Sunday, July 3, 2011

PERINGATAN : Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat !

  1. Apabila TS berbaca sahaja sepotong hadith yang berbunyi, sampaikanlah walau sepotong ayat, maka terus terlintas difikiran, apa yang dah aku sampaikan? sudahkah aku sampaikan? Jadi hadith tersebut telah menjadi sumber inspirasi untuk TS menulis pada kali ini.
  2. Sepanjang kehidupan kita sebagai orang Islam telah banyak perkara yang kita lakukan untuk kebaikan diri kita, kita bersolat untuk mendapat kebaikkan buat diri kita, membaca Al-quran untuk kebaikkan diri kita, puasa untuk kebaikkan diri kita, zakat untuk kebaikkan diri kita dan menunaikan haji untuk kebaikkan diri kita TETAPI apakah yang telah kita lakukan untuk ALLAH SWT?.
  3. Kita pernah mendengar bagaimana sejarah awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, bagaimana baginda mula-mula menerima wahyu yang disampaikan kepadanya melalui perantara Jibril. Baginda disuruh baca, iqra', kata Jibril. Jawab baginda, "ma ana bi qari" - aku tidak tahu membaca. Begitulah seterusnya sehinggalah baginda sedar bahawa baginda diminta mengikut setiap ucapan Jibril.
  4. Sebaik sahaja selesai peristiwa tersebut, maka bergegaslah baginda pulang mendapatkan isterinya yang tercinta Khadijah al-kubra dalam keadaan badannya yang menggeletar. Lalu diceritakannya segala apa yang berlaku. Maka baginda pun ditenangkan dan diselimutkan tubuhnya yang mengeletar itu
  5. Sejak dari peristiwa itu, Rasullullah SAW menerima wahyunya yang pertama di Gua Hira', baginda tidak lagi ke sana - yakni balik ke Gua Hira', sebaliknya baginda menghabiskan masanya dijalanan dan  di pasar-pasar bagi menyampaikan rislah kepada seluruh penduduk kota Mekah bahawa "Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Muhammad itu RasulNya"
  6. Tindakan baginda telah mengundang tentangan yang cukup hebat dari kaumnya. Ada yang mencaci cerca baginda dan tidak kurang juga yang mengancam untuk membunuh baginda. Namun itu semua tidak melemahkan usaha baginda.
  7. Segala kecaman, ancaman dan peperangan yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Allah SWT, akhirnya hari ini - yakni 1435 kemudian, umat Islam yang berjumlah lebih dari 1.5 bilion merupakan umat yang paling dikagumi pegangan agama mereka!
  8. Kenapa? Kerana hanya dengan kata-kata Muhammad, umat Islam jauh dari arak! Hanya dengan kata-kata Muhammad, umat Islam jauh dari pekerjaan mungkar dan maksiat. Cuma kalau ada yang terjerumus dalam kancah kemungkaran, kemaksiatan dan kesesatan, itu bukan kerana salah ajaran Islam tetapi kerana kelemahan dan kejahilan individu tersebut.
  9. Begitulah hebatnya mukjizat baginda Rasulullah SAW.
  10. Persoalannya disini mengapakah mesti ada orang yang mengaku dirinya Islam sanggup untuk tunduk kepada tekanan dan kehendak mereka yang syirik kepada Allah SWT? Bukankah kita sepatutnya menyampaikan risalah Allah kepada mereka? Bukankah menyampaikan itu sunnah Rasullullah SAW? Iaitu menyampaikan kepada mereka yang kufur itu agar menyembah Allah! Dan bukan yang lain dari Allah?
  11. Yang lebih mendukacitakan kita, umat Islam, ialah ada juga orang Islam yang memperjuangkan agama orang lain dan memperjuangkan kitab orang lain. Bersungguh-sungguh benar "orang Islam ini" nak supaya Allah dijadikan nama tuhan dalam kitab orang kafir!
  12. Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan, [Al-qur'an 112 : 3] tidakkah pelik jika suatu hari kelak kita dengar adanya Allah Bapa, Anak Allah dan Rohul Kudus? Sedangkan kita diseru untuk menyampaikan tentang KEESAAN ALLAH, kita pulak dok sokong Allah itu bapa dan ada anak beranak!
  13. Oleh itu janganlah kita terlalu taksub dengan berpolitik, perpaduan, persahabatan dan sebagainya sehingga kita lupa kepada tanggungjawab kita kepada Allah iaitu memberitahu mereka yang kufur kepada Allah SWT agar menyembah hanya kepada Nya. Beritakan kepada mereka tentang kebenaran dan kesucian Islam.
  14. Jadi tak perlu takut atau gentar kepada ancaman atau kecaman, sampaikanlah walau sepotong ayat, pasti Allah akan membantu kita dalam setiap urusan kita.

2 comments:

  1. salamun'alaik,

    susah bercakap dgn orang2 yg menggunakan lebih dari sepotong ayat ni, tok! mrk gunakan baaanyak ayat tp semuanya menjurus utk 'mengena' pada orang yg tak sehaluan!

    mrk berusaha hingga merendahkan pemikiran mrk sendiri membela manusia durjana & sanggup petik ayat2 AlQuran kononnya mrk mengikut hukum hudud! sedangkan selama ini kesalahan jenayah berbentuk rogol, liwat & zina telah lama mengikut kaedah takzir & qias bersandarkan qorinah yakni pembuktian.

    kalau ikut alasan mrk nak berqazaf la, nak 4 saksila, sumpah orang masuk neraka la...mcm2 alasan asalkan idola mrk selamat. cuba mrk gunakan alasan mrk tu utk tolong semua insan biasa lain yg dituduh di mahkamah? tentu mrk takkan pedulik langsung sbb tak akan menguntungkan mrk langsung! nampak sangat...

    ReplyDelete
  2. Aku ni jenis tak pandai nak mengumpat. Tapi lepas aku baca TS, aku rasa patut aku tulis komen ni.
    Memang betoi kata TS. Pada hari ni dah ramai orang Islam melayu dah dipekudakan oleh segulungan kafirun. Ambiga pernah ceramah depan Al juburi tentang perlunya guna nama Allah dalam Bible. Al juburi terlopong saja dengar kutbah Ambiga, tak dak sikit pun rasa sensitif atau nak larang.Haji hadi pulak terlopong bila Benggali tak serban kata "langkah mayat aku sebelum tubuh Negara Islam". Terketak2 Hj Hadi cari bukti dan akhiaqnya umum dengan rasa megah "dalam quran tak dak negara Islam".

    Tu belum memerintah lagi. jika perintah orang macam ni akan cari bukti dan boleh umum dalam muktamar "aku dah jumpa nas yang membolehkan berjuburi..." macam2 boleh jadi.

    Orang macam ni bukan depa nak cari jalan untuk menghujjahkan kesucian Islam, kebesaran Islam, keagungan rasullullah, dan KEESAAN ALLAH; tapi depa akan cari jalan macam mana nak bagi jalan supaya geng kafir Harbi boleh keluar fatwa sewenang2nya.

    TS, percayalah geng ni akan perjuangakan apa saja hingga suatu hari bila depa sedar, orang melayu dah tersungkok dan Islam dan tenggelam.

    ReplyDelete