Thursday, November 15, 2012

NURUL IZZAH KATA BOLEH, BIBLE KATA TAK BOLEH !!



  1. Siapa yang tidak rasa tercabar apabila ada seorang yang kononnya IMAN beliau cukup hebat secara terbuka - membuka ruang agar orang Islam juga diberikan hak atau kebebasan memilih agama. Kenyataan yang jelas bertentangan dengan ISLAM!!
  2. Kalau Nurul Izzah rasa beliau sudah muak atau mual dengan segala keindahan Islam, beliau seorang sudahlah yang sesat jangan pula nak diheret orang Islam yang lainnya.
  3. Kenyataan Nurul Izzah mendapat tepukkan gemuruh puak-puak kristian kerana kepada mereka, kini usaha-usaha gerakan Kristianiti lebih jelas dan terbuka luas jika ada pemimpin seperti Nurul Izzah dan idola de-facto PR, Brother Anwar Bin Ibrahim aka BABI.
  4. Kristian tidak pernah menyuruh penganutnya memilih mana-mana agama dan tidak juga membuat kenyataan seperti Nurul Izzah. Mereka tahu bahawa Bible melarang penganut mereka menukar agama sebagaimana yang tersebut dalam Book of Deutronomy (13:6-10) bahawa  (6) if your brother, the son of your mother, your son or your daughter, the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, secretly entices you, saying, Let us go and serve other gods, which you have not known, neither you nor your father, (7) "of the gods of the peoplewhich are all around you , near to you or far off from you, from one end of the earth to the other end of the earth, (8) "you shall not consent to him or listen to him, nor shall your eyes pity him, nor shall you spare him or conceal him; (9) "but you shall surely kill him, your hand shall be first against him to put him to death, and afterward the hand of all the people. (10) "And you shall stone him with stones until he dies....
  5. Kerana MATI adalah hukuman kepada mereka yang menukar anutan.
  6. Kalau dah terang dan jelas begitulah penjelasan Bible tentang menukar anutan, kenapa kita - merujuk Nurul Izzah, yang "katanya" Islamnya atau imannya kukuh, pula setuju bahawa hak memilih agama terbuka kepada semua termasuk kepada umat Islam ???
  7. Kepada orang Kristian, ini merupa bonus bagi mereka untuk mengkristiankan orang-orang Melayu yang mana lemah pegangan Islam mereka.
  8. Sudahlah pegangan agama sendiri lemah, dek kerana nak sokongan bukan Islam dalam PRU, agama sendiri nak digadaikan.
  9. TS semakin takut dengan perkembangan dalam PR ni, mereka memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dan jauh sekali membela bangsa.

5 comments:

  1. Salam Tok Senawi (TS),

    1. Benar ke kenyataan Nurul itu bercakap fasal kebebasan memilih agama atau lebih pada tiada paksaan dalam agama Islam ? Lihat komen saya di Mummy Rokiah blog > http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/11/kenyataan-nurulizzah-mendahului-bible.html
    2. Saya sudah baca transkrip Nurul beberapa kali, tidak pula ada kenyataan yang memberi bayangan Nurul sudah merasa muak atau mual dengan keindahan Islam. Janganlah kita tambah aduk saperti mana berlakunya pada Kitab Injil.
    3. Sebagai saorang Islam, kita harus elak dari maki memaki sesama manusia (saperti menyamakan sesaorang itu dengan BABI) apatah lagi antara saudara Islam sendiri. Jika kita hendak Islam disanjung oleh bangsa2 asing, mulalah dengan menpamirkan diri kita dengan ciri2 Islam yang mencontohi Nabi Muhammad SAW.
    4. Apa kena mengena Deutronomy 13:6-10 dengan ajaran Islam ? Penganut Kristian percaya Nabi Isa itu tuhan, ada kah kita akan juga berkata “kalau dan terang dan jelas begitulah penjelasan Bible tentang Nabi Isa, kenapa kita… “ Astafirullah !!
    5. Sebenarnya, tidak ada kuasa bagi sesiapa untuk mengkristiankan atau mengbuddhakan atau menghindukan kita sekiranya kepercayaan kita atas kebenaran Islam itu kukoh. Disinilah kerajaan yang memerintah boleh bermain peranan yang lebih positif (bukan saperti peranan yang ditunjukan oleh PAS) melalui program2 TV saperti ‘The Deen Show’ atau perbincangan-bincangan yang menerangkan kebenaran Islam dan bukan untuk mengutuk dan mancaci agama2 lain. Saya sendiri gemar melayari forum2 Kristian dan menerangkan tentang kebenaran Islam (melalui kitab Injil mereka sendiri) didalam forum mereka ini.
    6. Jikalau TS semakin takut dengan perkembangan dalam PR ini, saya lebih takut dengan perkembangan orang Melayu secara ‘am nya yang pada perhatian saya Islam orang2 Melayu sekarang lebih berdasarkan fahaman politik masing2 sehingga ada yang sanggup mendoa kehancuran umat bangsa sendiri.

    Terdahulu saya memohon maaf jika teguran saya ni menyinggung TS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Deutronomy sebenarnya buku mengenali Nabi Musa, the man who divide red sea (tak pasti sea mana). Sejarah antara dua agama ini sama aje, lepas masihi baru berubah. Al-Quran mengandungi ajaran lebih tepat dari Bible.

      Delete
  2. Salam Tok,

    Ini beza Al-Quran dan Bible. Al-Quran tidak mengajar paksaan dalam soal-soal keyakinan kerana yang benar adalah jelas bagi mereka yang mahu berfikir. Manakala, Bible pula bukan sahaja memaksa tetapi menghukum mati sesiapa yang keluar daripada agama Kristian. Insha Allah, orang Muslim tidak terikut-ikut dengan ajaran Bible.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Sememangnya tiada persamaan antara Al-Quran dan Bible kerana Bible adalah Injil tiruan. Walau bagitu masih ada di antara hukum-hukum dari Injil yang diselitkan di situ dan hukum-hukum tersebut juga mempunyai persamaan dengan Islam.

    Daripada apa yang aku baca tulisan TS, beliau hanya ingin menyatakan bahawa dalam Kristian juga melarang penganutnya murtad dan hukumannya adalah MATI. Begitu juga Islam. Cuma, sekarang masing-masing menghadapi dilema kerana kebangkitan hak asasi manusia yang menghalalkan murtad.

    Kelebihan kita di Malaysia, orang Melayu di Malaysia itu Islam. Dan orang Melayu Malaysia adalah bumiputera. Sekiranya dia ingin murtad ketika di Malaysia maka hukum tidak membenarkannya dan beliau akan terus diberikan kaunseling. Sekiranya dia murtad di luarnegara, maka statusnya sebagai Melayu dan Bumiputera juga hilang. Bagi mualaf yang memeluk Islam samada di Malaysia atau di luarnegara kerana ingin berkahwin dengan orang Islam atau sebab-sebab lain maka status mereka tidak berubah. Dan sekiranya mereka mempunyai suami/isteri maka suami/isteri mereka tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam tetapi perkahwinan mereka terbatal.

    Walaupun mereka telah Islam tetapi tidak bermakna mereka mendapat status Bumiputera. Sekiranya mereka murtad tidak menjejaskan status mereka tetapi pihak Jabatan Agama akan tetap memberikan kaunseling supaya Islam bukan agama yang boleh dipermainkan begitu mudah.

    Bersamalah kita berdoa semoga mereka yang sememangnya Islam, telah Islam dan baru Islam akan terus diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk mereka dan keturuan mereka kekal Islam sehingga akhir hayat. Wallahualam.

    Papagomo patut kena saman di
    TENDANG TERAJANG

    ReplyDelete
  4. ‘Then whosoever wills, let him believe, and whosoever wills let him disbelieve.’ [Soorah al-Kahf (18): 29]

    Does it even make sense that muslim is force to be muslim? A Muslim have to have the freedom to choose to be a muslim otherwise where is the sincerity(ikhlas), the foremost requirement for your believe to be accepted, because without sincerity you are a hypocrite!.

    ReplyDelete