- Nampaknya Dato Bashah masih belum mendapat rentak bagaimana mahunya untuk mentadbir Umno Kedah. Masa untuk mengumumkan siapa Setiausaha Perhubungan dan Bendahari pun agak lama, kononnya kena tunggu DSN pilih? Mungkin juga sudah tiada lagi calon yang layak atau beliau sendiri takut nak buat keputusan.
- Namun begitu ramai yang berkata, kalau dah tak tahu nak lantik, umum sahaja barisan eksekutif yang lalu! Bagus juga cadangan tu, sekurang-kurang ada buat keputusan dan bukannya selop macam sekarang.
- Ura-ura mengatakan bahawa jawatan bendahari telah pun ada calonnya, dari Pulau Lagenda lagi. Calon ini juga menurut orang-orang kuat Umno Kedah, kalau tidak dipilih boleh jadi pangsan (kata orang Kedah) atau pitam.
- Pitam bukan apa, kerana itu sahajalah lesen untuk mereka bergerak. Kalau tidak hendak kemana-mana susah. Jadi bila ada jawatan maka ada lah peruntukkan perjalanan dan sebagainya, maklumlah pegawai eksekutif Umno negeri.
- Janganlah kerana tak dapat jawatan dah "pangsan" kerana tanggungjawab memacu dan menjayakan Umno dan BN pada PRU13 memang lebih memangsankan!
Tuesday, February 15, 2011
BOLEH PITAM KALAU TAK BAGI JAWATAN DALAM UMNO NEGERI!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa kata kalau Setiausaha BPUNK bagi kat dato' tajul KB Merbok baru syok, kombinsi oarng dato' Det dgn orang dato' Bashah...hahha apa macam ?
ReplyDelete