Thursday, December 30, 2010

1MALAYSIA - Pencetus Fenomena 2010

  1. 2010 bakal meninggalkan kita sedikit masa lagi dan membawa bersamanya seribu macam peristiwa pahit manis dan suka duka. 2010 juga benar-benar menguji keimanan kita dalam berhadapan dengan pelbagai penghinaan yang melibatkan orang Melayu, agama Islam dan segala yang berkait rapat dengan kita.
  2. Isu ketuanan Melayu menjadi topik terhangat sepanjang 2010 kerana ada yang percaya bahawa ianya tidak sesuai dengan semangat 1Malaysia yang mengutamakan konsep kesamarataan. Perkasa pula menjadi NGO yang paling lantang mempertahankan Melayu, Islam dan Perlembagaan dari terus dirobek oleh pengkhianat bangsa dan agama kerana percaya bahawa 1Malaysia perlu difahami berdasarkan semangat Perlembagaan.
  3. Manakala Anwar dan konco-konco pula menjadi petualang dan pengkhianat no.1negara pun gara-gara 1Malaysia kerana ingin menjadi juara parti pelbagai kaum yang paling berjaya tanpa mengendahkan sensitiviti bangsa sendiri demi kepentingan dirinya.
  4. Kita juga melihat beberapa kemajuan sepanjang 2010, antaranya sukan bolasepak yang semakin meningkat prestasi mereka sehingga berjaya menjadi sebuah pasukan terkuat di Asia Tenggara pada hari ini kerana tiupan semangat 1Malaysia.
  5. Pelancaran keretapi laju dari Ipoh ke Kuala Lumpur dengan kelajuan 160km/jam telah menjadikan kemudahan awam negara semakin maju dan cukup memudahkan juga kerana semangat gagasan 1Malaysia yang mengutamakan pencapaian.
  6. Bencana banjir yang melanda Kedah dan Perlis pula memperlihatkan semangat kerjasama yang baik yang mengatasi batasan politik dan ideologi serta kaum. Begitu juga dengan penglibatan kita dalam menyuarakan pendapat dalam isu Palestin dan bantuan kemanusian ke Gaza melalui Mavi Marmara dan Rachel Corrie jelas memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia adalah warga dunia dan tidak hanya menjadi jaguh kampung dengan laungan kosong.
  7. Kepada ahli masyarakat yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan rawatan, penubuhan klinik 1Malaysia sekurang-kurangnya menjadi penawar kepada kepayahan mereka.
  8. Demikianlah serba sedikit suka duka pahit manis 2010 yang boleh saya berikan sebab kalau nak diimbas segalanya pasti tidak cukup 3 hari 3 malam nak tulis.
  9. Begitulah kuatnya semangat 1Malaysia! Segala ceruk rantau dijelajahi dari kesibukan Petaling Street sehinggalah ke pendalaman sepi Galas dan ke seberang Laut Cina Selatan di Batu Sapi semuanya telah diresapi dengan semangat 1Malaysia.
  10. Jadi biar apapun persepsi tentang gagasan tersebut, kepada saya ia telah menjadi satu fenomena yang telah mewarnai suasana kehidupan kita sepanjang tahun 2010, terima kasih Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia.
  11. Semoga 2011 yang bakal menjelma akan menyaksikan lebih banyak pembaharuan dan kemajuan terutamannya dalam rangka memacu negara menuju wawasan 2020 tanpa menyisihkan teras utamanya iaitu memartabatkan Melayu dan Islam.

JANGAN BIAR UMNO KEDAH JADI TONG KITAR SEMULA



  1. Berita yang diperolehi dari spy - Leman dan KAKILEAKS yang berlegar disekitar bangunan Tunku mengatakan bahawa Dato Ahmad Lebai Sudin telah menolak jawatan Ketua Penerangan yang telah ditawarkan kepadanya bagi memantapkan Umno Kedah.
  2. Alasan yang kononnya diberikan ialah beliau tidak sanggup bekerja dibawah orang yang kurang berkelayakkan! Sekurang-kurangnya sama level dengan dialah.
  3. Diberitakan juga beberapa warlord-warlord lain akan diberikan jawatan-jawatan utama seperti Setiusaha, Bendahari dan Ketua Penerangan - antara nama yang terpancut keluar adalah seperti Dato "THE HIT MAN - Tajul Urus", Dato' Md Rozai - "the two time winner Recycle candidate" dan Dato Johari Baharom.
  4. Kalau begitulah keadaannya memang sah kita balik ke belakang, kalau tak purba pun ke zaman dragon and socerer.
  5. Terfikir pula bila mengenangkan hasrat Dato Seri Najib yang inginkan "a winnable candidate" sedangkan yang dok ada pun dah pernah kalah dan ada yang sampai dua kali. Yang amat merisaukan bila Bashah dilantik tu bukannya apa, pastinya beliau mempunyai kata pemutus untuk menentukan calon-calon pada pilihanraya kelak.
  6. Jadi beliau dijangka akan meletakkan nama-nama seperti tersebut diatas sebagai calon-calon pilihannya yang dah diketahui keputusannya - KALAH, sebelum pun pintu dewan membuang undi dibuka.
  7. Adalah diharapkan sangat-sangat agar Dato Seri Najib tolong-tolonglah, bantu-bantulah letak calon yang terbaik, sesuai, acceptable oleh akarumbi untuk mengisi jawatan eksekutif dalam Umno Kedah agar mendapat sokongan dan keyakinan rakyat.

TAHNIAH MALAYSIA !


Akhirnya Indonesia diratah Malaysia dalam perlawanan yang penuh dramatik di stadium Bung Karno. Walaupun kalah dalam perlawanan timbalbalik tersebut dengan 2-1, yang pentingnya kita menang dengan agregat 4-2 dan berjaya membawa pulang Piala AFF SUZUKI.

Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih kebangsaan yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kami amat berbangga dengan kejayaan anda!


Tuesday, December 28, 2010

SELAMAT BERJAYA SKUAD PIALA SUZUKI


Selamat berjuang dan selamat berjaya kepada SKUAD BOLASEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA, semoga jaringan 3-0 akan menjadi semangat untuk menggandakan jaringan.
Kami mendoakan kejayaan anda!

Monday, December 27, 2010

NO.2 TIDAK MENJAMIN MUKHRIZ TIDAK TERPERANGKAP

  1. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitulah lebih kurang ibaratnya perasaan hati ini. Ketika hati sedang melayan kemenangan pasukan bolasepak kebangsaan membenam Indonesia di Bukit Jalil dengan jaringan-jaringan hebat tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Setiausaha UMNO Malaysia, Ku Nan, tentang beberapa perubahan dalam kepimpinan 3 negeri iaitu Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.
  2. Sebagai orang Kedah diperantauan pastinya hasrat hati ingin melihat perubahan besar dalam kepimpinan Umno negeri jelapang padi ini. Kata-kata bersemangat Dato Seri Najib yang mengutamakan "denyut nadi rakyat" dan "transformasi" menjadi peransang dan azimat kearah perubahan besar dan terhebat, aku rasa, pada ketika itu. Malangnya apa yang cita tidak selalunya datang dan hari ini sajian halwa telinga hanya sekadar menjadi tahi telinga!
  3. Dato Ahmad Bashah sebagaimana dalam posting terdahulu telah TS katakan acapkali bahawa beliaulah orang yang bertanggungjawab merosakkan imej Shafie Apdal, Naib Presiden Umno, di Kedah sewaktu beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan. Pernah TS mendengar sendiri penjelasan dari seorang perwakilan yang hadir sewaktu mesyuarat bahagian bahwa Bashah pernah berkata, "dia (Shafie) sibuk sangat di federal dan Semporna so tak boleh nak turun ke Kedah ni selalu, maklumlah orang luar bukan nak kisah sangat pasai kita."
  4. Bashah juga diberitahu oleh satu dua Ketua Bahagian bahawa, "Bashah susah nak command Ketua-Ketua Bahagian lain sebab dia pun bukan berapa layak - LCE 3 kali". Jadi Ketua-Ketua Bahagian lain kebanyakkannya ada degree dan perangai pun lebih kurang saja maka mereka tak berapa pandang dia sangat.
  5. Ahmad Bashah juga dilihat tidak mampu mengendali bahagiannya sendiri sehingga menyebabkan perletakkan jawatan 11 ahli jawatankuasa Pemudanya. Jadi kalau dah Pemuda pun tak boleh handle macamana nak jaga negeri? Mungkin dia berkebolehan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kedah - itupun sebab bantuan turun mencurah dari Pusat, kalau tak turun macam nasib yang menimpa PAS, pastinya Bashah pun pening juga. Tapi janganlah jadikan banjir itu sebagai KPI bahawa beliau layak memimpin parti. Pastinya dua perkara yang jauh berbeza.
  6. Sesuatu yang paling dikhuatiri ialah sikap bermuka atau depan cakap lain belakang buat lain atau cakap tak serupa bikin Bashah, ini yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh Mukhriz!
  7. Sebagai orang nombor dua - new blood, ahli parlimen dan berada pula di luar kawasan (KL) Mukhriz perlu bijak menangani Bashah. Jika Mukhriz percaya bulat-bulat kepada Bashah pasti beliau akan terjerat sebagaimana Dato Seri Shafie Apdal! Mukhriz akan diperlekehkan peranannya sehingga imejnya mungkin tercalar.
  8. Oleh yang demikian Mukhriz perlu agresif dan sentiasa peka kepada persekitaran terutamanya akar-umbi dan jangan terlalu selesa dengan jawatan no.2 kerana belum tentu ianya penghargaan mungkin ianya perangkap politik!

Sunday, December 26, 2010

Daulat Raja Melayu : TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA


  1. Tahniah kepada pasukan kebangsaan Malaysia yang telah berjaya membenam pasukan Indonesia dalam perlawanan merebut Piala Suzuki malam ini. Kejayaan tersebut amat bermakna setelah negara mengalami kemarau dan kemaruk kejayaan di peringkat antarabangsa.
  2. Kejayaan malam ini adalah berkat gandingan yang cukup mantap dan menjadi diantara jurulatih kebangsaan K.Rajagopal dan anak buahnya, terutama Safee Sali yang kini merupakan penjaring terbanyak dalam pertandingan ini.
  3. Namun begitu yang cukup menarik perhatian saya ialah kata-kata YTM Tengku Mahkota Pahang apabila menjawab soalan pemberita tentang jaringan gol, baginda secara spontan menjawab, "3-0". Akhirnya kita dihadiahkan dengan jaringan sebanyak yang tersebut. Mungkin ianya kebetulan atau mungkin juga itulah DAULAT RAJA MELAYU! Walah-u-alam.
  4. Walau apapun Tahniah! Tahniah! dan Tahniah! kepada pasukan kita yang telah menunjukkan aksi yang cukup menarik dan hebat. Semoga dengan semangat dan matlamat yang satu kita bakal beroleh kejayaan muktamat pada perlawanan di Indonesia nanti iaitu pada 29 Disember 2010.

Friday, December 24, 2010

Tok Senawi Centre : ANWAR UNGGULI ANTI MELAYU-ISLAM MALAYSIA

  1. Anwar Ibrahim pastinya sedih dan pilu apabila namanya tidak tersenarai sebagai seorang pejuang anti Yahudi oleh Simon Wiesenthal Centre.
  2. Pasti yang lebih menyedihkan beliau apabila nama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, diletakkan sebagai individu ketiga dalam ranking anti Yahudi bagi tahun 2010 bersama-sama  Helen Thomas, Oliver Stone dan beberapa orang lagi.
  3. Tun telah disenaraikan kerana kelantangan beliau menentang kekejaman Yahudi terhadap penduduk Palestin serta tindakan jahat mereka keatas Mavi Marmara yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
  4. Jadi untuk tidak menghampakan Anwar, TS Centre telah meletakkan beliau sebagai satu-satunya pejuang ANTI-MELAYUISLAM di Malaysia. Sekurang-kurangnya jasa beliau menjahanamkan sistem sosial dan politik tanahair kita, memperjuangkan penghapusan Ketuanan Melayu, pembohongan APCO, kerja-kerja liwatnya yang akhirnya diiktiraf sebagai terburuk dalam sejarah peradaban dan keruntuhan akhlak diiktiraf. Tahniah Anwar!

Monday, December 20, 2010

JASA : Perlu Ada Kredibiliti Bukan Kaki Kelentong & Kaki Kipas Ketua Bahagian

  1. Saranan YB Dato Seri Utama Rais Yatim agar JASA atau Jabatan Hal-ehwal Khas supaya lebih berani dan benar dalam laporan mereka sememangnya baik dan harus dipuji. Ini adalah kerana pegawai Jasa adalah mata dan telinga kerajaan serta penghubung kerajaan dengan rakyat.
  2. Namun begitu sebagai sebuah agensi kerajaan - terutama di peringkat Parlimen dan DUN, laporan yang diberikan adalah sampah! Ini hakikat yang harus diterima. Keadaan ini berlaku kerana banyak dikalangan pegawai Jasa yang dilantik merupakan orang-orang Ketua Bahagian. Selain dari tugas hakiki, mereka juga adalah PA atau pegawai khas kepada Ketua Bahagian jadi laporan yang dibuat pun di"feed" oleh Ketua Bahagian dan begitu juga sebaliknya mereka memberikan segala maklumat yang sedap ditelinga Ketua Bahagian.
  3. Lihat sahaja ketika PRU-12 yang lalu, ramai dikalangan pegawai JASA di peringkat Parlimen dan DUN hanya buat laporan ikut sedap hati mereka sahaja tanpa membuat analisa terperinci serta turun ke bawah untuk meninjau isu dan permasalahan sebenar. Ada dikalangan pegawai JASA yang hanya duduk di pejabat dan menjadikan laporan PRU11 sebagai sumber rujukan dan dengan sedikit congak dengan menggunakan logik akalnya maka diwujudkan satu laporan baru!
  4. Dek kerana Sikap halai-balai segala maklumat yang diberi hampir 100% lari dan akhirnya BN menanggung kekalahan teruk di KEDAH pada PRU12 lalu. Kita sedar ada juga pegawai Jasa yang "dibela" dan ada yang diarah oleh Ketua Bahagian agar memberikan laporan yang baik tentang dirinya kepada pihak atasan agar beliau dipilih menjadi calon pada PRU13 kelak. 
  5. Oleh itu amatlah diharapkan agar saranan Menteri tersebut dapat dijadikan teguran bagi memperbaiki keadaan serta meningkatkan profesionalisme di kalangan kakitangan JASA. Diharapkan juga pihak Menteri agar lebih teliti ketika memilih dan melantik pegawai-pegawai Jasa. Janganlah bersikap semborono dan hanya mengikut telunjuk Ketua Bahagian semata-mata.
  6. Ini adalah kerana tugas sebagai kakitangan JASA khususnya dan kerajaan amnya adalah satu ibadah dan amanah maka janganlah pula buat seperti melepas batuk ditangga atau sekadar makan gaji buta, bak kata lirik lagu Hijau-Kuning, biar "JASA' jadi kenangan.

Saturday, December 18, 2010

Kakileaks VS Wikileaks : KETUA BAHAGIAN PUNYA PERANGAI DAN PENYAKIT

  1. Saya tertarik dengan posting dalam MUMMY ROKIAH, http://www.mummyrokiah.blogspot.com/  bukan sekadar kelayakkan mereka yang dipertikaikan malah imune system mereka terhadap isu kerahsiaan. Kita sedia maklum jikalau ada yang "masuk" pasti ada yang keluar. Tambah pula yang masuk itu berbentuk habuan atau RM. Maka berseleraklah atas meja makan segala isi perut diluahkan samada secara sedar atau dibawah sedar.
  2. Orang seperti ini amat dikhuatiri kesetiaan mereka kepada negara dan bangsa. Mereka bersedia dan merelakan apa sahaja berlaku selagi ianya tidak menyekat kekayaan dari mengalir masuk ke kocek mereka.
  3. Pendedahan Wikileaks yang membuat banyak negara kelam kabut adalah antara pengajaran bahawa pada hari ini kita selaku akar umbi bukan lagi "bodoh" dan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin atasan. Mereka juga tidak boleh merasakan diri mereka sudah cukup bijak memperbodohkan kita yang dibawah ini.
  4. Pemimpin atasan perlu sedar - jika mereka berugama Islam - bahawa Allah sentiasa melihat kerja-buat mereka. Dan hari ini mereka tidak perlu menanti hari kiamat untuk didedahkan segala tipu helah mereka, didunia ini pun segala muslihat mereka telah Allah dedahkan melalui Wikileaks.
  5. Begitu juga dalam konteks Ketua-Ketua Bahagian yang ada pada hari ini jangan ingat semua orang suka kepada mereka. Ada yang duduk paling hampir dengan mereka juga tidak boleh dipercayai dan mereka inilah yang kita panggil Kakileaks yang menceritakan segala perangai mereka.
  6. Untuk makluman Ketua-Ketua Bahagian yang ada, banyak Kakikleaks yang berkeliaran dan akan, sedang malah telahpun mendedahkan pelbagai kepincangan serta muslihat waktu ini dan cubaan anda menutup segala kelemahan tersebut mungkin gagal kerana ramai yang sudah muak dan meluat dengan perangai anda semua.
  7. Malah ada dikalangan mereka yang mendedahkan kejahatan ini adalah merupakan mereka yang telah dieksploit dan ditipu, misalnya TS juga ada dengar bahawa Ketua Bahagian yang disebut oleh Mummy Rokiah juga telah memberikan projek pembinaan gelanggang futsal kepada kroninya yang mana projek yang di"kona" tersebut sebenarnya telah direkabentuk cadangannya oleh seorang pemuda dari Sungai Pial, Tanjung Dawai.  Kesian budak tu teruk-teruk pecah kepala nak fikir, orang lain sapu.
  8. Itulah antara cerita yang telah didedahkan oleh Kakileaks tentang sikap Ketua Bahagian yang ada hari ini, ini tidak termasuk kes sogokkan wang ringgit ketika musim pemilihan dahulu sampai dengarnya bilik air dan jamban pun bau duit!
  9. Apakah orang-orang seperti ini masih nak kita kekalkan sebagai pemimpin kita ? Kepada mereka inikah nak kita sandarkan masa depan bangsa, agama dan tanahair kita? Kalau dah musuh yang dok suap kita, rasanya apa yang tak diceritakannya kalau boleh depan belakang pun sanggup digadai sebab habuannya bukan sedikit.
  10. Kita amat berharap sebelum DS Najib membuat pengumuman tentang siapa bakal pengerusi badan perhubungan negeri Kedah yang baru, investigate dan panggil mereka seorang demi seorang mengadap sebagaimana Tun Dr Mahathir buat bila nak tentukan siapa yang setuju atau tidak bila Sanusi Junid nak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah dahulu.
  11. Tengok rekod "kesihatan" mereka, buat "complete medical check-up" dan kita akan dapat lihat kekuatan, kelemahan serta masalah mereka. Kalau dah didiagnos dan didapati imune system pun lemah pastinya macam-macam penyakit boleh hinggap cuma yang paling kita takut ialah penyakit hati, depan cakap dan buat lain belakang lain pulak cakap dan dibuatnya.
  12. Kita perlukan NEW BLOOD untuk terajui negeri ini, bangsa dan negara sesuai dengan peredaran masa dan kehendak zaman. Bukannya Old Blood yang dah corrupt dengan gula yang tinggi, kolesterol yang hampir menutup blood vein kerana terlalu banyak ambil makanan berlemah dan terpaksa bergantung kepada suntikan Insulin untuk tampak cergas sedangkan penyakit sudah cukup kronik!

Friday, December 17, 2010

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan TEPAT

  1. Keputusan yang dibuat dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-ehwal Agama yang telah bersidang pada 17 Disember 2010 yang menolak sebarang perlantikan orang bukan Islam sebagai peguam Syarie adalah tepat. Hujahnya mudah, ringkas dan tepat - Mahkamah Syariah untuk orang Islam!
  2. Rasanya ini adalah keputusan kedua melibatkan isu hal-elwal agama, sebelum ini isu menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh orang bukan Islam.
  3. Seperkara lagi diharapkan agar Jawatankuasa Fatwa juga dapat membuat keputusan terhadap orang yang membenarkan ATAU menghalalkan orang bukan Islam menggunakan ayat-ayat suci kita sesuka hati mereka. Ini adalah kerana orang-orang sedemikianlah yang menyebabkan Islam dihina, ayat-ayat suci dicemar dan menjadi bahan mainan oleh orang bukan Islam sebagai alasan mengukuhkan hujah!

Mukhriz Pengiktirafan Kepada Legasi Mahathir


  1. Penganugerahan sebagai Penaung Tetap LIFE dan Anugerah Insaniah - IRTI Pertama merupakan pengiktirafan besar kepada negarawan ulung Tun Dr Mahathir oleh Kolej Universiti Insaniah yang telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Azizan - Menteri Besar Kedah.
  2. Sumbangan Tun terhadap perkembangan syiar Islam di negara ini sememangnya bukan sedikit. Dasar kerajaan seperti Bersih-Cekap-Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Penerapan Nilai-nilai Islam, Sistem Perbankan Islam dan banyak lagi adalah antara elemen-elemen Islamik yang kini menjadi sebahagian dari sistem kehidupan rakyat Malaysia.
  3. Walaupun beliau menerima pelbagai kritikan ketika menerajui negara suatu ketika dahulu namun sumbangan serta jasanya membawa transformasi besar-besaran kepada negara - dari sebuah negara pertanian kepada negara berteknologi tinggi, tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapapun hatta kepada kerajaan pimpinan Pas pada hari ini, terutamannya di Kedah.
  4. Sejarah kepimpinan Tun yang cemerlang seharusnya menjadi warisan kepimpinan baru yang mahu melihat negara lebih cemerlang, maju serta sejahtera. Jika kepimpinan pembangkang dapat melihat ini sebagai suatu legasi yang perlu dicontohi mengapa tidak pemimpin UMNO?
  5. Mungkin jika Datuk Mukhriz dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, kita akan mendapat sedikit sentuhan Tun dalam kepimpinan Umno di negeri ini melalui anaknya, tidak salah rasanya bukan?

Wednesday, December 15, 2010

3 Perkara Awal Yang Perlu Dibuat Jika Mukhriz Jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah!

  1. Nampaknya angin perubahan bertiup kencang lagi tentang siapa bakal Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. Walaupun bukan ribut tapi ramai yang sudah memusing ibarat puting beliung gitu. Macam-macam nama yang keluar, ada yang kata Dato Paduka Ahmad Bashah, ada yang kata Dato Seri Jamil Khir, ramai yang kata Mukhriz dan ada juga yang kata Mahdzir Khalid.
  2. Dulu bila TS siarkan Det Khalid bakal dinobat sebagai Pengerusi Umno Kedah maka ramai yang mengeluh dan macam-macam cerita yang keluar, itu baru cubaan pertama. Apa pun baguslah kalau dah ramai yang mula peka dengan idea transformasi yang diimpikan DS Najib. Ini merupakan petanda baik bahawa setiap orang ingin melihat UMNO BERUBAH!
  3. Jadi kali ini TS siarkan tokoh BERANI BERUBAH dan merupakan calon favorite bagi jawatan Pengerusi Umno Kedah iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Menteri dan merangkap AJK Bahagian Kubang Pasu.
  4. Sekiranya dilihat kepada kedudukan beliau dalam parti dan kerajaan bagi mengisi jawatan pengerusi perhubungan negeri, ramai yang mengatakan bahawa ianya sekadar cukup makan (begitulah kira-kiranya kata Ketua-ketua Bahagian Lain) sebab Datuk Mukhriz bukan dari kalangan mereka. Kalau faktor umur pula, Datuk Mukhriz dikatakan masih belum matang - kata mereka lagi! Kalau jadi jugak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah - depa kata, lantik sebab dia anak bekas PM! Dan begitulah seterusnya segala macam tomahan yang dilontarkan kepada Mukhriz gara-gara geli nak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
  5. Tapi kalau sudah takdir apa nak dikata.
  6. Sekiranya takdir sudah memihak kepadanya, maka 3 perkara awal yang mungkin boleh dibuat oleh Mukhriz bagi mengukuhkan Umno Kedah dan memenangi hati rakyat seterusnya menawan kembali Kedah disamping menjaga dirinya dari terperangkap dalam mainan politik kotor beberapa Ketua Bahagian Umno sebagaimana yang terjadi kepada DS Shafie Apdal?
  7. Antaranya ialah dengan membuat rombakan besar bagi jawatan-jawatan eksekutif seperti Setiausaha, Ketua Penerangan dan SUK  - termasuklah Timbalan Pengerusinya jika boleh, yang sebelum ini hanya tahu bermain politik sesama sendiri sahaja sehingga terpelanting Pengerusi merangkap Naib Presiden dibuatnya. Setiausaha pula terlalu bergantung harap kepada pakar IT dari Merbok yang mana lumayan juga "gaji" yang dibayar untuk tidak berbuat apa. Begitu juga halnya dengan SUK yang menikam "bos"nya dari belakang walhal bosnya juga yang telah melantik beliau sebagai pegawai khas di Keda.
  8. Keduanya, ada beberapa muka lama dan cukup season serta tidak lagi membawa manfaat kepada Umno perlulah dikeluarkan dari tingkat 6. Ini kerana dengan mengekalkan mereka boleh dianggap tidak berBALOI serta sikap ketegaq mereka untuk mendengar cadangan, pandangan, nasihat dari sesiapa pun kecuali dari orang-orang yang boleh menyuap mereka.
  9. Ketiga, menyelesaikan hutang-hutang UMNO yang masih tertunggak dan bertimbun misalnya hutang pengubahsuaian besar-besaran pejabat Umno negeri dan Pusat Sumber Maklumat sedari zaman Det Khalid lagi.
  10. Itu antara yang boleh TS berikan untuk ketika ini bagi memudahkan tugas dan tanggungjawab Datuk Mukhriz bila menjadi Pengerusi kelak yang lainnya akan menyusul demi kebaikan UMNO KEDAH.

TS : Amat menyokong jika Datuk Mukhrizlah pilihan Najib bagi terajui UMNO Kedah.

Saturday, December 11, 2010

Sembang-sembang Di Pekan Rabu : PAS Pun Kaki Sapu Projek


  1. Balik kampung sempena cuti sekolah yang panjang bersama keluarga memang amat dinantikan oleh anak-anak terutamanya yang sudah lama tidak menjenguk tok wan mereka yang berada di Alor Setar, tanah tempat tumpah darahku! Sebelum rumah ayah aku jejaki, aku singgah sebentar di Pekan Rabu, pusat beli-belah orang Melayu yang tertua seingatku di negeri jelapang padi ini, untuk membeli dodol dan lempok durian kegemaranku.
  2. Melihat kepada perkembangan perniagaan yang begitu pesat dan hebat dengan suasana yang tersusun dan selesa di Pekan Rabu hari ini,  berbanding dahulunya hanyalah - sekitar 1932, adalah sebuah bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap berlantai simen dan bertiang kayu terletak di Tanjung Chali ternyata Pekan Rabu merupakan tempat yang patut disinggahi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kedah terutamannya Alor Setar. Namun Pekan Rabu menyimpan seribu peristiwa pahit manis perjuagan Melayu antaranya sepertimana yang TS siarkan terdahulu.
  3. Disebelah malamnya, TS bersama rakan-rakan lama, kami duduk menikmati hidangan malam di sebuah restoran di Pekan Rabu yang menyediakan pelbagai masakan seafood dan western yang cukup lazat. Sambil itu kami berbual panjang tentang pelbagai topik, seperti biasa bila dah lama tak jumpa, kisah kerjaya dan serba sedikit politik semasa. Al-maklumlah Kedah kini bukan milik BN lagi jadi macamana Kedah la ni?, TS bertanya.
  4. "Macam tulah..", jawab seorang rakan. "Macam tu..tu..macam mana?" aku tanya lagi minta kepastian.
  5. "Dulu orang kata kat UMNO dengan BN...Pas pun sama ja." Jawab beliau lagi. "Dulu masa BN, rakyat senang..kerajaan susah. Tapi la ni kerajaan senang...rakyat susah!". Tambah beliau.
  6. "pelik bunyi, aku tak faham." TS terus meminta penjelasan.
  7. " Hang tau dak ada Exco Kedah la ni yang ada firma kejuruteraan yang jadi konsultan bagi projek Kolej Universiti Insaniah yang harganya RM300 juta lebih!". Beliau memberikan penjelasannya.
  8. "Woi! banyak tu." TS tersentak mendengar penjelasan beliau.
  9. Beliau menambah lagi, "setahu aku firma kejuruteraan ni depa dapat lebih kurang 1.5%, maknanya dapat masuk RM4.5 juta".
  10. "Kayalah Exco tu." Sampuk TS.
  11. "Tapi dia pandai, nama dia dah tak ada dalam company tu, yang aku dengaq tapi apa pun masih lagi hak dia." Katanya lagi. "Hang nampak dak, kheja buat depa?" Beliau bertanya kepadaku. Aku cuma mengangguk kepala.
  12. "Habis geng Umno tak jadikan isu ka?" Tanya aku balik. "Tak tau depa (mereka) buat apa, selop (diam) pun." Jawab beliau.
  13. Bagi memuaskan hati, aku ajukan sekali lagi soalan. "Apa nama firma tu?".
  14. "Paza Engineering." Jawabnya ringkas. "Itu satu, ada lagi, rekabentuk pun dapat kepada suku sakat dia juga, anak menakan dia salah seorang dari arkitek dalam firma tu." Tambah beliau lagi.
  15. "Ish..ish..ish". Aku menggelengkan kepala.
  16. "Ada banyak lagi nih.." sambung beliau.

TS : Perbualan kami berlanjutan sehingga lewat malam. Banyak lagi yang diperbincangkan dan kalau nak ditulis pastinya panjang, jadi akan saya siarkan berkala dengan pelbagai pendedahan yang lebih menarik dan mengejutkan!

Orang Yang Mempertikaikan Ketuanan Melayu Itu DAJAL

  1. Polemik tentang ketuanan Melayu tidak menampakkan adanya titik akhirnya. Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa Malaysia, telah mencadangkan agar ketuanan Melayu ditukar kepada Kedaulatan Melayu. Ini adalah kerana ketuanan Melayu telah disalahertikan sebagai the Malay Supremacy atau Malay Dominance , walaupun telah berulangkali diterangkan bahawa ketuanan Melayu tidak ada kena mengenanya tentang isu Tuan dan Hamba.
  2. Jika direnung kembali kata-kata dua pemimpin India dan Cina yang terkenal iaitu V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin, jelas kepada kita bahawa mereka menghargai orang Melayu dan nilai kemelayuan mereka. Sifat-sifat mulia orang Melayu dan sikap toleransi mereka yang tinggilah yang telah membawa negara kepada keharmonian dan kemakmuran negara sehingga kini.
  3. Atau dengan kata yang mudah, jika Melayu itu selesa dan kuat maka setiap orang dapat hidup aman dan selesa. Tetapi jika Melayu itu lemah dan miskin maka negara akan kucar kacir.
  4. Bagi TS biar apa sekalipun istilahnya, segala-galanya yang berkait dengan kemakmuran dan keharmonian di negara ini bergantung sepenuhnya kepada kedudukan orang Melayu. 
  5. Perjuangan mempertahankan pertiwi dari segala bentuk penjajahan dan anasir subversif adalah bukti jelas ketaatan orang Melayu! Ini termasuklah ketika berhadapan dengan kumpulan Bintang Tiga yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan huru hara selepas Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.
  6. Keadaan itu dapat dilihat dari dua peristiwa yang cukup menyayat hati dalam tempoh dua minggu sebelum Inggeris kembali di Kedah, pertama, ketika "anggota Dewan Perniagaan Cina yang telah dipengaruhi oleh Bintang Tiga cuba menawan balai polis Alor Setar dan Balai Besar iaitu tempat di mana Mesyuarat Dewan Negeri diadakan. Kedua, keadaan lebih buruk di Bukit Junun dan Guar Cempedak dimana orang-orang Cina Bintang Tiga telah bertindak kejam dimana mereka telah membunuh dan membakar rumah-rumah orang Melayu!" (Sumber: Alor Setar 250 tahun)
  7. Kesungguhan orang Melayu, terutamanya peniaga-peniaga Pekan Rabu yang telah bangun dan bertindak mempertahankan Balai Polis Alor Star dan tempat-tempat penting kerajaan dari ancaman puak-puak Cina tersebut, memperlihatkan bahawa  mereka yakni orang Melayu adalah agen penting kepada keharmonian dan kesejahteraan kerana tindakan mereka meredakan konflik tersebut. Walaupun peristiwa tersebut amat mengguris hati dan perasaan orang Melayu namun mereka masih tidak tergamak untuk menginayai kaum lain yang telah berlaku zalim terhadap mereka.
  8. Jika begitu sekali sifat dan sikap orang Melayu seharusnya apa juga istilahnya, samada ketuanan Melayu atau Malay dominance dan Malay Supremacy, jelas sekali tidak ada siapa yang akan terainaya malah masih boleh hidup aman, selesa dan makmur. Jadi mengapakah isu ketuanan Melayu nak dijadikan masalah sangat? Siapa yang lebih berbuat dajal kepada orang Melayu selama ini?

Monday, December 6, 2010

Benarkah Ada HANGKY-PANGKY Dalam Umno Kedah?

  1. Selalunya setiap sabtu TS dan beberapa orang rakan akan berjumpa untuk bersarapan sambil minum kopi dan pekena sekeping dua roti canai kami akan bercerita tentang pelbagai hal dari kisah anak sekolah, rumahtangga, kerja yang menimbun di pejabat, projek, masalah sosial, ekonomi dan politik.
  2. Cerita-cerita seperti diatas sememangnya menjadi topik bualan yang tak pernah berkesudahan bak kata pepatah TS, selagi mata masih terbeliak selagi itulah tak akan habis. Tetapi pagi agak luar dari kebiasaan kerana tidak timbul isu-isu rumahtangga dan sebagainya tetapi banyak berkisar tentang politik Umno Kedah.
  3. Apa yang menarik perhatian TS ialah, hampir bertahun lamanya kami bersarapan bersama belum pernah isu politik Umno Kedah diperbahaskan di kalangan kami sampai hampir 3 jam. Walaupun kami terdiri dari pelbagai latar fahaman dan ideologi politik tetapi kali ini masing-masing menunjukkan reaksi concern tentang politik umno Kedah.
  4.  "TS, you kata Det Khalid nak jadi pengerusi betulkah?". Begitulah lebih kurang soalannya.
  5.  Jawab saya mudah, "itulah yang aku dengar, bagaimana okay ka?", saya sambung dengan bertanya .
  6. Seorang rakan kebetulan adalah kakitangan kerajaan menjawab dalam bentuk soalan, "tak ada orang lain dah ka?".
  7. "Siapa lagi yang boleh?", saya bertanya dan sambung saya lagi, "macam mana dengan Dato Bashah?".
  8. "Coish! Hat tu lagi jahanam (maksudnya lagi tak boleh pakai)."
  9. Jadi dari jawapan beliau jelas bahawa Dato Ahmad Bashah bukanlah calon favourite beliau.
  10. Seorang rakan (seorang guru dan pembangkang hangit) lagi juga memberikan respon yang sama, "carilah yang lain, yang ada kelayakkan, takkan nak ambik yang SRP pun 3 kali buat malu kat orang aih." Sambungnya lagi, "kalau Najib betul-betul nak buat transformasi janganlah pulak ada fear and favour, asal kawan prinsip pun lepaih ke tepi." "Inilah masalah hampa dalam Umno mesti nak kira kaum kerabat jugak..." disambung dengan gelak ketawa.
  11. Rupa-rupanya orang luar juga memerhati kita dan apa saja yang kita buat mereka menilai.
  12. Saya bertanya lagi, "apa yang masalah sangat dengan si Mat Bashah ni, dia kan orang lama dan dengar kata sahabat kepada DS Najib?".
  13. Jawab guru tadi lagi, "kalau orang dalam pejabat Umno negeri sendiri pun kata dia tak layak, macam mana nak jadi pengerusi." Sambungnya lagi, " kalaulah dia tu jadi jugak, alamat puak-puak lama yang tak dak kerja yang dok pejahanam umno selama ni pakai dok mampuih dalam pejabat tu lah, banyak dah duit umno depa peghabih, awat Najib tak tau ka?".
  14. Saya tidak menjawab cuma mengerutkan dahi mendengarkan kenyataan rakan tersebut. Apa yang lebih mengejutkan juga bila rakan tersebut membuat kenyataan lagi, "Kau orang tahu tak depa ni (tak nak sebut nama) dok perhabis duit Umno, cat pejabat BN pun ada kira hun jugak!".
  15. "Tak baik tuduh macam tu." Balas saya.
  16. "Tuduh apa tuduh, ada bukti, siap slip bank-in duit lagi!". Jawab beliau dengan nada keras. Sekali lagi saya tergamam dan sarapan pagi menjadi semakin panas!
  17. "kenapa tak report kepada SPRM saja." Saya cuba sarankan kepada beliau.
  18. Beliau menjawab, "boleh tapi source aku ni tak mau panjang-panjang pasai dia ni bukan orang kita (bukan Melayu)".
  19. Rakan tadi menambah lagi panjang, " so, kalau ambik juga Bashah lagi banyaklah duit Umno dia perhabis kat kroni-kroni dia, baik tok sah..hampa habaq lah kat Najib jangan dok termakan pujuk rayu, tangis hilai puak-puak ni kalau nak menang. Tapi kalau dok berasa nak jaga jugak kawan nak buat macam mana, mai PRU nanti terimalah. Jadi Najib pun sama jugak tak dengaq cakap orang bawah, semua kena ikut dia pasai dia presiden semua kena ikut."
  20. Setelah hampir 3 jam meluahkan pelbagai rasa kekecewaan maka sarapan kami pun berakhir. TS pun berfikir sejenak jika benar bagai dikata oleh rakan tadi maka keadaan ini cukup serius! DS Najib perlu buat keputusan yang BETUL dan TEPAT!
  21. Jika kenyataan rakan tadi benar, ia pastinya akan menjadi senjata makan tuan dan segala jerit pekik Najib yang mahukan transformasi dan memenangi PRU-13 nanti dengan calon yang winable akan tinggal pekik lolong sahaja bak anjing salak bukit, bukit tak lari anjing yang sakit kerongkong.
TS : Kalau dah begini keadaannya, sebelum terlambat masih ada masa untuk buat perubahan. Kepada DS Najib, Dato Seri, kita masih ada calon yang baik dan sememangnya bersih seperti Datuk Mukhriz, apa salahnya kalau dia diberikan tanggungjawab. Kalau dalam PKR boleh ahli jawatankuasa pusat mereka pun kebanyakkannya bawah 40 tahun takkan kita masih nak kepada mereka yang sudah season dan berkarat.

Saturday, December 4, 2010

LIM KIT SIANG : Boleh Jadi TPM..Tapi..

  1. Kita tidak boleh menafikan sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri samada Melayu, Cina, India, Singh atau siapa sahaja asalkan mereka warganegara Malaysia. Misalnya Lim Kit Siang, dia pun boleh jadi TPM bukan tak boleh tetapi ada beberapa syarat perlu dia penuhi.
  2. Antara syaratnya ialah dia kena mengucap dua kalimah syahadah. Yakni jadi Muslim! Sebabnya mudah sebagai sebuah negara yang majoritinya orang Islam maka adalah haram membenarkan orang bukan Islam menjadi pemimpin. Lainlah kalau Kit Siang macam Ustaz Ridhuan Tee Abdullah - seorang Islam, warak pulak tu.
  3. Syarat seterusnya bila dah jadi Islam kena la kerat k**e atau bersunat atau sesetangah tempat kata masuk Melayu. Mahu kah Kit Siang bersunat sebab bila dah tua anu pun dah liat!
  4. Kalau kita lihat Amerika sekalipun, nak jadi Presidennya mestilah seorang Kristian. Jangan ambil contoh negara luar kalau setakat nak tunjuk bahawa mereka lebih liberal dan sesiapa pun boleh jadi Presiden tetapi hakikatnya masih ada syarat yang perlu dipenuhi. Begitu juga Arnold Schwarzeneggar, dia hanya boleh jadi ahli Kongress, Senat mahupun Gabenor kerana beliau adalah warganegara Amerika dan Kristian. Tetapi beliau tidak layak menjadi Presiden kerana kelahiran Austria.

TS ; Jadi kalau nak contoh, ikut betul-betul jangan main sekerat-sekerat. Nanti kena kerat anu baru tahu!

KETUANAN MELAYU : Fakta Yang Tidak Boleh Ditolak - Hukuman "Mati" Kepada Penderhaka

Sultan-Sultan Kedah
Bil
Sultan
Pemerintahan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
1958 - sekarang
Sumber : Wikipedia

  1. Sebagai orang Melayu pastinya cubaan menafikan Ketuanan Melayu adalah tindakan kurang ajar, melampau dan pengkhianat besar yang patut dijatuhkan hukuman yang berat dan kita minta tindakan tegas dan segera diambil oleh pihak berkuasa demi memelihara keharmonian serta kedaulatan negara. 
  2. Oleh itu marilah sama-sama kita pastikan bahawa mereka yang merelakan diri mereka menjadi barua kepada orang lain yang gelisah dengan kedudukan Melayu, Institusi Raja-Raja Melayu dan Agama Islam - jika mereka masih bebas berkeliaran sehingga PRU-13, kita kuburkan mereka dengan memastikan mereka kalah teruk dalam PRU-13 kelak.
  3. Kepada seluruh umat Melayu marilah sama-sama kita daulatkan ketuanan Melayu bagi menjamin KESUCIAN ISLAM dan Hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus terpelihara.
  4. Kepada NGO-NGO Melayu yang lantang dan berani mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja seperti Perkasa dan banyak lagi (maaf terlalu banyak sampai tak tahu dah nak sebut) teruskan usaha kami sentiasa menyokong kalian.
TS : Mana ada nama Raja Kapoor atau Teng Ku Wong!