Tuesday, June 28, 2011

Hanya 0.01% Sahaja Lagi MAKA SAHLAH ANWAR!!



  1. Pada Jumaat lepas trio Datuk T telah dihadapkan ke mahkamah. Mereka bertiga telahpun dijatuhkan hukuman atas kesalahan masing-masing iaitu menayangkan video seks "terlampau" Anwar Ibrahim kepada wartawan.
  2. Apa yang menarik perhatian TS ialah ketegasan Datuk Eskay yang mempertahankan bahawa individu dalam video tersebut bukan "mirip" Anwar Ibrahim sebaliknya "adalah" Anwar Ibrahim", TS benar-benar kagum!
  3. Apabila TS mengikuti perjalanan perbicaraan dalam mahkamah tersebut (dalam akhbar je) mengikut hasil kajian yang dilakukan oleh pakar forensik dari Dartmouth College, Amerika Syarikat, mereka mengatakan bahawa 99.99% "aktor" - kasi up sikit watak tersebut, adalah Anwar Ibrahim.
  4. Jadi bila disebut saja 99.99%, TS tertanya-tanya kenapa tidak 100%?? Mana lagi 0.01%??
  5. Mungkin juga kerana itu maka pelakon dalam video tersebut disebut "mirip". Jadi lama punya dok fikir "kenapa" dan "bagaimana" boleh jadi begitu maka TS pun buat kesimpulan bahawa lagi 0.01% itu hanya apabila Anwar mengaku bahawa orang dalam video tu adalah dia. Tidak pun cukuplah sekadar Wan Azizah yang tampil mengesahkannya.
  6. Tidak cukup hanya dengan cakap-cakap Johari Abdul dalam klip video sahaja kerana ianya sekadar "glimpse" sahaja sebab kamera itu statik!! Tidak ikut pergerakan DSAI - teringat bila negara gempar dengan video Chua Soi Lek, sudahlah kamera satu je, jauh mana hala, statik, gambar pun kelabu,  dah kelabu hitam putih pulak..itu pun semua orang boleh kata betullah Chua Soi Lek. Cuma bila mai cerita Maharaja Liwat ni pakat-pakat tak mau nak percaya pulak! Hairan sungguh! Mandrum apa yang dia ni pakai?? 
  7. Jadi orang hipokrit macam Johari Abdul boleh kata apa sahaja, pungkok tonggek la, perut buncit la, kulit cerah la, body muskulin la...apa sahaja ikut sedap mulut dia lah. Jadi tak boleh pakai !!
  8. Walaupun kita tahu dia pun percaya tapi bila dah main dengan kepentingan politik dan kepentingan peribadi, kita tidak boleh kata apa-apa sebab mereka boleh berubah "warna". Jangan tak tahu, kalau kita tanya dia (Johari Abdul) betulkah awak salah seorang yang menonton video Anwar seperti dalam video klip tersebut bersama dengan Datuk Eskay, Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib Lazim, mesti dia jawab, 'BUKAN! Mungkin itu orang itu mirip saya!"
  9. Jadi selagi mana tiada pengakuan dari Maharaja Liwat, Anwar Ibrahim, maka aktor dalam video tersebut tetapi menjadi "mirip" beliau dan selagi itu jugalah juak-juak pembangkang akan mempertahankan manusia "songsang" ini.

Wednesday, June 22, 2011

Allah Dalam Bible : ADAKAH BIBLE AYAT ALLAH?

  1. Isu memutarbelitkan ayat-ayat suci Al-qur'an bukanlah satu perkara baharu. Ianya telah berlaku sejak sekian lama dahulu dan kerja-kerja ini dilakukan secara halus dan tersusun oleh mubaligh-mubaligh kristian. Tujuan mereka adalah untuk menimbulkan kekeliruan terhadap Al-quran dan seterusnya menarik perhatian mangsa mereka kepada bible dan kristian.
  2. Mereka begitu bijak dan halus dalam mengatur strategi. Mereka tahu bahawa Islam akan hanya lemah apabila umatnya meninggalkan ajaran tersebut. Mereka juga tahu bahawa untuk melemahkan umat Islam, mereka perlu "menguasai" Al-quran. Bagaimana? Dengan cara memutarbelitkan ayat-ayat sucinya. Kerana itu juga ada ayat-ayat suci Al-quran dikatakan lucah oleh mereka. Contohnya TS berikan nanti.
  3. Jadi tujuan penulisan kali ini adalah untuk kita bandingkan ayat Al-qur'an dengan ayat bible, yang mana porno?
  4. Ayat pertama; Tentang penciptaan manusia sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-qur'an, " Dan Dialah (Allah) yang menjadikan manusia daripada air (lelaki), lalu diadakannya (perhubungan) keturunan (dari pihak lelaki) dan menantu (dari pihak perempuan), dan adalah Tuhanmu itu berkuasa." Al-Furqan [25] : 54. Manakala yang kedua pula, Allah SWT berfirman, " Maka hendaklah manusia memperhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air yang terpancar." At-Tariq [86] : 5-6.
  5. Apakah ayat-ayat tersebut berunsur lucah? Pastinya tidak. Tidakkah kita telah dibuktikan oleh kajian sains bahawa manusia itu terjadi hasil proses persenyawaan dan percantuman sperma (mani) dan ovum (telur wanita)? Bukankah itu Sains?.Manakala "perhubungan" dalam konteks ayat tersebut di atas, Al-Furqan [25] : 54, adalah pernikahan atau perkahwinan.
  6. Cuba kita lihat pula kisah didalam bible. TS merujuk kepada Book of Genesis 38 : 13-30. Bagaimana Judah (bapa mertua) berzina dengan menantunya (Tamar) setelah menantunya menyamar sebagai seorang pelacur sehingga melahirkan anak kembar Perez dan Zerah! Tindakan Tamar tersebut ialah bagi memperolehi zuriat yang terbaik dari keturunan yang baik-baik.
  7. Perlu diingat bahawa Perez dan Zerah adalah nenek moyang kepada Jesus Christ (Matthew 1 : 1-16). Anak-anak haram hasil perzinaan bapa mertua dan menantu akhirnya menjadi nenek moyang kepada seorang "anak tuhan"?!!! Apakah pengajaran dari ayat tersebut? NONE! 
  8. Apakah bentuk perhubungan tersebut? Bukankah itu zina? Bukan manusia diseru agar mencambahkan keturunan melalui perkahwinan? Kenapakah zina menjadi keutamaan dalam bible apabila merujuk kepada percambahan keturunan?
  9. Lihat juga ayat dari Genesis 19 : 30-38, bagaimana Lot (bible menghina Nabi Lut atau Lot) yang terpaksa lari bersama dua anak perempuannya meninggalkan Sodom dan tinggal di dalam gua. Kedua-dua anaknya pula telah mengadakan hubungan seks dengan bapa mereka setelah beliau dimabukkan sehingga melahirkan anak, anak perempuan pertama mendapat Moab manakala yang kedua pula memperolehi Ben-Ammi kononnya bagi memeliharan keturunan bapa mereka!
  10. Begitu seterusnya bible "mengajar" penganutnya. Mereka disajikan dengan kisah-kisah immoral bagi membentuk moral masyarakat mereka.
  11. Dan tidak hairanlah jika isu dan masalah zina dan sumbang mahram serta pelacuran menjadi-jadi di negara barat. Tidakkah ini menunjukkan kepada kita betapa benarnya kata-kata, jika terlalu banyak makan makanan tidak berkhasiat kita menjadi lemah, jika terlalu banyak baca bacaan yang kotor maka fikiran menjadi rosak?!!
  12. Itu antara sebahagian dari 11 perkara sumbang mahram dalam bible yang dikisahkan dalam Book of Leviticus dan Deutronomy.   
  13. Apakah kategori yang paling sesuai untuk kita berikan kepada kisah-kisah yang sedemikian? Sains kejadian manusia? Persenyawaan berhadas? Kisah dan teladan?
  14. Seterusnya TS ingin mengambil petikan dari Deutronomy 25 : 11-12, "It two men fights together, and the wife of one draws near to rescue her husband from the hand of the one attacking him, and puts out her hand and seizes him by the genitals...then you shall cut off her hand; your eyes shall not pity her."
  15. Kalau TS bergaduh dengan sesiapa yang cuba menyerang TS, dan pada ketika itu isteri TS nak bantu TS dari kena serang MAKA TS kena potong tangan isteri TS dan jangan sesekali kesiankan dia.! Mak oi! apa punya laki, bini nak tolong. Bini yang kena potong tangan. Tak dak akai punya orang yang tulis buku ni!! Tapi inilah yang dikategorikan "ayat Tuhan" dalam Bible.
  16. Tuan-tuan adakah demikian Ayat ALLAH? Jelas sekali perbezaan ayat-ayat suci dalam Al-quran berbanding bible. Tentang kejadian manusia di dalam Al-quran telah diungkap dengan penuh keindahan dan persoalan agar difikirkan. Sedangkan ayat dan tindakan dalam bible pula ditulis macam orang hilang akal! Bolehkah kita kata Bible ayat Allah?
  17. Oleh itu kalau dah bible itu bukan ayat Allah, perlukah nama Allah dimasukkan dalam bible?

Tuesday, June 21, 2011

Anwar Boleh China Doll : Dato "T" Telan Panadol


  1. Al-kisah Dato "T" atau trio, yang telah menjadi hero bangsa kini bakal berhadapan dengan Mahkamah! Mengikut sumber yang terdekat mereka bertiga bakal dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta pada hari Jumaat ini, 24 Jun 2011, jam 8 pagi.
  2. Sekali lagi negara akan disajikan dengan episod kedua dalam siri "Manusia Anugerah Tuhan!". Tetapi kali ini mungkin jalan ceritanya sedikit berbeza kerana ianya melibatkan "geng crook" kena usung ke mahkamah.
  3. Apa pun kisahnya,TS tidak mahu menjadi seperti pengulas filem-filem box-office yang sediada kerana ianya bukanlah kemahiran TS. Cuma yang TS harapkan adalah kebenaran! Sesuai dengan moto TS, berani kerana BENAR!
  4. TS percaya Datuk T merupakan mereka yang benar-benar berani dan berani kerana benar. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk tampil memperakukan sesuatu yang amat keji dan terkutuk apatah lagi melibatkan manusia luarbiasa, manusia yang digelar "ANU-gerah Tuhan". Pastinya nyawa jadi taruhannya.
  5. Jumaat ini bakal melihat nasib ketiga-tiga Dato tersebut. Sedang yang boleh China Doll masih boleh dok "yak-ye" - seronok dalam loghat Kedah, Datuk T pula kena telan panadol bagi melegakan pening kepala dek kerana si-anu-gerah tuhan.
  6. Sama-samalah kita berdoa, semoga yang benar pasti berjaya.

GERAK AMAN VS BERSIH2 : Bukti Perkasa Bukan Rasis

  1. TS amat bersetuju dan menyokong penuh tindakan PERKASA untuk turut menggerakkan seluruh ahlinya bagi mengekang perarakan bersih pada 9 Julai depan. TS pun geram bila tengok ada Melayu sanggup jadi kuda kepada Ambiga!
  2. Siapa yang tak kenal Ambiga, bekas pengerusi Bar Council dan IFC! Hebatnya Ambiga ini sehingga dia diberikan pengiktirafan dari Amerika pasai dia BERANI!?? Berani apa? Berani mencabar Islam dan Melayu!
  3. Oleh itu apabila Perkasa bersama 104 NGO lain bersepakat uttuk melancarkan Gerak Aman bagi mengekang Bersih, TS rasa penting bagi seluruh umat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya menyokong pendirian tersebut.                                                                                     
  4. Kebetulan pada hari Ahad yang lalu TS berada di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), TS berkesempatan bersama-sama dengan seluruh ahli Perkasa dan beberapa NGO lain menyaksikan pelancaran (soft-launch) Gerak Aman oleh Datuk Ibrahim Ali. Apa yang boleh TS sebut adalah, HEBAT! Hebat dari segi ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para pemimpin masyarakat dan NGO ini.
  5. Ucapan yang cukup menambat hati sanubari TS ialah dari Datuk Khalid Yunus - mantan Timbalan Menteri dahulu. Bagaimana beliau mengembalikan nostalgia permuafakatan para pemimpin Melayu untuk bersetuju menerima kaum-kaum lain untuk hidup bersama-sama dengan orang Melayu di tanahair Malaya, ketika itu. Beliau dalam usia yang sudah agak lanjut begitu bersemangat apabila mengisahkan perihal orang Melayu.
  6. TS kira begitulah semangat orang lama, yang sudah melalui zaman-zaman getir, menjelang merdeka dan tragedi 13 Mei 1969. Tetapi ingatan beliau tersebut TS cukup menusuk kerana pada ketika ucapan tersebut dibuat, ianya bukan sekadar "cakap belakang" tetapi didengari oleh lebih 400 peserta dari kaum Cina dan India.
  7. Inilah keikhlasan, inilah kebenaran - iaitu bercakap secara berani, terbuka dan telus!
  8. Tapi biasalah, orang kalau boleh bercakap sedemikian pastinya tidak akan diberikan ole-ole, maki hamun, caci cerca tu adalah.                                                                  
  9. Datuk Zulkifli Nordin juga telah diberikan penghormatan untuk berucap dan seterusnya ucapan perasmian Ibrahim Ali sebagai penutup. Ibrahim Ali juga telah mengambil kesempatan tersebut secara terbuka untuk memberitahu kepada peserta dari kaum Cina dan India bahawa, Perkasa sebenarnya bukanlah NGO perkauman!
  10. Perkasa hanya  bertindak sekadar untuk mempertahankan apa yang menjadi milik orang Melayu. Beliau juga menegaskan bahawa penentangan terhadap Bersih 2 juga bukan bermaksud Perkasa menentang orang India (kerana ianya melibatkan Ambiga) tetapi penentangan ini hanyalah kepada mereka yang cuba mengkhianati negara dan cuba menimbulkan huru-hara dalam negara. Oleh sebab itu sesiapa sahaja yang dilihat cuba membuat pasal dalam negara, tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi, bakal menerima tentangan Perkasa.
  11. Cuma yang menghairankan TS adalah sikap Khairy Jamaluddin penentangan beliau terhadap Perkasa, nak kata Melayu perangai sama je dengan pelakon blue cctv, nak kata Cina atau India, dia tu Ketua Pemuda Umno. Apa yang tidak kena dengan budak ini, TS pun tak tahu...

Monday, June 20, 2011

Ayat Allah : Siapakah Yang Dipersendakan?



  1. Aurat merupakan perkara yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam Al-Quran yang berbunyi,"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. An-Nur (ayat 31)
  2. TS nak tanya, pernahkah pembaca melihat pameran kereta antarabangsa atau iklan-iklan promosi jualan kereta? Pernahkah terlintas, siapakah yang berdiri atau duduk diatas bonet atau boot kereta tersebut? Pastinya pernah bukan! Tidak lain dan tidak bukan adalah model-model seksi dengan pakaian yang menjolok mata, dengan g-stringnya, berbaju dalam dan berpanty-hose dengan aksi ghairah sehingga ramai yang ternganga dibuatnya.
  3. Persoalannya, mana satukah yang mahu mereka nak jual, keretanyakah? atau wanitanya? Kalau kereta yang mahu dijual, kenapakah pula siwanita itu pula terkial-kial, tergedik-gedik disebelah kereta tu? Begitu juga sebaliknya kalau wanita itu yang mahu dijual, apakah ianya datang bersama kereta tersebut? 
  4. Sikap sedemikian merupakan senario biasa kepada masyarakat barat atau lebih tepat lagi orang kristian. Mereka tidak menilai wanita sebagaimana yang sepatutnya sehingga mereka sanggup untuk "menjual" anak, isteri, ibu dan adik mereka bagi tujuan perniagaan. Kehormatan diri bukanlah isu bagi mereka.  
  5. Sepatutnya merekalah menjadi pembimbing yang memelihara kehormatan anak, isteri dan ibu mereka. Ini tidak! Sebaliknya anak, isteri dan ibu mereka dijadikan simulator bagi menaikkan nafsu dan keghairan sebagaimana takjubnya kita test-drive kereta.
  6. Paul - antara penyumbang tulisan terbanyak dalam Bible, telah berkata dalam 1 Corinthians 11:6, For if a woman is not covered, let her also be shorn. But if it is shameful for a women to be shorn or shaved, let her be covered. (jika seorang wanita itu tidak memakai tudung, cukur rambutnya tapi kalau dia malu dicukur, maka pakailah tudung).
  7. Tidakkah mereka sedar bahawa adanya perintah tersebut? Pernahkah mereka mendengarnya atau tidak mereka endahkan? Kalau mereka pengikut yang setia dan taat kepada segala suruhan kitab mereka, pastinya masyarakat mereka tidak akan terjebak dalam pelbagai masalah sosial.
  8. Dan pastinya juga mereka tidak akan memperlekeh-lekehkan ajaran Islam - terutamanya dalam soal menjaga kehormatan diri dengan memelihara aurat bagi kaum wanitanya. Sekurang-kurangnya mereka tahu menghormati adat atau anutan orang lain!
  9. Masalah dengan golongan kristian ini sudahlah ajaran mereka tidak mereka endahkan, mereka mempertikaikan pula ajaran Islam. Apa sahaja yang kurang selesa dimata mereka semuanya dianggap mengekang hak individu.
  10. Kerana itu juga mereka sanggup untuk mendedahkan atau menelanjangkan kaum wanita mereka kononnya sebagai menghormati hak individu tersebut serta memberikan keselesaan! Selesa dalam konteks pergerakkan dan pergaulan.Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya masalah sosial seperti sumbang mahram, zina, rogol, pornografi dan pelacuran menjadi budaya hidup mereka.
  11. Paling menyedihkan tindakan sedemikian mendapat sokongan dan simpati dari segelintir orang Islam yang liberal sifatnya. Mereka secara tidak segan silu atau rasa berdosa mempersendakan hukum Allah SWT!
  12. Kepada golongan liberal ini ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran dipandang remeh sebaliknya mereka beria-ia berjuang agar kalimah Allah digunakan dalam Bible dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan agenda tersebut berjaya. Ingatlah setiap yang hidup pasti mati dan masing-masing akan menghadapNya di hari akhirat kelak untuk mendapat pembalasan. Apakah bentuk pembalasan yang kamu mahukan?
  13. Allah berfirman dalam Al-Qur'an, Iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya permainan dan senda gurau kerana mereka tertipu oleh kehidupan dalam dunia. Maka hari ini Kami (Allah) lupakan mereka sebagaimana dahulu melupakan perjumpaan mereka hari ini, dan kerana mengingkari keterangan Kami. A-A'raf (ayat 51)
  14. Ayat diatas adalah sambungan dari ayat sebelumnya  (Al-A'raf : 50) yang mengisahkan bagaimana penghuni neraka yang diseksa meminta pertolongan dari penduduk syurga agar diberikan sedikit air untuk menghilangkan dahaga kepanasan dari bakar api neraka tetapi usaha mereka tidak dibenarkan kerana kekufuran mereka terhadap Allah SWT. Mereka itu adalah golongan yang MEMPERSENDAKAN AYAT-AYAT ALLAH !
  15. Kini siapakah yang dipersendakan? 

Thursday, June 16, 2011

Jawapan Ulamak Tersohor Tentang Isu ALLAH DALAM BIBLE vs Ketua Umum


  1. Bila bercakap guna "kepala bawah" beginilah jadinya, Allah pun dipersendakan. Ketua Umum ini memang hebat otak sebelah bawahnya. Sememangnya dia extraordinair, orang lain kuat otak kanan atau kiri tapi dia kuat otak bawah. Tidak dinafikan dan semakin terserlah.
  2. Lihat sahaja video di atas. Bagaimana hujah beliau mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbanding dengan ulamak tersohor, Dato Dr Harun Din Al-Hafiz.
  3. Tetapi TS cukup pasti, kepada pendokong pejuang "Maharaja Liwat" ini, apa saja yang beliau katakan "is Gospel Truth", kerana jawatannya selaku Ketua Umum. Tetapi kepada yang berakal, pastinya apa yang dinyatakan oleh Dato Dr Harun Din itu " is Qur'anic Truth".
  4. TS juga telah berkali-kali membicarakan isu Bible ini dengan memberikan beberapa bukti jelas yang tidak melayakkan dan tidak dibolekan kalimah Allah digunakan oleh kitab tersebut. Mungkin TS tidak dapat sebut semuanya disini tetapi TS sedia memberikan penjelasan lanjut jika diminta.
  5. Dalam posting TS baru-baru ini, juga telah didedahkan tentang sebuah tulisan oleh Anas Zubedy berkenaan isu yang sama. Kini terang lagi jelas pluralisme agama semakin menular menyelusuri dalam setiap inci kehidupan kita, umat Islam. Ketuanya sudah pasti Umum sudah tahu. Begitulah signifikannya jawatan tersebut sehingga membolehkan seseorang itu berkata apa-sahaja-sesuka-hati-dan-sedap-mulutnya-tanpa-perlu-fikir-dan-semua-orang-kena-terima. Hebat!!!
  6. Kepada TS mudah sahaja. Kalau semua orang Kristian nak guna nama Allah boleh dengan syarat, ucaplah dulu kalimah ini;
    selesai ucap, maka pakailah kalimah tersebut.
  7. Tidak hairan juga apabila penulis tersebut dengan confident mengatakan kalimah Allah boleh dipakai kerana bapa pluralisme pun macam tu jugak! Yalah! Bapa borek anak rintik, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
  8. Oleh itu marilah sama-sama kita pertahan perkara ASAS dan POKOK kepada keimanan kita dan anak-anak kita. Janganlah kita menjadi dayus dalam mempertahankan urusan Allah. Percayalah Allah akan membantu kita sekiranya kita ikhlas memperjuangkan hak Allah.

Perpaduan Dijadikan Alat Penyebaran Pluralisme Agama

  1. Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.
  2. Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.
  3. Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar). 
  4. Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!
  5. Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40. Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)
  6. Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.
  7. Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!
  8. Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain. Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3
  9. Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung!
  10. "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6
  11. Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya?
  12. Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah. Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!
  13. Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.
  14. "Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".

Wednesday, June 15, 2011

BIBLE : Tuhan Dipersenda Dan Jenayah Maksiat Ditunjuk Ajar, Adalah Mengapa Kristian Itu SESAT!

  1. Setelah lama terhenti membicarakan tentang Bible, hari ini TS kembali dengan topik seterusnya yang mengukuhkan lagi hujah kenapa kita - orang Islam, menentang kalimah Allah digunakan oleh puak-puak Kristian ni.
  2. Sememangnya kita tidak ada masa nak belek-belek kitab Bible tu sebab kalau nak diikutkan bukannya ada faedahnya pun. Tetapi bila dah ada pihak yang terloncat-loncat macam kera kena belacan saja perangai nakkan sangat guna nama Allah maka kita kena jugalah selak-selak kot-kot ada kebenarannya!
  3. Malangnya memang tidak layak langsung nama Allah diletakkan dalam Bible atau digunakan oleh mana-mana bahan cetak atau digunakan sewenang-wenangnya oleh Kristian. Kenapa, kerana sikap orang Kristian sendiri yang mempersenda-sendakan sifat ketuhanan.
  4. Cubalah kita bayangkan kalaulah kalimah Allah itu digunakan kalau mereka menggambarkan kemarahan Allah, "Asap keluar dari lubang hidungnya dan api yang menyala dari mulutnya sehingga terbakar menjadi arang!". (2 Samuel 22 : 9)
  5. Kemudian pula digambarkan tuhan bercukur, "Dia bercukur dengan pisau cukur, kepala dan bulu kaki serta juga janggutnya." (Isaiah 7: 20). Apakah itu sifat yang sesuai dengan ALLAH?
  6. Sebagai umat Islam, kita amat ditegah dari melakukan perkara-perkara mungkar yang akan merosakan akal, akidah dan masyarakat. Tetapi berbeza dengan kristian. Mengapakah begitu banyaknya kemungkaran dan kerosakkan dalam masyarakat mereka adalah kerana dari ajaran kitab mereka.
  7. Buktinya yang jelas adalah, MEROGOL! Cara bagaimana hendak merogol adik perempuan sendiri diceritakan dengan DETAIL dalam Bible ! (2 Samuel 13 : 6-22) Iaitu kisah AMNON(si abang) dan TAMAR (si adik) - panjang ceritanya jadi kalau boleh bacalah sendiri.
  8. Bolehkah kita menerima ini sebagai AYAT ALLAH?!
  9. Apakah kita boleh merelakan ALLAH digambarkan sedemikian sifatnya?
  10. Pastinya Kristian itu juga bukanlah satu agama dan Bible itu bukanlah satu Kitab yang baik! Jadi fikir-fikirkanlah DEMI kesucian nama ALLAH, Tuhan Seru Sekalian Alam.

Sunday, June 12, 2011

HARON DIN - ULAMAK TERSOHOR TERAKHIR



  1. Siapa yang tidak kenal Dato Dr Haron Din Al-Hafiz, seorang Ulamak tersohor, pakar perubatan Islam (Darus-Syifa'), pendakwah dan banyak lagi. Dato Dr Haron Din juga terkenal dengan sikapnya yang tenang dan tegas. Konsisten dalam setiap tindakan dan kata-kata. Beliau juga tidak mudah melatah atau semberono dalam membuat sebarang keputusan.
  2. Begitulah lebih kurang serba sedikit profil Dato Dr Haron Din yang boleh saya perkatakan - dari sudut pandang saya. Namun begitu kadangkalanya ada pihak yang cuba untuk mencuit beliau dengan menimbulkan beberapa isu yang agak provokatif, mungkin juga mereka ingin melihat bagaimana reaksinya. Contohnya ; isu HARAM BACA UTUSAN MALAYSIA.
  3. Sebagai seorang yang warak, berintegriti, tegas dalam kelembutan - Dato Dr Haron Din bukanlah seperti yang diharap-harapkan oleh juak-juak sembrono dalam PKR atau PR. Dalam mempertahankan dirinya dari cubaan jahat yang ingin memperlihatkannya sebagai sebahagian dari "ulamak kalut" tersebut telah ditangkis dengan penuh bijaksana dan tegas!
  4. Sikap yang sama juga beliau tunjukkan dalam ucapannya dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Inilah yang dikatakan Ulamak Tersohor! Tidak mudah melatah atau dipermain-mainkan. Bukan macam bosnya Nik Aziz. Bercakap tak ketahuan kalu (kata orang Kedah).
  5. Harapan kita adalah agar ketokohan beliau dapat digunakan sebaik-baiknya demi untuk manfaat ISLAM DAN MELAYU di negara kita terutama apabila berhadapan dengan barisan Kepimpinan Perang yang telah terpilih bagi menerajui PAS baru lalu.
  6. Mungkin juga Dato Dr Haron Din adalah "ulamak tersohor terakhir" dalam PAS yang dipikulkan dangan tanggungjawab dan amanah yang maha berat demi kesejahteraan Umat Islam dan Melayu khasnya kerana nak harapkan Nik Aziz, dia dah nyanyuk, kalau nak harap Haji Hadi pula, dia dah jadi serupa lalang - lain dulu lain sekarang.

Wednesday, June 8, 2011

Siapakah Al-Anwar?


  1. Setelah beberapa ketika TS tidak bersiaran, banyak masa telah TS habiskan dengan membaca sambil melayan kenduri kahwin yang bertimbun. Ya lah musim cuti sekolah katakan. Cuma yang paling menarik perhatian TS, dalam banyak-banyak buku dan majalah yang dibaca ialah MASTIKA!
  2. Mastika sememangnya majalah yang cukup lama kalau nak diikutkan dari usia penerbitannya, kalau tidak salah sekitar 70 tahun lamanya. Antara cerita yang amat menarik perhatian saya ialah - segmen "ALAM MISTIK BERSAMA KARIMON". 
  3. Segmen ini menceritakan tentang "musuh sebenar manusia" iaitu Jin dan Iblis. Ada Jin yang Islam dan ada yang memerintah kerajaan gelap!. Jibriyaail, Mikiyaail, Samsamaail, Ruqiyaail, Kasfiyaail, Sarfiyaail dan Ainyaail adalah 7 Raja Jin Islam yang menjaga 7 kerajaan atas langit tersebut.
  4. Manakala 7 Raja bagi kerajaan gelap pula ialah, Akhmar, Burkhan, Syamhurish, Mazhab, Marrah, Maimon dan Zubaiah. Dan, 4 kerajaan besar golongan Jin Afrit yang pernah bekerja dibawah pemerintahan Nabi Sulaiman pula ialah, Munaliq, Hadlabajan, Sughal dan Thamrit.
  5. TETAPI, yang menarik yang TS sebut diawal bicara tadi tentang rencana ini ialah berkenaan Anak-Anak Iblis yang juga menjadi pemerintah bagi 5 kerajaan besar dan tugas-tugas mereka.
  6. Bermula dengan DASSIM - tugas jin ini ialah merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami-isteri, adik beradik, sahabat handai dan jiran tetangga. Dassim juga bertanggungjawab memutuskan silaturrahim, kekeluargaan, jemaah dan sebagainya.
  7. Manakala MABSUUT pula - tugasnya ialah merasuk dan menghasut manusia supaya memFitnah, mengadu domba, dengki khianat dan seumpamanya.
  8. Bagi THUBAR pula - beliau bertugas merasuk manusia yang ditimpa masalah, musibah dan bala bencana supaya berputus asa dari Rahmat Allah. Maka selepas dirasuk, manusia akan menyumpah seranah dan memaki hamun kepada Allah akibat dari musibah tersebut.
  9. Yang keempat ialah ZALANBUR - jin ini pula bertugas menghasut manusia supaya bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh.
  10. Maka yang terakhir, yang kelima dan yang paling menarik perhatian TS sehingga terpanggil untuk membuat posting ini ialah tidak lain dan tidak bukan (ini bukan rekaan tetapi dipetik dari Mastika) ialah AL-ANWAR. Tugas Al-ANWAR ialah, merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan NAMA BAIK SENDIRI!
  11. Al-ANWAR juga merasuk manusia untuk berjudi, bertikam nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani, berzina, lesbian, seks bebas, homoseksual dan Liwat! Mereka yang terlibat pada mulanya cuma hanya mencuba dan berjinak-jinak tetapi sekali mencuba akan membawa ketagihan dan akhirnya menjadi hobi.
  12. Apa yang lebih keji ialah, perlakuan homoseksual atau liwat ini akan terus kekal sampai ke mati.
  13. Harap-harap Anwar yang ada hari ini bukan dari 5 yang disebut. Nauzubillah!