Bersamaan dengan itu dipanggilkan Uskup yang mengetahui seluk-beluk agama mereka. Kaisar lalu memberitahu Uskup itu, dan dibacakan sekali lagi surat itu kepadanya. "Inilah yang selalu kita tunggu-tunggu, dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahukan kita lama dulu!" jawab Uskup itu kepada Kaisar. "Apa pendapatmu yang harus aku buat?" tanya Kaisar kepada Uskup. "Kalau engkau tanya pendapatku, aku tentu akan mempercayainya dan akan mengikut ajarannya", jawab Uskup dengan jujur. "Tetapi aku jadi serba salah", kata Kaisar, "Jika aku ikut nasihatmu, akan hilanglah kerajaanku!".
Abdan memberitakan dari Ibnu Ishak yang menukil dari beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya bahwa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi رضي الله عنه . "Celaka engkau, memang demi Allah, aku tahu bahwa pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus, dan dialah orang yang kita tunggu selama ini, dan sifatnya tersebut di dalam kitab kami. Akan tetapi, apa daya, aku bimbang aku akan ditumbangkan dari kerajaanku. Kalau tidak kerana itu, tentu aku akan mengikutnya. Coba engkau pergi kepada Uskup kami dan jelaskan tentang perkara pembesarmu itu, kerana Uskup itu lebih dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu lebih diterima!".
Maka Dihyah pun mendapatkan Uskup itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu, maka setelah didengar semua berita itu, Uskup itu berkata: "Pembesarmu itu, demi Allah, adalah seorang Nabi yang diutus, kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!" Uskup itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih. Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan membunuhnya. (Al-Ishabah 2:216)
Sumber : kisahshahabat
Maka Dihyah pun mendapatkan Uskup itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu, maka setelah didengar semua berita itu, Uskup itu berkata: "Pembesarmu itu, demi Allah, adalah seorang Nabi yang diutus, kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!" Uskup itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih. Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan membunuhnya. (Al-Ishabah 2:216)
Sumber : kisahshahabat
- Belum pun Perdana Menteri, DSN, membuat kunjung hormat kepada Pope Benedict di Vatican City pelbagai persoalan telah ditimbulkan. Boleh atau tidak? Apa tujuannya? dan sebagainya.
- Bagi TS, berkunjung atau menziarahi rakan taulan, sahabat handai atau juga mungkin musuh kita sendiri dengan niat yang baik tidak ada salahnya. Jika tidak masakan Rasullullah SAW akan menghantar para sahabat baginda keseluruh pelusuh dunia untuk meminta kerajaan-kerajaan di dunia ini untuk mengesakan Allah SWT.
- Dalam kisah di atas ternyata bahawa usaha baginda Rasullullah SAW untuk menyampaikan risalah Allah amat berjaya sekali. Dan baginda melakukannya dengan penuh komitment dan tanpa rasa lelah serta "tak main-main dengan kerjanya".
- Usaha dakwah baginda Rasullullah SAW amat jauh jika nak dibandingkan dengan sekumpulan ulamak yang kononnya memperjuangkan hukum Allah di negara kita. Mereka tidak konsisten, keputusan mereka sering berubah mengikut keperluan semasa. Mereka seperti Heraklius, takut hilang kuasa, takut hilang sokongan untuk menang pilihanraya dan menguasai Putrajaya.
- Paling menyedihkan mereka mempersendakan kalimah Allah, mereka bersekongkol dengan puak kafir harbi yang memang semua manusia di Malaysia ini tahu bahawa mereka amat menentang Islam dan kemudiannya pula menjadikan si perempuan Hindu sebagai ketua serta mempertahankan raja kepada segala raja maksiat!
- Baginda Rasullullah SAW tidak berkompromi dalam hal melaksanakan urusan Allah SWT. Kerana itu juga menyebabkan Uskup Rom akur dan akhirnya menerima Islam walaupun tanpa Maharajanya.
- Oleh itu dapat disimpulkan disini dua perkara utama iaitu, pertama tidak salah jika seseorang itu menziarahi atau membuat kunjung hormat ke atas orang Islam mahupun bukan Islam. Tetapi jika kunjungan itu mampu untuk mengubah persepsi mereka terhadap Islam maka itu lebih baik.
- Kedua pula ialah, ayat-ayat yang menerangkan perihal kedatangan Rasullullah SAW sememangnya ada didalam Injil, hari ini Bible, cuma mahukah mereka menerimannya atau tidak?
- Dalam konteks pertemuan DSN dengan Pope, walaupun TS sendiri pun tidak boleh nak cakap apa tujuannya, kunjungan tersebut cukup diharap dapat disempurnakan sebaiknya oleh PM bagi memperlihatkan kepada kepala tertinggi Roman Katolik itu tentang sifat dan sikap seorang pemimpin Islam.
- Manalah tahu dengan kunjungan tersebut tiba-tiba terbuka hati Pope untuk terima Islam macam cerita tadi. Itu semua kerja Allah SWT, tapi kalau Allah SWT berkehendak siapapun tidak dapat menghalangnya hatta "manusia anugerah tuhan" sekalipun.
No comments:
Post a Comment