Dato Yusuf menyampaikan ucapan ringkas.
- Ketika TS berpeluang mengikuti konvoi kemanusiaan, membantu mangsa banjir di Kedah baru-baru ini, TS melihat wajah-wajah baru yang mewarnai dan menceriakan suasana. Kita tahu bahawa banjir baru lalu telah membawa kerugian yang besar kepada ramai orang malah ada yang kehilangan saudara mara, anak dan sebagainya. Tetapi wajah-wajah baru yang TS maksudkan adalah mereka yang tidak kenal penat lelah dan tidak hirau membelanjakan wang ringgit (bukan sedikit malah mencecah hampir ratusan ribu) bagi menyalurkan bantuan.
- TS rasa mungkin ramai yang pernah mendengar nama Dato' Yusof Ismail @ Yusuf Usima? Komitmen beliau dari kacamata TS tiada tolok bandingnya. Rupa-rupanya jutawan kontraktor ini telah lama menabur bakti dalam soal-soal kebajikan dan sedekah jariah ni.
- Jadi dalam kesibukan dan keriuhan tu, TS pun ada risik-risik tentang Dato Yusuf ni, nampak gayanya ramai yang begitu berkenan dengan beliau. Malah ada yang kata kalau boleh, bila datang PRU13 nanti biarlah orang seperti beliau diberi tempat. Kata mereka lagi beliau seorang yang baik hati, low-profile dan mengambil berat.
TS : Kalau sungguh bagai dikata, apa salahnya. Inilah orang yang patut kita ketengahkan sesuai dengan kata-kata YAB Presiden Umno, kita mahu orang yang mendengar denyut nadi rakyat.
No comments:
Post a Comment