereka, yakni pemimpin ini, suka kalau bangsanya sendiri berpecah. Asal ada saja NGO atau mana-mana pertubuhan yang inginkan penyatuan atau perpaduan maka NGO atau pertubuhan itu dikira tidak relevan atau bias dan dikaitkan dengan Umno. TS juga dimaklumkan bahawa majlis Perkasa yang dijadualkan pada 29 dan 30 April nanti di Alor Setar juga tidak dibiayai oleh mana-mana parti politik termasuklah Umno!
  6. Tetapi sesuatu yang cukup menginsafkan adalah apabila beberapa orang AJK penganjur memaklumkan bahawa kebanyakkan wang yang disumbangkan untuk program tersebut datangnya dari orang perseorangan yang begitu bersemangat dan mempunyai roh Melayu yang cukup kental, tahniah!
  7. Apapun TS tidak hairan Mahfuz menyedari latarbelakangnya yang sememangnya kurang enak dengan mereka yang tidak menyokong perjuangannya termasuk dari golongannya sendiri. Cuma yang menjadi persoalannya ialah apakah perjuangan sebenar Mahfuz? Terus terang TS pun tak tahu halatuju perjuangan beliau tetapi kalau suruh bedal atau maki hamun orang, itu memang anugerah tersendiri Mahfuz.
  8. Akhir kata cukuplah dok mengata orang tak ketahuan hala, ingatlah Allah tempat kembali dan Dia jugalah yang Maha Mengetahui.

Monday, April 25, 2011

Y = Anu ar, SATU DAH KENA AND ONE MORE TO GO




  1. Kini "misteri" lelaki Y sudah terjawab, tidak lain dan tidak bukan Si Anwar Ibrahim, begitulah penjelasan yang telah diberikan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir pendakwaan di Mahkamah Tinggi.
  2. Hujahan beliau juga adalah berdasar kepada perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima iaitu Dr Seah Lay Hong. (Sumber Utusan Malaysia)
  3. Kini identitinya sudah terjawab cuma yang masih dok terkial-kial nak jawab "ya" atau "tidak" ialah Kak Wan tentang pelakon dalam video pulak. Walaupun tidak ada satu scanner yang boleh memperlihatkan atau memperdengarkan suara hati Kak Wan, kita percaya Kak Wan punya jawapannya sendiri. Apa yang menghalang Kak Wan adalah maruah dan air muka sahaja.
  4. Isu video juga menjadi topik hangat apabila Mustaffa Ali terpaksa berkendur dengan kenyataan beliau apabila disergah oleh Azmin Ali. Kini PAS juga berhadapan dengan dilemma sebagaimana Kak Wan, nak kata "YA" atau "tidak" kepada penilaian semula hubungan mereka dengan PKR dan PR.
  5. Dalam Islam kita diajar agar menjauhi perkara-perkara yang mencurigakan atau was-was kerana was-was itu mainan iblis! Apatah lagi kalau perkara itu sudah sahih haramnya memanglah wajib dijauhi.
  6. Jadi terpulanglah kepada PAS samada hendak teruskan juga hubungan luar tabii mereka dengan PKR atau sebaliknya kerana rakyat sedia menerima PAS kembali sekiranya mereka kembali kepada perjuangan terdahulu yang telah memberikan mereka kejayaan menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana kesabaran dan jatidiri perjuangan mereka.
  7. Apapun terpulanglah kepada kepimpinan PAS terutamanya pemimpin maksum mereka Nik Aziz! Sebagaimana kata-kata Mak Lijah (tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati) katanya dengan nada yang manis dan manja, "ikut Bang Aji lah, kalau baik kata bang aji, baik lah saya."

Sunday, April 17, 2011

JANGAN PEDULI DAH KAT CINA!

  1. Pilihanraya negeri Sarawak ke 10 yang melabuhkan tirainya menyaksikan BN masih mengekalkan kekuasaannya di negeri Bumi Kenyalang tersebut dan sekali lagi Malaysia menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menterinya tapi dengan penuh bergaya kerana kejayaan beliau disambut dengan pelukan isterinya yang jelita.
  2. Biar bagaimana bergaya dan hebatnya sambutan kejayaan tersebut, Cina masih tetap dengan keputusan mereka untuk tidak mengundi BN! Mereka dah sepakat untuk tidak mahu berkongsi kuasa dengan Melayu dan pribumi. Kerana bagi Cina, BN itu Umno dan Umno itu Melayu! Jadi kalau masih bagi undi kepada BN maka mereka seolah-olah mahu terus mengiktiraf ketuanan Melayu.
  3. Mereka tidak lupa jasa orang Melayu cuma mereka tidak mahu lagi berada dibawah telunjuk Melayu. Mereka juga tidak peduli apa akan jadi dengan Melayu kalau Melayu bagi mereka ambil tapi nak berterima kasih jauh sekali. Sebab itulah apabila DS Najib turun bertemu rakyat sambil menggula-gulakan pelbagai peruntukkan dan bantuan, manusia Cina ini berkerumun mengalahkan semut kerumun gula. Tapi, akhirnya 12 kerusi kecundang kepada DAP.
  4. Oleh itu BN perlu fikir masak-masak dengan kerenah orang Cina ini. Mereka telah pun berpakat untuk menggulingkan kerajaan yang ada pada hari ini untuk mereka dirikan sebuah kerajaan Cina Malaysia. PAS dan PKR hanyalah kuda tunggangan mereka sahaja. Mereka pun tidak peduli, sebab itu PAS ghuyup di Sarawak manakala PKR hanya dapat 3 kerusi dari 41 kerusi yang dipertandingkan.
  5. Orang Cina memang bijak berpolitik, mereka lagakan Melayu sama Melayu, kalau ada Melayu yang punya masalah yang kronik lagi bagus kerana itu akan jadi unsur diversion yang terbaik untuk mengalih perhatian orang dari melihat kepada agenda tersirat mereka.
  6. Kini suara mereka sudah menjangkaui seberang Laut Cina Selatan. Suara Cina semenanjung sudah pun disahut oleh Cina Sarawak dan mungkin juga Sabah! Ini juga bermakna Cina kini sudah siap sedia dengan agenda utama mereka iaitu untuk mendapatkan kuasa politik dan seterusnya menguasai kerajaan dan negara Malaysia.
  7. Oleh itu BN mahupun PAS harus mula melihat peristiwa ini dengan sebaiknya. Kembalilah kita untuk bersatu dan berpadu demi Islam, Melayu dan Tanahair tercinta. Tak payah pedulikan lagi Cina! Mereka khianat kepada kebaikan orang Melayu. Kita tumpukan sepenuh tenaga dan kekuatan kepada sokongan Melayu kerana dengan sokongan solid Melayu tidak sahaja kita mampu kekalkan kuasa Melayu tetapi juga kalau nak ditubuhkan "Negara Islam" sebagaimana yang PAS mahupun kita boleh buat!

Friday, April 15, 2011

CUBAAN TUKAR KERAJAAN HANYA KALAU KAUM PRIBUMI SARAWAK RASA NAK MEREMPAT

  1. Esok seluruh rakyat Sarawak akan memunaikan tanggung-jawab mereka sebagai warganegara Malaysia iaitu mengundi! Esok juga seluruh rakyat Malaysia akan melihat apakah corak kepimpinan dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Sarawak, apakah mereka selesa dengan BN atau mereka ingin cuba-cuba dengan pilihan yang ada dengan menukar gaya dan bentuk kerajaan yang belum tentu baik buruknya tetapi telah terbukti "bukanlah baik mana pun."
  2. Bagi penduduk di semenanjung, terutama yang bernaung dibawah kepimpinan PR, seperti Selangor dan Pulau Pinang, ianya ibarat mimpi ngeri! Dalam konteks ini, orang Melayu terutamanya, menjadi mangsa mainan politik melampau pemimpin Cina DAP!
  3. Kalau ada pun pemimpin Melayu dalam kerajaan tersebut mereka tidak ubah seperti rubber-stamp sahaja. Yang lainnya, segala keputusan dan tindakan, terpulang kepada pemimpin Cina DAP!
  4. Apalah yang boleh orang Melayu harap dari pemimpin Cina DAP ini? Kalau agama kita pun dia orang tidak peduli inikan pula periuk nasi kita! Dah banyak kita dengar orang Melayu yang dihalau dan diperdajjalkan. Misalnya, peniaga-peniaga Melayu di Seberang Perai, di Komtar dan sebagainya adalah bukti jelas bentuk kezaliman bangsa pendatang jika dapat tanah atau kuasa, di Selangor pula agama Islam dipersendakan, masuk keluar masjid bagi puak-puak Cina ini macam masuk supermarket, nak pakai apa suka hati mak bapak dia. Arak pula dia suruh jual secara terbuka.
  5. Mereka tidak hormat kita orang Islam dan Melayu dan begitu juga halnya kepada kaum pribumi di Sarawak kalau mereka diberikan kuasa. Begitulah nasib orang Melayu dan saudara sepribumi, tuan tanah ini, dibuminya sendiri sekiranya ada perasaan nak cuba-cuba tukar kerajaan. Tukarnya hanya sekelip mata, deritanya sepanjang masa!
  6. Jadi kepada rakyat Sawarak yang masih punya masa untuk membuat pilihan dan keputusan, fikir-fikirkanlah semasak-masaknya sebelum nasi menjadi bubur! Nak pangkah tidak lama, tetapi yang lama adalah apabila kita "dipangkah" dari segala sudut yang pastinya akan menghancurkan kita.

Sunday, April 3, 2011

AKIBAT MELAYU LEMAH DAN SUKA BERTELAGAH

  1. Isu penggunaan Interlok sebagai teks masih belum berkesudahan. Selepas desakkan demi desakkan, akhirnya puak-puak pelampau India berjaya memaksa kerajaan untuk mengeluarkan istilah PARIA dari karya sastera tersebut.
  2. Kini timbul pula desakkan dari kaum Cina bersama beberapa lagi NGO bukan Melayu yang cuba untuk mengeluarkan penggunaan perkataan "pendatang" dari buku tersebut.
  3. Desakkan tersebut dibuat kerana mereka melihat bahawa kalau puak India yang sekelumit atau sekecik tet itu pun berjaya, apatah lagi kalau ada tindakan bersama atau join-force pastinya desakkan itu akan berjaya.
  4. Maka sekiranya bunga-bunga kejayaan dapat dihidu pastinya bukan sahaja beberapa ungkapan atau istilah sahaja yang mungkin dikikis tetapi juga Interlok mungkin ditolak sebagai teks bagi para pelajar kita.
  5. Buku yang dilihat mampu memupuk perpaduan akhirnya jatuh tersembam dek kerana kurangnya persefahaman dan sikap "membutakan matahati" untuk menerima hakikat sejarah yang telah membentuk sebuah negara.
  6. Beginilah nasib bangsa Melayu di negara sendiri akibat kelemahan dan sikap sering bertelagah Ugama dipersenda, Bangsanya dihina, Tanahnya tergadai dan buku pun tidak diterima oleh puak-puak imigran ini! Kononnya menghina!
  7. Rasanya cukuplah orang Melayu berdiam dan bertolak ansur, selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati, kuat sikit iman tegur dengan mulut tetapi kalau dah sampai nak tunjuk kurang ajar yang melampau, maka rasanya kita kena bercakap dengan kaki tangan dah!