- Tiada perjuangan yang paling suci dan mulia disisi Allah SWT adalah perjuangan mempertahankan agamaNya, Islam! Kerana itu juga mati mempertahankan Islam itu Syahid! Jihad itu wajib apabila tidak ada lagi jalan lain untuk menyelamatkan Islam dari terus dihina, dipijak dan dipersendakan. Kalau undang-undang pun tidak mampu dilaksanakan, cara mana lagi harus digunakan untuk memberhentikan tindakan jahat kafir harbi!
- Inilah sebenarnya perjuangan kita sebagai umat Islam. Islam yang telah memerdekakan kita dari perkara-perkara yang syirik dan kurafat, dari jahiliyah kepada cahaya agama, dari mungkar kepada yang makruf semestinya kita pertahankan walau dengan darah dan nyawa sekalipun.
- Kejadian yang berlaku pada malam 3 Ogos lalu cukup meruntun hati kita apabila ada pemimpin Islam yang masih cuba kononnya nak menegakkan "keadilan!" Keadilan kepada siapa dan apa?
- Sekiranya siasatan JAIS itu benar, apakah tindakan mereka terhadap puak-puak gereja kristian tersebut? Adakah mereka sedia "berperang" dengan puak-puak kristian serta penyokong mereka aka DAP? Itu jika JAIS benar.
- Bagaimana pula jika JAIS tersilap, bagaimana pula nasib JAIS? Apakah JAIS akan dikatakan sebagai agen UMNO dan kerajaan BN nak merosakkan hubungan antara geng PR? Kerana Hassan Ali dah pun dilabel sebagai agen Umno!
- Oleh itu TS amat menyokong beberapa tindakan NGO yang telah memperlihatkan rasa marah mereka terhadap kepimpinan lembik dan dayus Khalid Ibrahim dalam menangani isu tersebut dengan menghadiahkan kepadanya mangkuk tandas, berus tandas, mop dan penyapu. Kalau dulu Khir Toyo hadiah penyapu kepada YDP PBT, kali ini rakyat hadiah kepada MB. Punyalah lekeh MB Selangor!
- Biar apapun hadiahnya, mereka yang mempunyai motif disebalik peristiwa 3 Ogos lalu perlu diingatkan bahawa mereka akan berhadapan dengan padah yang amat dasyat jika mereka tidak segera berhenti dari mencemarkan ISLAM!
- Begitu juga kepada ahli politik Islam yang cuba mengenepikan kesucian ISLAM dengan menjadikan peristiwa itu kononya sebagai modal politik! Atau dengan kata lain, mengutamakan rakan-rakan kafir dari membela agama Islam, maka orang-orang ini kita perlu pastikan mereka akan melingkup pada PRU13 kelak! Tidak kira dia berstatus "ulamak" atau "ustaz".
- Kalaulah begini fiil mereka, TS rasa mereka tidak mampu menegur atau melaksanakan konsep negara Islam dan hudud. Apatah lagi nak berdakwah kepada golongan kafir harbi dalam pakatan mereka sebagaimana cakap Mursyidul Am mereka Nik Aziz.
- TS percaya kalau JAIS tidak cukup bukti, juak-juak PAS pasti akan hentam dan lanyak cukup-cukup JAIS. Oleh itu TS amat berdoa agar JAIS sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT demi menegakkan kebenaran, InsyaAllah.
- Tetapi kalau semua buktinya cukup dan masih juga tiada tindakan diambil oleh pemimpin Islam PAS, maka sebagaimana kata TS tadi mereka pasti akan menerima azab Allah SWT dalam PRU13 nanti. Ingatlah kalau berjanji dengan orang pun kita dituntut agar menunaikannya apatah lagi dengan janji Allah SWT terhadap hambanya yang tidak menegakkan agamaNYA.
- Oleh itu harapan kita ialah cukuplah kita dihina oleh orang kafir dan beberapa pemimpin Islam sendiri yang tak mampu nak bersuara untuk agamanya, kita mahukan pemimpin yang berani pertahankan agamanya, bangsanya dan negaranya.
- Kepada semua umat Islam marilah kita bersama perteguhkan semangat jihad kita demi agama Allah yang mahu suci ini, Allah-u-akbar!
Wednesday, August 10, 2011
ISLAM! JIHAD FISABILLILAH JALAN PENYELESAIAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Blogger Tok Senawi,
ReplyDeleteCuba lawat site ini :
http://y-jesus.com/jesuscomplex_1.php?gclid=CMGo-5HdyqoCFct56wodti1G1A
Apa komen tuan?