- Hasrat Tun Dr Mahathir untuk memastikan sokongan Perkasa kepada UMNO dan BN pada PRU13 kelak perlu diperjelaskan kedudukan mereka oleh kepimpinan tertinggi mereka. Ini adalah kerana sekiranya mereka secara terbuka menyokong UMNO dan BN dalam PRU13 kelak pastinya akan memberikan pelbagai reaksi dikalangan ahlinya yang terdiri dari pelbagai warna parti.
- Apakah mereka telah bersedia untuk mengenepikan kepentingan parti dan peribadi demi kekuatan Melayu melalui UMNO dan BN?
- Mampukah mereka menjadikan agenda Agama, Bangsa dan Tanahair mengatasi segalanya? Sekiranya ini berlaku maka sudah pastilah Perkasa akan menjadi suatu kuasa politik yang kuat dan akan dicemburui kawan dan lawan samada dari bangsa sendiri atau kaum lain.
- Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini telah banyak menunjukkan sikap sombong dan angkuh terhadap Perkasa pastinya akan tersipu-sipu ke"maluan" jika NGO tersebut bersedia memberikan sokongan mereka kepada parti itu. Apakah mereka juga bersedia?
Thursday, November 4, 2010
Bersediakah Ahli-Ahli Perkasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment