- Mendengar cerita kawan-kawan yang pernah tinggal di kota metropolitan New York dan beberapa bandaraya di Amerika ternyata memberikan gambaran yang jelas berbeza dengan apa yang TS bayangkan terutamanya dari sudut pengembangan agama Islam.
- Menurut rakan-rakan tadi, di sana, setiap masjid menyediakan ruang khas untuk bukan Islam yang membolehkan mereka duduk untuk mendengar khutbah atau ceramah. Mereka juga dilayani begitu mesra oleh pihak Imam dan pengurusan masjid manakala khutbah yang disampaikan juga kebanyakkannya berkisar tentang kehebatan Islam dan keunggulan Nabi Muhammad SAW - akhlaknya, kepimpinannya serta pelbagai sifat-sifat yang mulia untuk diteladani dan diikuti.
- Oleh kerana itu ramai dari kalangan bukan Islam di sana yang tertarik dengan Islam!
- Mendengar kata-katanya, TS terbayangkan suasana penghayatan Islam di negara kita sendiri yang majoritinya menjadi penganut kepada agama yang maha suci itu.
- TS teringat kisah seorang jiran yang cacat anggota kakinya. Beliau yang memakai kaki palsu yang sebelumnya boleh dikatakan jarang ke masjid kerana masalah cacat, suatu hari bertekad untuk ke rumah Allah untuk menyertai solat maghrib berjemaah. Setibanya di pintu masjid beliau telah disambut oleh siak masjid tersebut dengan ungkapan berikut, "ai tak pernah nampak muka pun sebelum ni!".
- Semenjak dari hari itu beliau tidak lagi ke masjid tersebut sebaliknya terpaksa memilih untuk pergi ke masjid yang agak jauh sedikit dari rumahnya dek kerana kata-kata tersebut.
- Peristiwa seperti ini sebenarnya banyak! Ada juga setengahnya hanya sekadar jenaka tetapi dalam soal ibadah seharusnya perkataan sedemikian dijauhi kerana ianya bukan sekadar tidak sesuai tetapi juga tidak seharusnya dikeluarkan. Kita seharusnya menyambut tidak kira siapa yang hadir ke masjid atau surau dengan wajah yang ceria dan mesra.
- Bagaimana mungkin kita hendak menerima kehadiran orang bukan Islam ke masjid sekiranya demikianlah sikap kita. Tapi tidaklah sampai terlalu mesra alam sehingga boleh benarkan mereka masuk dalam masjid tanpa tak tutup aurat. Kerana itulah caranya kita educate mereka tentang Islam.
- Begitu juga dengan intipati khutbah yang disampaikan. Ia mestilah yang menyeru kepada kebaikan, yang memberi contoh teladan, yang memperlihatkan keindahan Islam dan yang memperlihatkan dalil-dalil kewujudan Allah SWT.
- Ini tidak, disesetengah masjid yang "dikuasai" oleh puak-puak PAS! Boleh dikatakan intipati khutbah yang disampaikan oleh khatib bertugas kebanyakkannya berbaur politik! Hentam sana sini, suruh orang saling membenci sesama Islam, memburukkan sesama Islam dan sentiasa "membetulkan" mereka sahaja! Apakah khutbah sebegini sesuai untuk didengar oleh orang yang baharu hendak berjinak dengan Islam?
- Oleh itu masih banyak yang perlu kita perbetulkan apabila kita hendak memperkenalkan keindahan Islam kepada bukan Islam.
- Para ulamak, ustaz-ustaz perlu lebih proaktif dan perlu "keluar" untuk berdakwah. Tidak boleh hanya dengan duduk dalam pejabat atau hanya berceramah dalam masjid, dewan, surau atau di pentas-pentas khas sahaja. Mereka juga hendaklah bersedia untuk berdakwah secara sukarela dan tidak melihat kepada "ongkos"nya sahaja!
- Pihak bertanggungjawab pula perlu memikirkan cara-cara atau kaedah penyampaian maklumat yang lebih menarik, direct serta ringkas serta mudah difahami.
- Kita juga perlu tahu tentang ajaran orang lain kerana hanya melalui maklumat yang tepat maka kita boleh mengemukakan hujah dan alasan yang kukuh. Kita boleh kalahkan musuh dengan tahu kekuatan dan kelemahannya. Hanya dengan yang demikian juga kita boleh menghindarkan umat Islam dari dikelirukan oleh orang lain terutamanya puak-puak kafir kristian!
Sunday, August 14, 2011
Terlalu Berpolitik Punca Islam Jadi Lemah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment