- Ramai yang merungut bila jumlah yang perlu dibayar jika hendak melunaskan tunggakan telah ditetapkan pada 75% dan tidak kurang sesen pun. "pada aih...SADA buat lagu ni..." "Sejahtera apa lagu ni?!!". Begitulah kira-kiranya ayat-ayat pukulan kepada tindakan SADA terhadap pengguna air di Kedah.
- "Dulu kalau nak bayar berapa pun boleh, sekarang dak dah kalau nak bayaq kena 75%!" Kata seorang pengguna mengesahkan jumlah yang perlu dibayar sekirannya mahu membuat pembayaran bil. "Kalau orang susah macam mana?" tambah beliau lagi. "kalau bil RM100, 75% maknanya RM75. Kalau cuma ada RM30, pakai tak bayaqlah...lepaih tu melopong kena potong ayaq. Nak sambung dia caj RM25 lagi, campoq semua RM125...ini zalim!"
- Tindakan tegas syarikat air milik kerajaan negeri tersebut dikatakan sudah tidak boleh bertolak ansur lagi dengan kerenah pengguna air di negeri ini yang baloq (liat) membayar bil air mereka. Oleh yang demikian tindakan memotong bekalan air dari rumah ke rumah menjadi jalan penyelesaian terbaik pihak kerajaan negeri bagi meningkatkan kutipan hasil air yang dikatakan merosot teruk (hampir RM14 juta setahun) gara-gara sikap pengguna di negeri ini.
- Pernah satu ketika sewaktu PRK DUN Bukit Selambau, sehari selepas PKR menang, seluruh Sungai Petani dimaklumkan terputus bekalan air selama beberapa hari. Maka terdengarlah suara-suara yang memaki hamun Barisan Nasional kerana "memutuskan bekalan air" tersebut, kononnya kerana tidak boleh terima kekalahan di DUN tersebut. Timbul tanda tanya di kepala TS ketika itu, siapa yang jadi kerajaan? Bukankah PAS? Kenapa pula disalahkan BN?
- Jadi, benda yang tak ada, diadakan. So, sekarang bila dah jadi macam ni siapa pula yang nak disalahkan ye?
- Cuma sebagai ingatan kepada pengguna air di Kedah, pandai guna, pandailah bayar janganlah kita susahkan pihak kerajaan hari ini yang hanya menjalankan tanggungjawab mereka. Mungkin dengan cara begini maka orang-orang Kedah dapat didisiplinkan dan sentiasa menghargai kemudahan yang kerajaan sediakan.
- Macam-macam cerita di Kedah ni, cuma tak ada siapa yang nak high-light. Mungkin semua dah selesa, wallah-u-alam.
Tuesday, February 8, 2011
PADA AIH SADA! MANA DIA NEGERI KEBAJIKAN??!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment