- Apabila YAB Presiden UMNO menggariskan 7 nilai transformasi dalam Model Transformasi UMNO agar dilaksanakan segera, kepada kita yakni golongan marhaen, ianya seperti mimpi dalam mimpi. Saranan Presiden tersebut adalah murni bagi memastikan kelangsungan UMNO namun yang dikhuatirkan ialah apakah mereka-mereka yang ternganga mendengar ucapan beliau mampu melaksanakan nilai-nilai transformasi tersebut di kawasan masing-masing?
- Bukanlah niat nak merendahkan sesiapa tapi itulah hakikat pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian walaupun tak semuanya begitu namun rata-rata merasakannya begitu.
- Ini adalah kerana orang-orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan ketujuh-tujuh nilai tersebut merupakan orang-orang yang sama yang dok buat kerja-kerja tak senonoh tu!
- Apakah ini kumpulan yang diharapkan oleh YAB Presiden untuk mentransformasikan UMNO?
- Hari ini belum pun sampai seminggu YAB Presiden UMNO menggariskan 7 nilai transformasi dan belum sampai sebulan PM mengumumkan elaun JKKKP naik dah timbul pula isu lawan-berlawan nak jadi JKKKP. Ini kerana mengikut congak-congak yang dibuat elaun bulanan yang bakal diperolehi bukan sikit jumlahnya kalau dikalikan setahun dah berjumlah RM9,600.00
- Jadi masing-masing dah mula celik mata dan dah ada yang mula membuat percaturan politik mereka. Memandangkan Ketua Umno Cawangan secara tradisinya Pengerusi JKKKP maka siaplah dia dengan kuda-kudanya bagi menangkis segala serangan cah keting dan sebagainya.
- Semoga episod transformasi jangan sampai jadi cerita Transformer sudah.
Tuesday, October 26, 2010
Transformasi ka.. Transformer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment