Sunday, February 13, 2011

Calon PRU13, Bukan Sahaja Winnable TAPI ....SIHAT WAL-AFIAT

  1. Kematian adalah takdir Illahi yang tidak boleh ditolak. Setiap yang hidup pasti merasa mati. Namun demikian bagaimana keadaan kematian kita bukanlah takdir tetapi ianya bergantung kepada kita yang menentukan. Lahir dalam keluarga kaya atau miskin itu takdir, tetapi mati dalam kaya atau miskin itu bergantung kepada kita.
  2. Mutaakhir ini negara kita dikejutkan dengan beberapa kematian ADUN akibat penyakit kronik samada jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Akibatnya kita terpaksa mengadakan PRK seperti di Tenang, Merlimau dan Kerdau - contoh terdekat.
  3. Rasanya ramai yang tahu dan sedar bahawa bagi mengadakan PRK, sejumlah besar wang perlu diperuntukkan dan nilainya pasti mencecah jutaan ringgit. Jika RM1 juta diperlukan untuk satu-satu PRK, maka sudah tentulah campur dengan 2 lagi PRK yang bakal diadakan kelak jumlah keseluruhan wang yang terpaksa dibelanjakan mencecah RM16 juta.
  4. Oleh yang demikian kerajaan terutamanya BN perlu mengambil-kira juga aspek kesihatan selain "winnable", kelulusan dan kelayakkan lain seperti umur sebagai ciri-ciri penting memilih calon.
  5. Ini yang setiap hari kena suntik insulin pun dipilih juga alamat tak berapa hari lepas PRU kena buat PRK pulak. Kalau boleh sebagaimana pemilihan anggota tentera, siapa yang tersenarai untuk jadi calon perlu juga mengikuti program lasak yang menguji tahap mental dan fizikal calon. Dengan itu kalau ramai yang tercungap-cungap kelelahan, pitam, rebah atau melelong tak ketahuan punca tu..eloklah didelete dari senarai.
  6. Harapan kita, moga-moga dengan inisiatif yang diambil maka tidaklah banyak sangat PRK yang perlu dibuat selepas itu. Kerana bila dah kerap sangat ada kematian dek kerana pelbagai masalah penyakit kronik, maka tumpuan kepada kerja memberi khidmat jadi kurang kerana masing-masing sibuk nak bantu calon dalam PRK.
  7. Oleh itu kalau boleh carilah yang muda-muda dan sihat wal-afiat, kerana yang pastinya mereka yang baru ini tidak banyak masalah atau reba jadi proses kempen pun mudah dan memudahkan.

2 comments:

  1. hahaha...betoi3x, aku dengaq ketua bahgian merbok memang cucuk insulin kalau tidak musti piap punya. kalau dah lagu tu baik berehat lah.
    Kami pun tak larat nak pi pangkah banyak2 kali.
    Dato Najib mau pilih elok2 kalau tidak punggah kheja dok kempen la kita.

    ReplyDelete
  2. TS,

    Begitulah kalau sudah meningkat umur. Bukan sahaja ketua bahagian yang kena kencing manis, Ustaz Azizan pun penyakit juga.
    Saya dimaklumkan Ustaz pun kerap tuang kerja. Pukul 3 petang masti balik tidur kerana sudah tak mampu bertahan. Itu pun masih nak pegang jawatan MB.
    Nampaknya budaya gila ke jawatan ni bukan sahaja dalam Umno tapi juga berlaku dalam PAS.

    ReplyDelete