Thursday, July 28, 2011

Memilih Kawan Dalam Al-quran dan Bible!

  1. Suasana pagi khamis - semalam, agak panas! Panas dengan cerita tentang memilih sahabat. Kopi panas yang TS order sampai sejuk gedi. Roti french-toast dengan telor separuh sampai kering tak terjamah dek kerana terlalu asyik bersembang pasai bab memilih kawan.
  2. Kata seorang rakan bersembang ni, "Ustaz Kazem kata kita kena ambik orang beriman untuk jadi sahabat dan pemimpin, macamana tu?"
  3. TS jawab, "macamana lagi, macam yang al-qur'an kata lah!" tambah TS lagi, "kan dalilnya dah Ustaz Kazem bagi, Surah Al-Maidah ayat 55 - 56 dan Surah Al-Mumtahanah dari ayat 2." Jadi dimana masalahnya?"
  4. "Tak, aku tahu lah, tapi kenapa ada pemimpin (PAS) boleh dok ikut puak kafir ni (Ambiga, Lim Kit Siang dan Karpal Singh) ?" beliau bertanya.
  5. Jawab kawan seorang lagi, "politik punya pasai la". Lepaih tu dekat-dekat nak mati, bertaubat lah!" sambil menguntum senyuman.
  6. "Gila! ada juga orang macam ni." Sambut rakan tadi.
  7. Jadi begitulah akhirnya kesimpulan yang serba ringkas yang dibuat oleh rakan saya, GILA! Kepada segelintir pemimpin parti tersebut.
  8. TS pun menambah, "al-qur'an dah ajar kita bagaimana nak pilih kawan dan pemimpin, kalau hang apa nak tahu dalam bible pun habaq benda yang sama -TS membaca petikan dari bible,  "But now I have written to you not to keep company with anyone .., who is sexually immoral, or covetous, or an idolater, or a reviler, or a drunkard, or an extortioner - not even to eat with such a person." [1 Corinthians 5:11]
  9. Maknanya, "kita ni tak boleh berkawan dengan orang yang sembah berhala,  rosak akhlak, kaki minum, suka maki hamun, perampas hak orang...kiranya nak duduk minum sekali dengan mereka pun tak boleh. Apa tah lagi yang menentang Islam." kata TS secara ringkas.
  10. Tetapi hari ini ada orang yang sanggup berpeluk dengan mereka-mereka ini dan sedia meninggalkan perjuangan Islam demi persahabatan tersebut! Apakah orang sebegini yang nak kita angkat mereka sebagai pemimpin Islam? Mereka yang segelintir ini sama sahaja macam penganut Kristian, walaupun jelas segala keterangan dalam al-quran, tetapi mereka tidak ambil peduli!
  11. Kesimpulannya memilih kawan ini sememangnya sesuatu yang dititik-beratkan dalam mana-mana ajaran jadi terpulang kepada kita untuk membuat keputusan. Apa pun lebih baik kita berpegang kepada ajaran Islam yang amat menekankan kepada persaudaraan dalam Islam dan mengutamakan orang-orang yang beriman (tidak kira mereka dari parti mana) dari orang lain (kafir).

Monday, July 25, 2011

CINTA AGAMA & SAYANG BANGSA : Pertahan Melayu Bererti Pertahan Agama!



Ustaz Kazem Al-Hafiz

Cukuplah berpolitik bohong, maki hamun, fitnah serta merosakkan Melayu. Kembalilah kita kepada perjuangan sebenar, Cinta kepada Agama, bangsa dan tanahair.

Thursday, July 21, 2011

MALU YANG AMAT!



  1. Apabila TS tonton pendedahan yang telah dibuat oleh pihak PDRM tentang perhimpunan Bersih, malam semalam, apa yang boleh TS katakan ianya cukup yang amat MALU atau orang Kedah selalu kata malu yang amat. Bukan malu tentang polis tapi kenyataan dan perbuatan pemimpin serta peserta bersih.
  2. TS tidak pernah sangsi kepada segala tindakan pihak polis dalam menangani masalah jenayah dan sebagainya. Kalau ada yang tidak kena dengan anggota polis, bagi TS itu cuma isu terpencil. Tetapi pihak polis telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik dan cemerlang.
  3. Segala tomahan dan fitnah yang dilontarkan kepada pihak polis jelas TERSASAR dan BOHONG!
  4. TS sememangnya menyanjungi PDRM sebagai pasukan keselamatan dan pengawal keamanan. Walaupun TS pun adakala kena saman, tapi tak pernah dihati ini untuk membenci atau marah sebaliknya TS menganggap ianya sebagai satu peringatan agar sentiasa berhati-hati dan juga pelajarn yang terbaik bagi mendidik insan.
  5. Kasihan bila polis sering dipersalahkan walaupun niat dan tujuan mereka sebenarnya baik. Takkan lah kita nak tengok polis tercegah keras macam batu bila ada perkara mungkar sedang bermaharajalela?
  6. Tapi tabiat manusia, terutamanya geng pembangkang ni, polis buat apapun salah! Tapi kalau mereka jadi kerajaan TS rasa mereka pun sokong dengan tindakan polis atau mereka akan kerah polis ambil tindakan keras kepada para demontrator.
  7. Gelagat pemimpin pembangkang, Mat Sabu, Anwar, Tian Chua cukup memalukan. Mereka ini memang tidak bermaruah! Berbohong sana sini kata polis kejam. Mereka yang meluru kepada polis mereka kata polis serang mereka. Polis suruh bersurai, mereka berhimpun lagi ramai. Sampai water-cannon pun lari main dengan puak-puak jahiliah ni!
  8. Oleh itu tindakan polis mendedahkan segala perilaku provokatif Bersih, sewajarnya diberi pujian. Kita juga berharap di masa-masa akan datang, pihak polis dapat mengambil langkah yang sama bagi memberikan maklumat yang tepat kepada seluruh rakyat terhadap apa yang berlaku sekurang-kurangnya rakyat boleh lihat perangai tak senonoh pemimpin pembangkang ni.
  9. PAS perlu segera insaf, mereka kini diambang kehancuran apabila yang menjadi pemimpin mereka bukanlah Ulamak tetapi Ular dalam semak (meminjam kata Allahyarham M.Rajoli) yang bakal mematuk dari dalam.

Monday, July 18, 2011

NAJIB JUMPA POPE : Ulangi Sejarah Perjalanan Sahabat!



Bersamaan dengan itu dipanggilkan Uskup yang mengetahui seluk-beluk agama mereka. Kaisar lalu memberitahu Uskup itu, dan dibacakan sekali lagi surat itu kepadanya. "Inilah yang selalu kita tunggu-tunggu, dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahukan kita lama dulu!" jawab Uskup itu kepada Kaisar. "Apa pendapatmu yang harus aku buat?" tanya Kaisar kepada Uskup. "Kalau engkau tanya pendapatku, aku tentu akan mempercayainya dan akan mengikut ajarannya", jawab Uskup dengan jujur. "Tetapi aku jadi serba salah", kata Kaisar, "Jika aku ikut nasihatmu, akan hilanglah kerajaanku!".

Abdan memberitakan dari Ibnu Ishak yang menukil dari beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya bahwa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi رضي الله عنه . "Celaka engkau, memang demi Allah, aku tahu bahwa pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus, dan dialah orang yang kita tunggu selama ini, dan sifatnya tersebut di dalam kitab kami. Akan tetapi, apa daya, aku bimbang aku akan ditumbangkan dari kerajaanku. Kalau tidak kerana itu, tentu aku akan mengikutnya. Coba engkau pergi kepada Uskup kami dan jelaskan tentang perkara pembesarmu itu, kerana Uskup itu lebih dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu lebih diterima!".

Maka Dihyah pun mendapatkan Uskup itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu, maka setelah didengar semua berita itu, Uskup itu berkata: "Pembesarmu itu, demi Allah, adalah seorang Nabi yang diutus, kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!" Uskup itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih. Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan membunuhnya.
(Al-Ishabah 2:216)

Sumber : kisahshahabat
 
  1. Belum pun Perdana Menteri, DSN, membuat kunjung hormat kepada Pope Benedict di Vatican City pelbagai persoalan telah ditimbulkan. Boleh atau tidak? Apa tujuannya? dan sebagainya.
  2. Bagi TS, berkunjung atau menziarahi rakan taulan, sahabat handai atau juga mungkin musuh kita sendiri dengan niat yang baik tidak ada salahnya. Jika tidak masakan Rasullullah SAW akan menghantar para sahabat baginda keseluruh pelusuh dunia untuk meminta kerajaan-kerajaan di dunia ini untuk mengesakan Allah SWT.
  3. Dalam kisah di atas ternyata bahawa usaha baginda Rasullullah SAW untuk menyampaikan risalah Allah amat berjaya sekali. Dan baginda melakukannya dengan penuh komitment dan tanpa rasa lelah serta "tak main-main dengan kerjanya".
  4. Usaha dakwah baginda Rasullullah SAW amat jauh jika nak dibandingkan dengan sekumpulan ulamak yang kononnya memperjuangkan hukum Allah di negara kita. Mereka tidak konsisten, keputusan mereka sering berubah mengikut keperluan semasa. Mereka seperti Heraklius, takut hilang kuasa, takut hilang sokongan untuk menang pilihanraya dan menguasai Putrajaya.
  5. Paling menyedihkan mereka mempersendakan kalimah Allah, mereka bersekongkol dengan puak kafir harbi yang memang semua manusia di Malaysia ini tahu bahawa mereka amat menentang Islam dan kemudiannya pula menjadikan si perempuan Hindu sebagai ketua serta mempertahankan raja kepada segala raja maksiat!
  6. Baginda Rasullullah SAW tidak berkompromi dalam hal melaksanakan urusan Allah SWT. Kerana itu juga menyebabkan Uskup Rom akur dan akhirnya menerima Islam walaupun tanpa Maharajanya.
  7. Oleh itu dapat disimpulkan disini dua perkara utama iaitu, pertama tidak salah jika seseorang itu menziarahi atau membuat kunjung hormat ke atas orang Islam mahupun bukan Islam. Tetapi jika kunjungan itu mampu untuk mengubah persepsi mereka terhadap Islam maka itu lebih baik.
  8. Kedua pula ialah, ayat-ayat yang menerangkan perihal kedatangan Rasullullah SAW sememangnya ada didalam Injil, hari ini Bible, cuma mahukah mereka menerimannya atau tidak?
  9. Dalam konteks pertemuan DSN dengan Pope, walaupun TS sendiri pun tidak boleh nak cakap apa tujuannya, kunjungan tersebut cukup diharap dapat disempurnakan sebaiknya oleh PM bagi memperlihatkan kepada kepala tertinggi Roman Katolik itu tentang sifat dan sikap seorang pemimpin Islam.
  10. Manalah tahu dengan kunjungan tersebut tiba-tiba terbuka hati Pope untuk terima Islam macam cerita tadi. Itu semua kerja Allah SWT, tapi kalau Allah SWT berkehendak siapapun tidak dapat menghalangnya hatta "manusia anugerah tuhan" sekalipun.

Saturday, July 16, 2011

Pemimpin PAS Harus Bertaubat Demi Perjuangan Islam Yang Sebenar!



  1. Bagi memanfaatkan kepulangan TS ke kampung baru-baru ini bagi menziarahi orang tua, kesempatan tersebut telah digunakan sebaiknya bagi berborak-borak dengan orang tua TS tentang bagaimana cara pemikiran pemimpin-pemimpin dahulu ketika kemerdekaan hampir dalam genggaman.
  2. Dalam nada yang lembut dan terketar-ketar, kerana usia sudah menjangkau 84 tahun, beliau berkata, "pemimpin dulu minta pandangan para ulamak, bagaimana nak perintah negara." Tiga (3) teras utama yang perlu diambil perhatian dan dilaksanakan bagi memastikan pemerintahan yang berjaya dan berkat iaitu katanya : Pastikan rakyat sihat, pastikan rakyat tidak miskin dan pastikan rakyat berilmu.
  3. "Itulah resepinya", katanya lagi, yang telah membawa Malaysia kepada apa yang kita lihat pada hari ini. Inilah pegangan para pemimpin negara - yakni oleh pemimpin UMNO, yang telah membangunkan negara kita, MALAYSIA.
  4. Mendengar kata-kata itu, terlintas di benak fikiran ini akan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada para pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa kepada pembinaan negara. Malahan inilah legasi kepimpinan yang telah menjadikan nasihat ulamak sebagai teras kepada pembinaan negara ini.
  5. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, TS sempat berhenti di Pekan Rabu untuk membeli beberapa kuih-muih tradisional dan kebetulan TS melewati sebuah kedai menjual kaset dan cd. Lalu terdengar suara syarahan dari pembesar suara di kedai tersebut yang memainkan ceramah Ustaz Kazem al-hafiz tentang "Cinta Kepada Islam dan Sayang Kepada Bangsa serta Negara".
  6. Dari sepintas lalu ceramah tersebut cukup menarik sehingga terpanggil untuk TS membeli CD tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke kota, CD Ustaz Kazem telah menjadi teman seperjalanan. Ianya amat menarik dan cukup "menangkap!"
  7. Dalam satu dari intipati syarahannya beliau menegaskan bagaimana Rasullullah SAW begitu berjaya dalam pentadbiran baginda. Katanya, Rasullullah SAW begitu tegas dengan orang kafir TETAPI begitu lembut dengan orang Islam. Kerana ketegasan itu, baginda dihormati dan digeruni begitu juga dengan orang-orang Islam.
  8. Terfikir oleh TS keadaan umat Islam di negara kita yang tercinta ini. Para pemimpin Islam begitu takut dan sentiasa menurut keletah orang Kafir - kafir harbi pulak tu. Sehingga sanggup mengikut telunjuk mereka. Tidak kira PAS mahupun UMNO.
  9. Paling menyedihkan ialah pemimpin PAS. Melihat tindak tanduk mereka pada hari ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang diajar oleh Rasullullah SAW - sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Kazem ternyata jauh sekali perbandingannya.
  10. PAS juga sudah jauh dari perjuangan asal mereka untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Negara Islam dan Hudud bukan lagi perjuangan mereka malah kini masa depan perjuangan PAS amat diragui. Memetik kata-kata ulamak tersohor, Dato Harun Din al-hafiz, PAS seharusnya dipimpin oleh ulamak.
  11. Kerana ulamak itu waris para Nabi, kerana ulamak itu berupaya memberikan nasihat dan teguran yang terbaik - sebagaimana nasihat yang telah diberikan kepada pemimpin negara bagaimana nak perintah negara bila sudah merdeka DAN bukannya melalak melolong dijalan raya sehingga sedia dicekup pihak berkuasa dek kerana politik menggila!
  12. Ulamak PAS hari ini mengajak rakyat jadi samseng jalan raya, siapsiaga menurut perintah orang kafir harbi, sedia mempertahankan kemungkaran oleh sesama pemimpin mereka dan tidak tahu bersyukur atas niakmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang ALLAH SWT berikan.
  13. Keadaan ini berlaku tidak lain dan tidak bukan ialah kerana MEREKA BUKANNYA BERJUANG KERANA ALLAH SWT.  
  14. Oleh itu marilah kita sama-sama mendoakan agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu memartabatkan perjuangan Islam, sanggup dan bersedia untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sunday, July 10, 2011

Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ambiga!!

فَرِيقًا هَدَي وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيۡهِمُ الضَّلاَلَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوۡلِيَاء مِن دُونِ اللّهِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ 

Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat [Al-A'raaf : 30]

  1. 9 Julai 2011 sudah berlalu, selepas keriuhan demonstrasi jalanan tidak lagi kedengaran kini muncul pula keriuhan para peniaga yang mendakwa bahawa mereka telah mengalami kerugian jutaan ringgit. Yang paling menyedihkan ialah peniaga-peniaga tersebut terdiri dari orang-orang Melayu kita!
  2. TS rasa terpanggil memikirkan kenyataan seorang dari peniaga tersebut yang mengatakan bahawa, "mereka (pemimpin Bersih) tak apalah orang berada, kami ni kais pagi makan pagi..." lebih kurang begitulah, rasanya ada betulnya.
  3. Kalau orang yang berniaga boleh rasa peritnya akibat dari tindakan bodoh perhimpunan tersebut, bagaimana pula orang yang turut serta dalam perhimpunan pada sabtu lalu. Tidakkah mereka rasa buang masa dan satu perbuatan yang cukup merugikan. Takkanlah kerana dapat habuan RM200.00 sanggup menggadaikan masa, keselamatan diri demi menyahut seruan wanita India yang tidak ketahuan asal-usulnya?
  4. Tidak bolehkah mereka ini berfikir secara waras akibat dari tindakan mereka itu?
  5. Bukankah Allah SWT melarang kita dari menjerumuskan diri dalam lubang kebinasaan? Bukankah Allah SWT juga melarang kita dari melakukan kerosakkan di muka bumi ini?
  6. Tindakan mereka ini sama seperti puak-puak kristian. Walaupun ada ayat-ayat yang menegah mereka dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri namun mereka tetap engkar. Bible kepada mereka ibarat kitab buruk dan hanya bersifat ceremonial cuma laku bila ada upacara angkat sumpah Presiden atau kahwin sahaja.
  7. Tetapi mereka tetap berkata bahawa mereka adalah sebaik-baik pengikut kitab tersebut!
  8. Pengikut siapakah mereka ini? Bukankah saling tidak tumpah sepertimana ayat al-quran diatas, yakni pengikut syaitan? Kerana syaitan boleh merupa dalam pelbagai bentuk yang diizinkan Allah! Mungkin juga ia telah merupa sebagai salah seorang pemimpin tersebut? wallah-u-alam.
  9. Hakikatnya Ambiga lebih berpengaruh, Ambiga lebih kuat dari ayat-ayat Allah yang melarang manusia dari melakukan kerosakkan dan seruannya lebih penting dari seruan Allah SWT!
  10. Kerana maha pentingnya Ambiga, maka sanggup mereka yang berserban dan berkopiah putih berarak dijalanan memekik terlolong sambil bertindakn di luar batas insani muslim! Kerana maha pentingnya Ambiga, biar dicekup polis pun tidak mengapa. Kerana maha pentingnya Ambiga, titah Raja ibarat batuk orang tua-tua sahaja.
  11. Bolehkah mereka ini dipercayai akan mempertahankan institusi Raja di negara ini, kalau titah YDP Agong pun tidak mereka peduli? Pastinya TIDAK!
  12. Kerana yang maha penting dan maha bagi segalanya ialah AMBIGA disamping master-mindnya ANWAR IBRAHIM!

Wednesday, July 6, 2011

JAHAT !




  1. TS setuju bahawa Ambiga memang berniat JAHAT! Kalau sungguh bagai dikata, perhimpunan tersebut semata-mata nak hantar memorandum kepada DYMM YDP Agong, kenapa bila dah jumpa YDP Agong tak diserah saja memorandum itu? Bukankah mudah, tak perlu lagi nak berarak dan berhimpun.
  2. Bukankah itu matlamat asal BERSIH? Serah memorandum kepada YDP Agong. Isu dan persoalan disini ialah kenapa tak buat ketika ruang dan peluang telah diperolehi? Kenapa?
  3. Kerana BERSIH tidak ikhlas! Kerana Ambiga tidak Ikhlas! Kerana agenda sebenar mereka lain!
  4. Kepada Ambiga, dia peduli apa. Ini bukannya negara dia! Nak jahanam, jahanam lah. Tetapi kalau usahanya bersama dengan gerombolannya berjaya, ia merupakan BONUS kepadanya.
  5. Sebab itu kepada TS Bersih ini mempunyai banyak agenda jahat maka memorandum hanyalah satu illusi! Illusi untuk mengaburi mata seluruh rakyat. Illusi ini begitu hebat sehingga menutup mata-hati pemimpin Islam yang lainnya. Ia ibarat mainan silap mata oleh David Copperfield, kita sanggup banyar ratusan ringgit hanya untuk dimanipulasi oleh illusinya.
  6. Sepanjang pertunjukannya, kita bertepuk sorak kerana keasyikkan kita menikmati persembahannya yang begitu real, walhal selepas selepas tamat sahaja pertujukkan tersebut secara sedar atau tidak kita sendiri akui itu hanya mainan fikiran dan kita pun pulang dengan sesekali terlintas di fikiran, "guna duit pi makan pun kenyang."
  7. Begitulah kira-kiranya analogi mudah yang dapat saya simpulkan, janganlah kita terpedaya dengan segala illusi ini kelak yang rugi kita, ORANG MELAYU & ISLAM.
  8. Apakah yang cuba dibuat Ambiga tersebut menguntungkan ISLAM, MELAYU  dan TANAHAIR. Jika tidak hindarkanlah. Kerana ianya tidak lain hanyalah satu illusi JAHAT yang merugikan.

MUHAMMAD Dalam Bible! Bila Kitab Sendiri Diputar Alamkan Manakan Nampak Kebenaran.

  1. Mungkin ramai yang akan terkejut sekiranya mereka ketahui bahawa kedatangan Nabi Muhammad SAW ada tersebut didalam bible! Ya, memang ada! Jika demikian keadaannya, apakah bible itu ayat Tuhan? Inilah yang menjadi persoalan serta isu utama.
  2. Dalam Islam al-qur'an merupakan sumber rujukan utama disamping sunnah/hadith Rasulullah SAW serta para ulamak. Sumber-sumber ini tidak bercampur-gaul antara satu dengan lainnya. Tetapi didalm bible berbeza pula keadaannya. Ayat tuhan, ayat nabi dan para cendekiawan mereka dirangkumkan dalam satu buku iaitu BIBLE!
  3. Keadaan ini akhirnya menimbulkan kekeliruan sehinggalah bible versi King James terpaksa mewarnakan ayat-ayat Jesus dengan dakwat merah sebagai kaedah untuk membezakan ketiga-tiga sumber tadi.
  4. Baik berbalik kepada topik utama kita untuk posting kali ini, iaitu Muhammad di dalam bible. Deutronomy 18 : 18 ada menyebut, apabila tuhan berkata kepada Moses, "I will raise up for them a Prophet like you from among their brethren and I will put My words in His mouth and He shall speak to them all that I command Him."
  5. Dalam ayat tersebut Moses diingatkan bahawa seorang Nabi akan didatangkan selepas beliau sebagaimana dirinya. Walaupun kepada penganut Kristian ayat merujuk kepada Jesus atas beberapa alasan yang terlalu lemah tetapi beberapa hujah dapat kita bentangkan yang secara terang dan jelas bahawa ianya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.
  6. Pertama : Moses dan Muhammad mempunyai ibu dan bapa, sedangkan Jesus hanya beribu.
  7. Kedua : Ketiga-tiga mereka adalah Nabi dan Rasul.
  8. Ketiga : Moses dan Muhammad wafat biasa, sedangkan Jesus disalib.
  9. Keempat : Moses dan Muhammad bukan anak tuhan.
  10. Kelima : Moses dan Muhammad membawa peraturan hidup, Jesus hanya meneruskan ajaran Moses.
  11. Keenam : Moses dan Muhammad dilahirkan secara normal dan secara semulajadi yakni melalui perhubungan antara lelaki dan wanita.
  12. Ketujuh : Moses dan Muhammad berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan Jesus membujang sepanjang hidupnya.
  13. Kelapan : Moses dan Muhammad diterima oleh kaumnya sebagai Nabi sedangkan Jesus ditolak oleh kaum Yahudi.
  14. Kesembilan : Moses dan Muhammad adalah Nabi dan "Raja" walaupun mereka bukan raja secara hakiki tetapi mereka berdua boleh menjatuhkan hukuman keatas pengikut mereka. Sedangkan Jesus pernah berkata, "My kingdom is not of this world: If My kingdom were of this world, then would my servants fight, that I should not be delivered to the Jews; but now is My kingdom not frm hence" [John 18 : 36]
  15. Jadi dari bukti yang diberikan jelas sekali bahawa ayat diawal tulisan ini adalah merujuk kepada Muhammad.
  16. Dalam ayat yang lain pula Jesus berkata kepada Peter, "And I will pray the Father, and He will give you another Helper.." [John 14 : 16]
  17. "The Spirit of Truth, whom the world cannot receive, because it neither sees Him nor knows Him, for He dwells with you and will be in you." [John 14 : 17]. " But the Helper, the Holy Spirit, whom the Father will send in my name, He will teach you all things, and bring to your remembrance all things that I said to you." [John 14 : 26]
  18. Siapakah yang Jesus maksudkan dengan Helper , spirit of Truth dan Holy Spirit tersebut? Bukankah Muhammad SAW. Bukankah Muhammad SAW yang telah mengajar kita untuk menyembah hanya kepada Allah malah baginda juga yang telah membersihkan Isa a.s dan ibunya dari segala tuduhan dan cemuhan kaum Yahudi?
  19. Kenapakah Jesus berkata demikian? Kerana Muhammad hanya akan tiba selepas pemergiannya. "Nevertheless I tell you the truth. It is to your advantage that I go away ; for if I do not go away, the Helper will not come to you ; but if I depart, I will send Him to you." [John 16 : 7] 
  20. Apakah yang dimaksudkan oleh Jesus sebagai Helper, The Holy Spirit dan the Spirit of Truth itu merujuk kepada dirinya? TIDAK! Kerana itu juga Jesus menegaskan bahawa "orang itu" hanya akan datang selepasnya.
  21. Orang yang dimaksudkan itu ialah Nabi Muhammad SAW. Penyelamat bagi umat manusia.
  22. Kenapa masih mereka (kristian) tidak nampak atau nasih tidak mahu menerimanya?

Sunday, July 3, 2011

PERINGATAN : Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat !

  1. Apabila TS berbaca sahaja sepotong hadith yang berbunyi, sampaikanlah walau sepotong ayat, maka terus terlintas difikiran, apa yang dah aku sampaikan? sudahkah aku sampaikan? Jadi hadith tersebut telah menjadi sumber inspirasi untuk TS menulis pada kali ini.
  2. Sepanjang kehidupan kita sebagai orang Islam telah banyak perkara yang kita lakukan untuk kebaikan diri kita, kita bersolat untuk mendapat kebaikkan buat diri kita, membaca Al-quran untuk kebaikkan diri kita, puasa untuk kebaikkan diri kita, zakat untuk kebaikkan diri kita dan menunaikan haji untuk kebaikkan diri kita TETAPI apakah yang telah kita lakukan untuk ALLAH SWT?.
  3. Kita pernah mendengar bagaimana sejarah awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, bagaimana baginda mula-mula menerima wahyu yang disampaikan kepadanya melalui perantara Jibril. Baginda disuruh baca, iqra', kata Jibril. Jawab baginda, "ma ana bi qari" - aku tidak tahu membaca. Begitulah seterusnya sehinggalah baginda sedar bahawa baginda diminta mengikut setiap ucapan Jibril.
  4. Sebaik sahaja selesai peristiwa tersebut, maka bergegaslah baginda pulang mendapatkan isterinya yang tercinta Khadijah al-kubra dalam keadaan badannya yang menggeletar. Lalu diceritakannya segala apa yang berlaku. Maka baginda pun ditenangkan dan diselimutkan tubuhnya yang mengeletar itu
  5. Sejak dari peristiwa itu, Rasullullah SAW menerima wahyunya yang pertama di Gua Hira', baginda tidak lagi ke sana - yakni balik ke Gua Hira', sebaliknya baginda menghabiskan masanya dijalanan dan  di pasar-pasar bagi menyampaikan rislah kepada seluruh penduduk kota Mekah bahawa "Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Muhammad itu RasulNya"
  6. Tindakan baginda telah mengundang tentangan yang cukup hebat dari kaumnya. Ada yang mencaci cerca baginda dan tidak kurang juga yang mengancam untuk membunuh baginda. Namun itu semua tidak melemahkan usaha baginda.
  7. Segala kecaman, ancaman dan peperangan yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Allah SWT, akhirnya hari ini - yakni 1435 kemudian, umat Islam yang berjumlah lebih dari 1.5 bilion merupakan umat yang paling dikagumi pegangan agama mereka!
  8. Kenapa? Kerana hanya dengan kata-kata Muhammad, umat Islam jauh dari arak! Hanya dengan kata-kata Muhammad, umat Islam jauh dari pekerjaan mungkar dan maksiat. Cuma kalau ada yang terjerumus dalam kancah kemungkaran, kemaksiatan dan kesesatan, itu bukan kerana salah ajaran Islam tetapi kerana kelemahan dan kejahilan individu tersebut.
  9. Begitulah hebatnya mukjizat baginda Rasulullah SAW.
  10. Persoalannya disini mengapakah mesti ada orang yang mengaku dirinya Islam sanggup untuk tunduk kepada tekanan dan kehendak mereka yang syirik kepada Allah SWT? Bukankah kita sepatutnya menyampaikan risalah Allah kepada mereka? Bukankah menyampaikan itu sunnah Rasullullah SAW? Iaitu menyampaikan kepada mereka yang kufur itu agar menyembah Allah! Dan bukan yang lain dari Allah?
  11. Yang lebih mendukacitakan kita, umat Islam, ialah ada juga orang Islam yang memperjuangkan agama orang lain dan memperjuangkan kitab orang lain. Bersungguh-sungguh benar "orang Islam ini" nak supaya Allah dijadikan nama tuhan dalam kitab orang kafir!
  12. Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan, [Al-qur'an 112 : 3] tidakkah pelik jika suatu hari kelak kita dengar adanya Allah Bapa, Anak Allah dan Rohul Kudus? Sedangkan kita diseru untuk menyampaikan tentang KEESAAN ALLAH, kita pulak dok sokong Allah itu bapa dan ada anak beranak!
  13. Oleh itu janganlah kita terlalu taksub dengan berpolitik, perpaduan, persahabatan dan sebagainya sehingga kita lupa kepada tanggungjawab kita kepada Allah iaitu memberitahu mereka yang kufur kepada Allah SWT agar menyembah hanya kepada Nya. Beritakan kepada mereka tentang kebenaran dan kesucian Islam.
  14. Jadi tak perlu takut atau gentar kepada ancaman atau kecaman, sampaikanlah walau sepotong ayat, pasti Allah akan membantu kita dalam setiap urusan kita.