- TS amat bersetuju dan menyokong penuh tindakan PERKASA untuk turut menggerakkan seluruh ahlinya bagi mengekang perarakan bersih pada 9 Julai depan. TS pun geram bila tengok ada Melayu sanggup jadi kuda kepada Ambiga!
- Oleh itu apabila Perkasa bersama 104 NGO lain bersepakat uttuk melancarkan Gerak Aman bagi mengekang Bersih, TS rasa penting bagi seluruh umat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya menyokong pendirian tersebut.
- Kebetulan pada hari Ahad yang lalu TS berada di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), TS berkesempatan bersama-sama dengan seluruh ahli Perkasa dan beberapa NGO lain menyaksikan pelancaran (soft-launch) Gerak Aman oleh Datuk Ibrahim Ali. Apa yang boleh TS sebut adalah, HEBAT! Hebat dari segi ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para pemimpin masyarakat dan NGO ini.
- Ucapan yang cukup menambat hati sanubari TS ialah dari Datuk Khalid Yunus - mantan Timbalan Menteri dahulu. Bagaimana beliau mengembalikan nostalgia permuafakatan para pemimpin Melayu untuk bersetuju menerima kaum-kaum lain untuk hidup bersama-sama dengan orang Melayu di tanahair Malaya, ketika itu. Beliau dalam usia yang sudah agak lanjut begitu bersemangat apabila mengisahkan perihal orang Melayu.
- TS kira begitulah semangat orang lama, yang sudah melalui zaman-zaman getir, menjelang merdeka dan tragedi 13 Mei 1969. Tetapi ingatan beliau tersebut TS cukup menusuk kerana pada ketika ucapan tersebut dibuat, ianya bukan sekadar "cakap belakang" tetapi didengari oleh lebih 400 peserta dari kaum Cina dan India.
- Inilah keikhlasan, inilah kebenaran - iaitu bercakap secara berani, terbuka dan telus!
- Tapi biasalah, orang kalau boleh bercakap sedemikian pastinya tidak akan diberikan ole-ole, maki hamun, caci cerca tu adalah.
- Datuk Zulkifli Nordin juga telah diberikan penghormatan untuk berucap dan seterusnya ucapan perasmian Ibrahim Ali sebagai penutup. Ibrahim Ali juga telah mengambil kesempatan tersebut secara terbuka untuk memberitahu kepada peserta dari kaum Cina dan India bahawa, Perkasa sebenarnya bukanlah NGO perkauman!
- Perkasa hanya bertindak sekadar untuk mempertahankan apa yang menjadi milik orang Melayu. Beliau juga menegaskan bahawa penentangan terhadap Bersih 2 juga bukan bermaksud Perkasa menentang orang India (kerana ianya melibatkan Ambiga) tetapi penentangan ini hanyalah kepada mereka yang cuba mengkhianati negara dan cuba menimbulkan huru-hara dalam negara. Oleh sebab itu sesiapa sahaja yang dilihat cuba membuat pasal dalam negara, tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi, bakal menerima tentangan Perkasa.
- Cuma yang menghairankan TS adalah sikap Khairy Jamaluddin penentangan beliau terhadap Perkasa, nak kata Melayu perangai sama je dengan pelakon blue cctv, nak kata Cina atau India, dia tu Ketua Pemuda Umno. Apa yang tidak kena dengan budak ini, TS pun tak tahu...
Tuesday, June 21, 2011
GERAK AMAN VS BERSIH2 : Bukti Perkasa Bukan Rasis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment