- Bila TS terima panggilan telefon dari seorang sahabat Sungai Petani yang memberitahu bahawa ada Umno bahagian yang buat begitu banyak lawatan ke Indonesia, TS pun bertanya, "awat yang kerap sangat pi ke sana?" jawab si kawan, sinis, "pi tengok anak depa kot." Kedua-dua kami ketawa.
- TS terus ajukan soalan, "ok cuba hang habaq secara ihklas, awat yang depa rajin sangat pi ke sana?", dia jawab, "alah bukan hang tak tau, kan la ni kempen lawan G7". "Ni kalau hang nak tau, ada tokoh lama nak test market, jadi yang lawan dia hari tu ketaq kedagulah (mengigil) takut kalah", tambahnya lagi. Hai, takkanlah nak lawan G7 sampai kena bawa orang melancong ke Indonesia? bisik saya sendirian.
- "Ini bahagian mana yang hang dok cakap ni?" saya bertanya. "MERBOK", jawabnya ringkas. "Ya kah?, tak habis-habis Umno bahagian Merbok", depa banyak duit sangat kah?" saya tanya lagi. "Tak tau lah tapi dengar kata Ketua Bahagian dia boleh projek buat sekolah, banyak buah pulak tu!" beliau menguatkan hujahnya kenapa boleh buat begitu banyak lawatan. "Hang bayangkan sampai ada yang balik dan meninggal dunia, katanya terlalu over-excited" tambah beliau lagi. "Tapi tak mau lah nak cakap banyak tentang yang dah pergi, tak baik."
- Nampaknya pemimpin Umno masih tidak berubah! Mana transformasi yang dilaung-laungkan? Mana dia sumpah rakyat dihulukan, adakah mereka dengar denyut nadi rakyat? atau denyut jantung keterujaan boleh meluangkan masa makan angin di Bandung atau Medan.
- Sudahlah undi Melayu pun mereka sudah tidak kisah dek kerana nak melayan orang yang sudah tidak mahu menyokong mereka. Kerja untuk rakyat pun mereka tak peduli dek kerana pertandingan G7! Inilah kerja pemimpin Umno tahu nak jaga kedudukan mereka sahaja, patutlah mereka tidak begitu kisah kalau BN atau Umno kalah dalam PRU. Sebab kalau jadi pemantau Parlimen habuannya lebih, kerjanya sedikit.
Saturday, May 7, 2011
UMNO OH! UMNO : Berubahlah! Berubahlah! Berubahlah! Atau Kamu Diubah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment