Saturday, July 16, 2011

Pemimpin PAS Harus Bertaubat Demi Perjuangan Islam Yang Sebenar!



  1. Bagi memanfaatkan kepulangan TS ke kampung baru-baru ini bagi menziarahi orang tua, kesempatan tersebut telah digunakan sebaiknya bagi berborak-borak dengan orang tua TS tentang bagaimana cara pemikiran pemimpin-pemimpin dahulu ketika kemerdekaan hampir dalam genggaman.
  2. Dalam nada yang lembut dan terketar-ketar, kerana usia sudah menjangkau 84 tahun, beliau berkata, "pemimpin dulu minta pandangan para ulamak, bagaimana nak perintah negara." Tiga (3) teras utama yang perlu diambil perhatian dan dilaksanakan bagi memastikan pemerintahan yang berjaya dan berkat iaitu katanya : Pastikan rakyat sihat, pastikan rakyat tidak miskin dan pastikan rakyat berilmu.
  3. "Itulah resepinya", katanya lagi, yang telah membawa Malaysia kepada apa yang kita lihat pada hari ini. Inilah pegangan para pemimpin negara - yakni oleh pemimpin UMNO, yang telah membangunkan negara kita, MALAYSIA.
  4. Mendengar kata-kata itu, terlintas di benak fikiran ini akan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada para pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa kepada pembinaan negara. Malahan inilah legasi kepimpinan yang telah menjadikan nasihat ulamak sebagai teras kepada pembinaan negara ini.
  5. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, TS sempat berhenti di Pekan Rabu untuk membeli beberapa kuih-muih tradisional dan kebetulan TS melewati sebuah kedai menjual kaset dan cd. Lalu terdengar suara syarahan dari pembesar suara di kedai tersebut yang memainkan ceramah Ustaz Kazem al-hafiz tentang "Cinta Kepada Islam dan Sayang Kepada Bangsa serta Negara".
  6. Dari sepintas lalu ceramah tersebut cukup menarik sehingga terpanggil untuk TS membeli CD tersebut. Sepanjang perjalanan pulang ke kota, CD Ustaz Kazem telah menjadi teman seperjalanan. Ianya amat menarik dan cukup "menangkap!"
  7. Dalam satu dari intipati syarahannya beliau menegaskan bagaimana Rasullullah SAW begitu berjaya dalam pentadbiran baginda. Katanya, Rasullullah SAW begitu tegas dengan orang kafir TETAPI begitu lembut dengan orang Islam. Kerana ketegasan itu, baginda dihormati dan digeruni begitu juga dengan orang-orang Islam.
  8. Terfikir oleh TS keadaan umat Islam di negara kita yang tercinta ini. Para pemimpin Islam begitu takut dan sentiasa menurut keletah orang Kafir - kafir harbi pulak tu. Sehingga sanggup mengikut telunjuk mereka. Tidak kira PAS mahupun UMNO.
  9. Paling menyedihkan ialah pemimpin PAS. Melihat tindak tanduk mereka pada hari ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang diajar oleh Rasullullah SAW - sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Kazem ternyata jauh sekali perbandingannya.
  10. PAS juga sudah jauh dari perjuangan asal mereka untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Negara Islam dan Hudud bukan lagi perjuangan mereka malah kini masa depan perjuangan PAS amat diragui. Memetik kata-kata ulamak tersohor, Dato Harun Din al-hafiz, PAS seharusnya dipimpin oleh ulamak.
  11. Kerana ulamak itu waris para Nabi, kerana ulamak itu berupaya memberikan nasihat dan teguran yang terbaik - sebagaimana nasihat yang telah diberikan kepada pemimpin negara bagaimana nak perintah negara bila sudah merdeka DAN bukannya melalak melolong dijalan raya sehingga sedia dicekup pihak berkuasa dek kerana politik menggila!
  12. Ulamak PAS hari ini mengajak rakyat jadi samseng jalan raya, siapsiaga menurut perintah orang kafir harbi, sedia mempertahankan kemungkaran oleh sesama pemimpin mereka dan tidak tahu bersyukur atas niakmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran yang ALLAH SWT berikan.
  13. Keadaan ini berlaku tidak lain dan tidak bukan ialah kerana MEREKA BUKANNYA BERJUANG KERANA ALLAH SWT.  
  14. Oleh itu marilah kita sama-sama mendoakan agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu memartabatkan perjuangan Islam, sanggup dan bersedia untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

3 comments:

  1. Taubat, oh no way. Mereka dah buta dengan itu semua.

    Apa yg mereka nampak hanyalah jalan ke Putrajaya-kuasa. Pasal tobat tolak tepi. Baca saja ayat(Quran) mana dan hadis mana orang akan percaya. Keluarkan apa shj berita dalam kitab suci Pas-Harakah- orang akan percaya. Keluarkan sahaja berita sensasi dalam blog2 pembangkang, orang akan percaya.

    Sampai begitu sekali mereka sudah menjajah minda orang2 Islam di negara ini dek kerana pandainya mereka menyalahgunakan ayat2 suci AlQuran dan menyalahtafsirkan hadis2 Nabi yg mulia.

    wmwi

    ReplyDelete
  2. Salam TS,
    Bagaimana pandangan TS tentang lawatan PM ke Vatican City untuk berjumpa Pope?
    Pernahkah Rasullulah SAW melawat pemimpin kafir?

    ReplyDelete
  3. Benar sekali ... betapa ramai Ulama sengaja tidak membaca ayat ALLAH ini 48:29.

    Petikan dari - http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/

    [29]
    Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

    Jom ... org Melayu/Islam ... tinggalkan Ulama' sengaja tidak mengikut ayat itu - Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam),

    Jom ... org Melayu/Islam ... kita hayati - dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).

    Moga ALLAH memberi kita pemimpin yg benar-benar mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi Nya SAW.

    Org Cheras

    ReplyDelete