- Suasana pagi khamis - semalam, agak panas! Panas dengan cerita tentang memilih sahabat. Kopi panas yang TS order sampai sejuk gedi. Roti french-toast dengan telor separuh sampai kering tak terjamah dek kerana terlalu asyik bersembang pasai bab memilih kawan.
- Kata seorang rakan bersembang ni, "Ustaz Kazem kata kita kena ambik orang beriman untuk jadi sahabat dan pemimpin, macamana tu?"
- TS jawab, "macamana lagi, macam yang al-qur'an kata lah!" tambah TS lagi, "kan dalilnya dah Ustaz Kazem bagi, Surah Al-Maidah ayat 55 - 56 dan Surah Al-Mumtahanah dari ayat 2." Jadi dimana masalahnya?"
- "Tak, aku tahu lah, tapi kenapa ada pemimpin (PAS) boleh dok ikut puak kafir ni (Ambiga, Lim Kit Siang dan Karpal Singh) ?" beliau bertanya.
- Jawab kawan seorang lagi, "politik punya pasai la". Lepaih tu dekat-dekat nak mati, bertaubat lah!" sambil menguntum senyuman.
- "Gila! ada juga orang macam ni." Sambut rakan tadi.
- Jadi begitulah akhirnya kesimpulan yang serba ringkas yang dibuat oleh rakan saya, GILA! Kepada segelintir pemimpin parti tersebut.
- TS pun menambah, "al-qur'an dah ajar kita bagaimana nak pilih kawan dan pemimpin, kalau hang apa nak tahu dalam bible pun habaq benda yang sama -TS membaca petikan dari bible, "But now I have written to you not to keep company with anyone .., who is sexually immoral, or covetous, or an idolater, or a reviler, or a drunkard, or an extortioner - not even to eat with such a person." [1 Corinthians 5:11]
- Maknanya, "kita ni tak boleh berkawan dengan orang yang sembah berhala, rosak akhlak, kaki minum, suka maki hamun, perampas hak orang...kiranya nak duduk minum sekali dengan mereka pun tak boleh. Apa tah lagi yang menentang Islam." kata TS secara ringkas.
- Tetapi hari ini ada orang yang sanggup berpeluk dengan mereka-mereka ini dan sedia meninggalkan perjuangan Islam demi persahabatan tersebut! Apakah orang sebegini yang nak kita angkat mereka sebagai pemimpin Islam? Mereka yang segelintir ini sama sahaja macam penganut Kristian, walaupun jelas segala keterangan dalam al-quran, tetapi mereka tidak ambil peduli!
- Kesimpulannya memilih kawan ini sememangnya sesuatu yang dititik-beratkan dalam mana-mana ajaran jadi terpulang kepada kita untuk membuat keputusan. Apa pun lebih baik kita berpegang kepada ajaran Islam yang amat menekankan kepada persaudaraan dalam Islam dan mengutamakan orang-orang yang beriman (tidak kira mereka dari parti mana) dari orang lain (kafir).
Thursday, July 28, 2011
Memilih Kawan Dalam Al-quran dan Bible!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment