Monday, April 25, 2011

Y = Anu ar, SATU DAH KENA AND ONE MORE TO GO




  1. Kini "misteri" lelaki Y sudah terjawab, tidak lain dan tidak bukan Si Anwar Ibrahim, begitulah penjelasan yang telah diberikan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir pendakwaan di Mahkamah Tinggi.
  2. Hujahan beliau juga adalah berdasar kepada perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima iaitu Dr Seah Lay Hong. (Sumber Utusan Malaysia)
  3. Kini identitinya sudah terjawab cuma yang masih dok terkial-kial nak jawab "ya" atau "tidak" ialah Kak Wan tentang pelakon dalam video pulak. Walaupun tidak ada satu scanner yang boleh memperlihatkan atau memperdengarkan suara hati Kak Wan, kita percaya Kak Wan punya jawapannya sendiri. Apa yang menghalang Kak Wan adalah maruah dan air muka sahaja.
  4. Isu video juga menjadi topik hangat apabila Mustaffa Ali terpaksa berkendur dengan kenyataan beliau apabila disergah oleh Azmin Ali. Kini PAS juga berhadapan dengan dilemma sebagaimana Kak Wan, nak kata "YA" atau "tidak" kepada penilaian semula hubungan mereka dengan PKR dan PR.
  5. Dalam Islam kita diajar agar menjauhi perkara-perkara yang mencurigakan atau was-was kerana was-was itu mainan iblis! Apatah lagi kalau perkara itu sudah sahih haramnya memanglah wajib dijauhi.
  6. Jadi terpulanglah kepada PAS samada hendak teruskan juga hubungan luar tabii mereka dengan PKR atau sebaliknya kerana rakyat sedia menerima PAS kembali sekiranya mereka kembali kepada perjuangan terdahulu yang telah memberikan mereka kejayaan menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana kesabaran dan jatidiri perjuangan mereka.
  7. Apapun terpulanglah kepada kepimpinan PAS terutamanya pemimpin maksum mereka Nik Aziz! Sebagaimana kata-kata Mak Lijah (tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati) katanya dengan nada yang manis dan manja, "ikut Bang Aji lah, kalau baik kata bang aji, baik lah saya."

No comments:

Post a Comment