- Khabarnya Det Khalid, mantan Menteri Besar Kedah, bakal menggantikan Dato' Seri Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dalam rombakan transformasi Dato' Seri Najib yang bakal diumumkan tidak berapa lama lagi.
- Ramai yang mungkin akan tertanya-tanya mengapakah tidak dilantik sahaja Dato Mad Bashah (Timbalan Pengerusi Umno Kedah dan orang yang cukup akrab dengan PM)? Mad Bashah dikatakan tidak sehaluan dengan bosnya Dato Seri Shafie Apdal dan seringkali memsabotaj bosnya. Lain yang disuruh buat, lain yang dibuatnya. Sudah di banyak tempat Mad Bashah beri tanggapan dan imej buruk tentang DSSA (dia ingat DSSA tak tahu). Jadi DSSA pun tidak rekomen beliau kepada PM.
- Perlantikan (Det Khalid) tersebut juga dilihat mampu memperkukuhkan lagi Umno Kedah kerana pengalaman beliau terdahulu yang dikatakan amat arif dengan fiil ketua-ketua bahagian dan selok belok umno Kedah. Beliau juga dilihat mampu menghidupkan Umno Kedah yang semakin lesu dan hampir mati gara-gara mainan politik melampau beberapa ketua bahagian yang ; depan cakap lain belakang buat lain sebagai tanda sabotaj terhadap kepimpinan DSSA kerana status beliau sebagai orang luar!
- Perlantikan tersebut juga dengan bersyarat, iaitu Det Khalid hendaklah menjauhkan dirinya dari terus dihimpit oleh beberapa orang Ketua Bahagian, seperti sahabat karibnya Tajul Urus (Merbok), Ali Kucing (Sungai Petani) dan satu dua lagi yang dilihat sering mempengaruhi keputusan beliau. Walaupun ramai yang tahu banyak juga keputusan beliau sendiri pun silap!
- Seterusnya pula membersihkan pejabat Umno negeri dengan membuat perlantikan baru bagi mengisi jawatan-jawatan eksekutif dan pejabat sebagai langkah melancarkan lagi aktiviti serta gerakkerja Umno negeri Kedah.
- Orang-orang lama seperti Dato Bakri dan Nasir dikatakan tidak lagi berkesan dan perlu dikeluarkan dari tingkat enam kerana jawatan yang dicipta dan diberikan kepada mereka hanya mengenyangkan mereka sahaja. Det Khalid jugalah orang yang bertanggungjawab memberikan segala kemudahan tersebut kepada mereka.
- Jika desas desus ini menjadi kenyataan, mampukah Det Khalid melakukannya? Mana lebih penting kawan atau parti..beranikah beliau memlaksanakan TRANSFORMASI?
OLEH ITU DENGAR-DENGARLAH CAKAP DAN PANDANGAN ORANG LAIN SAMA YANG MAHU LIHAT UMNO TERUS KUAT DAN BUKANNYA DARI RAKAN-RAKAN YANG BANYAK BUAT ROSAK.
dia x mungkin kot.pisang xkan berbuah dua kali.dato det balek mimpi saja la.orang kedah x mau dia.baek bagi azizan razak saja.lagi telus,alim ulamak,ustaz.dato det makan dwet kuat,salahguna kuasa..kami xmau pemimpin mcm tu.kalo umno amek dia semula.bodoh la umno.akai xdak!mcm xdak org lain ja nk balek mai jadi pengerusi umno.mukhriz ada.org kedah bukan xmau umno,semua mau..tapi kena gaya calon la.jgn bodoh sgt nk pilih calon tu.kalo dato det,bye2 umno kedah pru13..pas perintah lagi lerrrr.melopong sajala.fawwaz kedahmai
ReplyDelete