فَرِيقًا هَدَي وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيۡهِمُ الضَّلاَلَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوۡلِيَاء مِن دُونِ اللّهِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat [Al-A'raaf : 30]
- 9 Julai 2011 sudah berlalu, selepas keriuhan demonstrasi jalanan tidak lagi kedengaran kini muncul pula keriuhan para peniaga yang mendakwa bahawa mereka telah mengalami kerugian jutaan ringgit. Yang paling menyedihkan ialah peniaga-peniaga tersebut terdiri dari orang-orang Melayu kita!
- TS rasa terpanggil memikirkan kenyataan seorang dari peniaga tersebut yang mengatakan bahawa, "mereka (pemimpin Bersih) tak apalah orang berada, kami ni kais pagi makan pagi..." lebih kurang begitulah, rasanya ada betulnya.
- Kalau orang yang berniaga boleh rasa peritnya akibat dari tindakan bodoh perhimpunan tersebut, bagaimana pula orang yang turut serta dalam perhimpunan pada sabtu lalu. Tidakkah mereka rasa buang masa dan satu perbuatan yang cukup merugikan. Takkanlah kerana dapat habuan RM200.00 sanggup menggadaikan masa, keselamatan diri demi menyahut seruan wanita India yang tidak ketahuan asal-usulnya?
- Tidak bolehkah mereka ini berfikir secara waras akibat dari tindakan mereka itu?
- Bukankah Allah SWT melarang kita dari menjerumuskan diri dalam lubang kebinasaan? Bukankah Allah SWT juga melarang kita dari melakukan kerosakkan di muka bumi ini?
- Tindakan mereka ini sama seperti puak-puak kristian. Walaupun ada ayat-ayat yang menegah mereka dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri namun mereka tetap engkar. Bible kepada mereka ibarat kitab buruk dan hanya bersifat ceremonial cuma laku bila ada upacara angkat sumpah Presiden atau kahwin sahaja.
- Tetapi mereka tetap berkata bahawa mereka adalah sebaik-baik pengikut kitab tersebut!
- Pengikut siapakah mereka ini? Bukankah saling tidak tumpah sepertimana ayat al-quran diatas, yakni pengikut syaitan? Kerana syaitan boleh merupa dalam pelbagai bentuk yang diizinkan Allah! Mungkin juga ia telah merupa sebagai salah seorang pemimpin tersebut? wallah-u-alam.
- Hakikatnya Ambiga lebih berpengaruh, Ambiga lebih kuat dari ayat-ayat Allah yang melarang manusia dari melakukan kerosakkan dan seruannya lebih penting dari seruan Allah SWT!
- Kerana maha pentingnya Ambiga, maka sanggup mereka yang berserban dan berkopiah putih berarak dijalanan memekik terlolong sambil bertindakn di luar batas insani muslim! Kerana maha pentingnya Ambiga, biar dicekup polis pun tidak mengapa. Kerana maha pentingnya Ambiga, titah Raja ibarat batuk orang tua-tua sahaja.
- Bolehkah mereka ini dipercayai akan mempertahankan institusi Raja di negara ini, kalau titah YDP Agong pun tidak mereka peduli? Pastinya TIDAK!
- Kerana yang maha penting dan maha bagi segalanya ialah AMBIGA disamping master-mindnya ANWAR IBRAHIM!
No comments:
Post a Comment