Thursday, February 17, 2011

PAS KEDAH BIKIN YAYASAN ISLAM KEDAH "PENNILESS" - Nasib Anak-Anak Di Perantauan Dibimbangi!!

  1. Sedar atau tidak dalam keriuhan membawa balik anak-anak kita dari Mesir, Ustaz Azizan (MB Sejahtera) ada menyebut bahawa Yayasan Islam Kedah atau YIK, sudah tidak cukup dana untuk membiayai para pelajar dibawah biasiswa tajaan GLC tersebut yang kini sedang mengikuti kursus pengajian di Mesir dan Jordan.
  2. Adalah amat mengejutkan apabila Ustaz Azizan Sejahtera memberikan kenyataan tersebut. Ini adalah kerana baru-baru ini juga dengan mendabik dada, beliau menyatakan bahawa kerajaan pimpinan beliau telah berjaya mengumpul wang balak hampir RM50 juta. Tambah beliau lagi, itu merupakan jumlah kutipan tertinggi pernah dibuatnya berbanding kutipan oleh kerajaan BN sebelumnya.
  3. Dari kenyataan beliau nampak macam PAS Kedah pandai buat duit. Tapi bila GLC, YIK yang diketahui mempunyai banyak aset-aset strategik pula mengalami masalah kewangan. YIK juga dikaetahui mempunyai land-bank yang banyak diseluruh Kedah. Begitu juga dengan kuari-kuari pasir, bangunan komersial dan syarikat pembinaan.
  4. Adalah tidak munasabah bila Ustaz Azizan Sejahtera memberikan kenyataan tak seperti seorang Islam tersebut. Ini adalah kerana YIK ketika ditinggalkan oleh kepimpinan BN, dana yang terkumpul adalah hampir RM49 juta. Kemanakah wang tersebut dibelanjakan sepanjang 3 tahun pentadbiran PAS?
  5. Ataukah wang tersebut telah habis dibelanjakan bagi membiayai kos lawatan kepimpinan kerajaan dan pengurusan YIK ke luar negara? Menziarahi pelajar itu tidak salah, tapi sekali pergi berpuluh-puluh orang dan banyak tempat pulak yang tiada kena mengena dengan urusan para pelajar. 
  6. Satu lagi, TS dimaklumkan Pengurus Besar yang diletak oleh Ustaz Azizan Sejahtera, iaitu Haji Rahman juga dikatakan bukanlah orang yang layak duduk dikerusi tersebut. Kerana beliau ini memangnya tipikal kakitangan kerajaan dan bukannya Businessman.
  7. Masa dia di Jabatan Agama Islam Kedah pun dia bikin banyak masalah. Gaji tak bayar dan sebagainya. Atau dengan kata lain banyak orang yang tidak suka dengan dia ni! Kalau dia dipindahkan ke tempat lain, kata mereka lagi, semua orang buat kenduri!! Pendek kata dia ni memang liabiliti kepada YIK!!
  8. Oleh itu kalau beginilah pegawai yang diamanahkan menguruskan YIK dengan kedudukan kewangan YIK yang cukup meruncing kini, bagaimanakah nasib anak-anak kita di Jordan dan Mesir kelak. Dengar kata nak beli kasut pun tak ada duit. Hai..macam mana ni, kalau nak buat kerja biar betul-betul, buat kerja macam orang Islam lah!!

2 comments:

  1. PAS ingat depa tadbir negeri ini macam depa tadbir tabung mesjid.
    Kepala-kepala yang mereka letak dalam SLC (State Link Company) tidak boleh buat kerja.
    Lihat apa jadi dengan KulimHitech, nama saja Kulimhitech bila dapat kat PAS sudah jadi Kulimlowtech.
    Lingkup.....

    ReplyDelete
  2. pemimpin Pas pandai cakap saja, kerja OUTTA.
    Buat la macam mana pun, tang kerajaan buat semua tak betul!
    DEB salah, MBE salah, dasar kewangan salah, dasar fiskal salah...boleh kata semua salah. Mereka saja yang betul dan "pandai". Pandai merosak dengan maki hamun memang lah kepakaran mereka.

    ReplyDelete