- Sebenarnya apa yg TS harapkan dari perhimpunan Umno baru lalu adalah sesuatu yang cukup hebat dan memperlihatkan berlakunya proses yang dinamakan TRANSFORMASI tersebut. Walaupun kita disajikan dengan ucapan yang bertenaga luar biasa dari Presiden dan Timbalan Presiden namun dendangannya masih belum mantap.
- Umno yang baru bangkit dari kelembabannya diharap mampu memberikan nafas baru kepada orang Melayu dan bukan sekadar mengiakan jerit pekik Perkasa sebelum ini yang teguh mempertahankan Perkara 153 dan lain-lain perkara yang termaktub didalam Perlembagaan.
- Kerana itulah belum pun Presiden habis bercakap, Chua Soi Lek dah menyampuk. Kerana beliau percaya bahawa pemimpin Umno hanya kuat bercakap tapi tidak berani bertindak. Apatah lagi kalau ianya membabitkan isu-isu nasional.
- Perhimpunan Agung Umno tersebut seharusnya menjadi platform terbaik bagi parti politik tersebut mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya. Tidak salah rasanya kalau Muhyidin Yasin boleh umumkan bahawa perlu diwujudkan sekolah satu aliran sebagai medium intergrasi yang berkesan. Atau mungkin juga pemberian penuh biasiswa kepada pelajar Melayu yang berjaya ke menara gading tanpa mengambilkira kursus yang diambil.
- Atau, yang maha hebat iaitu menentukan ekuiti Melayu dan Bumiputera dalam kek ekonomi perlulah berdasar kepada komposisi kaum.
- Ketiga-tiga contoh yang diberikan jika dijadikan satu resolusi selain 7 nilai transformasi yang dicadangakan bagi perhimpunan kali ini pastinya bakal mencelikkan mata dan minda para pemimpin cauvinis Cina dan India terhadap Umno. Ia pastinya akan menyedarkan mereka bahawa ini bukan lagi omogan kosong tetapi isu tetapi ianya adalah teras perjuangan parti Umno dan "we (UMNO) mean business".
- Memperbaiki Umno itu satu hal, mendapatkan keyakinan dan sokongan Melayu itu satu hal lagi kerana sebagai sebuah parti politik Umno perlu dilihat masih relevan dalam memperjuangkan nasib Melayu. Sekiranya Umno mempunyai kuasa sakti sehebat mana sekalipun orang masih tak hairan tetapi jika kuasa tersebut digandingkan dengan keberanian luarbiasa pastinya Umno akan digeruni.
- Hanya dengan keberanian luarbiasa itu maka transformasi pasti berjaya.
Tuesday, October 26, 2010
Ada Berani?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment