- Akhirnya Sejarah menjadi matapelajaran teras di peringkat sekolah rendah mulai 2014 setelah dipersetujui menjadi subjek wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Langkah menjadikan Sejarah sebagai matapelajaran teras dan wajib lulus ini seharusnya bermula lama dahulu sebagai instrumen pemantapan patriotisme dan nasionalisme di kalangan rakyat negara ini.
- Saranan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi, agar matapelajaran Sejarah diajar melalui kaedah "education is fun" adalah bagus selain kaedah membaca dan menghafal kerana ia boleh melahirkan minat yang mendalam terhadap subjuk tersebut. Namun begitu matlamat menyemarak serta menghayati sejarah perlu menjadi teras perlaksanaannya.
- Sejarah bukan sekadar fakta yang perlu diketahui sahaja malah ianya mampu menyumbang kepada critical thinking yang seterusnya menjadikan hasil dari kajian dan penilaian tersebut sebagai keputusan atau tindakan masa hadapan yang tepat dan murni. Oleh yang demikian peranan semua guru amnya dan para guru matapelajaran tersebut khususnya, seharusnya mampu mendorong kepada berlakunya proses pemikiran tadi.
- Bagi sesetengah pihak yang mahu mengenepikan sejarah, tindakan tersebut merupakan tindakan orang yang cuba menafikan sumbangan orang lain dalam konteks perpaduan dan pembangunan negara. Mereka tidak mahu dilihat sebagai tidak mengenang budi dan hanya tahu memuaskan temoloknya sahaja dan cuba untuk menutup segala kelemahan dan kejahatan mereka!
- Tindakan menyelar Presiden UMNO yang mempertahankan Perkara 153 oleh Chua Soi Lek ketika menyampaikan ucapan pembukaan dan penggulungan bahawa isu tersebut boleh menyentuh sensitiviti kaum adalah sebagai biadab. Penegasan oleh YAB Presiden dalam isu tersebut adalah sebagai jawapan serta amaran bahawa isu-isu yang membabitkan Perkara-Perkara berkenaan Islam, Melayu, Raja-Raja dan kuota tidak dijadikan modal meraih simpati dan politik.
- Ini adalah bukti kedangkalan penghayatan sejarah. Chua Soi Lek perlu ingat bahawa sejarah juga telah memperlihatkan bahawa kejahilan dalam soal menjaga adab tata susila telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah 13 Mei 1969. Jika sejarah cuba diketepikan tanpa dihayati dan dijadikan sempadan tidak mustahil ianya boleh berulang!
- Sebagai pengajaran yang terbaik mari kita imbau kembali kejadian 13 Mei 1969 tersebut dan apakah yang menjadi penyumbang kepada peristiwa berdarah tersebut. Tindakan untuk mengadakan perarakkan oleh DAP sebagai meraikan kejayaan mereka di dalam pilihanraya 1969 walaupun pada mulanya tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa tetap ingin diteruskan. Walaupun pelbagai alasan diberikan bahawa ianya sekadar perarakkan sekadar meraikan kemenangan namun akhirnya bertukar kepada perarakkan dan perhimpunan memaki hamun orang-orang Melayu.
- Tindakan biadab dan aggresif tersebut telah mencetuskan perasaan tidak puashati dan marah orang-orang Melayu yang akhirnya membawa kepada beberapa insiden pergaduhan dan pertumpahan darah.
- Jika Chua Soi Lek "bijak" dan berupaya menghayati sejarah pastinya beliau akan berusaha dengan sedaya-upaya untuk menghindari diri dari mengeluarkan kata-kata atau memberikan komen-komen liar yang boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Kerana menghindari itu lebih baik dari mengubatinya. Pepatah Inggeris ada menyebut, wiseman learn from others mistake and avoid it.
Sunday, October 24, 2010
SEJARAH ASAS PEMBINAAN PERADABAN BANGSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Tok Senawi,
ReplyDeletePersediaan untuk mengajar Sejarah haruslah mantap di kalangan guru-guru.Guru-guru harus lah mengajar dengan penuh penghayatan dan menarik jika tidak matapelajaran Sejarah akan menjadi boring tak ubah seperti burung kakak tua bercakap tanpa berfikir.