Wednesday, March 9, 2011

A Doctor In The House - Pasti Ada Yang Senak

(Sumber The Star)
  1. Kemunculan memoir oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, telah menarik begitu ramai pembaca dan peminat negarawan ulung tersebut untuk mendapatkan naskah nukilan beliau yang terhasil setelah 8 tahun dalam pembikinannya.
  2. Pelbagai peristiwa pahit manis getir kisah kehidupan yang dilalui beliau sepanjang 85 tahun dan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia akhirnya disajikan kepada seluruh ahli masyarakat tanpa berselindung lagi. Malah beliau juga bersedia sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuashati dek terkena batang hidung mereka untuk menyaman beliau kerana buku tersebut.
  3. Sebagai seorang yang dikenali cekal, berani dan sarat dengan maklumat, pastinya jika ada sekalipun yang kurang senang dengan pendedahan yang dibuat oleh Tun dalam memoirnya, untuk tampil menegur pun mungkin terpaksa berfikir berkali-kali kerana kalau tersilap langkah, benda lain pula yang terkeluar.
  4. Tun didalam memoirnya juga ada menyebut bahawa beliau juga tidak terlepas dari membuat kesilapan tetapi memecat Anwar Ibrahim merupakan tindakan tepat yang telah beliau buat. Mungkin Tun perlu akui juga kesilapan besar yang pernah beliau buat, iaitu memilih Pak Lah menjadi PM sehingga sekarang rosaknya masih lagi belum boleh dibaiki.
  5. Dengan terbitnya "A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamed" sekurang-kurang boleh dijadikan rujukan dan panduan berguna kepada generasi akan datang dan seterusnya membuka minda kita untuk menyelami pemikiran serta tindakan yang telah Tun lakukan sehingga menjadikan beliau seorang negarawan ulung yang disegani di seluruh dunia dan bukannya seperti Tok Guru yang hanya tahu mengeji dan mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan yang merosakkan akal dan budaya manusia lain.
  6. Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah TUN!

No comments:

Post a Comment