- Seperti dijangka Nik Aziz pastinya akan mempertahankan apa sahaja keletah pemimpin dari parti pembangkang. Dulu dia mempertahankan Elizabeth Wong yang bogel dan sekarang pula Anwar yang "dikatakan" beraksi ghairah dalam video seksnya.
- Jika siasatan polis mendapati bahawa pelaku seks dalam video tersebut adalah ketua pembangkang itu, pasti sekali lagi fatwa mengarut yang menyebelahi si pelaku tersebut akan dibuat. Ini sebenarnya memang kita jangka kerana itulah kelebihan Nik Aziz, iaitu mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati berlandaskan semangat setia kawan dalam PR.
- Mat Sabu, Naib Presiden PAS, dalam kenyataannya telah meminta agar satu panel penyiasat dari luar negara diambil bagi menentukan kesahihan video tersebut kerana meragui siasatan polis negaranya sendiri.
- Begitulah lebih kurang sikap para pemimpin pembangkang terutamanya dari PAS. DAP dalam isu tersebut masih membisu. Bagi DAP biarlah isu-isu sebegitu di"champion" oleh orang Melayu! Kerana yang perlu dipecahbelahkan adalah Melayu! Jadi mereka duduk diam dan lihat sahaja.
- Keduanya pula, mereka sendiri sedia maklum dengan perangai ketua pembangkang tersebut tetapi dek kerana kuasa politik maka "biarkanlah".
- Kepada pemimpin pembangkang fatwa, maruah dan integriti itu adalah mainan mereka. Janji tengkok mereka terlepas dan rakyat melihat mereka sentiasa bersih, suci lagi maksum, orang lain peduli apa hatta agensi keselamatan negara. Sebab itu mereka mudah mencaci cerca sistem keselamatan negara sesuka hati mereka dan mengagung-agungkan orang luar.
- Bagaimana agaknya rupa mereka ini jika terbukti benar bahawa pelaku sumbang dalam video seks tersebut adalah ketua pembangkang? Sama-samalah kita tunggu...
Sunday, March 27, 2011
SKANDAL VIDEO SEXXX : FATWA, MARUAH DAN INTEGRITI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment