Monday, May 23, 2011

ESKAY "MERAYU" ANWAR

  1. Sebagai seorang kawan, Eskay, merayu kepada Anwar agar kembalilah kepada keluarga tersayang, luangkan masa bersama mereka selama masih ada sisa baki hidupnya. Demikianlah rayu seorang kawan kepada kawannya yang sudah sesat dihujung jalan.
  2. Temubual eksklusif Utusan Malaysia bersama Dato' Eskay di kediamannya di Naka, jelas memperlihatkan keikhlasannya bagi menamatkan segala isu moral yang melumpuri Anwar Ibrahim. Eskay yang TS kenali sememangnya seorang yang tenang, ikhlas, berani dan tegas! Itu adalah kebenaran!
  3. TS teringat kata orang tua-tua, "kalau orang marah bermakna mereka masih sayangkan kita." Begitu juga kalau orang menegur, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikan kita. Jadi apa yang dilakukan Eskay sememangnya tepat. Menegur demi kebaikan.
  4. Jadi apabila nak tegur, mestilah dikemukakan juga segala fakta yang menyokong teguran tersebut. Mana ada orang tiba-tiba marah atau tegur kita tanpa sebarang usul periksa. Maka, rakaman video adegan seks tersebut adalah bukti kesalahan yang telah dilakukan dan pastinya tindakan menegur perbuatan terkutuk tersebut adalah tindakan wajar dan tepat.
  5. Bila nak tegur pun ada cara dan peringkatnya, kali pertama mungkin hanya dengan bisikan hati, kedua pula dengan kata-kata dan ketiga dengan kayu "tiga tengah dua" la. Itu kalau dah baloq sangat dah (orang Kedah kata). 

Saturday, May 14, 2011

Kristian Pun Tolak Bible!

  1. Nampaknya posting TS beberapa ketika ini ada mengundang sedikit rasa khuwatir dikalangan kita, terutamanya apabila TS mengenegahkan beberapa petikan dari Bible bagi memperlihatkan bahawa kredibiliti kitab tersebut ternyata mencurigakan serta boleh dipertikaikan. Tujuan TS adalah agar pembaca (terutama yang tidak pernah melihat atau meneliti helaian-helaian kitab tersebut) mendapat serba sedikti gambaran berkenaan kitab tersebut.
  2. Sekali lagi TS nak tegaskan disini bahawa bukan niat TS untuk mencari pasal dengan mana-mana pihak terutamanya dengan penganut Kristian, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan (tabligh) kebenaran! Bukankah menyampaikan itu satu sifat Rasullulah? Kebenaran di sini ialah dengan membuktikan kelemahan dan kepincangan yang ada pada kitab bible serta bagaimana ia boleh disalahgunakan jika tiada penerangan yang jelas tentang kristian dan kitab itu sendiri.
  3. Oleh itu adalah perlu bagi kita untuk mengenali kitab mereka supaya kita tidak mudah terjerat dengan segala tipu muslihat mereka. Tulisan kali ini juga mungkin agak panjang bagi menjawab komen para pembaca sebelum ini.
  4. Pertama sekali kita perlu tahu bahawa di dunia ini terdapat 24,000 manuskrip (bible) dan tiada dua (2) yang serupa! Sebut sahaja samada King James Bible, Revised Standard Version (RSV), Douay, Gideons dan banyak lagi semuanya berbeza dari segi ayat mahupun perkataan yang terdapat dalam setiap satunya. Ini berlaku kerana mereka mahu kitab mereka disesuaikan dengan kehendak mereka.
  5. Jika terdapat ayat-ayat atau surah (The Book) yang tidak sesuai maka ianya akan dikeluarkan dari kitab tersebut. Sebagaimana yang TS ketengahkan pada post terdahulu tentang isi kandungan Bible - bahawa adanya unsur porno, tegahan-tegahan dan sebagainya NAMUN ayat-ayat tersebut tidah diperendahkan mereka dan posting kali ini pula mari kita lihat apa yang berlaku kepada ayat-ayat yang diklasifikasikan sebagai "ayat tuhan." Adakah menerima nasib yang sama?
  6. Contoh "ayat-ayat tuhan" didalam bible, terutamanya dalam kitab lama atau "old testament" atau juga dikenali sebagai Taurat. Contohnya perihal ramalan kedatangan seorang Nabi dalam Book of Deutronomy, bahagian 18, ayat 18 (deut 18:18).
  7. "I will raise them up a Prophet from among their bretheren, like unto thee (seperti kamu yakni Musa), and I will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him. Deutronomy 18:18. Ayat tersebut dengan jelas menceritakan tentang akan dibangkitkan seorang Nabi yang akan menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan melaksanakan segala suruhannya!
  8. Manakala dalam bahagian tersebut juga diakhir ayat ke 20, Tuhan juga memberi amaran kepada sesiapa yang engkar kepada ayat-ayatNya maka mereka akan menerima pembalasannya! "and it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in MY NAME, I will require it of him." (akan menerima siksaan Ku) Deutronomy 18:19.
  9. Dalam Book of Isaiah 29:12 sekali lagi dinyatakan perihal Nabi - kali ini tentang sifatnya, dengan menyebut bahawa beliau (yakni Nabi tersebut) seorang yang tidak tahu membaca! "then the book is delivered to him that is not learned, saying, "read this," (bacalah) I pray thee: and he saith, I am not learned." (aku tidak tahu membaca) Isaiah 29:12.
  10. Siapakah yang dimaksudkan dengan tidak tahu membaca tersebut, Muhammad atau Jesus?
  11. Siapakah yang dimaksudkan dengan "... in MY NAME." ? ALLAH atau tuhan bapa? Adakah "in the name of the father..." itu nama Allah atau bukankah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih." itu lebih bertepatan dengan petikan "he shall speak in My Name." tersebut?
  12. Bukankah ayat-ayat tersebut begitu jelas memberikan tanda-tanda kebangkitan Nabi Muhammad SAW yang dibangkitkan untuk menyampaikan ayat-ayat Allah SWT? Apakah mereka (orang-orang Kristian) sedar? ATAU
  13. Apakah mereka menerimanya DAN mereka mendengar ayat-ayat Tuhan tersebut? JAWAPANNYA TIDAK! Ayat tuhan mereka juga tidak mereka endahkan!
  14. Tidakkah itu bermakna mereka MENOLAKNYA?
  15. Mereka menolak kerana keangkuhan dan kesombongan serta tidak sesuai kepada mereka.
  16. Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana jika ayat-ayat tersebut dimanipulasikan dengan sedikit tokok tambah dengan kalimah ALLAH, tidakkah itu akan membawa pengertian sebaliknya?

Tuesday, May 10, 2011

Bersumpahlah Anwar Yang Engkau Tidak Pernah Menyekutukan Allah ATAU Engkau Berhadapan Dengan Satu Lagi Pendedahan

  1. Astagfirullah! Astagfirullah! Astagfirullah! Mengucaplah! Bertaubatlah jika dah terlanjur! Ingatlah menyekutukan Allah itu syirik. Meminta kepada yang lain itu syirik apatah lagi kalau dah kena sembah-sembah berhala dek kerana cita-cita yang membuak-buak nak jadi Perdana Menteri!
  2. Allah berfirman, "mintalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu." Mintalah kepada Allah kalau nak apa pun, nak jadi PM pun boleh tapi kenalah kuat berdoa dan buat kerja-kerja makruf. Kalau asyik terlanjur dengan kerja maksiat jer mana nak dikabulkan do'a kita tu! Sudahlah buat maksiat tak nak mengaku pulak, asyik-asyik nafi, asyik-asyik nafi, serupa tak bersalah walau dah terang-terang muka kita tu!
  3. Ingatlah kita tu bukannya semakin muda dan kita juga bukannya maksum macam para Nabi. Nabi pun banyak buat solat sunat dan sering berdo'a agar diampunkan Allah atas segala dosanya - walaupun baginda maksum, inikan kita. Dek kerana bini claim kita tu anugerah tuhan tidak semestinya kita boleh buat sesuka hati dan kita dikecualikan dosa.
  4. Ingatlah! Setiap yang hidup pasti merasai mati. Apabila tibanya waktu itu kita tinggal seorang diri berhadapan dengan Yang Maha Berkuasa dan kita bertanggungjawab atas segala perkara yang kita lakukan dan tidak ada siapa yang dapat membantu kita bak kata orang negori tak dapek den nak nolong aih! Kalau boleh masuk kubur sekalipun mulut tak boleh cakap yang cakap hanya si anu.
  5. Jadi berbalik kepada cerita si Anwar ni dek kerana terlalu gila nak jadi PM beliau sudah bertindak  berjumpa dengan tok sami Siam kononnya nak dapatkan mandrum suatu benda "ajaib" yang boleh bantu dia jadi PM.
  6. Bila hajat dilafaz, permintaan pun dimakbulkan tetapi syaratnya kena sembah tok pekkong! Maka dengan cara demikian barulah cukup syaratnya. Setelah selesai ritualnya maka siberhajat pun di"anugerahkan" dengan benda "ajaib" yang menjadi azimat serta tangkal yang akan memastikan jawatan PM bakal menjadi miliknya.
  7. Begitulah taksubnya Anwar dengan tangkalnya lebih dari takdir Illahi sehingga sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan cita-citanya berjaya! Mungkin juga kerana berbekalkan keyakinan tersebut maka beliau memperolehi aura yang cukup hebat sehingga boleh "menundukkan" Nik Aziz dan Kak Wan. Kasihan hamba Allah dua-dua orang tu, ishk ishk ishk.
  8. Dari satu sudut nampaknya mandrum Anwar memang berkesan ! Dia berjaya mungkin kerana Allah izinkan. Tetapi selama mana Allah nak izinkan setiap tindakannya, kadang kala Allah ingin menguji Anwar samada Anwar sedar serta insaf atau dia akan dihanyutkan oleh ketaksuban dengan dirinya dan tangkalnya yang pasti akan berakhir dengan kesesatan dan kerugian.
  9. Sebab itu TS kata, Anwar mungkin boleh lari dari bersumpah laknat bahawa bukan dirinya dalam video tersebut - Anwar boleh cuba, tetapi kepada mereka yang sudah melihat kelibat manusia dalam video seks tersebut melalui blog-blog, mereka tidak akan lupa rupa manusia yang "memayung" China Doll tersebut - kerana memang sah DIA, tapi dia tidak mungkin boleh lari dari Allah atas tindakannya yang menyekutukan Allah!
  10. Oleh itu Anwar perlu menafikan dengan bersumpah bahawa dia tidak pernah ke Thailand bagi melakukan perkara terkutuk tersebut!
  11. Kalau Anwar malu nak bersumpah secara terang tidak mengapa dia boleh lakukannya dihadapan Haji Hadi atau Nik Aziz atau Tok Guru Haji Salleh Sik! Kemudian biar mereka yang maklumkan bahawa Anwar sudah buat sumpah.
  12. TS bagi Anwar satu minggu untuk Anwar bersumpah menafikan tindakannya. Jika tidak TS terpaksa dedahkan Wat mana yang dia pergi, bila dia pergi siap masanya sekali!Kerana TS dah bersedia untuk dedahkan bahawa apa yang direpot oleh para blogger kita adalah BENAR BERLAKU! 

Monday, May 9, 2011

BIBLE KITAB PORNO! - Bahagian Kedua


  1. Sebagaiman yang telah TS janjikan, bahagian kedua posting khas ini, akan membicarakan tentang Bible, iaitu kitab bagi penganut Kristian. Bukanlah niat TS nak memburukkan suasana yang cukup sensitif dengan posting yang juga tidak kurang sensitif! Tetapi ini adalah kenyataan yang mesti diterima oleh Kristian dan harus diketahui oleh setiap orang Islam terutamannya orang Melayu amnya dan golongan Melayu Liberal khasnya!
  2. Tujuan tulisan ini juga adalah reaksi TS kepada segala isu yang meruntun orang Melayu pada hari ini. Orang Islam dikaitkan dengan pengganas, Islam pula dikaitkan dengan segala kejumudan, Al-Quran dibakar, Masjid disimbah cat dan dibaling dengan kepala babi! Ini semua bukan kerja orang Islam! Tetapi musuh Islam. Siapakah musuh Islam yang sering melabelkan segala kejahatan kepada Islam kalau bukan Kristian.
  3. Mereka juga yang terhegeh-hegeh minta supaya kalimah Allah dapat digunakan dalam akhbar tabloit mereka begitu juga terkinja-kinja minta supaya al-kitab dibenarkan diedar untuk bacaan - kononnya - penganut kristian di semenanjung ini. Jadi untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada orang Melayu bagaimana rupa sebenarnya al-kitab atau Bible ini, maka TS mengambil kesempatan ini untuk berkongsi segala pengetahuan yang ada dengan seluruh umat Islam di negara kita dengan posting khas secara bersiri tentang BIBLE.
  4. Pada posting bahagian pertama TS dah ceritakan tentang perilaku sumbang mahram atau incest yang terdapat dalam bible iaitu dari the book of genesis, 19:30-36. Kali ini TS nak sentuh pula tentang perbuatan zina dan onani (masturbation) dalam bible.
  5. "And Judah said to Er's brother Onan, Go and sleep with your brother's widow..."But Onan knew that the children would not belong to him, so when he had intercourse with his brother's widow, he let the semen spill on the ground, so that there would be no children for his brother." Genesis 38:8-9
  6. Dari petikan diatas dapat kita lihat bagaimana Judah menyuruh Onan tidur dan bersetubuh (zina) dengan balu abangnya (Tamar). Jadi Onan pun "ambil tanggungjawab" mendiang abangnya dengan melayani balu tersebut. Onan tahu kalau dia Tamar mengandung, anak yang bakal dilahirkan kelak tidak boleh di"binkan" kepadanya jadi dia pun pacut luar! Tapi zaman tu belum ada KY Jelly!
  7. Cuba kita bayangkan bagaimana sebuah kitab pegangan ribuan juta manusia boleh memberikan satu contoh sedemikian rupa kepada penganutnya? Memang tak masuk AKAL!
  8. Dimanakah nilai moralnya? TIADA
  9. Apakah ini cara hidup yang dicuba ditonjolkan? SEKS BEBAS - zina dan onani.
  10. Apakah mereka (penganut kristian) sanggup perkara sedemikian diperlakukan kepada ahli keluarga mereka jika sungguh keadaan sedemikian berlaku? PASTINYA TIDAK
  11. Jika demikian sanggupkah mereka menafikan bible? PASTINYA TIDAK KERANA ITU KITAB MEREKA dan kepada mereka itu (bible) adalah ayat TUHAN!
  12. Jika itulah isi kandungan bible, APAKAH ITU TARAF AYAT ALLAH? Jadi janganlah kita merendahkan sifat-sifat dan kekuasaan Allah.
  13. Jadi fikir-fikirkanlah jika kalimah Allah nak dibenarkan pakai.

Sunday, May 8, 2011

BIBLE KITAB PORNO! - Bahagian Pertama


  1. Mutakhir ini negara kita dikejutkan dengan berita DAP dan Paderi Kristian hendak mengkristiankan Malaysia. Reaksi pejuang Islam pastinya membara semangat jihad mereka tetapi kepada golongan liberal macam tak ada apa-apa! Kerana itu juga ramai yang mempertahankan DAP dengan alasan yang pelbagai yakni mempertahankan tindakan DAP mengadakan majlis tertutup dengan para paderi kristian tersebut.
  2. Puak Kristian sememangnya sudah nampak bahawa masa untuk bertindak secara terbuka sudah sampai. Orang Melayu yang dahulunya dianggap kuat pegangan agama serta nilai-nilai Melayunya kini sudah semakin terbuka dan liberal serta berpecah! DAN kini puak-puak kristian juga cukup bertuah kerana mereka telah menemukan seorang manusia anugerah tuhan yang sedia berjuang dan membuka untuk perkembangan kristian di negara ini dan secara kebetulan manusia hebat ini adalah pemimpin hebat tunggangan DAP.
  3. Oleh kerana itu pelbagai desakan berani mereka ajukan, bermula dengan penggunaan kalimah ALLAH!
  4. Pelbagai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin politik pembangkang berebut-rebut memberikan komen dan reaksi mereka yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian dan ini termasuklah mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat - manusia maksum selepas khatamul-ambiya'. Oleh kerana itu juga kita lihat begitu ramai "ustaz-ustaz" yang tidak pernah kenal ayat-ayat suci al-Quran mula membaca petikan-petikan ayat suci tersebut dan memberikan terjemahannya.
  5. Yang menghairankan kenapakah mereka begitu beria-ia nak baca ayat-ayat suci al-Quran? Kenapa tidak dibaca sahaja petikan dari BIBLE? Bukankah Bible juga merupakan "ayat-ayat tuhan"? Jadi apakah muslihatnya?
  6. Manakan mereka sanggup bacakan kepada kita ayat-ayat dari bible jika diawal kitab tersebut terdapat satu surah atau "The Book" yang menceritakan tentang perilaku seksual yang cukup jijik! dan Porno! Iaitu "the book of Genesis". Cuba kita suruh mereka - paderi-paderi ini baca GENESIS 19:30-36 pastinya mereka sendiri tidak sanggup untuk membacanya, KENAPA?
  7. Kerana GENESIS 19:30-36 menceritakan tentang kisah hubungan seks sumbang mahram atau incest! Diceritakan juga dalam surah tersebut tentang kisah hubungan seks antara bapa dan anak perempuannya, bagaimana dua anak perempuan bergilir-gilir meniduri bapa mereka sehingga melahirkan anak-anak haram! Dan, anak-anak haram kelahiran ini pula dirahmati oleh "TUHAN" mereka.
  8. Episod diatas tidak akan kita ketahui tanpa kita mengkaji kitab mereka. Tidak juga saya "mempromosikan" agar al-kitab diedarkan untuk bacaan semua orang tetapi cukup sekadar memberikan maklumat dari penelitian dan pengkajian yang telah dibuat.
  9. Jadi apakah "moral of the story" dari kisah yang tersebut diatas? JAWAPANNYA - TIDAK BERMORAL
  10. Jadi adakah bible itu satu kitab yang baik untuk bacaan dan ikutan? PASTINYA - TIDAK
  11. You are what you read! Kalau anda baca bacaan yang kotor maka fikiran anda juga kotor. Cukuplah dengan segala web porno yang ada takkan kita nak tambah pula dengan bahan porno ala-ala kitab gitu. Cukuplah!

Saturday, May 7, 2011

UMNO OH! UMNO : Berubahlah! Berubahlah! Berubahlah! Atau Kamu Diubah!

  1. Bila TS terima panggilan telefon dari seorang sahabat Sungai Petani yang memberitahu bahawa ada Umno bahagian yang buat begitu banyak lawatan ke Indonesia, TS pun bertanya, "awat yang kerap sangat pi ke sana?" jawab si kawan, sinis, "pi tengok anak depa kot." Kedua-dua kami ketawa.
  2. TS terus ajukan soalan, "ok cuba hang habaq secara ihklas, awat yang depa rajin sangat pi ke sana?", dia jawab, "alah bukan hang tak tau, kan la ni kempen lawan G7". "Ni kalau hang nak tau, ada tokoh lama nak test market, jadi yang lawan dia hari tu ketaq kedagulah (mengigil) takut kalah", tambahnya lagi. Hai, takkanlah nak lawan G7 sampai kena bawa orang melancong ke Indonesia? bisik saya sendirian.
  3. "Ini bahagian mana yang hang dok cakap ni?" saya bertanya. "MERBOK", jawabnya ringkas. "Ya kah?, tak habis-habis Umno bahagian Merbok", depa banyak duit sangat kah?" saya tanya lagi. "Tak tau lah tapi dengar kata Ketua Bahagian dia boleh projek buat sekolah, banyak buah pulak tu!" beliau menguatkan hujahnya kenapa boleh buat begitu banyak lawatan. "Hang bayangkan sampai ada yang balik dan meninggal dunia, katanya terlalu over-excited" tambah beliau lagi. "Tapi tak mau lah nak cakap banyak tentang yang dah pergi, tak baik."
  4. Nampaknya pemimpin Umno masih tidak berubah! Mana transformasi yang dilaung-laungkan? Mana dia sumpah rakyat dihulukan, adakah mereka dengar denyut nadi rakyat? atau denyut jantung keterujaan boleh meluangkan masa makan angin di Bandung atau Medan.
  5. Sudahlah undi Melayu pun mereka sudah tidak kisah dek kerana nak melayan orang yang sudah tidak mahu menyokong mereka. Kerja untuk rakyat pun mereka tak peduli dek kerana pertandingan G7! Inilah kerja pemimpin Umno tahu nak jaga kedudukan mereka sahaja, patutlah mereka tidak begitu kisah kalau BN atau Umno kalah dalam PRU. Sebab kalau jadi pemantau Parlimen habuannya lebih, kerjanya sedikit.

KUBURKAN DAP : Musuh Kita DUNIA & AKHIRAT

  1. Jika benar sebagaimana laporan didada akhbar Utusan Malaysia, Bigdog dan Marahku bahawa adanya gerakkan yang mahu menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Kristian, TS rasa kita sebagai umat Islam sudah patut bangun berjihad fisabillilah! Memang perencanaan Kristian tidak akan habis begitu sahaja. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini.
  2. Semua orang tahu kristian itu sesat dan lagi menyesatkan. Kalau suruhan kitab mereka pun tidak mereka patuhi inikan pula nak paksa kita ikut mereka!
  3. Kitab mereka kata jangan makan BABI (Deutronomy 14:8), bukankah merekalah yang paling ramai pelahab BABI?
  4. Kitab mereka kata jangan ZINA kalau zina hukum bunuh (Leviticus 20:10-27)., tapi bukankah ZINA itu cara hidup mereka hari-hari?
  5. Kitab mereka kata orang perempuan kena pakai tudung kalau tak pakai tudung, cukur rambut mereka (I Corinthians 11:6), tapi kenapa mereka yang mempertikaikan bila wanita Islam memakai tudung?
  6. Kitab mereka kata kena puasa sehari suntuk (Matthew 6:16), pernahkah mereka buat? JAWAB KESEMUA SOALAN TERSEBUT WAHAI ORANG KRISTIAN!
  7. Kita tahu mereka sesat tetapi dengan kerjasama dari Cina DAP pastinya kerja para mubaligh kristian akan lebih mudah! Kini DAP dah jadi orang tengah kepada gerakkan ini, kita nak tanya PAS masih mahu meneruskan niat bersahabat dan bersubahat dengan puak-puak DAP ini lagi kah atau nak bertaubat nasuha?
  8. Kalau PAS masih SETIA bersahabat dengan Cina DAP dan puak-puak kristian ini, the hell with you PAS! Kami umat Islam di bumi bertuah ini akan pastikan PAS juga lenyap dari bumi Allah Malaysia ini! Cukuplah dengan segala alasan dan hujah-hujah "memperbetulkan-tindakan-sesat" kamu!
  9. Kepada umat Islam di Malaysia ini, ayuhlah kita daulatkan Islam dan pertahankan agama suci Allah ini sehingga ke titisan darah terakhir! Biarlah mati kita mati syahid dari mati menerima laknat Allah!
  10. DAP harus kita kuburkan! DAP jelas lagi terang musuh agama kita dunia dan akhirat!

Friday, May 6, 2011

Bapak Borek Anak Rintik

  1. Apabila Obama mengumumkan kejayaan pasukan elit Navy Seal berjaya membunuh pengganas no.1 Amerika, Osama, ramai yang berpendapat bahawa ia merupakan hadiah kepada keamanan dunia. Tidak kurang juga yang mencemuh tindakan tersebut dan seterusnya mendoakan agar segala dosa Osama diampunkan Allah.
  2. Walau apapun tanggapan dunia terhadap tindakan tersebut, ia tidak lebih kepada gula-gula untuk meraih sokongan dan undi rakyat Amerika terhadap kempen Presiden Amerika, Barrack Obama untuk penggal keduanya.
  3. Berbeza dengan DSN, beliau menjadikan nombor bertuahnya sebagai tanda atau teka teki tentang masa depan politiknya dan tarikh pilihanraya ke13 dan bukannya tindakan brutal dan ganas sebagai kaedah untuk meraih sokongan bagi membantu penggal beliau seterusnya.
  4. Benar atau tidak Osama terbunuh, wallahualam! Mungkin ini juga antara sandiwara Amerika. Amerika kan pandai bikin filem, kamera trik, special effect dan sebagainya adalah mainan mereka dan sebab itulah mereka boleh jual filem mereka berbilion dolar kerana mereka mampu kecoh kita. Walaupun begitu ternyata dunia perfileman mereka yang kontrol dan kita terpaksa tabik!
  5. Cuma yang menghairankan kita adalah masih ada pemimpin dan juga segelintir manusia yang amat taksub dengan Amerika serta sanggup menjadikan negara tersebut sebagai kiblat kepada demokrasi dan kebebasan.
  6. Mereka juga sanggup untuk memburukkan negara sendiri dengan pelbagai tuduhan yang jijik dan merepek serta membuat palbagai tuduhan palsu serta fitnah bagi memburukkan pemimpin negara sendiri, padahal pemimpin negara yang mereka agungkan lebih jahat dan hina tindakan dan perilaku mereka terhadap dunia ini.
  7. Tapi tidak juga menghairankan jika mereka bertindak sedemikian kerana akhlak mereka pun bukannya baik pun! Isu moral pun melimpah ruah. Jadi biarlah kerana "dia" pun bukannya orang yang "soleh"! Dia sendiri yang kata, "hanya orang yang soleh buat sumpah laknat!" Dia tak mahu buat sumpah laknat sebab dia bukan orang soleh, dia orang yang tiada akhlak!

Monday, May 2, 2011

DAP - DASAR AKU PUNYA di Pulau Pinang

  1. Kenyataan Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bahawa hanya 14.9 peratus lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), merupakan kecil berbanding dengan jumlah penduduk Melayu di sana iaitu 45.1 peratus.
  2. Seharusnya jumlah ini "tidak mengejutkan" kita kerana kita tahu bahawa begitulah sebenarnya yang dikehendaki oleh parti cauvinis Cina ini. Tidak hairan jika jumlah pemberian lesen atau permit diluluskan mengikut komposisi kaum. Mereka pastinya akan mengutamakan kaum suku sakat mereka dahulu berbanding orang Melayu. Cuma yang menghairankan kita ialah mengapa kita yang selalu nak lebihkan mereka dari bangsa sendiri.
  3. Bukanlah niat kita untuk mencari salah dasar-dasar yang telah digubal oleh kerajaan khususnya kepada orang Melayu, tetapi biarlah dasar tersebut adil dengan kedudukan orang Melayu sebagai majoriti di tanahair ini. Kenapa hanya 30 peratus, bagilah 60 peratus sesuai dengan jumlah Melayu dan Bumiputera yang mendominasi komposisi penduduk.
  4. Malangnya ada diantara orang Melayu sendiri yang begitu kalut nak bagi apa sahaja kepada orang lain atas prinsip sama rata. Nak sama rata macam mana kalau sekarang pun dah tak sama-rata. Apakah 18 peratus pencapaian ekuiti Melayu hari ini sama dengan 64 peratus milikan Cina? Kalau nak diberi lagi pastinya peratus mereka akan semakin meningkat tinggi dan kita hanya akan mengalami sedikit sahaja kenaikkan. Jadi dimana kesamarataannya?
  5. Datuk Zainal hanya memberikan peratusan kelulusan oleh PBT kepada Melayu sahaja (14.9%), berapa pula peratus kelulusan lesen untuk orang Cina? Apakah jauh lebih kecil atau melambung tinggi peratusnya?
  6. Janganlah kita berangan bahawa kalau Cina DAP ini perintah Malaysia kita akan makmur! Pastinya peristiwa 13 Mei akan berulang kerana sebilangan besar orang Melayu pastinya bangun memberontak kerana mereka tidak akan membiarkan bangsa mereka sekali lagi dipisahkan oleh jurang ekonomi dan politik yang jauh serta penuh diskriminasi.
  7. Ini bukanlah provokasi tetapi sejarah telah membuktikannya dan ia sudah tercatat sebagai satu sejarah hitam negara! Orang Cina juga harus sedar bahawa negara ini hanya boleh diperintah oleh orang Melayu kerana orang Melayu sentiasa bertolak ansur dan sering menjaga hati. Tidak seperti orang Cina yang pentingkan diri sendiri dan tahu nak bolot semua tanpa mahu berkongsi.
  8. Cuba kita tengok sikap anak-anak kita apabila seorang dari mereka yang tidak mahu berkongsi permainan, apakah yang akan berlaku? Pastinya berakhir dengan pergaduhan kerana sikap nak bolot semua dan tidak sanggup berkongsi.
  9. Janganlah asyik menuding jari kepada orang lain kalau kita hilang segala-galanya kelak. Sedarlah bahawa dasar DAP mudah sepertimana dasar Inggeris perintah Malaya, "pecah dan perintah". Bila Melayu dah berpecah mudah untuk mereka perintah kerana kita dah minoriti. Jadi padanlah dengan apa yang Melayu dapat dari dasar ekonomi DAP - DASAR AKU PUNYA!

Sunday, May 1, 2011

ANU war Pasti Mengaku, Tak Percaya Sudah!



  1. Sejarah telah membuktikan bahawa wujudnya pemimpin bersifat songsang, luar tabii dan sebagainya. Apakah kita pasti bahawa sejarah tidak mungkin berulang? Pastinya ia boleh berulang dan ianya boleh wujud dalam mana-mana tamadun atau masyarakat dan tidak mungkin hanya dalam masyarakat jahiliah sahaja!
  2. Sejarah Rom telah memperlihatkan kepada dunia tentang Caligula, seorang pemimpin kerajaan bertamadun yang mengamalkan homoseksual dan biseksual. Kehidupan hedonisme tanpa batasan yang akhirnya meruntuhkan kerajaan Rom.
  3. Begitu juga diperihalkan kepada kita tentang kaum Lut. Yang mana akhirnya melihat mereka musnah dihempap bumi kerana perlakuan luar tabii.
  4. Apakah sudah tidak ada lagi perilaku sedemikian di dunia ini? Atau kah keadaan sedemikian tidak mungkin berlaku dalam negara yang rakyatnya ramai beragama Islam?
  5. Apa istimewanya Anwar? Dia hanyalah manusia biasa, bukannya Nabi atau Rasul ! Beliau bukannya Maksum ! Apakah Mukjizat terhebat Anwar sehingga beliau disanjung sebagai ANUGERAH TUHAN?
  6. Percayalah, beliau boleh menafikan sekeras-kerasnya atas apa sahaja perbuatan jahatnya TETAPI percayalah apabila diakhirat kelak lidahnya kelu untuk menafikan segala kebatilan dan kemungkarannya CUMA yang akan berkata-kata mengiakan perbuatannya ialah ANUnya!