Sunday, April 3, 2011

AKIBAT MELAYU LEMAH DAN SUKA BERTELAGAH

  1. Isu penggunaan Interlok sebagai teks masih belum berkesudahan. Selepas desakkan demi desakkan, akhirnya puak-puak pelampau India berjaya memaksa kerajaan untuk mengeluarkan istilah PARIA dari karya sastera tersebut.
  2. Kini timbul pula desakkan dari kaum Cina bersama beberapa lagi NGO bukan Melayu yang cuba untuk mengeluarkan penggunaan perkataan "pendatang" dari buku tersebut.
  3. Desakkan tersebut dibuat kerana mereka melihat bahawa kalau puak India yang sekelumit atau sekecik tet itu pun berjaya, apatah lagi kalau ada tindakan bersama atau join-force pastinya desakkan itu akan berjaya.
  4. Maka sekiranya bunga-bunga kejayaan dapat dihidu pastinya bukan sahaja beberapa ungkapan atau istilah sahaja yang mungkin dikikis tetapi juga Interlok mungkin ditolak sebagai teks bagi para pelajar kita.
  5. Buku yang dilihat mampu memupuk perpaduan akhirnya jatuh tersembam dek kerana kurangnya persefahaman dan sikap "membutakan matahati" untuk menerima hakikat sejarah yang telah membentuk sebuah negara.
  6. Beginilah nasib bangsa Melayu di negara sendiri akibat kelemahan dan sikap sering bertelagah Ugama dipersenda, Bangsanya dihina, Tanahnya tergadai dan buku pun tidak diterima oleh puak-puak imigran ini! Kononnya menghina!
  7. Rasanya cukuplah orang Melayu berdiam dan bertolak ansur, selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati, kuat sikit iman tegur dengan mulut tetapi kalau dah sampai nak tunjuk kurang ajar yang melampau, maka rasanya kita kena bercakap dengan kaki tangan dah!

No comments:

Post a Comment