Sunday, February 6, 2011

BILA BUAT BAIK - TAK TAHU NAK PUJI ATAU KEJI

  1. Hampir seminggu lebih rasanya TS tidak ber"siaran" dan begitu banyak cerita yang nak dikongsikan. Banyak isu dan peristiwa yang berlaku dalam masa seminggu tersebut dan yang paling meruntun jiwa kita ialah nasib anak-anak kita di Mesir yang terpaksa mengharungi detik-detik cemas berhadapan dengan protes jalanan di sana.
  2. 20,000 warganegara kita di Mesir adalah satu jumlah yang besar. Kalau nak dihitung berapa banyak wang yang perlu dihabiskan untuk membawa mereka keluar dari negara bergolak tersebut pastinya menelan belanja yang sangat besar! Namun kesediaan pihak kerajaan serta jaminan Perdana Menteri, DSN, untuk membawa mereka pulang dan keluar dari negara tersebut adalah sesuatu yang cukup menangkap dihati ini.
  3. Ibubapa para pelajar kita pastinya boleh menghembus nafas lega kerana tidak perlu mengeluarkan satu sen pun bagi menampung kos perjalanan anak mereka kerana semuanya ditanggung kerajaan dan beberapa pihak korporat.
  4. Pastinya beruntung kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana kita hidup dalam suasana dimana setiap ahli masyarakat begitu prihatin terhadap sesama kita.
  5. Sikap penduduk yang prihatin terhadap harta awam ketika banjir di Johor dengan membentuk pasukan kawalan kampung bagi menghalang kecurian merupakan sikap terpuji masyarakat kita. Begitu juga halnya apabila adanya berita keperitan hidup sesebuah keluarga maka mencurah-curahlah bantuan diberikan oleh pelbagai pihak yang prihatin bagi meringan beban dan tanggunggan.
  6. Ini adalah antara contoh-contoh yang dapat diberikan bagi melihat betapa kita sebenarnya terdiri dari masyarakat yang cukup unik, prihatin, sensitif dan sedia menghulurkan tangan serta bantuan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan. Seharusnya budaya seperti ini terus dipupuk dan dicambahkan dan bukannya dipolitikkan!
  7. Setiap yang baik itu hendaklah disokong dan tindakan tersebut perlu dipuji bukannya dikeji. Kita perlu kurangkan bercakap apatah lagi kalau bikinnya tidak.
  8. Kepada pemimpin politik dan parti politik terutamanya pembangkang, patut-patutlah kalau nak menghentam pun. Janganlah bila ada perkara yang baik pun nak cari publisiti murah. Rakyat sudah jelek dan muak dengan politik pecah belah, caci cerca, fitnah, orang lain semua salah kamu saja yang betul ni.
  9. Cari yang baik diantara kita dan pupuklah agar kita semua mendapat rahmat dari Illahi. Kerana pemimpin yang buruk perangai akan menjadikan pimpinannya kelak yang terburuk. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini kerana semuanya mahu kepada kebaikkan dan keelokkan.

No comments:

Post a Comment