Wednesday, October 20, 2010

UMNO DAN NGO



  1. Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapan pembukaan beliau semalam yang menegaskan bahawa UMNO tidak sekali-kali akan menjauhkan diri dari mana-mana NGO Melayu dan Islam seharusnya menjadi pendekatan yang bijak dan perlu disambut baik oleh perwakilan UMNO.
  2. Ini kerana ketika parti-parti politik Melayu hampir-hampir dicucuk hidung oleh beberapa kerat pemimpin cauvinist Cina dan India, NGO-NGO Melayu seperti Perkasa, telah tampil menjuarai suara orang-orang Melayu. Perkasa juga telah mengambil beberapa inisiatif seperti membentuk Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggabungkan lebih 130 buah ngo Melayu lainnya dalam satu gagasan yang begitu berkesan peranannya.
  3. Sebagai sebuah parti politik Melayu yang dominan, UMNO seharusnya melihat sesiapa sahaja yang mewakili Melayu sebagai sahabat dan bukannya lawan terutamanya NGO Melayu dan Islam. Ini adalah kerana sekuat mana sekalipun  sesebuah NGO tersebut, mereka bukanlah saingan sebenar kepada UMNO tetapi mereka boleh menjadi penyokong yang baik jika bijak diuruskan.
  4. Saranan YAB Timbalan Presiden dikira tepat pada masa dan ketikanya kerana terdapatnya segelintir, jika tidak ramai pun, pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat yang dilihat menjadikan Perkasa khasnya sebagai saingan dan tidak kurang juga yang memusuhinya.
  5. UMNO perlu ingat bahawa ngo Melayu seperti Perkasa, Pekida dan lain-lain lagi mempunyai jumlah keahlian yang cukup besar. Dan ianya cukup besar untuk memberi impak ketika tibanya hari mengundi! Oleh yang demikian selain Sabah dan Sarawak sebagai fix deposit kepada kejayaan Barisan Nasional dan UMNO, ngo-ngo ini juga boleh menjadi simpanan tetapnya.
  6. Oleh itu kepada seluruh pemimpin dan ahli UMNO janganlah terlalu mendabik dada dengan segala kedudukkan anda dalam parti pada hari ini dengan melihat Melayu lainnya sebelah mata kelak kalian berputih mata dan Melayu menjadi hamba gara-gara sikap sombong dan angkuh kalian. Jadikanlah teguran dan saranan YAB Timbalan Presiden sebagai amanat yang berguna demi bangsa yang mulia.

No comments:

Post a Comment