Sunday, November 7, 2010

GALAS - Rakyatlah Penentunya

  1. Pilihanraya Kecil Galas (N.45) pada 4 November 2010 lalu memperlihatkan bahawa rakyat adalah penentu kepada kejayaan sesebuah parti tersebut. Dalam konteks Galas, tidak dinafikan bahawa peranan Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengarah merangkap ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Gua Musang amatlah besar dan cukup berkesan.
  2. Namun begitu sekali lagi rakyat "bercakap", mereka mahukan wakil rakyat yang baik - tidak sahaja nampak bersih tetapi benar-benar bersih. Isu Dr Zulkefli (calon PAS) jelas telah menjejaskan imej beliau yang sering berkopiah dan nampak "baik". Walaupun beliau boleh dianggap "well-equiped" dengan jentera kempen, sokongan pihak parti yang menguasai kerajaan dan berpelajaran namun itu semua masih tidak menjamin kejayaannya.
  3. Aziz yang sering dilihat bersahaja dan cukup "down-to-earth" mampu memikat pengundi.
  4. Keadaan inilah yang telah menimpa Barisan Nasional pada pilihanraya 2008 dahulu. Kerana merasakan diri sudah kuat dan selesa serta mungkin juga kononnya berimejkan Islam - walaupun tidak Islamik mana pun, akhirnya membawa padah.
  5. Walaupun begitu dalam riuh meraikan kejayaan tersebut, BN harus sentiasa mengingatkan diri mereka bahawa perkara yang sama boleh berulang. Sejarah sentiasa berulang apabila kita lalai dan alpa. Jangan terlalu ghairah kerana jika maslahah dan suara rakyat masih dipinggirkan, mereka bakal menerima nasib yang lebih teruk lagi.

No comments:

Post a Comment