Wajah "terpaksa" Wan Azizah
- Ucapan dasar Presiden PKR, Dr Wan Azizah, yang terang lagi jelas cuba mengembalikan "kecintaan" ahli-ahlinya kepada Ketua Umum mereka sememangnya telah dijangka. Tidak kurang juga isu ketuanan Melayu telah dijadikan sebagai unsur "escapisme" bagi mengalih perhatian umum dari terus menerus ditengelami dengan pelbagai kecaman dan pendedahan tentang kelemahan dan kepincangan parti serta isu moral dan sikap autokratik Ketua Umum mereka.
- Namun begitu adalah tidak kena jika menyamakan isu ketuanan Melayu ini sama dengan kaum-kaum yang bermegah dan dihancurkan Allah sebagaimana yang diceritakan didalam Al-Quran. Wan Azizah sepatutnya kena lebih spesifik kalau nak berikan konteks dalam isu tersebut kerana antara kaum-kaum yang dibalikkan bumi keatas mereka adalah kerana sikap angkuh dan engkar mereka terhadap hukum Allah. Misalnya kaum Lut, yang mengamalkan Homoseksual atau Jantan Gila Jantan!
- Kerana ketuanan Melayulah maka sehingga ke hari ini Wan Azizah bergelar "Datin Seri" begitu juga dengan ramai lagi penerima gelaran dan anugerah Datuk Seri serta Tan Sri yang bukan berbangsa Melayu. Maka perlu diingat bahawa ketuanan Melayu dalam konteks negara Malaysia bukanlah membawa maksud "Tuannya Melayu" dan "Hambanya bukan Melayu".
- Ingatlah pesan Rasullullah SAW bahawa tanda-tanda akhir zaman ialah apabila zina menjadi kemegahan bagi sesetengah orang dan orang yang jahat menjadi idola dan dihormati.
- Siapa yang bermegah sekarang? Siapakah yang cuba mengagungkan siapa sekarang? Renung-renungkanlah Wan Azizah oi! Takut nanti bala Allah timpa keatas batang hidung kamu pulak.
No comments:
Post a Comment