- Nampaknya posting TS beberapa ketika ini ada mengundang sedikit rasa khuwatir dikalangan kita, terutamanya apabila TS mengenegahkan beberapa petikan dari Bible bagi memperlihatkan bahawa kredibiliti kitab tersebut ternyata mencurigakan serta boleh dipertikaikan. Tujuan TS adalah agar pembaca (terutama yang tidak pernah melihat atau meneliti helaian-helaian kitab tersebut) mendapat serba sedikti gambaran berkenaan kitab tersebut.
- Sekali lagi TS nak tegaskan disini bahawa bukan niat TS untuk mencari pasal dengan mana-mana pihak terutamanya dengan penganut Kristian, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan (tabligh) kebenaran! Bukankah menyampaikan itu satu sifat Rasullulah? Kebenaran di sini ialah dengan membuktikan kelemahan dan kepincangan yang ada pada kitab bible serta bagaimana ia boleh disalahgunakan jika tiada penerangan yang jelas tentang kristian dan kitab itu sendiri.
- Oleh itu adalah perlu bagi kita untuk mengenali kitab mereka supaya kita tidak mudah terjerat dengan segala tipu muslihat mereka. Tulisan kali ini juga mungkin agak panjang bagi menjawab komen para pembaca sebelum ini.
- Pertama sekali kita perlu tahu bahawa di dunia ini terdapat 24,000 manuskrip (bible) dan tiada dua (2) yang serupa! Sebut sahaja samada King James Bible, Revised Standard Version (RSV), Douay, Gideons dan banyak lagi semuanya berbeza dari segi ayat mahupun perkataan yang terdapat dalam setiap satunya. Ini berlaku kerana mereka mahu kitab mereka disesuaikan dengan kehendak mereka.
- Jika terdapat ayat-ayat atau surah (The Book) yang tidak sesuai maka ianya akan dikeluarkan dari kitab tersebut. Sebagaimana yang TS ketengahkan pada post terdahulu tentang isi kandungan Bible - bahawa adanya unsur porno, tegahan-tegahan dan sebagainya NAMUN ayat-ayat tersebut tidah diperendahkan mereka dan posting kali ini pula mari kita lihat apa yang berlaku kepada ayat-ayat yang diklasifikasikan sebagai "ayat tuhan." Adakah menerima nasib yang sama?
- Contoh "ayat-ayat tuhan" didalam bible, terutamanya dalam kitab lama atau "old testament" atau juga dikenali sebagai Taurat. Contohnya perihal ramalan kedatangan seorang Nabi dalam Book of Deutronomy, bahagian 18, ayat 18 (deut 18:18).
- "I will raise them up a Prophet from among their bretheren, like unto thee (seperti kamu yakni Musa), and I will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him. Deutronomy 18:18. Ayat tersebut dengan jelas menceritakan tentang akan dibangkitkan seorang Nabi yang akan menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan melaksanakan segala suruhannya!
- Manakala dalam bahagian tersebut juga diakhir ayat ke 20, Tuhan juga memberi amaran kepada sesiapa yang engkar kepada ayat-ayatNya maka mereka akan menerima pembalasannya! "and it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in MY NAME, I will require it of him." (akan menerima siksaan Ku) Deutronomy 18:19.
- Dalam Book of Isaiah 29:12 sekali lagi dinyatakan perihal Nabi - kali ini tentang sifatnya, dengan menyebut bahawa beliau (yakni Nabi tersebut) seorang yang tidak tahu membaca! "then the book is delivered to him that is not learned, saying, "read this," (bacalah) I pray thee: and he saith, I am not learned." (aku tidak tahu membaca) Isaiah 29:12.
- Siapakah yang dimaksudkan dengan tidak tahu membaca tersebut, Muhammad atau Jesus?
- Siapakah yang dimaksudkan dengan "... in MY NAME." ? ALLAH atau tuhan bapa? Adakah "in the name of the father..." itu nama Allah atau bukankah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih." itu lebih bertepatan dengan petikan "he shall speak in My Name." tersebut?
- Bukankah ayat-ayat tersebut begitu jelas memberikan tanda-tanda kebangkitan Nabi Muhammad SAW yang dibangkitkan untuk menyampaikan ayat-ayat Allah SWT? Apakah mereka (orang-orang Kristian) sedar? ATAU
- Apakah mereka menerimanya DAN mereka mendengar ayat-ayat Tuhan tersebut? JAWAPANNYA TIDAK! Ayat tuhan mereka juga tidak mereka endahkan!
- Tidakkah itu bermakna mereka MENOLAKNYA?
- Mereka menolak kerana keangkuhan dan kesombongan serta tidak sesuai kepada mereka.
- Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana jika ayat-ayat tersebut dimanipulasikan dengan sedikit tokok tambah dengan kalimah ALLAH, tidakkah itu akan membawa pengertian sebaliknya?
Saturday, May 14, 2011
Kristian Pun Tolak Bible!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kamu bukan tuhan & tiada hak menilai shitttttttttt
ReplyDelete