Tuesday, January 22, 2013

DILEMMA KRISTIANITI

1. Perbincangan tentang kalimah Allah seperti tiada titik noktahnya. Kepada politikus-politikus yang oportunis, isu Allah tidak begitu penting sebagaimana matlamat politik mereka justeru kalimah Allah yang cukup suci rela diperdagangkan.
2. Kepada penegak kristianiti, inilah masa dan ketikanya untuk terus mendesak agar segala kehendak serta matlamat mereka dapat dicapai. Sudah ternampak kepada mereka semacam suatu kejayaan apabila kehendak mereka semakin dituruti, mungkin inilah amaran yang telah diberikan Allah dalam al-quran tentang sikap Yahudi dan Nasrani yang tidak mungkin akan berpuashati sehinggalah kita yakni umat Islam mengikut mereka,
3. Kenapakah kalimah Allah sebegitu penting kepada mereka?
4. Bukankah mereka mempunyai pilihan kepada siapa yang mahu mereka pertuhankan? Melchizedek - seorang paderi yang tiada bapa dan tiada ibu yang juga merupakan seorang paderi yang sangat tinggi kedudukannya. Tidakkah dia boleh diangkat sebagai tuhan berbanding Jesus yang hanya mempunyai ibu?
5. Atau mungkin juga Eli - nama yang disebut-sebut Jesus ketika dia berada di salib, Eli! Eli! Lama sabachtani!
6. Mungkin juga Elohim yang juga membawa erti "tuhan" dalam bahasa hebrew atau Ibrani.
7. Kenapa Allah juga yang menjadi pilihan mereka?
8. TS rasa kalau mereka nak juga pakai nama Allah - lebih baik jadi Islam sahaja. Bukan sahaja nama Allah, nama Rasullullah dan lain-lain istilah pun mereka boleh pakai. Tak ada siapa yang nak larang.
9. Dari sini adalah jelas bahawa kristianiti jika dibandingkan dengan anutan lain jelas sekali ianya merupakan satu anutan yang tidak konsisten! Cuba bandingkan dengan Hindu, mereka lebih konsisten - mereka ada tuhan Siva, Krishna dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment