- Beberapa hari yang lalu TS ada menyiarkan tentang adanya bahagian Umno yang sudahpun menyiapkan senarai nama calon bagi PRU13 kelak. Nampaknya bahagian yang sama kini telah memecat Yang Dipertua Perkasa Negeri Kedah, Tuan Syed Osman Syed Mansor dari menganggotai jawatankuasa bahagian tersebut baru-baru ini.
- Pemecatan tersebut khabarnya berpunca dari rasa tidak senang ketua bahagian tersebut terhadap pengaruh perjuangan Perkasa serta beberapa orang pemimpin Perkasa negeri dan daerah (salah seorang Pengerusi Perkasa yang pernah keluar Umno kerana mengikut langkah Tun) yang dilabel beliau sebagai penentang!
TS : Tun Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa beliau akan memastikan bahawa Perkasa akan menyokong Umno dan BN pada PRU13 kelak tapi nampak gayanya pemimpin Umno sendiri yang menolak Perkasa.
Ketua Bahagian ini nampaknya macam takut pada bayang-bayang. Kerana terlalu ghairah nak jadi calon pilihanraya, dia lihat semua orang sebagai pengacau ; pengacau kepada peluang nak menjadi calon. Bukan saja pemimpin-pemimpin Perkasa di Bahagian dia memusuhi, mantan Ketua Bahagian, Tok Mi, pun dia dok hentam tak habis-habis. kalau boleh dia nak sekat Tok Mi daripada pergi ke cawangan-cawangan. tapi dia lupa dulu masa nak lawan Tok Mi, bukan main lagi menghasut sana menghasut sini. Rata dia pergi cerca Tok Mi. Sekarang ini dia melenting bila Tok Mi mula bergerak ke cawangan-cawangan. berlaku adil la. Dulu hang boleh buat. Kali ini gilir Tok Mi pula. jadi gentelmen la !
ReplyDeleteLepas tu dok kacau Perkasa pula. sampai Perkasa nak guna dewan sekolah pun dia kacau. Kononnya atas nama pengerusi PIBG sekolah. Pihak sekolah dah bagi kebenaran guna dewan . Yang dok pi sekat tu buat apa? Ni namanya busuk perut ! mana ada pengerusi PIBG boleh campur tangan bab pengurusan dan pentadbiran sekolah ? Hari tu di Sungai Petani Inn, kami lihat ramai sungguh hadir untuk sokong Perkasa. Mungkin ketua bahagian ini tak syok dengan sokongan ini, maka dia sasar Yang DiPertua pula ; macam dia dok kacau Tok Mi. Dia lupa orang-orang ini ada pengaruh dan pengikut. Kalau nak sangat jadi calun, bukankah lebih elok jika berbaik-baik dgn semua termasuk ngo-ngo seperti Perkasa. Ini tidak , sampai barisan kepimpinan orang lain pun dia nak ambil tahu. Bukan kerja dia. Ini hak orang. Samalah dengan bab-bab lain. Ketua cawangan dia nak kacau. Pengerusi JKK dia nak kacau. Semua mesti orang dia. Kalau bukan, cantaih habih ! Dia lupa yang kita tak suka dia saja ; bukan benci parti.
Orang atas tak kenal siapa sebenarnya ketua Bahagian ini. Buka mata sikit , tanya-tanya orang di akar-umbi , jangan asyik percaya laporan yang diberi oleh KEMAS ke, Penerangan ke, rakan-rakan sebarisan ke ; kawan-kawan sepermainan ke. Lapuran yang bercorak ampu-mengampu tak boleh dipakai pun. Lapuran-lapuran tu cuma mahu mengiya siri lakunan yang sedang dipentas di sini.
TS ooi, kalau ada cerita baru, tulis la panjang-panjang sikit. Pasti TS ada cerita-cerita lain. Kena bantu pengundi macam kami ini dengan memberi maklumat yang betul. kalau sayang parti tapi benci pemimpin, macam mana nak buat ??? " Luah mati parti ; telan mati diri "
Salam daripada KDM ( Kumpulan Dahaga Maklumat )
Terima kasih KDM, insyaAllah memang banyak yang nak diceritakan bila sampai masanya nanti
ReplyDelete