Monday, February 28, 2011

Hindraf : Penentangan Terang-Terangan Terhadap MELAYU!

  1. Perhimpunan haram Hindraf baru-baru ini di ibu negara, Kuala Lumpur, jelas memperlihatkan sikap kurang ajar golongan ini yang langsung tidak menghormati keharmonian negara kita. Mereka yang selama ini menumpang kasih dan hidup di negara bertuah ini tidak pernah menghargai segala kemewahan dan kesejahteraan yang dikecapi malah cuba untuk merosakkan kemakmuran yang kini dikongsi bersama selama lebih 54 tahun kemerdekaan.
  2. Pemimpin dan pengikut Hindraf perlu ingat bahawa segala yang mereka nikmati hari ini adalah berkat perjuangan orang Melayu amnya dan UMNO khususnya. Selama lebih 50 tahun tersebut Umnolah yang telah mencorakkan agenda pembangunan negara. Umno juga yang telah menerima golongan pendatang seperti pemimpin Hindraf untuk dijadikan warganegara ini.
  3. Memandangkan Umno itu parti orang Melayu, maka menentang Umno bererti menentang Melayu. Oleh itu Hindraf harus berhati-hati sekiranya tidak mahu tindakan mereka itu akan membawa kepada penentangan orang Melayu terhadap kaum mereka. Ini kerana ada beberapa isu yang membabitkan kaum mereka sememangnya tidak menyenangkan hati orang Melayu, misalnya isu pembunuhan Susilawati dan 3 lagi rakannya
  4. Isu interlok hanyalah gimik! Namun yang cuba hendak ditonjolkan ialah penentangan secara terang-terangan terhadap orang Melayu dan kepimpinan Melayu. Apakah tidak pernah wujud kasta pariah dalam anutan Hindu? Kalaulah mereka tidak suka istilah "pariah" digunakan maka mereka seharusnya mula menghormati orang Melayu dan ISLAM. Kerana orang Melayu dan Islam juga tidak suka agama mereka dipersenda-sendakan.
  5. Oleh itu jangan cuba bermain api kelak "membakar" diri sendiri.

Thursday, February 17, 2011

PAS KEDAH BIKIN YAYASAN ISLAM KEDAH "PENNILESS" - Nasib Anak-Anak Di Perantauan Dibimbangi!!

  1. Sedar atau tidak dalam keriuhan membawa balik anak-anak kita dari Mesir, Ustaz Azizan (MB Sejahtera) ada menyebut bahawa Yayasan Islam Kedah atau YIK, sudah tidak cukup dana untuk membiayai para pelajar dibawah biasiswa tajaan GLC tersebut yang kini sedang mengikuti kursus pengajian di Mesir dan Jordan.
  2. Adalah amat mengejutkan apabila Ustaz Azizan Sejahtera memberikan kenyataan tersebut. Ini adalah kerana baru-baru ini juga dengan mendabik dada, beliau menyatakan bahawa kerajaan pimpinan beliau telah berjaya mengumpul wang balak hampir RM50 juta. Tambah beliau lagi, itu merupakan jumlah kutipan tertinggi pernah dibuatnya berbanding kutipan oleh kerajaan BN sebelumnya.
  3. Dari kenyataan beliau nampak macam PAS Kedah pandai buat duit. Tapi bila GLC, YIK yang diketahui mempunyai banyak aset-aset strategik pula mengalami masalah kewangan. YIK juga dikaetahui mempunyai land-bank yang banyak diseluruh Kedah. Begitu juga dengan kuari-kuari pasir, bangunan komersial dan syarikat pembinaan.
  4. Adalah tidak munasabah bila Ustaz Azizan Sejahtera memberikan kenyataan tak seperti seorang Islam tersebut. Ini adalah kerana YIK ketika ditinggalkan oleh kepimpinan BN, dana yang terkumpul adalah hampir RM49 juta. Kemanakah wang tersebut dibelanjakan sepanjang 3 tahun pentadbiran PAS?
  5. Ataukah wang tersebut telah habis dibelanjakan bagi membiayai kos lawatan kepimpinan kerajaan dan pengurusan YIK ke luar negara? Menziarahi pelajar itu tidak salah, tapi sekali pergi berpuluh-puluh orang dan banyak tempat pulak yang tiada kena mengena dengan urusan para pelajar. 
  6. Satu lagi, TS dimaklumkan Pengurus Besar yang diletak oleh Ustaz Azizan Sejahtera, iaitu Haji Rahman juga dikatakan bukanlah orang yang layak duduk dikerusi tersebut. Kerana beliau ini memangnya tipikal kakitangan kerajaan dan bukannya Businessman.
  7. Masa dia di Jabatan Agama Islam Kedah pun dia bikin banyak masalah. Gaji tak bayar dan sebagainya. Atau dengan kata lain banyak orang yang tidak suka dengan dia ni! Kalau dia dipindahkan ke tempat lain, kata mereka lagi, semua orang buat kenduri!! Pendek kata dia ni memang liabiliti kepada YIK!!
  8. Oleh itu kalau beginilah pegawai yang diamanahkan menguruskan YIK dengan kedudukan kewangan YIK yang cukup meruncing kini, bagaimanakah nasib anak-anak kita di Jordan dan Mesir kelak. Dengar kata nak beli kasut pun tak ada duit. Hai..macam mana ni, kalau nak buat kerja biar betul-betul, buat kerja macam orang Islam lah!!

Tuesday, February 15, 2011

BOLEH PITAM KALAU TAK BAGI JAWATAN DALAM UMNO NEGERI!

  1. Nampaknya Dato Bashah masih belum mendapat rentak bagaimana mahunya untuk mentadbir Umno Kedah. Masa untuk mengumumkan siapa Setiausaha Perhubungan dan Bendahari pun agak lama, kononnya kena tunggu DSN pilih? Mungkin juga sudah tiada lagi calon yang layak atau beliau sendiri takut nak buat keputusan.
  2. Namun begitu ramai yang berkata, kalau dah tak tahu nak lantik, umum sahaja barisan eksekutif yang lalu! Bagus juga cadangan tu, sekurang-kurang ada buat keputusan dan bukannya selop macam sekarang.
  3. Ura-ura mengatakan bahawa jawatan bendahari telah pun ada calonnya, dari Pulau Lagenda lagi. Calon ini juga menurut orang-orang kuat Umno Kedah, kalau tidak dipilih boleh jadi pangsan (kata orang Kedah) atau pitam.
  4. Pitam bukan apa, kerana itu sahajalah lesen untuk mereka bergerak. Kalau tidak hendak kemana-mana susah. Jadi bila ada jawatan maka ada lah peruntukkan perjalanan dan sebagainya, maklumlah pegawai eksekutif Umno negeri.
  5. Janganlah kerana tak dapat jawatan dah "pangsan" kerana tanggungjawab memacu dan menjayakan Umno dan BN pada PRU13 memang lebih memangsankan!

Sunday, February 13, 2011

Calon PRU13, Bukan Sahaja Winnable TAPI ....SIHAT WAL-AFIAT

  1. Kematian adalah takdir Illahi yang tidak boleh ditolak. Setiap yang hidup pasti merasa mati. Namun demikian bagaimana keadaan kematian kita bukanlah takdir tetapi ianya bergantung kepada kita yang menentukan. Lahir dalam keluarga kaya atau miskin itu takdir, tetapi mati dalam kaya atau miskin itu bergantung kepada kita.
  2. Mutaakhir ini negara kita dikejutkan dengan beberapa kematian ADUN akibat penyakit kronik samada jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Akibatnya kita terpaksa mengadakan PRK seperti di Tenang, Merlimau dan Kerdau - contoh terdekat.
  3. Rasanya ramai yang tahu dan sedar bahawa bagi mengadakan PRK, sejumlah besar wang perlu diperuntukkan dan nilainya pasti mencecah jutaan ringgit. Jika RM1 juta diperlukan untuk satu-satu PRK, maka sudah tentulah campur dengan 2 lagi PRK yang bakal diadakan kelak jumlah keseluruhan wang yang terpaksa dibelanjakan mencecah RM16 juta.
  4. Oleh yang demikian kerajaan terutamanya BN perlu mengambil-kira juga aspek kesihatan selain "winnable", kelulusan dan kelayakkan lain seperti umur sebagai ciri-ciri penting memilih calon.
  5. Ini yang setiap hari kena suntik insulin pun dipilih juga alamat tak berapa hari lepas PRU kena buat PRK pulak. Kalau boleh sebagaimana pemilihan anggota tentera, siapa yang tersenarai untuk jadi calon perlu juga mengikuti program lasak yang menguji tahap mental dan fizikal calon. Dengan itu kalau ramai yang tercungap-cungap kelelahan, pitam, rebah atau melelong tak ketahuan punca tu..eloklah didelete dari senarai.
  6. Harapan kita, moga-moga dengan inisiatif yang diambil maka tidaklah banyak sangat PRK yang perlu dibuat selepas itu. Kerana bila dah kerap sangat ada kematian dek kerana pelbagai masalah penyakit kronik, maka tumpuan kepada kerja memberi khidmat jadi kurang kerana masing-masing sibuk nak bantu calon dalam PRK.
  7. Oleh itu kalau boleh carilah yang muda-muda dan sihat wal-afiat, kerana yang pastinya mereka yang baru ini tidak banyak masalah atau reba jadi proses kempen pun mudah dan memudahkan.

Thursday, February 10, 2011

TUAN PENASIHAT - 25%



  1. Kerana terlalu taksub dengan "tuan penasihat - 25%" maka terpelanting habis anak menantu Sadiq Segaraga sehingga habis harta benda, jatuh bangkrap dan kena jual. Begitulah jalan cerita 3 Abdul, karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee secara sinis dalam menggambarkan suasana masyarakat yang terlalu mengejar kebendaan melebihi nilai kemanusiaan.
  2. Bila sudah tidak ada roh Melayu, apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan semuanya tidak betul. Begitulah nasibnya orang Melayu bila ada Melayu yang sudah muak dengan Melayu. Dia lupa segala keistimewaan, kemudahan dan kehebatan yang dinikmatinya pada hari ini datangnya dari perjuangan orang MELAYU!
  3. Dr Zainal Aznam, so-called pakar ekonomi, kini mula menyalahkan Perkasa yang terlalu menekan pihak kerajaan sehingga menyebabkan ekuiti 30% bumiputera tidak dapat dihapuskan sebagaimana yang disarankan dalam perlaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE).
  4. Zainal Aznam ni bangsa jenis apa? Pelik dan cukup menghairankan bila ada seseorang yang mahu segala keistimewaan yang ada pada dirinya kini mahu supaya dihapuskan. Sedangkan orang lain sedang giat meminta agar mereka juga diberikan keistimewaan. Kalau dia tak mahu keistimewaan tersebut duduk diam-diam sudah lah kenapa yang kalut sangat nak hapuskan keistimewaan yang patut kami kecapi sebagai orang Melayu?
  5. Inilah antara golongan murtad bangsa dan pengkhianat besar kepada orang Melayu.
  6. Zainal yang juga mempertikaikan perlantikan orang politik ke jawatan Pengerusi dalam GLC seharusnya malu kerana kalaulah orang macam dia yang dipilih menjadi pengerusi maka pastinya tiada lagi suara Melayu mahupun roh Melayu dalam anak syarikat kerajaan tersebut.
  7. Profesional Melayu, usahawan Melayu akhirnya terpaksa berguling, berhempas pulas bagi mendapatkan jawatan, kerja atau nak jadi panel kepada GLC tersebut.
  8. Sebaiknya pihak kerajaan perlu mengenepikan penasihat Sadiq Sigaraga ini kerana bukan sahaja orang Melayu bakal terlepas segala keistimewaan tersebut mungkin kerajaan juga boleh bangkrap!

Tuesday, February 8, 2011

PADA AIH SADA! MANA DIA NEGERI KEBAJIKAN??!!


  1. Ramai yang merungut bila jumlah yang perlu dibayar jika hendak melunaskan tunggakan telah ditetapkan pada 75% dan tidak kurang sesen pun. "pada aih...SADA buat lagu ni..." "Sejahtera apa lagu ni?!!". Begitulah kira-kiranya ayat-ayat pukulan kepada tindakan SADA terhadap pengguna air di Kedah.
  2. "Dulu kalau nak bayar berapa pun boleh, sekarang dak dah kalau nak bayaq kena 75%!" Kata seorang pengguna mengesahkan jumlah yang perlu dibayar sekirannya mahu membuat pembayaran bil. "Kalau orang susah macam mana?" tambah beliau lagi. "kalau bil RM100, 75% maknanya RM75. Kalau cuma ada RM30, pakai tak bayaqlah...lepaih tu melopong kena potong ayaq. Nak sambung dia caj RM25 lagi, campoq semua RM125...ini zalim!"
  3. Tindakan tegas syarikat air milik kerajaan negeri tersebut dikatakan sudah tidak boleh bertolak ansur lagi dengan kerenah pengguna air di negeri ini yang baloq (liat) membayar bil air mereka. Oleh yang demikian tindakan memotong bekalan air dari rumah ke rumah menjadi jalan penyelesaian terbaik pihak kerajaan negeri bagi meningkatkan kutipan hasil air yang dikatakan merosot teruk (hampir RM14 juta setahun) gara-gara sikap pengguna di negeri ini.
  4. Pernah satu ketika sewaktu PRK DUN Bukit Selambau, sehari selepas PKR menang, seluruh Sungai Petani dimaklumkan terputus bekalan air selama beberapa hari. Maka terdengarlah suara-suara yang memaki hamun Barisan Nasional kerana "memutuskan bekalan air" tersebut, kononnya kerana tidak boleh terima kekalahan di DUN tersebut. Timbul tanda tanya di kepala TS ketika itu, siapa yang jadi kerajaan? Bukankah PAS? Kenapa pula disalahkan BN?
  5. Jadi, benda yang tak ada, diadakan. So, sekarang bila dah jadi macam ni siapa pula yang nak disalahkan ye?
  6. Cuma sebagai ingatan kepada pengguna air di Kedah, pandai guna, pandailah bayar janganlah kita susahkan pihak kerajaan hari ini yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka. Mungkin dengan cara begini maka orang-orang Kedah dapat didisiplinkan dan sentiasa menghargai kemudahan yang kerajaan sediakan.
  7. Macam-macam cerita di Kedah ni, cuma tak ada siapa yang nak high-light. Mungkin semua dah selesa, wallah-u-alam.

Sunday, February 6, 2011

BILA BUAT BAIK - TAK TAHU NAK PUJI ATAU KEJI

  1. Hampir seminggu lebih rasanya TS tidak ber"siaran" dan begitu banyak cerita yang nak dikongsikan. Banyak isu dan peristiwa yang berlaku dalam masa seminggu tersebut dan yang paling meruntun jiwa kita ialah nasib anak-anak kita di Mesir yang terpaksa mengharungi detik-detik cemas berhadapan dengan protes jalanan di sana.
  2. 20,000 warganegara kita di Mesir adalah satu jumlah yang besar. Kalau nak dihitung berapa banyak wang yang perlu dihabiskan untuk membawa mereka keluar dari negara bergolak tersebut pastinya menelan belanja yang sangat besar! Namun kesediaan pihak kerajaan serta jaminan Perdana Menteri, DSN, untuk membawa mereka pulang dan keluar dari negara tersebut adalah sesuatu yang cukup menangkap dihati ini.
  3. Ibubapa para pelajar kita pastinya boleh menghembus nafas lega kerana tidak perlu mengeluarkan satu sen pun bagi menampung kos perjalanan anak mereka kerana semuanya ditanggung kerajaan dan beberapa pihak korporat.
  4. Pastinya beruntung kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana kita hidup dalam suasana dimana setiap ahli masyarakat begitu prihatin terhadap sesama kita.
  5. Sikap penduduk yang prihatin terhadap harta awam ketika banjir di Johor dengan membentuk pasukan kawalan kampung bagi menghalang kecurian merupakan sikap terpuji masyarakat kita. Begitu juga halnya apabila adanya berita keperitan hidup sesebuah keluarga maka mencurah-curahlah bantuan diberikan oleh pelbagai pihak yang prihatin bagi meringan beban dan tanggunggan.
  6. Ini adalah antara contoh-contoh yang dapat diberikan bagi melihat betapa kita sebenarnya terdiri dari masyarakat yang cukup unik, prihatin, sensitif dan sedia menghulurkan tangan serta bantuan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan. Seharusnya budaya seperti ini terus dipupuk dan dicambahkan dan bukannya dipolitikkan!
  7. Setiap yang baik itu hendaklah disokong dan tindakan tersebut perlu dipuji bukannya dikeji. Kita perlu kurangkan bercakap apatah lagi kalau bikinnya tidak.
  8. Kepada pemimpin politik dan parti politik terutamanya pembangkang, patut-patutlah kalau nak menghentam pun. Janganlah bila ada perkara yang baik pun nak cari publisiti murah. Rakyat sudah jelek dan muak dengan politik pecah belah, caci cerca, fitnah, orang lain semua salah kamu saja yang betul ni.
  9. Cari yang baik diantara kita dan pupuklah agar kita semua mendapat rahmat dari Illahi. Kerana pemimpin yang buruk perangai akan menjadikan pimpinannya kelak yang terburuk. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini kerana semuanya mahu kepada kebaikkan dan keelokkan.