Monday, June 20, 2011

Ayat Allah : Siapakah Yang Dipersendakan?



  1. Aurat merupakan perkara yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam Al-Quran yang berbunyi,"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. An-Nur (ayat 31)
  2. TS nak tanya, pernahkah pembaca melihat pameran kereta antarabangsa atau iklan-iklan promosi jualan kereta? Pernahkah terlintas, siapakah yang berdiri atau duduk diatas bonet atau boot kereta tersebut? Pastinya pernah bukan! Tidak lain dan tidak bukan adalah model-model seksi dengan pakaian yang menjolok mata, dengan g-stringnya, berbaju dalam dan berpanty-hose dengan aksi ghairah sehingga ramai yang ternganga dibuatnya.
  3. Persoalannya, mana satukah yang mahu mereka nak jual, keretanyakah? atau wanitanya? Kalau kereta yang mahu dijual, kenapakah pula siwanita itu pula terkial-kial, tergedik-gedik disebelah kereta tu? Begitu juga sebaliknya kalau wanita itu yang mahu dijual, apakah ianya datang bersama kereta tersebut? 
  4. Sikap sedemikian merupakan senario biasa kepada masyarakat barat atau lebih tepat lagi orang kristian. Mereka tidak menilai wanita sebagaimana yang sepatutnya sehingga mereka sanggup untuk "menjual" anak, isteri, ibu dan adik mereka bagi tujuan perniagaan. Kehormatan diri bukanlah isu bagi mereka.  
  5. Sepatutnya merekalah menjadi pembimbing yang memelihara kehormatan anak, isteri dan ibu mereka. Ini tidak! Sebaliknya anak, isteri dan ibu mereka dijadikan simulator bagi menaikkan nafsu dan keghairan sebagaimana takjubnya kita test-drive kereta.
  6. Paul - antara penyumbang tulisan terbanyak dalam Bible, telah berkata dalam 1 Corinthians 11:6, For if a woman is not covered, let her also be shorn. But if it is shameful for a women to be shorn or shaved, let her be covered. (jika seorang wanita itu tidak memakai tudung, cukur rambutnya tapi kalau dia malu dicukur, maka pakailah tudung).
  7. Tidakkah mereka sedar bahawa adanya perintah tersebut? Pernahkah mereka mendengarnya atau tidak mereka endahkan? Kalau mereka pengikut yang setia dan taat kepada segala suruhan kitab mereka, pastinya masyarakat mereka tidak akan terjebak dalam pelbagai masalah sosial.
  8. Dan pastinya juga mereka tidak akan memperlekeh-lekehkan ajaran Islam - terutamanya dalam soal menjaga kehormatan diri dengan memelihara aurat bagi kaum wanitanya. Sekurang-kurangnya mereka tahu menghormati adat atau anutan orang lain!
  9. Masalah dengan golongan kristian ini sudahlah ajaran mereka tidak mereka endahkan, mereka mempertikaikan pula ajaran Islam. Apa sahaja yang kurang selesa dimata mereka semuanya dianggap mengekang hak individu.
  10. Kerana itu juga mereka sanggup untuk mendedahkan atau menelanjangkan kaum wanita mereka kononnya sebagai menghormati hak individu tersebut serta memberikan keselesaan! Selesa dalam konteks pergerakkan dan pergaulan.Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya masalah sosial seperti sumbang mahram, zina, rogol, pornografi dan pelacuran menjadi budaya hidup mereka.
  11. Paling menyedihkan tindakan sedemikian mendapat sokongan dan simpati dari segelintir orang Islam yang liberal sifatnya. Mereka secara tidak segan silu atau rasa berdosa mempersendakan hukum Allah SWT!
  12. Kepada golongan liberal ini ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran dipandang remeh sebaliknya mereka beria-ia berjuang agar kalimah Allah digunakan dalam Bible dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan agenda tersebut berjaya. Ingatlah setiap yang hidup pasti mati dan masing-masing akan menghadapNya di hari akhirat kelak untuk mendapat pembalasan. Apakah bentuk pembalasan yang kamu mahukan?
  13. Allah berfirman dalam Al-Qur'an, Iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya permainan dan senda gurau kerana mereka tertipu oleh kehidupan dalam dunia. Maka hari ini Kami (Allah) lupakan mereka sebagaimana dahulu melupakan perjumpaan mereka hari ini, dan kerana mengingkari keterangan Kami. A-A'raf (ayat 51)
  14. Ayat diatas adalah sambungan dari ayat sebelumnya  (Al-A'raf : 50) yang mengisahkan bagaimana penghuni neraka yang diseksa meminta pertolongan dari penduduk syurga agar diberikan sedikit air untuk menghilangkan dahaga kepanasan dari bakar api neraka tetapi usaha mereka tidak dibenarkan kerana kekufuran mereka terhadap Allah SWT. Mereka itu adalah golongan yang MEMPERSENDAKAN AYAT-AYAT ALLAH !
  15. Kini siapakah yang dipersendakan? 

No comments:

Post a Comment