Tuesday, November 23, 2010

72 Jam Lagi Sebelum Padam

  1. Parti Keadilan Rakyat hanya tinggal "72 jam" sahaja lagi sebelum ahli-ahlinya mula membaca talqin. Kini serba-serbi mula tidak kena, Anwar pun dah mula hilang sabar, mungkin kerana jangka hayatnya semakin singkat dan bateri AAA yang selama ini menjadi sumber cahaya dan kekuatan PKR nampaknya sudah tidak mampu bertahan lagi, apa tidaknya kalau dah lama tak ber"caj".
  2. Satu demi satu kepincangan PKR didedahkan. Baru-baru ini pula calon Ketua AMKnya Badrul Hisham dalam laman blognya telah mendedahkan tentang campurtangan langsung Ketua Umumnya dalam isu sokongan calon, penukaran nama calon, pengundi lebih dari kertas undi dan sebagainya adalah contoh nyata kepincangan tersebut.
  3. Hampir setiap hari kita mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh PKR sehingga membuatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, menyeru agar ahli PKR meninggalkan parti tersebut dan menyertai UMNO!
  4. Pastinya seruan tersebut menjadi cabaran terbesar kepada parti capca tersebut apatah lagi ianya datang dari "musuh no.1" mereka.
  5. Saranan dan pandangan yang dilontarkan oleh pendakwah Dr Ridwan Tee Abdullah, agar kita selaku orang Melayu-Islam samada dari UMNO, PAS mahupun PKR agar sedia berkorban dan mengenepikan warna politik serta ideologi demi keutuhan Islam dan kuasa politik Melayu seharusnya diterima baik. Apatah lagi dari pihak yang semakin carca-merba dan sarat dengan kecelaruan.
  6. Kita masih punya talian hayat yang panjang, apa perlu bergantung nasib kepada "bateri AAA cap ayam" yang cuma ada 72 jam lagi sebelum padam.
  7. Apa salahnya kita jadikan seruan Tun dan Dr Ridwan sebagai azimat kepada kekuatan bangsa Melayu dan Islam demi kesinambungan kemakmuran dan keharmonian pertiwi.

1 comment:

  1. Tok Senawi oiii...
    Apa heran hang cuba baca sat dalam utusan kata apa?

    Air mani boleh ada dalam dubur 72 jam - Dr. Mohd. Razali

    KUALA LUMPUR 22 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani masih boleh ditemui di dalam dubur seseorang individu dalam tempoh 72 jam dan walaupun selepas individu terbabit membuang air besar.

    Saksi pendakwa kedua, Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim menjelaskan, ia kerana rupa bentuk salur dubur manusia yang tidak lurus membolehkan air mani tertinggal atau terlekat pada mana-mana bahagian dinding saluran tersebut.

    ReplyDelete