Tuesday, April 26, 2011

MR BEAN BUAT LAWAK SLAPSTIK LAGI..TAPI KALI INI DENGAN PERKASA


  1. Bila terbaca saja dalam SINAR hari ini tentang kenyataan oleh Mahfuz Omar tentang Perkasa, terlintas dibenak fikiran saya, memang dia ni suka Melayu berpecah kah? Kenapa yang tak seronok sangat kalau ramai orang Melayu menyertai atau menghadiri majlis Perkasa. Kenapa yang dia tiba-tiba terasa nyilu? Tetapi TS memuji sikap Ustaz Azizan yang berterus terang dan cukup gentleman apabila memaklumkan bahawa Perkasa ada menjemputnya ke program mereka. Malangnya Ustaz tidak dapat hadir kerana komitmen lain.
  2. Mahfuz sepatutnya mencontohi Ustaz sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang Perkasa. TS walaupun bukan ahli Perkasa tetapi TS amat prihatin dengan perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair! Sebab itulah satu ruang yang istimewa TS berikan kepada Perkasa dalam blog ini.
  3. TS percaya bahawa ideologi perpecahan yang dibawa Mahfuz sudah sebati dengan dirinya. Oleh sebab itu juga dia tidak boleh menerima Perkasa. Mungkin Mahfuz tidak sedar bahawa ramai dikalangan ahli Perkasa terdiri dari Umno dan PAS serta orang Melayu PKR. Mahfuz tidak mungkin akan tahu kerana sikapnya yang suku menjauhi kebenaran dan gemar menyebarkan kebathilan.
  4. Jika inilah keadaannya, yakni perpaduan dalam Perkasa, ia adalah satu petanda baik bahawa orang Melayu sememangnya boleh bersatu. Cuma yang tak mahu orang Melayu bersatu adalah pemimpin mereka yang GILA KUASA!
  5. Sebab itu juga mereka, yakni pemimpin ini, suka kalau bangsanya sendiri berpecah. Asal ada saja NGO atau mana-mana pertubuhan yang inginkan penyatuan atau perpaduan maka NGO atau pertubuhan itu dikira tidak relevan atau bias dan dikaitkan dengan Umno. TS juga dimaklumkan bahawa majlis Perkasa yang dijadualkan pada 29 dan 30 April nanti di Alor Setar juga tidak dibiayai oleh mana-mana parti politik termasuklah Umno!
  6. Tetapi sesuatu yang cukup menginsafkan adalah apabila beberapa orang AJK penganjur memaklumkan bahawa kebanyakkan wang yang disumbangkan untuk program tersebut datangnya dari orang perseorangan yang begitu bersemangat dan mempunyai roh Melayu yang cukup kental, tahniah!
  7. Apapun TS tidak hairan Mahfuz menyedari latarbelakangnya yang sememangnya kurang enak dengan mereka yang tidak menyokong perjuangannya termasuk dari golongannya sendiri. Cuma yang menjadi persoalannya ialah apakah perjuangan sebenar Mahfuz? Terus terang TS pun tak tahu halatuju perjuangan beliau tetapi kalau suruh bedal atau maki hamun orang, itu memang anugerah tersendiri Mahfuz.
  8. Akhir kata cukuplah dok mengata orang tak ketahuan hala, ingatlah Allah tempat kembali dan Dia jugalah yang Maha Mengetahui.

1 comment:

  1. Pengerusi UMNO tiga kali SRP. Pengerusi PAS lulusan satjana dari Mesir dan UKM.
    Mana nak pilih?

    ReplyDelete