- Mana satu nak dipertahankan, AGAMA atau POLITIK? Inilah yang persoalan yang sedang ligat berlegar di kotak pemikiran para pemimpin Islam PAS! Kalau nak pertahankan Islam, maka hajat nak menang besar dengan sokongan padu bukan Islam perlu dilupakan. Kalau nak sokongan bukan Melayu dan bukan Islam, maka Islam perlu ditinggalkan.
- Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam memelihara agama suci Islam serta akhidah umatnya seharusnya dipuji keberanian mereka. Tidak seperti PAS yang hanya pandai berkokok sahaja tentang perjuangan Islam tetapi habuk pun tak ada.
- Tetapi tindakan berani Datuk Dr Hassan Ali juga tidak kurang membanggakan. Inilah pejuang sejati Islam sanggup menerima apa juga tindakan dunia demi menyelamatkan agama dan tidak akan berkompromi dengan sesiapa juga yang akan merosakkan agama. Pemimpin seperti inilah yang seharusnya menjadi pilihan ahli PAS apabila nak mentabalkan pemimpin besar parti mereka bukan macam Nik Aziz, Mat Sabu atau Mahfuz!
- Hari ini akidah umat Islam terpelihara kerana tindakan pemimpin UMNO terdahulu yang telah berjaya mengubal Perlembagaan Persekutuan. Kerana dengan adanya artikel 11 sekurang-kurangnya kita tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana dakyah bukan Islam! Dalam hal ini Umno telah bertindak cemerlang! Yang betul kita kena cakap betul. Bukan sembrononya menganggap segala yang Umno buat itu salah.
- Apa yang PAS dah buat terbaik untuk umat Islam di negara ini? Buat masjid? Demonstrasi? Maki hamun orang? Fitnah? Subahat dengan kafir harbi? Adakah ini yang terbaik yang telah disumbangkan untuk membangunkan syiar Islam ?
- Tetapi pemimpin PAS lain pula jadinya. Mereka dahulunya dilihat amat mantap pegangan agama mereka, tetapi hari ini pegangan mereka diragui. Apakah sebenarnya perjuangan PAS hari ini?
- TS menyokong kenyataan saudara Nik Abduh Nik Abdul Aziz (anak Mursyidul Am PAS), beliau nampak lebih rasional dari bapanya dalam isu akidah dan agama, iaitu umat Islam harus bersatu dalam menangani sebarang isu akidah dan agama Islam.
- Bukankah Islam itu menjadikan kita bersaudara? Bukankah tindakan Gereja Methodist itu jelas mengugat kesucian agama kita? Dan apakah tindakan kita dalam menyelamatkan akidah anak bangsa seagama dengan kita? bukankah itu tanggungjawab kita bersama?
- Ini yang menyebabkan kita confuse, keliru! Bila ada orang Islam yang boleh berkompromi dengan hal-hal agama Islam, agama mereka sendiri! Tetapi bila difikirkan balik mungkin juga mereka ini pun kurang arif dengan kristian atau masih menganggap kristian hari ini sama seperti ahli kitab zaman sebelum Rasullullah SAW?
- Sebab itulah TS paparkan beberapa artikel tentang kristian dan bible sekurang-kurangnya kita mempunyai maklumat tentang ajaran mereka. Supaya kita lebih yakin dan teguh beriman dengan Islam kerana kita sudah berada di landasan yang maha benar tanpa perlu ragu-ragu atau confuse lagi!
- Oleh itu marilah bersama-sama kita pertahankan kesucian agama Islam dengan bersungguh-sungguh tanpa perlu gusar atau takut kerana yang perlu ditakuti adalah azab Allah SWT di akhirat kelak. Tahniah Dr Hassan Ali kerana berani memperjuangkan agama Allah, kalau kena buang PAS join Umno...bukannya payah mana.
Saturday, August 6, 2011
Confuse! Antara ISLAM dan POLITIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment