Sunday, March 18, 2012

Menyelusuri Salju Astana : Kisah Lim dan Sharon

  1. Kazakhstan, sebuah negara bekas Soviet Union, menjadi destinasi baru dalam kehidupan TS. Hari pertama TS jejak kaki di Astana, ibu negaranya, musim sejuk - salji baru bermula mungkin nak bagi TS rasai bagaimana rupanya salji.
  2. 10 hari TS berada di sana, pelbagai perkara yang TS pelajari - tentang sikap orang Kazak, budaya mereka, budaya kerja mereka, kekayaan hasil bumi mereka dan banyak lagi.Tetapi itu semua tidak begitu menusuk kalbu TS. Suatu perkara yang cukup menusuk kalbu berlaku ketika TS hendak berangkat pulang ke Malaysia.
  3. Ketika berada dalam balai berlepas TS bertemu dengan 2 orang rakyat Malaysia berketurunan Cina dan berasal dari Sarawak. Suaminya bernama Lim dan isterinya pula Sharon. Kami bertegur-sapa ketika sedang membeli sandwich sementara menanti panggilan untuk masuk ke pesawat. Mata bertentang mata lalu mulut mula bicara, "Malaysian?" tegur TS, "Ya" ringkas jawab Lim.
  4. Lantas TS dipeluk erat. Agak terkejut TS menerima pelukan sebegitu kuat, maklumlah takut disangka "lain" oleh orang yang memandang. Bermula dari saat itu, kami mula berborak. Bercerita tentang pengalaman berada di negara tersebut.
  5. Lim dan Sharon yang bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa telah lama berada di negara tersebut dan mereka telah melalui saat getir menempuh liku-liku kehiduapan ketika mula-mula sampai di sana.
  6. Kata Lim, "orang Kazak ni kasar dan tidak pedulikan orang lain, suka hati dia saja nak buat orang." "Kami nak pergi shopping pun kena bawa security." tambah beliau lagi.
  7. "You tahu kah sewaktu I sampai di KLIA, masa mula-mula balik?" suaranya tersekat, "I cium lantai KLIA", sambung Lim. Sharon hanya terdiam dan menganggukkan kepala. "Kita harus bersyukur tinggal di Malaysia, tak payah gaduh-gaduhlah - apa yang ada cukup baik dah", sambung Lim lagi.
  8. TS terdiam mendengar kata-kata Lim, dari riak wajahnya terpancar keikhlasan dari pengucapannya.
  9. Terfikir TS apakah kita mensyukuri nikmat keselesaan, keharmonian, kemakmuran yang kita perolehi di tanahair tercinta ini? Masih belum cukupkah? Mengapakah perlu dirosakkan segala nikmat yang ada ini semata-mata kerana nafsu serakah berpolitik? Apakah jaminan bahawa regime change yang kuat dimainkan oleh politikus pembangkang mampu mengekalkan keamanan yang sudah sekian lama wujud atau mungkin akan menambah burukkan keadaan?
  10. Jadilah manusia yang bersyukur seperti Lim dan Sharon.

1 comment:

  1. Saya setuju dengan Lim tu. Saya berdekad dekad tunggal di negara Barat tetapi rasa sebak setiap kali mendarat diKLIA.Kebanyakkan orang Malaysia hanya sedar yang kita cukup bertuah di Malaysia setelah ada pengalaman lama tinggal di luar negera.Malaysians are more united when they are abroad then when they are in Malaysia.Bila suamiku keluar negara,dia tidak mahu lama lama tinggalkan Malaysia kerana katanya Malaysia is home for him walaupun dia orang Barat.Sedih rasanya bila orang asing lagi menghargai Malaysia daripada orang Malaysia sendiri.Kekadang aku hairan kenapa orang Malaysia ni hendak jadi lebih Western dari orang Barat sendiri. Dahlah tu,contoh yang elok dari Barat tak mahu tiru tetapi benda buruk selalu yang ditiru.The grass is not always greener on the other side!

    ReplyDelete