- Mungkin ramai yang akan terkejut sekiranya mereka ketahui bahawa kedatangan Nabi Muhammad SAW ada tersebut didalam bible! Ya, memang ada! Jika demikian keadaannya, apakah bible itu ayat Tuhan? Inilah yang menjadi persoalan serta isu utama.
- Dalam Islam al-qur'an merupakan sumber rujukan utama disamping sunnah/hadith Rasulullah SAW serta para ulamak. Sumber-sumber ini tidak bercampur-gaul antara satu dengan lainnya. Tetapi didalm bible berbeza pula keadaannya. Ayat tuhan, ayat nabi dan para cendekiawan mereka dirangkumkan dalam satu buku iaitu BIBLE!
- Keadaan ini akhirnya menimbulkan kekeliruan sehinggalah bible versi King James terpaksa mewarnakan ayat-ayat Jesus dengan dakwat merah sebagai kaedah untuk membezakan ketiga-tiga sumber tadi.
- Baik berbalik kepada topik utama kita untuk posting kali ini, iaitu Muhammad di dalam bible. Deutronomy 18 : 18 ada menyebut, apabila tuhan berkata kepada Moses, "I will raise up for them a Prophet like you from among their brethren and I will put My words in His mouth and He shall speak to them all that I command Him."
- Dalam ayat tersebut Moses diingatkan bahawa seorang Nabi akan didatangkan selepas beliau sebagaimana dirinya. Walaupun kepada penganut Kristian ayat merujuk kepada Jesus atas beberapa alasan yang terlalu lemah tetapi beberapa hujah dapat kita bentangkan yang secara terang dan jelas bahawa ianya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.
- Pertama : Moses dan Muhammad mempunyai ibu dan bapa, sedangkan Jesus hanya beribu.
- Kedua : Ketiga-tiga mereka adalah Nabi dan Rasul.
- Ketiga : Moses dan Muhammad wafat biasa, sedangkan Jesus disalib.
- Keempat : Moses dan Muhammad bukan anak tuhan.
- Kelima : Moses dan Muhammad membawa peraturan hidup, Jesus hanya meneruskan ajaran Moses.
- Keenam : Moses dan Muhammad dilahirkan secara normal dan secara semulajadi yakni melalui perhubungan antara lelaki dan wanita.
- Ketujuh : Moses dan Muhammad berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan Jesus membujang sepanjang hidupnya.
- Kelapan : Moses dan Muhammad diterima oleh kaumnya sebagai Nabi sedangkan Jesus ditolak oleh kaum Yahudi.
- Kesembilan : Moses dan Muhammad adalah Nabi dan "Raja" walaupun mereka bukan raja secara hakiki tetapi mereka berdua boleh menjatuhkan hukuman keatas pengikut mereka. Sedangkan Jesus pernah berkata, "My kingdom is not of this world: If My kingdom were of this world, then would my servants fight, that I should not be delivered to the Jews; but now is My kingdom not frm hence" [John 18 : 36]
- Jadi dari bukti yang diberikan jelas sekali bahawa ayat diawal tulisan ini adalah merujuk kepada Muhammad.
- Dalam ayat yang lain pula Jesus berkata kepada Peter, "And I will pray the Father, and He will give you another Helper.." [John 14 : 16]
- "The Spirit of Truth, whom the world cannot receive, because it neither sees Him nor knows Him, for He dwells with you and will be in you." [John 14 : 17]. " But the Helper, the Holy Spirit, whom the Father will send in my name, He will teach you all things, and bring to your remembrance all things that I said to you." [John 14 : 26]
- Siapakah yang Jesus maksudkan dengan Helper , spirit of Truth dan Holy Spirit tersebut? Bukankah Muhammad SAW. Bukankah Muhammad SAW yang telah mengajar kita untuk menyembah hanya kepada Allah malah baginda juga yang telah membersihkan Isa a.s dan ibunya dari segala tuduhan dan cemuhan kaum Yahudi?
- Kenapakah Jesus berkata demikian? Kerana Muhammad hanya akan tiba selepas pemergiannya. "Nevertheless I tell you the truth. It is to your advantage that I go away ; for if I do not go away, the Helper will not come to you ; but if I depart, I will send Him to you." [John 16 : 7]
- Apakah yang dimaksudkan oleh Jesus sebagai Helper, The Holy Spirit dan the Spirit of Truth itu merujuk kepada dirinya? TIDAK! Kerana itu juga Jesus menegaskan bahawa "orang itu" hanya akan datang selepasnya.
- Orang yang dimaksudkan itu ialah Nabi Muhammad SAW. Penyelamat bagi umat manusia.
- Kenapa masih mereka (kristian) tidak nampak atau nasih tidak mahu menerimanya?
Wednesday, July 6, 2011
MUHAMMAD Dalam Bible! Bila Kitab Sendiri Diputar Alamkan Manakan Nampak Kebenaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TS, kalau depa nampak Anbiga esok mengucap dua kalimah shahadah! Tapi depa tetap buta, sebab ini janji Allah " Aku akan tunjuk jalan yang benar kepada mereka yang tawakkal sahaja...."
ReplyDelete