- Apabila Obama mengumumkan kejayaan pasukan elit Navy Seal berjaya membunuh pengganas no.1 Amerika, Osama, ramai yang berpendapat bahawa ia merupakan hadiah kepada keamanan dunia. Tidak kurang juga yang mencemuh tindakan tersebut dan seterusnya mendoakan agar segala dosa Osama diampunkan Allah.
- Walau apapun tanggapan dunia terhadap tindakan tersebut, ia tidak lebih kepada gula-gula untuk meraih sokongan dan undi rakyat Amerika terhadap kempen Presiden Amerika, Barrack Obama untuk penggal keduanya.
- Berbeza dengan DSN, beliau menjadikan nombor bertuahnya sebagai tanda atau teka teki tentang masa depan politiknya dan tarikh pilihanraya ke13 dan bukannya tindakan brutal dan ganas sebagai kaedah untuk meraih sokongan bagi membantu penggal beliau seterusnya.
- Benar atau tidak Osama terbunuh, wallahualam! Mungkin ini juga antara sandiwara Amerika. Amerika kan pandai bikin filem, kamera trik, special effect dan sebagainya adalah mainan mereka dan sebab itulah mereka boleh jual filem mereka berbilion dolar kerana mereka mampu kecoh kita. Walaupun begitu ternyata dunia perfileman mereka yang kontrol dan kita terpaksa tabik!
- Cuma yang menghairankan kita adalah masih ada pemimpin dan juga segelintir manusia yang amat taksub dengan Amerika serta sanggup menjadikan negara tersebut sebagai kiblat kepada demokrasi dan kebebasan.
- Mereka juga sanggup untuk memburukkan negara sendiri dengan pelbagai tuduhan yang jijik dan merepek serta membuat palbagai tuduhan palsu serta fitnah bagi memburukkan pemimpin negara sendiri, padahal pemimpin negara yang mereka agungkan lebih jahat dan hina tindakan dan perilaku mereka terhadap dunia ini.
- Tapi tidak juga menghairankan jika mereka bertindak sedemikian kerana akhlak mereka pun bukannya baik pun! Isu moral pun melimpah ruah. Jadi biarlah kerana "dia" pun bukannya orang yang "soleh"! Dia sendiri yang kata, "hanya orang yang soleh buat sumpah laknat!" Dia tak mahu buat sumpah laknat sebab dia bukan orang soleh, dia orang yang tiada akhlak!
Friday, May 6, 2011
Bapak Borek Anak Rintik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment